Tuesday 23 August 2011

maryam buat hidung ummi

maryam belajar buat face expression yang baru dua tiga hari ni asyik buat muka macam ni jer.





walid dia panggil 'muka tiru hidung ummi'.





very kurang asam dua beranak.



tunjuk gigi sket



nampak tak gigi saya tu?? saya dah ade gigi tau. sebatang. yang lagi sebatang sebelah dia tu baru nak menampakkan diri.



ni semalam. ummi packing die unpack. bagus sangat lah.

berbuka puasa di maeps



hari sabtu lepas berbuka puasa dengan geng-geng husband. housemate dari utp sampailah kerja masa zaman bujang-bujang. berpecah bila sorang-sorang dah kahwin. sikalang bukan musim sorang-sorang kahwin dah, sekarang musim lepas sorang-sorang tambah anak.







melangut sebab datang awal giler. organizer kene lah datang awal. -__-"



bau food mencengkam kalbu betul



mula-mula dapat table kat tengah-tengah, pastu mintak tukar meja tepi-tepi jer. snang nak handle kanak-kanak





tepi dekat ngan surau. senang!



millie ngan zara. pasal birthday zara tak buat lagi -___-"



antara yang awal sampai









zara nak jadi artis



arissa pon



sufi muka macam anak patung





joget lambak~



antara yang hadir: pesa masih solo, edy + millie+ zara (zarif tinggal kat umah), pot + dada (asha tinggal kat umah nenek), farah+ seroh+ arissa+sufi



tak datang: macha+nadia+naim+najwa, ody+ratna+adam+yuduf+noah+luth (ody ah juara, umur 29 tahun anak dah 4. kau ado? =p. and anak sulung baru 3 tahun ++. hebak ore klang. hehe. and poyo juga masih solo tapi coming soon.



para isteri masing-masing next year dah umur 29-30 tahun so para isteri sedang merancang next year nak pregnant secara berjemaah. haha. so next year makin bertambah lah baby-baby. kite bie? hehehe



ouh. pasal makanan. puas hati lah dengan bayaran RM 42.90 kut. food ade 200++ and yang penting ade kambing golek. puas hati tengok makanan la. makan nye sikit jer.



dengan ini saya umumkan, next year jangan berangan nak pergi makan buffet. next year gathering makan seafood.



Monday 22 August 2011

kepulangan paku buah keras

" camane ni? panties maryam tak beli lagi. beli yang kat giant je lah"



"isk...buruk giler.tak nak lah i. kesian maryam"



"dah tuuuu..kalau tak pakai panties pakai dress lagi buruk. nampak pampers"



"kite sambung shopping kat kampung lah"



"kat kampung? sempat sangat lah tu"



"ala, kite g shopping kat kampung u la. kate BANDAR. sempatnye. takkan sebesar-besar BANDAR tu takde panties budak"



deng!



teke lah sendiri sape punya ayat kat atas tuh.





gambar sekadar hiasan



juga sekadar hiasan



7 signs it’s time to have a second child

1. You feel completely well-rested and long for a time when sleep was elusive, Starbucks was on speed dial and your face was permanently stuck in a yawning position.

2. While chasing your overactive toddler around the house as he/she throws pasta sauce on the carpet and spaghetti on the ceiling, you think— this would be so much more fun if done in the company of a crying newborn!

3. When you think back on your pregnancy, you remember the ability to eat whatever you wanted, the shininess of your hair and the strength of your fingernails— as opposed to the backaches, nausea and water retention.

4. You have an unexplainable urge to sterilize all the plastic containers in your kitchen, troll the internet for interesting baby names, invest heavily in stretch mark creams and time yourself setting up and breaking down your breast pump to see if you’ve “still got it.”

5. You woke up the other day and thought— “These pajamas are really comfortable! Wouldn’t it be awesome if I could wear them day in and day out for the next nine to twelve months straight?”

6. You find yourself with five minutes of free time and would like to fill it with spit-up deflection, poop containment and projectile vomit clean-up.

7. You take a long look at your first and think— I love this child to pieces. He/She is everything to me. But somehow, my family is not yet complete. Plus the first year was an amazing ride.

sumber adalah di SINI

obviously! i sangat sangat sangat sangat lah ready~ #TDDMKA



no, im not. -____-"

tapi i sangatlah sangat tertekan perasaannya kerana dah nak raya ni oi oi...kenapa berat turun tak sampai 500g pon oi oi...siang tak makan pon kut oi oi..dah la breast feed oi oi...kenapa liat sangat nak turun ni oi oi!!!

nak menambah lagi tekanan perasaan kene mendengar tiap-tiap hari husband merungut seluar longgar giler. agak-agak la oi oi..bini kamu dalam dilema kegemukan ni oi oi..

arghhh..nak pregnant balik la macam ni!

Sunday 21 August 2011

Lampu hati beta

hei hei..mood raya dah datang..dah nak kene start packing baju dah malam ni..husband khamis dah cuti..tapi tak tahu nak balik malam rabu ke pagi khamis. ikutkan hati nak balik malam rabu jer, pastu sahur bubur nasi kat gua musang. beh nyeeee... tapi tulah, nanti tengah-tengah hutan tengah-tengah malam ngan maryam ni. takut la pulok.



ke 8 bulan dah di consider sebagai baby besar?



berbuka puasa bersama jiran tetangga

ni acara berbuka puasa episode ke 2 dah ni. ni kes makan tak puas. buat sesi ke 2. pelakon-pelakon adalah sama. tapi lokasi jer berbeza. first scene hari tu buat kat rumah gee, tak update pon biasalah i kan suka peram-peram. pastu bila basi dah malas. masa tu tak dirancang. kali ni rumah baiti pulak.





baca buku macam nak masuk dalam buku. anak mane anak? huhu..sila lah cari maryam tersembunyi



maryam yang tak pernah main ngan budak-budak. muka cuak je kan? kalau duduk kat afee jer muka cuak.neves ehhhhh.=p





hero of the day dan penjaganya.



errr..gelak ape ye? lupe



dan ini lah food yang membuatkan sesi bukak puasa jadi 2 kali



baiti kerja kat cyber so dia tapau nasi arab kat saba. sesi pertama pon food yang sama. sangat lah best tapi mungkin takde dah kut sesi ke 3.=p lain bulan pulak.



i kan memang sangat jatuh cinta dengan kinraramas ni. satu sebab rumah i, so suka hati nak mendeco ikut citarasa sendiri. walaupon deco rumah ni cukup-cukup syarat jer. tapi i suka. senang nak mengemas. dua sebab sini sejuk dan sangat tenang. sesuai dibulan-bulan puasa ni nak tido sepanjang hari. eh.ketiga, rumah ni macam cukup-cukup jer untuk kiteorang yang family kecik ni. lagi sekali, senang nak mengemas. haha. dan yang paling penting jiran-jiran kat sini memang best. ni hanya sebahagian lah. ramai lagi sebenarnya.



hopefully masing-masing lama lah stay kat sini, i suka maryam membesar dengan environment macam ni. macam zaman i kecik-kecik, kiteorang membesar kat kuarters hospital. hubungan ngan jiran-jiran masa kat kuarters tu memang sangat rapat macam family. yelahkan, parents kerja sama-sama. balik rumah pon jumpa orang sama. rumah i dulu sebelah court badminton. sekali seminggu memang akan meriah sebab bapak-bapak main badminton anak-anak main basikal. tapi biasanya kiteorang kene kerah balik awal. kene tido awal. so masa tido tu court badminton bising lagi. i suka tido dalam keadaan bising macam tu. rasa selamat. sampai sekarang teringat-ingat suasana kat kuaters dulu.



bila besar dah pindah rumah sendiri semua berpecah. tapi sekali setahun jumpalah masa raya. dan bila kat tanah merah ni jiran tak best sangat. masing-masing buat hal sendiri. perangai bandar kekdahnye. perangai lah bandar, kawasan kampung jer. tapi lagi bandar lah dari kampung husband .( haha. tibe-tibe! ni blog i, nak balas sila bukak blog sendiri. haha)



bila nak cari rumah landed nanti jomlah kita cari rumah sama taman. cari rumah sebelah menyebelah pon bagus. haha. bila lah agaknye boleh kaya nak beli rumah landed pulak ni. masa tu kene make sure betul-betul kaya sebab nak kene ade maid kemas rumah. penat aihh nak kemas rumah besar-besar. bak kata husband, rumah kecik pon tak terkemas. -___-" so rumah besar kene ade bibik. memang jadi mem besar aku dok rumah tu. haha

Thursday 18 August 2011

money can't buy you happiness

*keching* keching*



i nampak satu contoh yang sangat jelas hari ni.





maryam nak join contest

semalam kene tag ngan intan join contest baby pakai baju kurung. hopefully contest ni tak kene like2 kat fb. ummi maryam malas nak promote soh like. so semalam pakaikan maryam baju kurung sebab nak ambik gambar cantik sikit.





pakai baju kurungkan, haruslah ayu



senyum pon malu-malu



tiba-tiba rasa headband tu macam tak sesuai jer ngan baju kurung. so tukar!



ok sikit kan?



main ngan walid, terus senyum sikit



dah hilang dah control ayu dia



kaki blur sebab bila dia excited kaki tak duduk diam



hah! terus tak ayu langsung -___-"



tengok gambar last terus menggamit memori. huhu. zaman kat mrsm dulu geng-geng i orang lelaki tak suka. asyik nak cari gaduh jer. maybe sebab kawan-kawan i yang hot tak suka melayan lelaki-lelaki tak matured macam dieorang. i ni memang tak hot langsung lah zaman mrsm dulu. nak tunjuk gambar kat husband pon malu. walaupon sekarang idoklah cantik mane, tapi atleast tak lah sememeh macam zaman mrsm dulu. -___-"



ok sambung cerita. sebab dieorang tak suka kiteorang, semua kiteorang ade gelaran buruk. dan i tak pasal-pasal dieorang panggil kangkang. sebabnye dieorang pernah nakmpak i dok terkangkang dalam surau tengah buat homework. masa tu ade usrah ke ape entah, mak mane lah nak layan usrah kat surau. so mak bawak buku buat homework. mesti tu kes buat homework last minit.



sejak dari tu, gelaran manis i adalah kangkang. dulu tak rase pape. panggil lah nak panggil pon. like i care~ haha. begitu.



sekarang kenape rase macam lucah je...





husband dah kembali =P

salah satu sebab mengapa aku suka sangat masak adalah kerana husband jenis yang suka sangat makan kat rumah. bila bini dia masak semua berselera. biarlah ade terkurang masam manis masin pon.



bulan puasa ni sebab dia tak makan banyak sangat jadi malas nak masak. tapi hari ni try kembalikan balik selera dia. masak masakan berlainan sikit dari hari-hari biasa. mana tahu selera naik. (kalah maryam u ni bie)



so try masak udang masak lemak nenas. try resepi kat sini. tapi ubah-ubah sikit. dia tumis, i tak tumis





menu berbuka hari ni: udang masak lemak nenas, dadih mangga, ikan kering gelama sungai goreng, keropok lekor, tu jer.=)



akhirnya, habis jugak nasi harini. bukan setakat dia jer berselera. ngan aku-aku sekali makan banyak. haish. haish.





resepi udang masak lemak nenas



2 ulas bawang merah (saiz besar)

1 ulas bawang putih

2 biji cili padi (tak pedas sangat, kalau nak pedas bedesing tambah lagi)

1 sudu teh lada kering kisar

belacan sebesar satu ruas ibu jari

1/2 sudu teh serbuk kunyit (kalau guna kunyit fresh mesti lagi best, kunyit kat dapo habis!)

1/2 biji buah keras



(semua bahan-bahan diatas ditumbuk lumat)



2 hiris lengkuas (ketuk)

1 batang serai (ketuk)

14 ekor udang sederhana besar

1/2 kotak santan kara

air

nenas dipotong cube

1/2 keping asam keping



1. panaskan periuk, masukkan bahan-bahan ditumbuk, serai, lengkuas dan udang. kacau sehingga udang separuh masak.



2. bila udang dah hampir masak, masukkan santan, air ikut kepekatan yang anda mahu, nenas, asam keping. (kalau nenas dah masam tak letak asam keping pon takpe). perisa kan garam gula. kacau sehingga menggelegak. done!



Wednesday 17 August 2011

masak di bulan puasa

bulan puasa ni i masak benda simple-simple jer. tak try menu baru pon. try masak benda baru nanti kang tak reti nak bajet garam gula. lagipon tak semangatlah nak masak puasa kali ni. husband mak makan sikit jer. cepat bebeno kenyang katanya. nasi putih belambak-lambak dalam peti tu lebih walaupon hari-hari masak 1 pot jer. -___-"



sahur kene masak nasi lain. nasi panaskan lagilah tak lalu nak makan gamoknye. sahur pon makan sikit. tak lalu nak makan katanya. i memang tak makan nasi sahur. i shake. bukak puasa jer i makan nasi. tapi rasanya sekarang makan sama banyak ngan husband. dia tak lalu makan, i beria-ria makan. tak rasa bersalahpon. saya perlu makan untuk susu maryam! ecehhh..=p



masa makan kat rebung tu, yang dok mengulang makan macam-macam i jer. husband sibuk berbual jer ngan kawan dia. tak berbaloi langsung nak bawak husband pergi makan buffet. weekend ni dia sibuk dok mengajak kawan-kawan die pergi makan buffet lagi. katanya nak makan kambing golek. kita tengok dia berjaya makan banyak mana.



menu 2 hari lepas. ini menu dia yang request.



mati kutu tak tahu nak masak ape. so i suruh dia yang fikir nak makan ape. kut-kut la makan banyak sikit bila menu dia yang plih. masak udang masak kering, kentang and tauhu goreng berlado, ikan goreng bodo terlebih masak. hakss. puding yang hari sebelumnya punya, dan kerepok gotel kelantan mari.



menu semalam. nasi goreng ikan masin. telur ikan tenggiri goreng. dadih perisa mangga instant punya.



nasi goreng tu secara tak sengaja jadi sedap pulak.padahal cara masak sama jer ngan biasa. maybe keberkatan bulan ramadhan termasuk sekali. jadi sedap. (iyoolah!) banyak sikit husband makan semalam. sebab i asyik merungut die makan sikit. haha



nasi goreng ikan masin:



bawang merah saiz besar 2 ulas

1 ulas bawang putih

2 inci isi ikan kurau masin

cili padi 4 biji

(semua diatas tumbuk mesra. tak lumat sangat pon takpe)



sayur mayur (bagusnye kailan, tapi kailan mak dah layu ditasik madu, so letak kubis dan carrot)

2 sudu sos tiram

sos ikan secukup rasa

nasi putih 2 mangkuk



tumis bahan tumbuk sehingga garing, masukkan sos tiram. lepas tu masukkan nasi dan sayur. gaul-gaul sehingga rata, masukkan sos ikan secukup rasa. tak payah banyak sangat sebab ikan masin dan sos tiram dah masin. siap.



ni dadih segera jer. tapi tambah hirisan mangga fresh jugak didalam. sungguh menyegarkan.



hari ni nak masak ape pulak?



(garu-garu kepala)

blogger di masa hadapan



hai saya maryam (nerd nye rambut saya. bila nak panjang ni?!)



bila maryam besar nanti maryam pon nak ade blog sendiri. tapi sekarang maryam tumapang blog ummi. ummi cakap ummi ni jenis blogger yang sesuka hati merapu meraban. asalkan ummi happy. pasal masak, pasal family, pasal anak, pasal artis, pasal hidup hari-hari, semua-semua benda yang ade kat sekeliling ummi lah.



ummi cakap benda yang dia cakap kat blog ni tak serius pon. jangan ambik berat sangat. masuk mata kanan keluar mata kiri kekdahnya. benda tak serius. hanya melawak suami isteri. orang lain jangan lah tumpang emo. huk huk



hari tu ummi tunjuk cara maryam turun tilam kan. ni cara kedua. cara ni la kerap maryam guna. kalau dulu selalu jugak jatuh guna cara ni. sebab lengan maryam tak kuat. sekarang dah pro. so maryam selesa guna cara ni jer sekarang





mula-mula turunkan tangan. make sure lantai clear yer.



lepas tu tangan sebelah kedepan. sengetkan sikit badan



lepas tu jatuhkan badan, perlahan-lahan. jangan gelojoh tau.



selesai~







heh. ummi ingat dia letak latop kat bawah maryam tak boleh ambik lah?



buruk kan gambar upload guna blogger. itu pasal ummi suka guna photobucket. tapi ummi nak try guna picasa macamuncle kerel cadangkan. kut-kut la gambar cantik.



bergossipin

semalam membelek mukabuku husband. terjumpalah sorang kawan dia ni, kahwin dua. lepas tu selamba saja letak gambar bini muda dalam mukabuku. sama folder dengan gambar bini lama pulak tuh.



gambar akad nikah, siap caption 'bini baru' lagi. hebak.



bini lama pakai tudung. muka sweet.



bini baru. muka penggoda, seksi, putih gebu. standard la tu kan. macam cerita-cerita melayu dalam tv. haha. kalau nak kahwin baru, mestilah cari yang improved version kan. barulah bangga upload dalam mukabuku. -___-"



cuba meletakkan i di dalam situasi, dan i adalah bini tua.



bila dah kahwin ni, kawan husband adalah kawan i, dan kawan i adalah kawan husband. di luar dan juga dalam mukabuku.



sungguh tak menjaga sensitiviti perasaan bini tua kalau husband i upload gambar bini muda dalam muka buku. dah la lagi hot!



tapi mungkin bini tua redha. nak dapat payung emas kat syurga katanya. huhu



i pon pernah cakap kat husband, i pon mungkin akan redha kalau,



1.dapat minicooper seketul (dulu murano, sekarang dah tukar)

2.duit ronggeng at least RM 3k sebulan (tu duit ronggeng jer tau, duit dapo, duit anak-anak lain tau)

3.rumah kinrara ni tukar nama i.



i redha bie! sungguh! dah la dapat payung emas kat syurga. kat dunia tak payah nak fikir pape.



susah senang ni kalau hidup bersama jer. kalau hidup bersama-sama-sama, takde maknenye nak susah! tak kuasa.



keh keh keh. cakap senang lah kan.



tapi orang yang kahwin dua ni memang kaya pon. gaji dia dah banyak, anak orang kenamaan pulak tu.



i yakin bini tu guna konsep yang sama dengan i. gahaha



so, kepada sesiapa yang terlibat dalam cerita ni, kalau rase-rase macam boleh nak sediakan 3 benda diatas baru boleh pikir nak melangkah lebih jauh. tu pon kalau yakin tak kene sunnat buat kali kedua.



sekian.

nok tiok seroo

huaaaa..benci ah photobucket!



semua hilang gambar..habis gambar-gambar maryam. tak tahu pulak wujud benda-benda macam ni. eee..nak mencarutnyeeee



xpelah maryam. memandangkan ummi mung nih ditakdirkan untuk tidak bekerja, jadi memang ditakdirkan akan membuang masa mengupload balik gambar-gambar dalam entry lepas-lepas sedikit demi sedikit. yang pasti sebelum maryam pandai membaca insyaallah ummi dah setel upload gambar-gambar. bila eh aku start guna photobucket ni? baru jer kut..dalam setahun. so berapa kali eh aku merapu dalam ni dalam setahun? (belek balik blog). dengggggg..last year 606. kau merepek ape maghfarah!!!!



*pengsan*







Tuesday 16 August 2011

kuih jemput-jemput



*update: huehhueh..sori, tadi tak keluar gambar sebab photobucket dah exceed limit. dah la guna guna acc husband. sikalang wa sudah ade acc sendiri! huh. babai acc husband.*





sebab account sendir terus theme girly-girly. hehe



ok, berbalik kepada ceita...



setiap tahun acara tahunan i dibulan ramadhan adalah mengookies. sejak dari form 3. tapi last year tak buat sebab pregnant. konon penat. hahah. hari ni kita menggentel biskut sambil menggentel maryam. siap satu adunan, maryam pon pengsan. jap-jap lagi boleh kemas rumah.



Photobucket

dulu kan i buat biskut ngan along and mak. along health conscious, i pon berjangkit sama. so kiteorang anti butter. guna planta. sekarang walaupon tak conscious mane, masih dengan planta. bau buat cookies mengimbau kenangan lama gitu.=)



Photobucket

jemput-jemput



Photobucket

1st batch



Photobucket

baru bangun tido tak mandi lagi muka busuk rambut cacak =p



baik sangat budak ni hari ni.

berbuka di rebung

hai! ni maryam lagi. ummi macam malas jer. biar maryam lah yang ganti. semalam maryam pergi keluar bukak puasa dengan kawan-kawan ofis walid. ikut ran



cangan awal 5-6 orang lah jugak yang join. tapi tengok-tengok sorang pergi outstation kerteh, sorang pergi miri, sorang pergi kk, dan yang paling tak tahan sorang kene jaga anak sedara? isk. isk. so tinggallah walid dengan uncle gad jer. nasib baik maryam ngan ummi ade. ramai lah sikit. wife uncle gad ade majlis bukak puasa jugak kat ofis die, so die tak boleh ikut. anak-anak uncle gad semua kat rumah tak bawak. frust ummi, sebab ummi suka kacau abang aizat.







sebab rancangan nak berbuka ni dah lama plan so mereka on jer walaupon tinggal 2 orang. lagipon walid nak test superbike baru uncle gad. mahal dia beli. 13ok. takpelah dia kaya, nak beli ape pon boleh. huhu. maryam tengok walid test superbike uncle gad. hansem jugak walid atas superbike. ehem walid, tak tergode ke? huhu



ni saya muka noti



ni saya muka lapar. semua food nampak sedap. tapi ummi tak suap pon maryam





ni muka tak sabar nak terkam sudu garpu


ni ummi saya.



muka ummi pucat habis kan. macam orang sakit jer uncle gad kata. haha. natural beauty ummi cakap. mekap satu titik pon tak pakai. ummi cakap die malas.-___-"



lagipon ni la muka ummi kalau lapar campor penat. bf sambil berpuasa sambil jaga saya ni mencabar keimanan betul ummi cakap. selalu ponat. tapi ummi cakap die hairan kenapa orang jaga anak kurus ummi tak kurus-kurus?





ni pulak walid saya





ni lah uncle gad. available lagi 3 seat. haha





atuk chef ismail dukung saya lah!





tengok la muka saya dah ngantuk. huhu





akhirnya saya tertido atas walid







ni jer food yang ummi sempat ambik. haha



orang lain sibuk serang kuih muih, ummi tumpang kuih walid jer pastu terus serang kerabu dan nasi ulam.



ummi cakap food kat sini tak banyak pon. makanan selera kampung. ummi sukalah. dessert yang dia dok ulang-ulang makan serawa durian ngan kuih sagu. setap. ummi cakap food kat sini tak banayk tapi setiap food yang ummi makan tuh puas hati rasa dia. kenalah ngan selera ummi. kerabu, asam pedas, masak tempoyak, daging salai, ikan bakar biasa-biasa jer tapi air asam dan kuah kicap dia sedap, bubur lambuk sedap. wahh banyak nye ummi makan. tak banayk pon food dia so tak rambang mata pon. ummi suka, takde lah ummimemaksa diri nak makan banyak-banyak. tapi harga dia boleh tahan jugak. rm 60. mahal untuk pilihan yang tak berapa banyak tapi sebab semua food adalah kene dengan selera ummi, so ummi cakap rasa macam berbaloi jer.



lagipon tempat dia senang nak bf maryam (penting ni), environment restoren tu macam pergi kenduri rumah chef ismail jer. santai sangat, tak serabut ngan orang ramai dan ramah sangat chef ismail tuh. ramai jugak muka-muka pelakon lama yang ade kat situ malam tu. ras adiba pon ade.



walaupon membuffet tapi ummi berjaya lagilah menahan nafsu. maybe sebab pilihan tak banyak. so balik takdelah kenyang giler, tapi makan banyak lah dari hari-hari biasa.