Monday 31 January 2011

senaman leher

maryam's favorite position kalau dengan i adalah meniarap atas dada. kalau dia menangis, letak position tu memang senyap. kalau riba telentang memang tak lama, nanti dia nangis nak duduk. isk. maryam kecik lagi lah! kalau nyusu tak per telentang baring gitu.

leher dia memang dah boleh angkat, siap kalau dia lenguh dia boleh letak kepala tukar kiri ngan kanan. tapi kalau atas dada i lah. kalau niarapkan dia atas tilam terus kepala keras tak gerak-gerak. kalau lenguh dia nangis. haha


saya dok atas memi

tengok, kalau atas memi muka relex jer. dok lama mana pon tak pe. lagi lama lagi suka. sebab kalau lenguh dia boleh baring letak kepala. then angkat balik

tapi, kalau ats tilam..

keras tak gerak-gerak

muka cuak jer

mata jer gerak. haha

pastu kalau lama sangat nangis.=p

kijam la mummy saya=p

cuba anda..

cuba anda meletakkan diri anda di dalam situasi di bawah:

anda seorang yang suka bajet cantik dan hot terutamanya dengan suami anda. tapi sebenarnya selalu sedar diri, tak de lah cantik mana, hot tu jauh sekali.

di dalam dunia serba moden ni, anda selalu dilebelkan sebagai orang yang kahwin awal walaupon bagi anda sepatutnya anda kahwin lagi awal sebab gatal dah lama. eh.

pada suatu hari, anda di ajukan satu soalan

"kenapa orang cantik selalu kahwin lambat eh?"

apekah perkara pertama yang anda terfikir?

'amboih..nak cakap aku huduh la tuh'

-__-"

sekian terima kasih

Sunday 30 January 2011

pelepas

semalam 41 hari, maknenya sudah merdeka lah saya. tapi sebelum bebas ada upacara 'pelepas'. cehh. upacara la sangat. pelepas tu dalam bahasa jerman orang sebut 'pelepah'. tapi dalam bahasa malaysia adalah melepaskan sesuatu. so i tanya la mak i. ape yang nak dilepaskan?

huhu..tapi sebab dia baca-baca doa ayat al-quran jer, i turut jelah. ada guna beras and kalin bentuk gelung jugak. sebelum tu i mandi, maryam pon mandi. mandi dengan air yang dibacakan doa, pastu mak bidan tu siram air tu kat badan i sampai rata. maryam pon dia mandikan.

lepas dah siap mandi, i dukung maryam (masa ni dah dalam bilik) mak bidan tu masukkan beras sikit dalam kain yang bentuk gelung, then baca-baca doa, i kene masuk dalam gelung tu 3 kali, masukkan dari kepala lurut sampai ke kaki. naseb abek muat. heheh. sambil dukung maryam la ni.

jangan tanya i apekah tujuan nya. sebab i pon macam blur. dah tanya mak pon ikit orang tua jer. redha je lah disitu.

maryam pon kene sunat semalam. tak sempat tengok pon ape yang disunatkan. beberapa saat jer. i sibuk pujuk maryam sebab die menangis, tengok-tengok dah siap.

mula-mula mak bidan sampai sunatkan maryam. dah isap susu kenyang-kenyang. tapi bila mak bidan amik dia nak bersihkan dia nangis. dia memang anti orang dok kelebet-kelebet dia. lepas sunat mummy bagi susu sebab nak bagi die senyap. pastu dia tertido.

bila dia tido mak tok dia jaga sebab i nak mengurut and tungku. dengar jugak die menangis sikit-sikit pastu senyap. maybe mak tok ambik dukung. pas mengurut bagi dia susu sebab nampak macam lapa bebeno, tapi tak sempat kenyang sebab kalau nak tunggu dia kenyang lama lah. masatu dah lewat, nak kene mandi nak pelepas ni kan.

so berenti bagi susu, i pergi mandi, maryam mak tok ngan mak bidan tu mandikan. pastu i siap mandi mak bidan jirus i dengan air dia bacakan doa. maryam masa tu memang menangis lah. kalau nak buat ape-ape kat dia boleh, kene kenyang. dah tengah lapar, melalak la saya.

lepas mandi, amik maryam dukung pujuk-pujuk tak jalan. memang kene bagi susu jugak. tapi mak bidan cakap kejap jer. so buat la dulu 'pelepas' tu baru bagi dia susu.


lama dia nangis nak susu. huhu. cian anak mummy nangis sampai teresak-esak.


ni muka lepas kenyang. still sedih lagi. tersedu-sedu lagi. amboihhh. ratu air mata betol~

malam pon dia manja yang amat. asyik nak meriba jer. mummy dia kesian sebab tadidah nangis banyak riba je lah.

lepas bangun isap susu kul 1030 dia tak tido sangat pon. tido kejap atas riba, pastu bila i letak dia sedar. sedar main-main pastu bila dah bosan dia nangis mintak riba. huhu. ku 3 tadi baru tido.

and now mummy dia pulak nak tido. gunite~

abaikan typo yer.menaip dlm gelap=p

korean open

ala...lin dan tak bukak baju and tak buat trian sexy chong wei kalah.

tapi bangga dengan chong wei. kalah pon tak nampak macam lin dan tu terer sangat.

saya try intai-intai husband saya. tapi tak nampak daaa..awat la u tak dok depan-depan? bukan senang nak masuk tv. heheh

Saturday 29 January 2011

susu oh susu

*sticky post*

nak tanya pendapat mummy-mummy di luar sana. sekarang ni, mengalami lambakan susu. (alhamdulillah rezeki maryam) dimana susu melebihi keperluan. baju sentiasa basah sebab leaking kalau tak paki nursing pad. akibatnya bau badan macam bau susu basi.erghh

pastu kalau tengah menyusu, breast sebelah lagi pon dengan hebatnya keluar susu jugak macam air paip bukan stock menitik-nitik dah memang macam air paip.

rasa macam membazir jer susu terbiar macam tu. kadang-kadang bila dia leaking kuat sangat i cakap sambil tepuk-tepuk,

"jangan lah leaking kaut-kuat, nanti maryam nak minum tak cukup"

die berhenti u! kadang-kadang tak jugak. tak dengar kata breast ni! -___-"

hari tu bila mak tengok susu memancut2 keluar bila maryam stop menyusu dia suruh i pam susu. memang lah dah lama rasa nak pam, tapi ade beberapa soalan dihati.

1) kalau pon pam. bila nya maryam nak minum. dia ngan i 24 hours. kalau nak memudahkan urusan pon i rasa direct feeding lagi senang. lainlah kalo ade orang malam-malam ade orang nak tolong bangun panas kan susu segala, nak tolong susukan maryam (jeling-jeling daddy maryam). tapi memandangkan maryam ni i sorang jer yang melayan, direct feeding jer senang.

2) simpan dalam freezer untuk masa depan. masalahnya disini, bila dah bekukan, bila nak balik kl nanti (walaupon tak tahu bila lah i ni nak balik kl) macammana nak angkut yang beku-beku tu. bila dah cair xboleh bekukan balik kan? kalau nak simpan dalam tong berapa lama tong tu boleh tahan. i dari kelantan ni. kalau zaman muda belia anak tak dak, boleh la nak rempit 6 jam dah sampai kl. sejak pregnant ni, paling awal pon 8 jam baru sampai. ade baby ni lagi lah. mampu ke tong itu menahan dari cair?

tak nak lah pam-pam pastu membazir.

camano? camano?

segala nasihat dan tunjuk ajar saya dahului dengan ucapan terima kasih.

40 hari pantang

orang pantang 40 ke 44 hari eh? huhuhu.. i rase family i pantang 40 hari je kut. alah. sama jer. nama jer habis pantang, tapi makan kene sekat jugak. banyak lagi benda tak boleh buat and makan.

so, dah 40 hari lah jugak umur ini budak kicik. 4o hari jugak lah i jaga ini budak kicik. cepat sangat dia besar. rasa macam rindu maryam yang kecik baru keluar perut. heheh.

ini budak kicik, mummy sayang sangat

jaga budak kicik memang sangat mencabar. bagi i lah. biasa kita baca blog or dengar orang bercerita pasal dapat baby baru mesti bercerita pasal benda yang enak-enak sahaja. baby comel, baby dah pandai tu, baby dah pandai ni, dieorang lupa nak cerita payah nye jaga budak kicik. (ke aku yang ignorance sangat?) kalau ade cerita pon mungkin tak terbayang dek akal.

since maryam lahir ni, boleh dikatakan i tak puas-puas tido. orang kata masa dalam pantang ni baby tido, kita kene tido. memang i banyak tido pon kalau maryam tido. walaupon rasa tido dah banyak tapi tak puas-puas jugak maybe sebab tido banyak tapi kejap-kejap.

berjaga malam. i takde masalah nak bangun susukan maryam malam-malam sekarang sebenarnya. sebab bila dia sedar jer, automatik mata i tak ngantuk. tapi awal-awal dulu setiap kali bangun malam macam separuh sedar. lalok-lalok jer. ade sekali tuh i tertido masa tengah riba dia masa dia tengah menyusu. i tertido sampai dia dah habis menyusu dah tido dah pon. tiba-tiba rasa macam ade orang sentuh i. macam kejut suruh bangun gitu. i sorang jer dalam bilik. horror tak? heheh.

masa awal-awal dulu, kat hospital rasa penat sangat badan. masa tu 1st day. malam nya tak cukup tido. and siang nya nurse tak bagi pain killer. dan maryam pulak nak menyusu jer sepanjang hari sebab masa tu susu tak banyak kan, so dia cepat lapar. tu je lah hari yang i rase i penat sampai menagis. lepas-lepas tu walaupon penat, rasa dah boleh sesuaikan diri.

tapikan, penat berjaga malam, rasa nak demam bila breast bengkak, lenguh bahu bila beriba lama sangat. sakit pergelangan tangan sebab dok angkat letak maryam and tampung dia masa mandi kut, ape lah sangat semua benda tu bila dapat tengok muka ni.
dan rasa sangat dihargai dan disayangi dan diperlukan bila dia kenal kita. macam bila menangis nak susu. dia akan menangis sesiapa pujuk pon memang tak jalan. dukung pon tak jalan. memang kene bagi susu. tapi bila i amik jer, tak bagi susu lagi pon dia dah berhenti menangis. dengar suara jer dah berhenti menangis. rasa bangga disitu. hahah


you complete me maryam. and dedi, nanti bila u balik, bila ade u and maryam dengan i, benda lain dah tak penting. love u both.


Wednesday 26 January 2011

dear hubby,

karya agong isteri mu




print pastu frame gantung dlm bilik eh?

jamu mak dara

sekarang ni kalau berjalan-jalan di dunia blog akan menimbulkan perasaan. 'owh. tua nya aku'. satu sebab sekarang ni anak-anak remaja memang hampir semua orang ade blog kut. dua, akan menimbulkan kata-kata seperti

"ya allah, baju ape la budak-budak sekarang pakai"

bunyi macam dialog mak cik-mak cik dalam drama melayu kan?

tua dah i. -___-"

sungguh mak cik tak berkenan. tudung ok lah. comei jer mak cik tengok. tapi baju? seluar? aish. nak kate korean stail awat mak cik rasa korean pakai comei jer hang pa pakai...erm...maybe mak cik bukan fashionista kut. tak paham fesyen-fesyen sekarang. pelik sangat.

tapi ade setengah tu comei jer mak cik tengok. sopan. cantik mata memandang. yang tak menjadi tuh yang pedih sikit mata memandang. tak pe anak-anak cuba lagi. tapi mak cik rasa baik berpegang kepada perinsip less is more lah. asalkan tutup benda yang nak kene tutup. tak perlu lah berlayer-layer di negara beriklim khatulistiwa ni. naik ruam baru tahu. hiks!

ok dah. jangan marah yer adik-adik. ahkak meluahkan isi hati jer. xtau lah kalau esok-esok ahkak pon terpengaruh ngan fesyen sedemikian rupa. tapi ahkak rasa kalau ahkak terpengaruh pon husband ahkak tak bagi pakai macam tu. nanti die tak nak bawak ahkak jalan-jalan. ataupon keluar jalan asing-asing. u jalan depan, i jalan belakang. haha!

ok dah. sekarang sesi meng-up kan diri.

weekend lepas mak ade panggil orang tebang pokok jambu and pokok mangga belakang rumah. upah kawan dia jer. kerja kat hospital jugak. tapi muda lah budak nya. lagi muda dari i pon. dia ngan geng-geng dia datang sehari sebelum tebang maybe nak tengok pokok-pokoktu besar mana nak bawak alat-alat yang sesuai kut. datang lah dengan 4 biji motor, terus ke belakang rumah.

i yang tak tahu ape-ape masa tuh keluar lah bertanya khabar kan. bagi salam tak, ape tak, masuk dalam pagar rumah orang terus pergi belakang rumah orang pulak tu. tak pernah dibuat dek orang. dieorang cakap 'kak nah' (panggilan untuk mak i) yang panggil dieorang suruh tebang pokok.owh. sila-sila.

esok nya i kat dapor, tengah makan nasi, mak ade ngan dieorang tunjuk-tunjuk mana nak kene tebang, berlaku lah perbualan.

ibunda: senang cari rumah kak nah?

jejaka bawah umur 1: kiteorang dah datang tengok-tengok dah semalam.

jejaka bawah umur 2: ha ah. semalam putar-putar jugak cari rumah. semalam kiteorang datang ANAK DARA kak nah ade.

ANAK DARA ok! ANAK DARA! hahahaha

naseb baek tak tersedak tercekik tulang belut.

sumpah bie, tak de cubaan untuk men-flirt kan diri pon sehari sebelum tu. memang selekeh natural beauty habis. pakai baju u yang besar gebas-gebas tu, ngan kain batik, siap berbekung and berstokin ok! owh spek nerd kesayangan i jangan lupa.

memang lah orang lelaki ni kurang peka. kalau pakai macam tu memang komfem-komfem lah orang dalam pantang. ANAK DARA kok celah mane entah.

tapi mak bangga lah jugak.

gahaha!

dengan pakai selekeh macam tu, dengan tengah ade masalah berat badan, orang masih cakap macam anak dara, kalau dah kurus nanti camano bie? rasa tergugat tak?

haha. sila muntah.=p

tak payah beli jamu mak dara dah.=p

Tuesday 25 January 2011

37 hari: lagi 3 hari yaw~

ini cerita biskit jacob

aku start berpantang betul-betul bila kat rumah MIL. masa tu makan memang tak diet langsung. nasi 3 kali sehari yaw~ kadang-kadang 2 kali jer. lagi satu meal makan biskut ngan air susu or horlick or milo.

lepas balik rumah tanah merah, konon-konon semangat nih nak diet mengecikkan badan. aku amik 1 meal jer nasik, 2 meal herbalife shake + oat, dan waktu-waktu senggang tu kalau lapar aku makan biskut jacob, buah oren, or ladu (sejenis kuih rupa macam tepung gomak tapi bentuk cube, rasa pedas-pedas)

nampak macam diet kan?

kalau ditambah tolak bahagi, dah 3 minggu lah aku makan macam ni. dan aku dah habiskan 3 tin biskut jacob?

sekarang bunyi macam diet lagi?

hoih cik adik, setin seminggu? diet apeke benda? pastu orang cakap gemuk hang marah!!

sangat demm kan.

ni jadual makan saya:

bangun jer tido: 2-3 keping biskut. alas perut sebelum melayan maryam
breakfast: herbalife shake ngan susu+ oat(memang kene shake jer, kalau tak pagi memang tak sempat nak makan)
sementara nak lunch: kudapan (biskut lagi dan oren)
lunch: nasi 2 senduk, lauk, sayur
petang: kudapa(biskut lah, apelagi)
malam: herbalife shake ngan susu+oat
supper sebelum tido: kudapan (biskut and oren)
bangun tengah malam menyusu maryam (biskut lagi)

hah begitu!

banyak kali makan. lapar sokmo. dah 2-3 kali sakit perut sebab skip makan sebab maryam tak nak duduk. jadinye, kalau susah sangat nak makan, ngap jer biskut. cammano tak habis biskut 3 tin kan?

ouh. tu baru biskut jacob. ade jugak kadang-kadang makan biskut cap ping pong yang MIL suruh bawak balik tanah merah sebab kat sane banyak sangat cream creaker yang orang bagi. biskut cap ping pong ni best kalau cicah air, tapi masalah dia berminyak sangat. agak ngeri disitu.

air yang diminum adalah 2-3 liter sehari. siang minum sikit jer sebab siang pakai bengkung susah nak kencing. sekarang malam dah tak bakai bengkung, pakai girdle yang high waist sebab nya malam susah nak bangun susukan maryam. bila pakai bengkung jadi emo. sebab serabut. lagipon saya concern pasal keleperan buntut bila 24 hours pakai bengkung. dahla buntut tu memang dah leper, kene tekan lagi ngan bengkung nanti flat buntut, lebar jer lebih. pakai girdle biar dia up sikit. nak beli PB tak mampu. hik hik

so saya kurang berpuas hati ngan perjalanan diet saya. humph!

Monday 24 January 2011

jom mengimbau kenangan lama

semalam i bukak email yang dah 2,3 hari tak bukak sebab internet slow malas nak layan gmail ni. kalau bukak pon yang ado hanyalah notification facebook jer. tapi semalam special sikit sebab ade email from reader blog ni. dia ade tinggalkan dia punya blog url so i pon pergi la terjah blog dia.

bila bca latest entry semalam jiwa tersentuh. korang kalau nak baca pergi la baca kat blog dia kat SINI.

pasal dia kehilangan baby bila dah 19 minggu. bila dah tahu jantina. bila dah fikir-fikir dah nak letak nama ape.

ingat lagi dulu masa mengandungkan maryam, i bleeding. bila tengok banyak jugak darah. jiwa memang kacau. nak bagitahu husband mulut terketar-ketar. air mata jangan cerita. kenangan masa miscarriage dok terbayang dalam kepala. padahal masa tu baru 12 minggu.

tapi rasa sayang kat baby memang tak boleh cerita. dah la nak mengandung tu bukan nye senang (bagi i lah, ade lagi orang susah dari i). sepanjang perjalanan ke hospital memang tak putus-putus berdoa. bila doc cakap baby masih ade hb, jiwa kacau hilang separuh. sebabnya masa miscarriage dulu, check mula-mula lepas bleeding pon baby still ade hb.

bila kene bed-ridden memang doa tak putus-putus. Allah memang tempat mengadu masa tuh (manusia kalau susah memanglah ingat sangat kat Allah), solat hajat every night, sembahyang takut nak lewat-lewatkan. i takut disebabkan kelalaian i kepada allah, baby jadi mangsa. boleh gitu?

now, bila maryam dah keluar macam dah tak ingat langsung dah perasaan betapa risaunya and betapa takutnya kiteorang akan kehilangan baby dalam perut masa tuh. and baby tuh maryam!

semalam bila baca entry tu baru teringat balik. and tiba-tiba rasa lebih bersyukur, rasa lebih bahagia bila tengok muka maryam.

kalau jadi ape-ape kat maryam masa tu, tak boleh mummy nak tengok aksi lucu maryam hari-hari macam sekarang.

love u maryam.

naluri ibu sangat dasyat. sekarang baru tahu macammana perasaan parents kita kan. banyak nye dosa-dosa i ngan parents. tiba-tiba nak buat azam baru. tak nak melukakan perasaan abah and mok. mulut saya sangat lah tak reti nak jaga hati parents. kadang-kadang dari air muka dieorang i tahu i dah melukakan hati dieorang. tapi kan, ini mulut tarak boleh control lah. isk

apehal ko jiwang tengah-tengah malam ni?

Sunday 23 January 2011

maryam gondol makin yummy

maryam sejak gondol ni kan ya ampun sangat geram rasa nak ngap ngap. every time dia buat aksi memang jadi mangsa gomolan lah. dah la mummy memang suka orang *ehem*.ok kembali kepada cerita maryam.

jumaat lepas datuk and nenek i ataupon moyang and tok yang kepada maryam datang cukur rambut maryam. reaksi maryam masa cukur rambut, awal-awal biasa lah. dia memang marah orang main-main kepala. masa mandi pon dia tak suka mandi kepala. bila badan senyap jer.

awal-awal punyalah dia menjerit, pastu bila dah gondol dah sikit senyap jer. i ingat tido. rupanya tak. mata terbuka jer. pastu air liur meleleh-leleh. syok orang main kepala la tuh~

Photobucket
we, ayoh. maryam. mummy separuh=p



Photobucket

Photobucket

Photobucket
my baby

semo ga berjumpa lagi kalau tenet mengijinkan.

ni rase nak upgrade broadband ni!

hello si cantik manis hensem bergaya,

banyak sangat gambar nak di upload dan cerita nak dishare. tapi malangnya bb selkom ni dah exceed limit usage dah. bayangkanlah nak blog walking pon bercinta. haish. so peram la dulu cerita sementara tunggu bb dah laju yer. agak-agak dah tak de modal nanti i publish jer walaupon tak de gambar. entry tanpa gamba adalah sangat tak seronok sebenarnya. tapi kalau nak tengok gambar maryam si gondol jelita yang bulat tengok la fb yer. upload gambar kat fb pon sangat la bercinta. tapi apakan daya, demi bapaknya yang mahu melihat anaknya, gigih jugak upload sekeping 5 jam. -____-"

dah alang-alang update ni, i nak belebe. gambar takde so i type panjang-panjang. kalau bosan tutp mata.=p

sekarang ni ramai lah datang rumah parents i ni sebab datang melawat maryam ni kan. yang tua-tua la ramai. tahu tak satu sifat orang tua yang kite kene sabar banyak-banayk bila dengar dia bercakap?

ayat penyata yang sungguh jujur dan ikhlas tanpa pandang kiri kanan.

i gemuk sekarang. memang diakui. tapi tolong lah consider sikit. i baru diet 3 minggu kot. mane ade orang yang gain 20kg mase pregnant slim cantik menarik dalam masa 3 minggu?

marah betul! (emo aku bab-bab orang kata aku gemuk ni walaupon memang gemuk. best nya pregnant. best nya. best nya! bie, jom buat anak!)

"wei la tubbuh nyo anok. hooohh. mok pon samo GEMUK"

maksudnya,

"chubby nye baby. hoh. mummy pon sama gemuk"

berase hati tau mok cikkkk.

"GEMUK nyo ayah. ni kalu tok kuruh sebelum habih patey meme dok GEDEBOK gini la"

maksudnya

"gemuk nya ayah (nama manja i). ni kalau tak kurus sebelum habis pantang memang sampai bila-bila la tak kurus"

mak cik, saya kumpul lemak 9 bulan ok. takkan nak kurus sekelip mata.

saya mengalami ketensyenan di sini.

xpe. buat aku makin semangat nak kurus. chayyok2!!

eh. tiba-tiba rasa macam tak panjang sangat entry ni. ngeheh

Wednesday 19 January 2011

bila mummy maryam busan

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

tolong, saya dijangkiti virus obses dengan anak sendiri

-___-"

hancur hati ku

mengenang dikau
menjadi keping-keping setelah kau pergi
tinggalkan kasih sayang yang pernah singgah
antara kita
masih kah ada sayang itu...

[9:07:42 PM] isteri: i nk resize gamba 1st day sapa 31 hari
[9:07:45 PM] isteri: =)
[9:08:05 PM] isteri: esok sebulan doh anok kite
[9:14:03 PM] suami: huhuhu
[9:14:05 PM] suami: kejap je rasa
[9:14:23 PM] isteri: kan
[9:14:30 PM] isteri: u balik lagi sebulan
[9:14:33 PM] isteri: =)
[9:15:21 PM] suami: huhu
[9:15:28 PM] suami: blom tentu
[9:15:40 PM] suami: silap2 lg 2 bln
[9:15:49 PM] suami: sbb kalau ikut visa on arrival
[9:15:54 PM] suami: valid 3 bln lepas i balik aritu
[9:15:59 PM] suami: kalau bos kesian
[9:16:06 PM] suami: dia bagi la balik hujung bln 2 ni
[9:17:07 PM] isteri: ...............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

ok jugak extend lagi. nanti u balik betul-betul i habis pantang 3 bulan. heh.

owh. perbualan dialih bahasa. korang bukan nye paham bahasa german.=p

Tuesday 18 January 2011

dia tahu mummy dia amateur

sejak keluar hospital, i salin sendiri jer baju maryam. walaupon sebelum ni tak pernah buat, pegang baby pon tak pernah. rasa nya baru sekali dua jer orang pakaikan baju maryam. masa dok rumah PIL. masa tu, walaupon orang lain yang mandikan, baju dia tetap i yang pakai kan.

sekarang mandikan pon i mandikan sendiri, tapi masih lagi memerlukan bantuan orang jirus air. tapi pagi tadi mandikan maryam sorang-sorang jer since my brother pagi-pagi lagi dah hilang entah ke mana. tak kan nak biarkan maryam masyam sampai ke tengahari, so i mandikan dia sorang-sorang jer.

dari dulu lagi maryam memang sangat suka masa mandi. dia senyap jer kalau orang mandikan dia. akan nangis masa lap-lap jer. sejuk mungkin. tu pon kalau lapar jer. kalau madikan masa kenyang jawab dia sampai siap pakai baju lah dia baik. and dia sangat suka kalau i urut-urut perut ngan badan dia. kalau urut muka ngan kepala dia marah la sikit. heheh

Photobucket
lepas mandi semalam. sebab perut kenyang, mummy siap boleh amik gambar lagi

masa awal-awal dulu, sangat la lambat nak pakaikan baju. maklumlah masa tu dia kecik bangat. nak gerakkan dia pon rasa takut-takut. sekarang dah laju la sikit. tu pon kadang-kadang kene kencing ngan dia. heheh. ni anak perempuan. kalau anak lelaki mesti lagi hebat.

Photobucket
muka redha jer mummy tengah siap-siapkan dia

semalam siap jer pakai baju terus dia tido. tak sempat nak angkat letak atas dia punta tilam pon.

Photobucket

bila angkat letak atas tilam dia pon senyum dalam tido. macam cakap,

'tq mummy mandikan maryam'

heheh. being a mother adalah sangat indah.

tq Allah

Monday 17 January 2011

perkara yang dirindui

dah 29 hari berpantang. maknanya lagi 11 hari saja dong! sungguh hebatkan? maryam dah nak umur sebulan dah. sungguh cepat kan?

tak sabar nak habiskan pantang ni. lepas ni 100 hari pantang ais yer? pastu 3 bulan pantang *ehem*ehem* yer? sepanjang berpantang ni ape lah yang paling dirindui?

1. jantung manis
-korang muntah darah macammana pon i tetap jugak akan bercakap pasal benda ni. heh! bukan salah pon kan rindu husband sendiri.

2. rumah manis rumah
-apa khabar kamu disana? mesti berhabuk bangat kan? rindunya nak golek-golek atas katil. rindu nya nak terbongkang atas sofa empuk. rindunya. rindunya. rindunya.

3. main masak-masak
-di akhir-akhir pregnancy mood memasak adalah zero. masak makanan seboleh mungkin nak simple. sekarang rasa nak belajar masak beriani. (jantung manis saya sangat suka beriani) dan nak bakar kek coklat (walaupon tak pernah berjaya) nak buat puding roti ( nak sangat makan). dan nak masak untuk jantung manis saya. (jantung manis, cepat la balik)

4. kaki bogel
-oloslaaa. rimasnya pakai stokin ni

5. jalan-jalan
-ni saya memerlukan orang untuk bawa saya keluar dari rumah. pegi pantai timur pon jadi lah. abah semestinya buzy memanjang. camane agaknye nak jalan-jalan ngan maryam ni yer? sekali lagi, jantung manis..cepat balik~

6. makanan.
-banyak sebenarnya list makanan yang diidamkan. pokwe cepat la balik. kita pegi pasar malam! eh, maryam? -____-"

7. kebebasan bergerak.
-time sakit mcm ni lah rasa nk mengemas. time berkemampuan, harammmm

8. nak pakai jeans
-nak berpakaian cantik. jantung manis, ingat janji manis you yer.lepas ni nak baju banyak-banyak~ ok. kene kurus dulu -_____-"

9. saya nak bercuti
-eh? bukan ke memang hari-hari bercuti ke?saya nak duduk hotel and makan breakfast hotel. hahah! apekah impian macam ni. tapi siyes rindu. macam dah lama sangat dah bercuti. jantung manis, ingat tak babymoon kita yang hangus sebab u buzy? agak-agak boleh 'adekan' balik tak?hurm..ikut u g OS mane2 pon jadi lah~


27 hari maryam~
ni muka nak nangis ni. huhu

babai semua~

isteri jangan memuji wanita lain dihadapan suaminya

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh~

(mode usatajah on)

heheh...sekarang ni sedang baca buku niterjumpa kat rak buku kat rumah ni. tajuk macam menarik so i baca lah. tanya mak die punya ke buku ni? tapi mak pon tak tahu kewujudan buku ni. along and pok we? hangpa punya ka? alhamdulillah.=p

hari ni ustajah bukan lah nak mengajar, just nak share ape yang ustajah bace dalam buku ni. satu topic yang ustajah baca, macam kene belepek atas dahi ustajah. seperti mana tajuk diatas, isteri jangan memuji wanita lain dihadapan suaminya.

bukan ape, pergaulan ustajah ngan jantung manis ustajah ni sebenarnya macam kawan jer. kalau orang lain tengok mungkin orang cakap kasar jugak kadang-kadang ustajah cakap ngan husband.dah kata kawan kan. tapi tetap ustajah hormat dia as a suami. tapi masalahnya (dulu bukan masalah, sekarang baru masalah) kami berkongsi hobi yang sama. sukakan benda cantik. dan kami menghargai kecantikan itu. kami suka usha aweks. bunyi normal bagi jantung manis , tapi agak gay untuk ustajah. tapi ape ustajah kisah.

dah kalau benda tu cantik, memang lah ustajah kata cantik. kadang-kadang bila jumpa blog or fb orang cantik memang saja ustajah tunjuk kat husband. dia pon macam tu jugak. tapi bukan wanita maya jelah, reality pon macam tu jugak. kalau ustajah suka, ustajah puji lah.

tapi kan, dalam buku ni dikatakan antara kesilapan wanita adalah sering memuji kehebatan wanita lain di hadapan suaminya. hoh! cuak ustajah.

contohnya kalau kita cerita pasal kecantikan, kekayaan, lemah lembut,kesopanan dan kelebihan lain yang dikenali suami. dikhuatiri akan menimbulakan kecenderungan suami kepada wanita yang dicerita.

kalau kuat iman, akan berusaha berkenalan berlandaskan hukum syarak, kalau tak kuat, makanya sanggup menjalinkan hubungan yang bertentangan dengan hukum syarak. makanya bahaya bakal menimpa rumah tangga.

sampai macam tu sekali! tak pernah ustajah terpikir benda ni sebenarnya.

Rasulullah SAW memberi peringatan kepada isteri dengan sabda nya berbunyi;

"janganlah seorang isteri memuji-muji wanita lain kepada suaminya seolah-olah suaminya itu melihat wanita tersebut"

(HR: bukhari dan lain-lain)

pesanan itu diiringi oleh Rasulullah SAW dengan melarang suami ataupon isteri membuka rahsia suami isteri terutamanya berkaitan dengan apa yang dilakukan dalam bilik, melalui sabda yang berbunyi;

"seburuk-buruk atau sejahat-jahat tempat manusia disisi allah pada hari kiamat adalah seorang lelaki yang menunaikan hajat isterinya dan seorang isteri menunaikan hajatnya (bersetubuh), dan salah seorang daripada mereka(suami isteri) membuka rahsia pasangan nya."

(HR: muslim dan Abu daud)

yang ni bukan kene belepek atas muka ustajah, tapi kene sipi-sipi je lah. sebab ustajah tak cerita pasal dalam kelambu. sebab ustajah tak pakai kelambu. maryam pakai lah.

tapi ustajah suka kutuk-kutuk husband kat blog. tapi kutuk-kutuk manja lah. macam entry semalam. u tau i gurau-gurau je kan?

lagi pon i rindu lah nak gurau-gurau and gelak-gelak ngan u. rindu!

sebelum entry sharing mensharing jadi entry rindu-rinduan baik ustajah undur diri dulu.

sekian. assalamualaikum.

Sunday 16 January 2011

janji

i ade buat janji secara dengan tidak langsung dengan beberapa orang yang penting dalam hidup dan beberapa orang yang yang selalu tanya pasal status 'jobless' i. bukan janji lah sebenarnya, tapi sebab lidah dah berkata mesti orang ingat so i kene tunaikan ape yang i kata kan?

sape-sape tanya dulu mesti i akan jawab,

" tengok lah dulu bile dah ade anak sorang"

"tengok lah kalau baby dah lahir, sapa nak ambik perempuan mengandung masa interview kerja?"

sekarang dah nak dekat sebulan. i kene buat something. update resume atleast!

eh? mane resume aku eh? (nampak sangat dah lama berhenti buat job hunting)

sape bace blog salam dua benua. alaaa. blog femes tuuuu. ade cakap pasal 'jobless housewife ni'. alah. korang pergi la bace sendiri. click sini

ade anon buat komen cakap "lucky u kawen mat saleh"

i rase pon die lucky jugak. bukan sebab mat saleh kaye ke ape. tapi bila die kawen ngan mat saleh, die boleh pindah pergi australia. boleh jadi housewife dengan senang hati. sebab dieorang punya culture tak memandang rendah golongan housewife ni.

cuba balik malaysia. tengok boleh jadi housewife dengan senang hati tak. tambah-tambah kalau yang educated. ade seketul degree tuh kire dah educated la kan.

adei cik adik, kenapa cik adik jadi macamni. cik adik pergi jelah update resume yang dah kepam tu, guna la itu degree buat cari keleja. takkan cik adik nak gantung je degree kat dinding.

kenape bila dah ade degree tak boleh jadi housewife? i kenal jer orang dah habis master dah pon. tapi jadi hausewife.

tolongbrainwashsaya.tolongbuatsayasemangatcarikerja.tolonghilangkanniatsayanakjadihousewife.

selfish ke i kalau i buat keputusan nak jadi housewife?
jadi housewife maknenya,

1. mengsia-siakan penat lelah parents membesarkan i, bagi belajar tinggi-tinggi.
2. tak boleh nak banggakan parents. saya tahu betapa bangga nya abah saya bila saya masuk universiti itu. tapi betapa tak bangga nya dia sekarang bila orang tanya i kerja ape sekarang. dem!
3. tak boleh balas jasa parents. no kerja means no money. tapi kalau kerja every month ke bagi duit kat parents?
4. biarkan husband stress cari duit sorang-sorang. dok kl seme benda duit!

ok. benda-benda kat atas ni still tak menaikkan semangat nak cari keleja.

sape boleh buat saya semangat cari keleja saya upah gula-gula (gula-gula cukup ah. orang jobless tak de duit=p)

tapi jangan umpan i dengan gucci, coach, lv, dan sebagainya. idongivadem dengan itu benda.

sila bagi benda lain yang lagi mencabar.

isteri mahu mengejikan diri

selamat hari isnin~

pada hari isnin 4 minggu lepas i berjuang nak bersalin. and hari ni i dah sihat sepenuhnya dah luaran. dalaman enggak tahu. but still berbekung and berstokin dan makan masih pantang (curi-curi makan tu stended la kan. asalkan mak tak tahu. gahaha) tapi masih ber agak-agak la nak curi makan pon. makanan gatal and sejuk-sejuk ni idok la i nak nak curi makan. harus la jaga. badan nak pakai lama.
nampak tak tulisan kat love putih tu? tak nampak sila click untuk tumbesaran. semalam skype dengan husband beria dia suruh i tengok gambar yang dia upload kat fb. so i tengoklah.

sekali tengok ada gambar benda ni. *senyum bahagia*

olo comel nye husband i. pastu tengok tarikh. 16/3/09 dengan 20.12.10. 20/12/10 tu birthday maryam. i tahu lah kan. yang 16/3 tu ape?

"bie. 16/3 tu ape?"

"tarikh la"

"tarikh ape?"

die tak jawab. malas nak layan mungkin. die ingat i buat-buat tak tahu ke. tapi serius i tak tahu tarikh ape. tapi tu tarikh majlis sambut menantu rumah dia. buat ape nak ingat kan? so pikir lagi.

our first night? mana lah tahu kan. gersang dok kat sana tiba-tiba teringat first night. bukan!

I RASE MY JANTUNG MANIS TERSILAP TARIKH KAWEN NI!

haha..lagi la i nak kacau die.

"bie, cakap la. 16/3 tu tarikh ape?"

lepas tu dia dah tersedar dah.

"dem, tu tarikh umah i. kite kawen 13/3"

gahahaha. baru anak sorang u. kalau anak berderet nanti macammana lah agaknye=p

pastu dia remove terus gambar ni dari fb die. tapi i sempat save. ngehehe. benda begini harus masuk dalam blog i.

eh? dah memalukan suami ke?

ya ampun bie. ampun kan salah silap i.=p

tak pe bie, kau tetap yang ter-muahh di hati =)

Saturday 15 January 2011

rekod

dah pukul 6 lebih. masih belum tido walaupon seminit.

maryam, mummy riba awak sepanjang malam tau malam ni. bila mummy letak awak nangis. sekarang pon awak atas riba mummy.

jantung manis, rancangan untuk second baby tu i tarik balik kata-kata i.

no wonder la bila beranak nampak tua,

Friday 14 January 2011

barang yang lepas jangan dikenang

Barang yang lepas hai jangan dikenang
Kalau dikenang meracunlah diri
Oh tak guna menangis memilu
Makin sedih menambah derita
Lupakanlah semua yang lalu
Tidakkan mungkin kembali semula

eh.ni bukan entry sedih yer. ni gambar-gambar kepam yang disimpan. gambar balik kampung sebelum husband pergi korea. masa ni agak sarat la jugak. and maryam tak de lagi! ni lah kali terakhir kiteorang travel berdua kut. lepas ni kalau travel dah bertiga-berempat-berlima-berenam. eceh. maryam. tengok mok mung ni. pantang tak abis lagi dah berangan nak tambah anak.
tempat berhenti kegemaran: gua musang.
Photobucket

Photobucket
makan makanan kegemaran: nasi air

tau tak maryam, masa maryam dalam perut mummy daddy selalu belikan mummy air kelapa. sebab nak bagi kulit maryam cantik. kalau balik kampung mesti dia ambik air kelapa bagi mummy minum. bukan sikit tau maryam. at least 3 bijik. ber-boyas perut mummy tau maryam.

Photobucket
daddy panjat kerusi pokok kelapa tau.

Photobucket
ni rumah tok. eh. ni store rumah tok=p

Photobucket
ni daddy kalau balik rumah tok. aktiviti dia adalah main dengan budak tak cukup umur. dieorang semua tu pak sepupu maryam. maryam dah jumpa dah hari tu kan?

pastu bila dah nak bertolak balik ke kl semula biasanya mummy ngan daddy breakfast kat tanah merah. makan nasi kerabu

Photobucket
masa ni mummy pregnant. nasi kerabu dah depan mata, tapi nafsu nak makan kuih. habis 2 bungkus tepung bungkus mummy makan.

Photobucket
dalam kereta mummy ngan daddy suka berlakon jadi orang OKU. =p

sampai kl singgah mane entah sebab mummy nak makan kat subway.

Photobucket
maryam, ingat tau. masa makan jangan jadi makcik belebey. masa makan kita makan, kalau tak buruk.

Photobucket
ok. kalau tutp mulut macam ni cantik lah sikit. (puji diri sendiri adalah keperluan maryam. sebab nak tunggu orang puji memang tak tahu bila)


sekian terima kasih.=)

Thursday 13 January 2011

racun ditangan kanan mu, madu di tangan kirimu

aku tak tahu mana yang akan kau beri kepadaku~

Photobucket
i love you daddy, i love you mommy
Photobucket
psssttt...jangan cakap kat daddy. maryam sayang mummy lebih

shito!

eh. ape la hari-hari jumaat ni cerita pasal taik.

sempena sekarang orang dok bercerita pasal dera-dera anak ni kan. teringat dulu-dulu masa kecik. eh. bukan teringat tapi orang cerita. i baby lagi mase tuh. mak ngan abah kerja so kiteorang ade pengasuh kat rumah.

ni pengasuh sebelum Awoh la. die ni sedara jugak la ngan kiteorang. tapi sedara jauh-jauh.

masa tuh aku baby and along dah besar la sikit. dah boleh jalan kut. pengasuh tu masa mak and abah kiteorang kerja, dia suka jalan-jalan rumah jiran. mase tu kiteorang dok kuaters hospital machang. dan yang hampes nye, along dia bawak pergi rumah jiran sekali, aku yang baby lagi ni dia tinggal sorang-sorang kat rumah.

lepas ade jiran mengadu, mak aku siasat. memang betul pon. lepas tu abah hantar dia balik kampung. mak aku cakap punya lah lama dia tinggal aku sorang-sorang sampai

'kering tahi kat punggong'

yeah. itu lah ayat yang aku paling benci kalau orang mengungkit pasal cerita ni. tak payah lah mention pasal tahik segala tuh. tapi tu lah ayat yang orang selalu sebut kalau nak recall balik cerita ni. contoh.

"err..sape eh dulu kene tinggal ngan pengasuh SAMPAI KERING TAHIK KAT PUNGGONG"

tak tahu lah sebab ape. memang tak suka. maybe sebab tu adalah aku. dan terbayang-bayang bila dah besar. ok lah. dah. dah. habis cerita tahik zaman dulu.

sekarang cerita zaman sekarang.

mak aku cakap cepat bangat tong sampah pampers dalam bilik aku penuh. maryam berak berapa kali sehari?

heheh. bukan masalah maryam. masalah mak maryam sebenarnya. sebab kadang-kadang salin masa maryam tak puas lagi beyak. dah tiga kali kene sembur ngan maryam sebab masa salin pampers dia sambung membuang. isk. naseb baik baby.

maryam ni pon satu. lama beno dia beyak. biasanya kalau dia beyak, habis jer beyak dia akan menangis, lapar. so i bagi hisap susu dulu. dia kalau menangis lapar tuh jangan lah nak buat ape-ape kat dia. bagi je lah susu. nanti dia buat konsert kang.

so bila dah kenyang and tak takde tanda-tanda dia beyak, i salin lah. sekali sudah jer salin dia beyak lagi. so sebagai seorang ibu yang pernah 'TAIK KERING KAT PUNGGONG' memang salin lagi la kan. pastu kadang-kadang dia sambung lagi.

haih. dah tu macammana tak nak bagi bakul pampers penuh? sebab mummy dia kalau maryam berak memang tak sabar-sabar nak tukar. takut TAHIK KERING KAT PUNGGUNG.

i rase nak saman ah perempuan yang telah biarkan i sorang-sorang tuh. sebab telah menyebabkan i fobia taik. baru sedar lepas ade anak. -___-"

Photobucket
senyum=)

ok. sekarang soalan saya adalah. mana nak tahu yang baby ni dah puas berak?

Wednesday 12 January 2011

kebetulan?

wah..rajin pulak update blog hari ni. maryam asyik tido jer hari ni. bagun menyusu setengah jam then tido balik. tengahari tadi kene kejut nak suh menyusu. hurmm. ngantuk la tu. sape suruh malam tak tido wahai anok?

semalam saya merajuk. tapi merajuk sorang-sorang jelah. sebabnya tunggu husband online lambat sangat, 20 minit sebelum dia tido baru dia online. pukul 1037. kat sana dah 1137. kul 12 dah nak tido. mana cukup 20 minit! so dia call tak angkat and chat cakap nak tido pastu sign out skype. santek tak perangai bini?

i rasa tu sisa-sisa terakhir hormon pregnant kut(tak nak mengaku perangai sendiri, jadi salah kan hormon). hari ni rasa macam bodoh jer merajuk macam tu. dah la memang tahu takkan dipujuk. pastu diri sendiri jugak tak boleh cakap.

so, akibat mummy merajuk ngan maryam sekali tak boleh dengar suara daddy dia semalam.

sebagai tanda perotes tahu ape maryam buat?

sepanjang malam tak tido sangat. kene riba baru dia tido. tu pon tak nyenyak sangat. letak kat bawah jer menangis. ponat den!

i bukak zikir yang dia dengar masa dalam perut. selalu kalau i pasang die senyap jer. tapi semalam tak berkesan. dia still tak nak dok bawah. mahu beriba jugak. adei maryam. mummy ngantuk.

pastu dia macam mencari-cari something sambil tengok arah lappy.

ok. maryam sekarang dah boleh repond dengan bunyi. kalau dia pandang arah kiri, and saya kat kanan panggil dia mesti dia gerakkan kepala ke kanan. tapi mata still tak focus lagi. masih pandang entah mana-mana. tapi kalau masa riba dia or dekat ngan dia mata dia macam dah boleh focus. dah nampak tengok kita. kalau dekat-dekat dia dah boleh nampak kut. kuttt..

kalau malam-malam cakap ngan daddy die, dia akan senyap kejap mungkin tengah pikir suara sape tuh pastu baru lah tercari-cari, and pandang ke arah lappy. tapi semestinya dia tak nampak daddy dia kat screen. tapi biasanya dia akan pandang ke arah latop lah.ke arah sumber bunyi.

so semalam adakah dia rindu suara daddy die?

ke saja nak test kesabaran mummy?

test la maryam masa kecik-kecik and comel ni. maryam menangis pon mummy rasa comel.

so semalam sedikit rasa bersalah sebab tak bagi maryam cakap ngan daddy dia. huk huk.

malam ni ok maryam. malam ni.

Photobucket
yummilicious

Photobucket
jangan la amik gambar, malu la mummy~

Photobucket
muka stim dah nak ke lala land

Photobucket
mimpi senyum sampai nampak susu airliur basi

Photobucket
ni muka dia kalau die tengah focus dengar suara or tengok orang. muka kerut.

mak tok cakap,

" isk mummy maryam ni, tak habis-habis ambik gambar"

perjalanan maryam part 3

episode: maryam!

dari ward i di tolak ke labor room. masa ni nervous jangan cerita. contraction masih lagi rase. sampai labor room salin baju. pastu doc datang untuk cucuk epidural.

epidural punya procedure adalah tak sakit langsung sampai i tanya.

"eh? dah siap ke?"

macam magic, lepas 15minit dah tak rasa dah sakit. call along ngan pok we suruh datang sebab i tak tahu nak bajet berapa lama kene tunggu bukaan ni 10 cm. sebab bosan dan tak sakit, dok dalam labor room tu, call husband, skype, pastu main fb. pastu nurse datang jenguk dia cakap,

"baik u tido. lepas ade baby sangat susah nak tido"

sambil gelak-gelak. bukan patuh dengan nurse sangat, tapi sebab semalam tak tido memang ngantuk pon. so i tido. bangun-bangun dah pukul 123o tengahari. dah rasa sakit sikit-sikit. epidural pon sakit jugak rupanya. i ingat tak sakit langsung.ngehehe. tapi sakitnya bearable la. bangun-bangun masih boleh sambung facebooking.=p

dah tengahari terasa la perut mula berkeroncong, panggil nurse.

"nurse, lunch kul berape?"

"eh, dia tak antar food lagi ke? maybe dia g antar kat watd kut"

food datang sekali ngan along. heheh. along ngan pok we aku suruh lepak jer kat ward. tp sebab bosan soh along datang teman. boleh borak-borak sambil makan.

Photobucket
lunch

lepas tu along cakap die ngantuk. suruh along balik ward.boleh tido. dalam pukul 3 nurse masuk. buat vaginal examination lagi. kali ni seluk dah tak sakit. epidural mungkin? die cakap dah 5-6 cm. wuhhh..dari pagi sampai petang baru 5-6 cm? makne nye nak kene tunggu berape jam nak cukup 10 cm ni?

tapi tak lama sebenarnya, pukul 4.15 nurse datang check lagi dah 10 cm! so dia pergi panggil doktor.

i pon call husband cakap nak push dah, msg kawan-kawan and family. sekali doc datang cakap,

"kita tunggu sampai baby betul-betul kat bawah. tak yah push lama sangat"

holohh. lame lagi ke? mase ni rasa ade pressure kat bawah. and pressure tu makin lama makin kuat. doc. seri cakap epidural dah nak habis sebenarnya, sebab tu rasa pressure tu. tapi bagus sebenarnya, kalau tak rase pape nanti susah nak tahu masa bila nak push.

masa ni 2 orang nurse datang ajar cara nak bernafas and nak push segala. dieorang cakap muka i tak nampak takut pon. mana nak takutnye, mase ni pikir nak push jer, nak tengok baby. masa tu bergerak macam lambat sangat.

pressure kat bawah macam dah makin kuat, doc. seri pon datang.

masa untuk berjuang!

2 kali push. kepala baby keluar. bila kepala dah keluar, badan baby keluar macam gelongsor jer. tak push pon. dengan darah-darah lagi doc angkat baby tunjuk yang baby tu baby girl. mase tuh terus sebut.

"maryam!"

maryam berdarah-darah lagi mase nurse letak atas perut sambil sedut something kat hidung maryam. maryam menangis mase tuh. and mase tuh i gosok-gosok maryam cakap,

'maryam, jangan nangis. ni mummy"

dia sangat kecik! masa tuh macam tak percaya yang baby ni keluar dari bawah tu. comei nye baby baru keluar. dan i tak menangis pon tengok maryam. cuma senyum and sengih sambil gosok-gosok, mood diawangan macam mimpi aku dah jadi mak weh!

ape yang doc buat kat *tuutt* aku pon aku abaikan. bila nurse ambil maryam nak bersihkan barulah rasa sakit kene jahit.

beberapa minit lepas tu nurse bagi balik maryam. first time breast feed maryam baru i menangis. huk huk. selama ni tengok orang jer breast feed. sekarang my turn!



Photobucket
masa fresh dari oven. baru lepas breast feed.

maryam masa first time breast feed lama sangat.dia hisap pastu berhenti, then nangis, hisap lagi. berhenti tido, pastu nangis nak lagi. perangai ni kekal sampai sekarang. haha. tapi maryam dah besar dah. isk. 24 hari jer baru. tapi dah lain sangat. jangan besar cepat sangat baby.

i meroyan bila dapat tahu husband kene g korea sebab tak boleh bayangkan bersalin sorang-sorang. kalau dah memang ditakdirkan bersalin tanpa husband tu ejas macammana pon still die tak sempat jugak nak teman.

tapi tak delah teruk sangat pon bersalin sorang. nurse adalah sangat baik and alhamdulillah semuanye berjalan lancar. kejap jer rasa proses nak push. tunggu sampai 10 cm tu jer rasa lama.sampai bosan tak tahu nak buat ape.

and ketusan saat-saat akhir nak epidural tu rasanya keputusan yang i tak akan pernah menyesal.ngehehe

THE END.

ini bukan iklan ubat kurus

hello kawan-kawan~

mane mood berblogging ni? tolong lah datang. isk.

ade banyak sangat entry tertunggak. banyak jugak blog kawan-kawan yang lama tak jenguk. jenguk 2-3 komen kalau rajin jer. i sibuk menilik maryam lah. so selagi tak puas tilik maryam tu sila bersabar dengan saya yer. hahah =p

hurm..entry hari tu ade orang komen i dah kurus? no dear. tak kurus lagi. -_-"

suka orang puji kurus. tapi kalau betul-betul dah kurus lah. tapi kalau badan masih berbenjol-benjol lemak orang puji kurus rase nak nangis. huaaarghh.

dah 3 minggu lebih. next week dah sebulan. ade la progress sikit. rasa la badan kecik sikit. tapi sikit sangat lorr..xpe, i kumpul lemak ni 9 bulan kut. jangan lah nak mengaharap dia hilang dalam masa sebulan. ade sebulan lebih lagi sebelum husband balik. so still ade mase lagi.

tapi agak frust jugak lah balik hari tu tak bawak balik my penimbang kesayangan. tak boleh nak timbang. tapi kalau ikutkan kalau diet tak boleh tengok sangat berat kan? kita ukur ukur lilit. so sebab tak de penimbang diet kali ni amik ukur lilit jer.

dan guna baju sebagai kayu pengukur. baju ni sekarang adalah sangat sendat. so target sekarang adalah diet sehingga baju ini selesa untuk dipakai.huhu. ni target awal lah.

Photobucket
haha. butang bawah sekali tak boleh kancing. demm!

Photobucket
di mana pinggang saya? -_-"

Photobucket
dan lengan ini? mampu kah dia mengecik?

i akan update dari masa ke semasa progress mengecikkan badan ni

benda lain yang boleh digunakan adalah cincin kahwin. tengok lah jari-jari montok diatas. kene kurus sampai muat balik cicin kawen. kalau tak kene g tukar amik saiz lain. -____-"

dan jeans saiz 28 yang muat mase berat 56kg dulu. sekarang muat betis jer kut.

eh awak-awak sekalian, perasan tak kemere baru kite? husband kite kasik. ngahaha *show off mode on*

eh bie, awak cam tak baju kite ni? eh? tak cam. baru sampai petang tadi. ngehehe. baru beli lorr. tapi tujuan beli nak jadikan sumber inspirasi nak kurus. kite saje beli baju saiz kecik sikit. xpekan? nanti bini awak jugak santek. (santek keeee?)

ok bye. nak basuh beyak yummy yummy yam yam

Sunday 9 January 2011

3 weeks

still can't believe...

Photobucket
i am a mother!

i love you maryam faleesya.