Wednesday 30 June 2010

blood test

kiteorang dua-dua family ade sejarah penyakit stroke. belah husband nenek belah mak dia. belah saya, nenek abah saya. moyang saya lah kira. so kena berhati-hati la sikit sebab family ade sejarah kan.

family saya kurang makan daging. and mak saya kalo masak dia kurang kalau lemak-lemak ni. makan kukus, rebus, or tom yam. jarang-jarang sekali masak la lemak.

family husband saya pulak suka bebeno masak lemak. and husband pulak dia tak makan ayam. so selain seafood or ikan, selalu jugak lah kiteorang makan daging. and dia sangat suka kambing!

tapi kalau i masak kalau lama-lama tak makan lemak tu i suruh la dia beli santan. kesian jugak sebab dia suka. tapi jarang-jarang la. (tapi sekarang macam agak selalu, sebab i sendiri pon asyik rasa nak makan lemak-lemak. haha! kan i dah cakap baby i ni sangat ikut selera bapak die. isk. alasan. =p)

last week balik dari kerteh dia mengadu pening. i suruh die ke klinik. selalu jugak lah dia mengadu pening. risau la jugak i. takut muda-muda dah darah tinggi. lagipon cara hidup dia tak sihat. kalau orang cakap bukan nak dengar. kat ofis, kalau tak shake herbalife masa breakfast confirm dia akan makan nasi lemak. bila i cakap kurangkan la makan lemak die cakap tak de pilihan lain. hurm. mungkin jugak.

bila result dah dapat dia bangga-bangga diri kat i. sebab dia sangat sihat. glucose, sodium, potassium, HDL ratio, dan ape ntah lagi semua baik. semua dalam range sihat lah. lepas tu berlagak!

"see, i sihat lah. u jer sokmo belebe. try u buat blood test nanti. mesti tak sesihat i"

yelah! maybe die pening sebab penat or tak cukup tido. or saja-saja nak bermanja sebab sejak i pregnant i dah jarang urut dia.haha. bila pening picit-picit jugak lah kepala sikit.

dengan doktor daniel i pon buat blood test. tapi bukan cek glucose segala. cek allergic. seronok!

result-result test kami

yang kaler merah kuning tu result allergic test saya. yang ade gambar kucing tu article dr. daniel suruh baca. huhu. bagus la doc ni.

kalau tengok dalam gambar, yang kaler kuning tu maknenye i tak allergic sangat. semua tu food. i tak allergic dengan ape-ape food pon. semua boleh makan. yeay untuk saya!

yang kaler merah tu maknenye saya allergic ngan benda-benda tu. saya sangat allergic dengan dust mites sampai alat tu tak boleh test tahap allergic saya. tengok dalam gambar merah sampai ke hujung tu adalah dust mites. dan tak boleh jugak dengan lipas or sisa lipas.

hurm. no wonder lah sejak kebelakangan ni asyik asthma kan. i dok berkurung jer dalam rumah. ngan tingkap or pintu jarang bukak. memang 24 hours terdedah ngan dust mites and lipas-lipas ni. rumah ni sepatutnya setiap bulan ade pest control. tapi setiap kali deorang buat kiteorang tak de kat kt kl. this month punya pest control die datang masa i tido. so malas nak bukak pintu. haha. salah sapo? salah sendiri.

bagus jugak buat test ni. nanti i nak buat blood test macam husband buat. setahun sekali bagus lah buat. untuk nak tahu tahap kesihatan kita. allergic test sekali seumur hidup pon dah ok kalau perlu.huhu

semua benda ade first time

seorang kawan yang baru berkahwin risau pasal skill memasak. macam biasalah kan, kalau tinggal di asrama sejak dari form one, pastu masuk u segala, bila balik mesti nak masak masakan ibu kan. kalau mak tak bekerja lagi best, memanjang makan masakan mak jer.

walaupon mak i bekerja, tapi rumah kiteorang ade awoh. so kalau masak mesti awoh yang masak. so jarang jugak lah dulu-dulu nak tunjuk skill memasak kat rumah. sampai lah bila i dah habis belajar, masa tu awoh dah tak tinggal ngan kiteorang sebab dah kahwin , and masa tuh mak g mekah, so i lah yang kena jaga anak-anak lelaki mak saya.eh. adik-adik saya. dan masa tu baru belajar tunjuk bakat 100% kat rumah. masa tu baru nak membina keyakinan nak masak untuk orang makan. sebelum ni masakan senang boleh lah. lauk pauk tak yakin.

so untuk kawan-kawan yang sedang mengasah bakat memasak, saya share sedikit pengalaman, walaupon sekarang tak teror sangat, tapi boleh lah nak bagi husband or tetamu makan. tapi nak masak rumah MIL tak berani lagi. saya pernah masak sayur goreng dengan goreng -goreng jer kut rumah MIL. lagi pon sesekai balik kampung mesti lah nak rasa masakan orang tua kan. hak hak. alasan maghfarah! alasan.

1. start bina keyakinan diri dulu. masak untuk orang-orang yang kita selesa. kalau saya adik-adik saya. diorang ni masak lah pape pon, asalkan ade rasa garam gula dieorang boleh habiskan. hehe. bila nampak orang makan masakan kita sampai habis. lagi semangat nak masak lagi lepas tu.

2. start masak masakan senang-senang dulu. hehe. tak salah pon mula-mula belajar ni masak goreng-goreng dulu. pelbagaikan. ikan goreng, daging goreng, ayam goreng. nanti pelbagaikan cara goreng pulak. kalau mula-mula masak letak garam kunyit jer, nanti campur-campur bawang pulak, lepas tu campur-campur sos pulak. walaupon cara masakan sama, tapi kalo tambah benda lain dah jadi rasa lain.

3. sekarang kan moden. banyak jer paste kat kedai. haha! kite bukan hidup zaman mak kita. semua benda nak kena ketuk-ketuk. contoh paling senang sup dengan tomyam. ikut jer arahan dia bagi. memang macam makan kat kedai lah! haha. tapi bila dah pro and ade keyakinan nak masak ketuk-ketuk dan campak-campak macam mak-mak boleh ler bergayut ngan mak setiap kali masak. or google jer senang.

4. jangan compare masakan kita dengan masakan mak kita. weh. dia dah masak 30 tahun! mestilah sedap. tutup mata campak-campak pon rasa sedap. nanti bila kita tua kita pon terer macam mak kita jugak. diorang pon macam kita jugak masa mula-mula masak. hehe

5. biasalah awal-awal masak ni ade yang terkurang. tapi jangan give-up. try lagi baiki-baiki ape yang kurang. bila dah masak benda sama 2-3 kali mesti dah sedap. masak lagi banyak-banyak kali mesti lagi sedap.

saya first time masak gulai lemak kuning kat rumah dulu masak gulai lemak kuning telur itik. penat try ape lah yang aku lupa taruk sebab rasa lain. garam gula rasa macam dah cukup. pastu call awoh suruh dia cakap balik step by step buat gulai lemak kuning. lepas tu baru tahu. lupa letak asam keping! eh. tapi bila saya tahu saya lupa letak asam keping tu tengok-tengok adik-adik saya dah habiskan semangkuk. hehe. sebab tu saya suka adik-adik saya. diorang belasah jer semua. haha

6. cakap lah kat pasangan kita tak pandai sangat masak. dieorang pon faham kut. so dia tak letak high expectation sangat. dulu masa awal-awal kawen saya asyik masak benda sama jer.(err. sekarang pon kut). kalau pergi pasar boleh dikatakan benda sama jer beli. saya masak benda saya pandai je lah. bila lama-lama diri sendiri pon dah bosan.try la sikit-sikit variasikan koleksi makanan. tapi bila masak benda-benda tak biasa masak saya pesan dia awal-awal. dia kat ofis lagi saya dah cakap,

" ni first time i masak tau. kalau tak sedap sila redha" =p

7. pasangan jugak memainkan peranan penting. husband saya kalo saya masak pape, biasa die akan puji jer. tapi kalau ade pape yang kurang dia tambah la. contoh,

"sedap dah u masak macam ni, tapi macam kurang masam lah. kalau masam sikit lagi mesti lagi sedap"

dan dia kan habiskan jer semua walaupon kadang-kadang i rasa ade something yang kureng. hehe.

banyak lagi masakan saya tak try. rasa nak try tapi takut tak sedap. so try satu-satu lah. masak lemak macam kerutup ke gulai darat ke saya kurang pandai. tak pernah buat sendiri pon. tolong-tolong nenek masak pernah.

masak ketam pon i tak pandai. hehe. sebab kat umah jarang makan ketam sebab family allergic. kalau jarang-jarang makan mesti lah mak yang masak. pastu bila kahwin, dapat lah pulak husband yang suka seafood. nak tak nak kena lah belajar. tapi sampai sekarang pon saya tak reti siang ketam. suruh lah pak cik yang jual siang siap-siap kan. hehe. balik rumah tinggal nak cuci-cuci and buang mana-mana yang patut jer.

konon-konon nak masak ketam masak pedas, bila dah masuk bahan-bahan and masuk ketam, i tanya husband i,

"bie, caner nak tahu ketam dahmasak?"

"haha. mana i tahu. i tahu yang dah masak jer. jap i call mak"

tengah masak baru call MIL. dah la masa tu MIl tengah kerja. dalam ofis tak clear sangat. kena tunggu dia keluar dari ofis.

sampai kering ketam nak tunggu MIL cakap caner nak tahu ketam masak

cubaan pertama masak ketam

kering la sikit. husband cakap buat ade kuah sikit lain kali. hehe

semalam cubaan kedua masak ketam. buat gulai lemak kuning. kali ni dah tahu lah camano nak tahu ketam ni masak. haha!

sesekali tukar selera best jugak. aku suka isi ketam tapi tak suka sangat makan ketam sebab susah nak makan. aku suka sotong sebab sotong senang, tayah nak kopek-kopek segala dah. ngap terus.

Tuesday 29 June 2010

sup urat keting (UK)

dulu-dulu kami suka datang makan sup kat sini. sebab sup kat sini kena dengan selera kami. rasa mesam dan pedas.

3 minggu lepas, (haha..ni gambar peram ni, dah bertukar jadi pekasam baru nak bercerita) kiteorang pergi lagi sebab rasa macam lama tak makan sup UK.

macam biasa kalo malam kedai ni memang ramai orang.pekerja dia biasanya semua melayu, tapi kali ni waiter adalah indon. ade jer waiter melayu. tapi indon yang datang amik order kami. dia datang tanya then dok jalan-jalan tak tentu arah macam blur jer aku tengok. tak meyakinkan. lama kiteorang tunggu sampai meja sebelah yang datang lambat dari kiteorang pon dah dapat food, food kiteorang tak sampai lagi.

aku panggil indon yang amik order tu, tanya lambat lagi ke food kiteorang. order masih kat tangan dia! dia tak pergi letak order kami kat tukang masak.

sungguh indon la indon ni.

memang aku tak suka la kalau kedaai yang amik pekerja indon ni. mesti ade jer problem. suami dah marah sampai tak nak bersuara dah. ikut dia nak blah jer pergi kedai lain. tapi i nak makan sup. so dia kene sabar.

bila orang sebelah dah siap makan dah baru food kiteorang sampai. lambat giler!
hehe. tengok bigboss dah berpeluk tubuh memprotes. tayah tayang muka. tayang tangan pon dah tahu sedang marah

walaupon marah tetap jugak kena paksa amik gambar i

pencuci mulut makan satey

food camno?

sup dia dah tak sedap. dah tak rasa masam. dah tak rasa pedas. rasa tak kaw macam dulu. biasa-biasa jer. dah la service suck sebab indon tu sengal. so tu lah kali terakhir kami ke sup UK. malas dah nak pergi. tarikan utama adalah sup yang kaw king kaw. kalau sup dah tak sedap ape yang tinggal?

pekerja indon yang sengal yang tinggal.

i rasa mesti pekerja kat dapo pon dia amik indon. indon suka tukar-tukar resepi ikut selera dia. sebab tu tak sedap macam dulu kut. haha. suka hati menudih. ah! kedai yang amik indon jadi pekerja memang kebanyakan akan turun kualiti food or service. sayang jer.

spaing!

semalam first time aku tengok bola pukul 230 pagi. biasa nya pukul 12 dah kene perambat masuk bilik.

"ibu mengandung tak boleh tido lewat la. pegi tido."

kalo ade game yang big boss suka pukul 230 pagi, dia akan tido kat luar. kalau tido dalam bilik selesa sangat memang sangat confirm lah beliau akan tido sampai pagi tak terjaga pukul 230 pagi. dan aku pulak kena tido sorang-sorang dalam bilik.

dan masalah biasa aku kalau tido sorang susah lah nak tido. biasanya aku akan berputar-putar atas katil kejap kepala kat kepala katil, sekejap ke kiri sekejap ke bawah sekejap ke kanan berjuang nak tido sampai lah bola habis kul 4.30 pagi bila big boss masuk bilik baru aku boleh tido. bila pikir baiklah aku join dia tengok bola kan? sama jer dalam bilik bukan aku tido pon.

dan semalam kan spain. memang wajib lah dia tengok. dia dah sound awal-awal,

"malam ni i nak tengok bola"

then i menjawab dengan yakin nye,

"malam ni i nak tido kat luar"

" luar sejuk la, nanti sakit badan, bla bla bla"

ah. tak de. saya nekad kali ni. tak suka tido sorang. kalo tak bagi i tido luar then teman i tido dalam bilik. so kul 1030 aku dah angkut tilam nipis dan comforter letak depan tv. letak dua tiga lapis supaya tebal tak sakit badan. then di situ lah aku beradu. walaupon semalam tido petang, kul 12 aku dah tido tanpa sebarang masalah.

pukul 230 terdengar alarm kejut big boss. try tido tak boleh. so i join dia tengok bola.

buatkan dia milo panas. i minum susu panas. walaupon tak faham pape pasal bola, i suka masa kami bersama jer.

haha.

tiba-tiba jiwang.



dinner semalam. mee goreng basah


pesanan terakhir, i tak boleh tido dengan senang kalo tido sorang. kalau u tak de dalam rumah lain cerita. so musim bola ni, depan tv lah tempat tido kita. kalau nak i tido dengan selesa, angkut tv masuk bilik.

naseb baek wc 4 tahun sekali jer!

Monday 28 June 2010

masa untuk..

tido.

hehe. baru balik jumpa doktor daniel. sihat walafiat dah semua clear. tapi kene teruskan jugak amik ubat. tak best betul.

dan sekarang masa untuk tido. nanti tak cantik kalau tak cukup tido.haha

semalam tak boleh tido. sebab bola nyamuk. erm. sebab terlebih tido siang jugak kut. sebab tido tak de teman jugak kut sebab teman tido tengok bola.

akibatnya bola habis baru boleh tido lena.

sekarang ngantuk sangat. gunite~

mee rebus sungai dua

semalam bila bangun tidopetang tengahari, dapat ilham masa tido nak masak ape untuk bukak puasa. hehe. bangun jer terus tanya husband ok ke tak malam ni tak makan nasi. saja jer tanya walaupon tahu masti dia ok jer.

terus menggoogle cari resepi siap tengok video kat youtube lagi. haha. se.ma.ngat nak masak. baiklah. semua bahan-bahan diperlukan ade dalam peti. boleh lah kita ber-experimentasi~

mee rebus udang sungai dua original version

vs

maghfarah punya version.

hehe. mesti lah sungai dua punya mee rebus punya lagi sedap. kalau tak i dah bukak kedai dah semalam. tapi husband puji sedap (mesti lah dia puji kalau wife dia masak). untuk first time masak kira boleh berbangga lah. hahaha. tak sia-sia siap tengok video masak kat youtube.

nak try version maghfarah boleh tengok resepi kat dapur farah.

saya punya

husband punya

(pencahayaan agak terlampau sikit tapi malas nak ubah-ubah setting.lapor.lapor)

tiada dalam gambar asam limau dan telur rebus. eh. telur rebus memang tak rebus. ma.las

kejap lagi nak ikut husband pergi kerja sebab ade appointment dengan doc daniel hari ni pukul 1030 pagi.haihhh. giler malas nak bersiap pagi-pagi macam orang bekerja. padan lah tiap-tiap pagi suami liat nak bangun.haha. memang malas rupanya bersiap pagi-pagi.

sangat berharap doc daniel kurangkan dose ambik turbo haler jadi sekali sehari je ke sebab sekarang memang tak asthma langsung. nanti boleh tahu result allergic test yang buat hari tu.

dah. dah. merapu.nak kena bersiap. malas nak mengusung netbook sebab sekejap jer. mengisi masa lapang dengan baca magazine jer nanti. petang nanti baru menjenguk blog kawan-kawan yer.

bye-bye.

ku.ke.ce.wa

semalam suami cakap this weekend adalah bukan tarikh yang sesuai untuk masuk rumah.

frust.

tarikh bukan berdasarkan ramalan kaji cuaca ke or feng shui ke.

berdasarkan tarikh dalam kelendar islam jer. memang begitu.

i kahwin pon pilih tarikh jugak. along kahwin nanti pon datuk jugak yang pilih tarikh.

orang-orang tua tahu lah tarikh yang sesuai ke tak. ape yang dieorang tengok eh?

mungkin masuk tengah bulan 7.

padan lah i tak rasa nak start packing pon lagi. haha

xpolah. tak lari rumah dikejar.

tapi kerja-kerja masuk perabot and angkat barang tetap berjalan kut. yeke? entoh ler. semua bergantung kepada big boss. mem besar mampu menunggu jer kat rumah. tapi big boss macam rilex jer tak buat ape-ape. mem besar nak buat dia tak bagi. kang i buat bila u g kerja kang. tengah bulan 7 pun 2-3 minggu jer lagi. so haruslah start sekarang. satu habuk pon kita tak kuis ni. nak clearkan rumah ni supaya bersih bersinar-sinar pon satu hal jugak. jadi harus lah start secepat mungkin yer sayang.

hurm. ni baru berleter versi blog. jangan bagi i start live punya version.

tapi buleh dok u bawak i pegi tengok rumah lepas cat and lepas masuk perabot? i nak koya-koya langsir ni.

owh. boleh lah cari langsir dulu sebelum masuk.

banyak benda nak buat lagi sebenarnya.

"lek ah yang. kite bukan nak rushing sangat pon masuk. slow-slow pindah la"

ni bukan slow-slow. ni tak bergerak langsung sayang.

baiklah. i dah bosan dok rumah ni sebenarnya. cantik bergaya mendamaikan. sesuai untuk bercuti. tapi untuk 24 jam dok dalam ni? serius aku rasa baik belajar ilmu dan start bertapa sekarang. sangat sunyi. senyap. bunyi kereta pon tak ade. bunyi train lah kadang-kadang.

akhir kata. i perlukan bunyi yang bukan keluar dari tv or lappy. bunyi kucing pon ok dah.

sekian luahan perasaan.

mee rebus sungai dua

bahan-bahan: (2 orang makan, mee kuning 250 g)

kuah:

bahan kisar:
1/2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
segenggam udang kering
sebatang serai
1 cm halia

lain-lain:
3 sudu cili kering kisar
2 sudu serbuk kari daging
4-5 biji kentang (rebus, buang kulit, lenyek)-kalau ade keledek boleh campur keledek jugak.lagi manis
10 ekor udang- untuk air rebusan udang (buang kulit dan kepala, kulit dan kepala udang di goreng tanpa minyak, lepas tu masukkan air, rebus sekejap, blend semua, tapis amik air sahaja)
1 senduk sos cili
1/2 senduk sos tomato

hiasan:

isi udang yang direbus tadi
tauhu di goreng
sawi celur
taugeh celur
bawang merah goreng
cili merah potong
daun bawang
telur rebus
asam limau

cara-cara:

1. tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau, masukkan cili kisar kacau lagi sehingga pecah minyak, masukkan serbuk kari, kacau lagi sehingga naik bau.
2. masukkan kentang, sos cili, sos tomato dan air rebusan udang.
3. kacau. kalau nak cair tambah air lagi. masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. celur mee, hias dengan bahan2 bahan hiasan

selamat mencuba

pertolongan diperlukan: Water purifier

*sticky post*

siapa yang ade pengalaman guna coway punya water purifier?

saya suka design. haha! tu jer. dari segi harga or service tak tahu (jurujual dia cakap memang lah derang yang terbaik kan). so sape-sape guna coway khidmat nasihat anda diperlukan. tergoda dah ni.

dia punya design lagi cool dari alken. er. function pon kut. tapi harga mahal sikit dari alken.

rumah saya kat kampung guna alken. ok jer puas hati sampai sekarang.

ke baik ambil alken?

ke bio aura??

ke korang guna jenama ape kat rumah? ade sape-sape nak bagi cadangan jenama lain or jenama-jenama yang kat atas tu?

Sunday 27 June 2010

jom guna password strong!

saya berpuasa hari ni. baru bangun tido jadi badan masih siihat dan kuat walaupon dah petang.haha. aci ke puasa macam ni eh?=p semalam tak sihat sangat. husband cakap tayah la puasa kalau tak sihat. mana boleh. 6 hari lagi ni. u nak tolong gantikan??hehe

ok.kembali kepada cerita.

beberapa minggu lepas aku ade masalah dengan facebook aku. asyik kene verify je setiap kali masuk sebab die cakap ade orang dari Mexico log in(hot like mexico!).eh. serius. serius.

lepas tu kadang-kadang bila aku online ade tab-tab aku chatting dengan kawan dalam friend list aku. promote something. mula-mula aku ingat virus. tak bajet pulak sudah di hijacked. pastu bila banyak-banyak kali jadi, aku tukar lah password. bila aku nak online lagi lepas tu die cakap akaun aku kene suspended. aku tukar lagi password. bila aku log in tak terkawal die message kawan-kawan aku masa aku tengah online. macam tengah bukak fb orang orang lain dan aku tengok die tengah chatting dengan kawan aku tuh. terpaksa lah mak cik ni menjawab bukan aku yang message dieorang.

marah betul. aku tukar password baik punya strong sampai mungkin husband aku pon tak leh masuk akaun aku. hak hak. mungkin je lah.

dan sekarang sudah menukar semua password akaun-akaun lain pon. salah mak cik jugak password mak cik adalah senang nak mati macam sape-sape pon boleh teka lah. huhu

sekarang tidak lagi!

mari lah bertukar~

(jangan lah lepas ni ade masalah tak ingat password pulak)

belauk

belauk lagi! hehe..banyak lagi lauk yang i tak try ni. daging goreng, daging gulai, puyuh. isk. macam tak tercapai jer nak try semua before pindah. husband saya memang tak layan lah kalo mintak nak breakfast kalo dah pindah kinrara nanti.

kuih-muih pon tak pernah try lagi. sebab kalau dah makan nasi, memang dah tak ada ruang dah untuk kuih-muih. masa pergi makan ahad hari tu anak orang meja sebelah makan kih pelita. boleh nampak bahagian gula warna hijau tu cair-cair. hurm. nampak macam sedap. tapi kenyang.

dia cakap nak makan satey ngan nasi himpit, tiba-tiba datang dengan gulai serati, RM 6. macam biasa isi serati ni sikit secoet jer.

nasi belauk ikan

nasik belauk ikey sambal lebih deh~

RM 3. saya suka rasa gulai ikan dia. tak ter-over manis macam kat kak mah hari tu. rasa. tak. cukup. sepinggan. -___-"

cari jerawat saya. yeah~ ni saya suka camera kurang kualiti ni.haha


sedap kam? sedap kam? caner i nak try semua lauk ni?

ehem. ehem. first time nak reveal ni. selama ni dok tayang muka jer kan. tayang muka pon orang dah tahu semakin berkembang.







baby bump 13 minggu macam dah 4 bulan kan?

walaupon begitu masih kelihatan h0t kan? kan? kan?=p

sila jangan bayangkan camno rupa i bila dah 9 bulan nanti. my husband cakap i dah boleh buang dah cincin kahwin. nanti susah darah nak mengalir. melampau. tapi i rasa sebulan dua lagi dah boleh buang la.

sekarang saya tahu mana 2 kg tu bertapa. nampak gayanya dia bukan bertapa kat breast or vontot. lebih kepada perut.

ouh. gambar di atas tu gambar perut sedang lapar tunggu suami bersiap nak pegi breakfast ya. hanya alas perut dengan sekeping biskut. jangan bayangkan perut lepas kenyang!

masak lemak cili api daging salai

sabtu lepas aku try buat masak lemak daging salai dengan menggunakan sedikit ilmu yang kawan aku turun kan tapi resepi yang dia bagi dah hilang masa pindah hari tu kut. so bergurukan tuan google jugak.

tapi ni resepi bukan pure punya masak lemak cili padi punya resepi, sebab aku masukkan lengkuas jugak. hehe. sebab biasa masak lemak kuning letak lengkuas. so ni masak lemak cili padi murtad ye. tapi sedap.ceh puji masakan sendiri. masa makan ni teringat-ingat siput sedut. nyum.nyum.

juadah makan tengahari hari sabtu

masak lemak cili padi daging salai, ikan terubok goreng, sambal dan ulam timun.

masak lemak cili padi daging salai maghfarah version

click Dapur Farah untuk resepi

ikan terubok masin goreng dengan bawang dan hirisan cili padi perah asam limau. betul-betul holiawww~

bakar sekejap daging atas api

aku bakar daging atas dapor sekejap separuh masak konon nak dapat kesan smoked beef. ngehehe.

lauk: daging salai masak lemak cili padi

masak lemak cili api daging salai

bahan-bahan:

daging 3-4 orang makan
1/2 biji santan (kurangkan jika xnak lemak)
4 biji bawang merah-blend
1 cm lengkuas-blend
6-7 biji cili padi(ikut selera)-blend
1/2 inci kunyit-blend
sebatang serai-ketuk
2 helai daun kunyit-hiris halus
1 keping asam keping/asam gelugurhiasan: kacang panjang/pucuk ubi/ belimbing buluh

cara-cara

1. bakar daging sampai separuh masak diatas api, hiris nipis-nipis
daging yang sudah dibakar separuh masak untuk rasa salai

2. massukkan bahan blend kedalam santan.kacau.
3. masukkan daging, daun kunyit, serai, dan asam keping. sentiasa kacau supaya tidak berketul.
4. setelah daging empuk masukkan kacang.
5. garam dan gula secukup rasa. siap~

selamat mencuba~

Saturday 26 June 2010

kinraramas update

sepatutnya weekend ni kami dah start masuk rumah, tapi disebabkan ketidak upayaan i menyebabkan kerja suami bertambah di tambah pulak masa nak setelkan ekon dia kene outstation weekend ni baru setel semua. next week baru boleh masuk perabot dan weekend kut baru kami boleh bawak angkut barang. insyaAllah. delay seminggu. heheh

masalah utama penyebab delay=p

rumah kami lampu putih sebab mem besar sakit mata lampu kuning

kekosongan keputihan.eh

semalam suami pergi beli cat nak suruh contractor cat. dia pilih color bilik. sebab warna yang saya pilih semua dia tak soka. haha. benda lain semua i yang kena pilih, tiba-tiba warna dinding bilik cerewet pulak.

lepas beli dia terus hantar kinrara. dia cakap inskandar cat terus semalam. bagus siap cepat boleh clearkan cepat boleh masukkan barang cepat.

masa malam dia buat surprise baru balik dari kerteh, dia singgah kinrara dulu. nak jumpa contractor ekon. gambar di atas adalah gambar dia amik malam tu. i dah berzaman tak tengok rumah. dia cakap tak sabar nak pindah. rumah sangat sejuk berangin kalau malam. rasa tenang dan damai jer. eceh.hahaha

tapi sebenarnya kan, langsir kami tak beli or tempah or buat keputusan lagi nak yang macamana. sebabnya i ada masalah nak bayangkan color yang sesuai. boleh? jadinya bila dah masuk perabot semua baru nak pikir. gantung kain pelikat or kain batik ah dulu seminggu dua.=p

tapi interior dah pikir. siap kalo suami tak setuju i keluar nak keluarkan bajet sendiri lagi. hehe. ok tipu. kalo tak setuju kene setuju jugak.

sabar yer maghfarah. seminggu lagi. seminggu jer lagi. barang dah habis packing? errr..hari ni start packing.

13 minggu

sekarang ni sangat jarang naik penimbang. sebab malas nak ambik tahu sangat pasal badan yang tengah mengembang. tapi pada suatu malam,

"bie!!"

"gappo yang??"

"berat i naik lagi 2kg"

"banyak nye. kenape banyak sangat?"

"tak tahu. banyak sangat ke i makan?"

die senyum.

"jangan senyum keji macam tu boleh? cakap~"

"no komen"

ok faham.

adeh. adeh. adeh. anggap je lah 2 kilo ni pergi kat breast kan. vontot sikit.hurmmm

this week kira dah puasa dua hari. kalo tak puasa lagi banyak naik gamaknye.

ape pon, saya dah 13 minggu. risiko miscarriage dah much lower berbanding sebelum-sebelum ni. lega dah sampai tahap ni.tapi still kene jaga-jaga. cepat-cepat datang 16 minggu.

Friday 25 June 2010

hormon ke ape ni??

sejak kebelakangan ini(wah bahasa!) rasa diri macam monster macam shrek macam beast.

rasa sangat buruk bila tengok cermin sebab

1. jerawat tumbuh merata-rata. banyakkkkk. dah la sakit.isk
2.bulu kaki makin panjang? ke perasaan?
3.bulu-buluan sakit bila nak dicabut

semua pon perasan sebab banyak masa nak membelek diri rasa semakin belek semakin buruk. tak soka!

tapi yang best nya rambut dah kurang sikit gugur. kurang sajor. tapi masih bersepah-sepah keguguran. saya tak nak potong! saya tak nak potong!

dan

dan

dan

breast semakin membesar dan membesar. ngehehe. erm. adakah lepas bersalin dia kembali ke saiz asal?? nak kurus balik tapi nak kekalkan saiz ni boleh? gahahaha

i'm feeling sexy~~~~ (nyanyi lagu naughty girl-beyonce)

baik. baik. sila tahan muntah anda. tarik nafas. tarik nafas.

semalam kebuntuan tak tahu nak masak ape, sebab ade ikan tenggiri dengan daging jer. daging husband tak nak makan sebab hari ni dia nak buat blood test. jadi kena masak ikan tenggiri jugak. tapi hari sebelum ni dah masak goreng biasa, malas nak ulang menu sama hari-hari. mula-mula ingat nak singgang jer, tapi bila masuk dapur benda lain yang terhasil.

ikan tenggiri sweet sour, sayur kangkung dan kubis masak kicap, dan telur dadar

dia sangat beria-beria tak nak makan daging, tapi semalam bila i tanya lunch u makan ape? dia jawap,

"beriani kambing.."

huhu. kelakar la awak ni. kambing tu bukan daging ke? dah la kambing! isk. naseb baek ok jer tekanan tadi. semua ok.

awak kelakar awak tahu? eh. awak? macam seseorang jer. hahaha

Thursday 24 June 2010

sambungan entry 'menyesal kawen awal'


Anonymous said...


aku kawen umur 22 dari mula saat itu aku menyesal sampai sekarang...aku menyampah ngan nasib aku!!!semua nih xadil langsung!!!org bujang gak senang!!!!knp lah aku kwen?knp mesti aku?knp?knp?knp?????klu lah aku blh bujang sampai mati kan bestt...


respond ni aku dapat masa menulis entry lepas . maybe belum cukup panjang lebar untuk orang faham. keputusan kita ambil untuk berkahwin adalah bukan keputusan yang main-main. seperti yang saya cakap entry yang lepas, kahwin lah kalau sudah ready. mungkin saya tak huraikan ape maksud ready.

sebelum berkhawin saya rasa kena betulkan niat kenapa nak berkahwin. macam saya sendiri, sebab nya

1. saya nak berhenti melakukan dosa. nak dapatkan hubungan yang sah. bergesel-gesel tanpa dosa. ngehehe. air sembahyang jer batal.

2. saya nak menjadi isteri kepada mohd faizal yang sah. nak menjaga makan minum. nak melahirkan anak untuk dia. nak bersama-sama membina family berlandaskan hukum islam. bila saya dah buat keputusan untuk bergelar isteri saya kena korbankan masa beronggeng bersama kawan-kawan. tapi bukan lah terus lupakan kawan-kawan. i ada had sebab i isteri orang. and i kene berhenti meng-compare diri dengan orang bujang sebab sudah bertukar status. semua kena fikir suami dulu. ingat senang ke? awal-awal berperang jugak. sebab kadang-kadang saya lupa saya dah isteri orang. tapi my husband tak de lah mengongkong sangat dalam hal ni. as long as tak melebih-lebih.

saya rasa tu je lah kut sebab. yang ke dua kita kene lah tengok juga orang yang kita nak kahwini. bukan boleh sesuka hati kenal 2-3 hari terus nak ajak kawen. saya rasa 2-3 bulan pon belum tentu cukup. tapi tak perlulah upah penyiasat segala. ape yang saya tengok pada husband saya.

1. agama dia. bila saya first time suka dia, dia student final year yang biasa-biasa saja yang tiada arah tuju hidup lagi. bukannya sudah bekerjaya macam sekarang. saya suka dia bila seorang kawan saya cakap dia kalau berjalan ke mana pon mesti cari masjid or surau untuk sembahyang. bagi saya masa tu, saya tak nak pak aji or lebai. tak tinggal solat pon dah cukup. benda-benda lain kita korek lepas tu.

walaupon kalau pasal agama saya tunggang terbalik, tapi kalau pasal cari pasangan nak jugak yang at least ada asas agama. dah lah kita separuh sesat, kahwin ngan orang sesat lagi tunggang langgang lah hidup. so saya nak orang yang boleh membimbing saya. sebab tahu tak mampu nak bimbing orang. lagipon mak saya cakap susah nak ubah orang, tapi saya tahu saya mampu diubah. dalam resume saya tulis saya 'fast learner'. ngehehehe. saya perlukan orang yang betul saja untuk membimbing saya. yeay. saya jumpa!

2. perangai dia saya suka. perangai yang baik lah. biarlah i simpan sorang-sorang ape yang saya suka. nanti ramai pulak dok try masuk line jap lagi. tak pasal-pasal saham meninggi aku yang terancam.

macam mana nak tahu perangai dia? kalau kenal sebulan dua saya rasa belum cukup kenal. perangai sebenar memang lah keluar lepas kahwin, tapi kalau 2-3 tahun kenal tuh dah boleh dah menilai perangai boyfriend sendiri. kalau suka teruskan. kalau tak suka cakap bye-bye. tapi jangan ingat kalau baru kenal 3-4 bulan tak boleh kahwin. urusan jodoh semua tuh. bagi saya risiko. tapi kalau nak tanggung risiko sila. semua pon dah ditetapkan kan? lagipon kami jarang jumpa, jadi memang mengambil masa nak kenal kut, kalau jumpa hari-hari boleh kenal dengan cepat kut. ye ke??

ade yang memilih rupa dan harta benda yang utama.

rupa tu penting jugak. biarlah sedap mata kita memandang. sebab nak muka ni lah yang kita nak mengadap hari-hari. janganlah sampai tahap bila nak beromen kena tutup muka dia sebab tak lalu nak tengok muka. tapi kalo cari pasangan sebab rupa sahaja haruslah diingat, rupa tu bila-bila masa pon allah boleh tarik balik. tiba-tiba bangun pagi muka senget dah tak handsome nak mintak cerai ke?

harta penting *ehem*. tapi tak semestinya kalau harta banyak kita boleh bahagia. tengok contoh nora danish. tapi jangan risau, kalau kahwin dengan orang kaya bila bercerai mintak lah duit banyak-banyak. pastu kahwin lah ngan lelaki yang betul-betul kita suka. hehe.ok-ok. serius. serius.

bagi saya tak perlu lah berharta sangat. tapi jangan lah merempat sangat. sederhana boleh menanggung kos perbelanjaan harian pon dah ok. dulu saya tak ambik pusing sangat pon pasal ni, sebab saya fikir saya pon boleh kerja nak tanggung family kan. asalkan suami bekerja pon dah cukup. tapi saya tak nak suami yang gaji or kelulusan rendah dari saya. sebab saya takut saya tak boleh respect dia. ade sesetengah orang boleh jer. tapi saya takut. so baik jangan kan? dan sekarang, begini lah saya. house maker bak kata doc danial. jumpa sapa-sapa pon memang semua terkejut.but kalau dah ditakdirkan i terima dengan hati yang terbuka senyuman yang lebar.ngehehe

yang diatas tu adalah pendapat saya yer. kalau setuju sila click komen kalau tak setuju pon click situ jugak. hurai kan hujah anda.. hehe. buat masa ni i happy dengan perkahwinan i. dan i tak rasa i buat keputusan yang salah. esok lusa kita tak tahu kan?

tapi ramai jer bahagia walaupon tak meletakkan agama sebagai pilihan no 1, walaupon tak kenal pasangan 2-3 tahun. semua tu jodoh kan. dan manusia boleh berubah. ikut gerak hati kita. selalu berdoa kepada allah. hanya dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita. restu parents jangan lupa. hehe

selamat hari jumaat

ehem. ehem. ade orang rindu i tak?=p

semalam husband ade kat rumah. sebab dia mc. rasa macam weekend pulak bila die ade kat rumah. sebab dia ade kat rumah jadi malas nak mengadap screen latop. lagi suka mengadap suami kan. (woh ayat nak sweet sokmo) bukan hari-hari pon boleh bermalas-malasan ngan dia. biasa bermalas-malasan sorang-sorang.hehe

dah nampak dah kan ciri-ciri blog ni di masa hadapan bila sudah beranak-pinak. sure terabai.-_-"

suami balik awal sehari dari kerteh. die cakap khamis malam baru balik, tapi rabu malam dah tercegat depan pintu.

hari rabu tu aku puasa. dan badan sangat lah lemau macam tak de energy pon nak buat pape. tapi tak lapar. so dari pagi sampai petang aku tido jer. kalau puasa tu ade markah lulus dan markah lulus adalah 40, mungkin hari rabu tu aku dapat 35 markah jer, tapi lulus jugak sebab dapat markah kesian 5 markah sebab pregnant. haha! sungguh lemau. update blog pon tak mampu.

malam nya lepas bukak puasa ngan along lagi lah berganda-ganda lemau bila perut kenyang. macam nak demam pulak rasa. lepas sembahyang isyak, basuh muka gosok gigi memang dah ready nak tido sebab penat dan rasa nak demam. baring-baring sambil tengok tv.

kul 11 lebih ade orang tekan loceng rumah. along dah cuak (macam lah i tak cuak). ye lah. dua-dua gadis jelita lemah tak bermaya. macam biasalah, kalau ade orang tekan loceng i skodeng dulu.

tengok dari tingkap ade kereta kat garaj jiran.

husband saya!!!!

bukak pintu sambil menjerit dan gusti dulu 2-3 round. lupa sekejap tengah pregnant dan tengah bed-ridden. geram ok! RASA MACAM NAK SEPAK-SEPAK.TUMBUK-TUMBUK.LENYEK-LENYEK.

antara sebab mengapa aku lemau malam tu adalah kerana message suami dari petang tak berapa nak layan dan call pon tak berangkat. dah la rindu aku rasa tak sihat. makin rindu tak sihat jadinya.

rupanya tengah drive. baik lah. baik lah. surprise menjadi. lain kali buat lagi kalau nak wife anda terberanak depan pintu.

lepas jumpa husband boleh pulak demam terus hilang. siap boleh terus goreng keropok lekor makan sampai membuntal. tadi punyalah ready nak tido. huhu. cheese betul la husband saya.

hari rabu tu along beli labu sebab saya rasa nak makan labu. ingat nak masak lemak. tapi husband tak sihat semalam, tak nak makan lemak-lemak jadi sayur air sajor lepas tu goreng ikan. itu sajor.


sayur air labu, ikan tenggiri goreng

ni juadah berbuka puasa hari rabu. suami tak de memang tak berdayo nak masak nasi. along request nak spaghetti. jadi nya memang kena lah ngan mood orang bujang suami tak de.

letak shitake mushroom.

ni along punya. ni bukan makan spaghetti. makan sos spaghetti. spaghetti nya sikit sangat.huhu

Tuesday 22 June 2010

lagu menyimpan memori

selalu kadang-kadang kalau travel, dah bosan dengar radio kami akan pasang lagu rock kapak, rock leleh or apa-apa saja lagu yang ade dalam pendrive. sambil-sambil dengar lagu mesti ade cerita yang keluar sampai kadang-kadang setiap kali keluar lagu mesti kena dengar cerita sama -____-"

kalau dengar lagu rock kapak yang jiwang-jiwang(suami lah, saya masa kecik tak layan rock kapak, bukan zaman saya. bila besar baru kenal rock kapak/ rock kangkang ni), mesti dia akan cakap,

"lagu ni i layan masa jiwang frust ngan awek"

or dengar lagu black out, mesti akan keluar cerita

"i dengar lagu ni masa kat MRSM, tiba-tiba blackout bila dengar lagu ni"

ade jugak lagu yang aku suka mesti aku teringat masa tu aku umur berapa sebab ade peristiwa yang aku ingat.

"lagu ni i suka giler dulu. masa i form 2"

"masa lagu ni tengah naik i dah kat UTP kut"

owh. serius??tua nya u!! hahaha. mesti kalau masa aku form 2 couple ngan abang dah masuk U rasa macam hebat jer sebab kapel ngan orang tua. tapi bila dua-dua dah tua macam sekarang tak de lah rasa berbeza sangat.

ade lagu yang bila kita dengar kita akan ingat kat seseorang sebab dia suka sangat lagu tu.bila dengar,

"owh, ni lagu awoh ni, ni lagu along, syahir masa kecik-kecik dia suka nyanyi lagu ni"

banyak lah lagu yang menyimpan memori, kalau westlife ngan bsb zaman sekolah. kalau blink zaman baru masuk UTP duduk village 5 tak de hiburan jadi kami ramai-ramai karok dalam bilik. rindu-rindu.

dan baru-baru ni i jumpa balik best friend sekolah menengah kat facebook. lepas aku masuk MRSM lost contact sebab kalo masa cuti balik rumah aku bukan kaki jalan nak pergi jumpa kawan-kawan. abah tak bagi.

bila jumpa balik rasa nak download lagu New Boyz yang lama giler dah aku tinggalkan. dulu aku ngan dia minat giler ngan tomok. bila dah besar malu nak mengaku. haha

bila dengar balik lagu-lagu tomok teringat zama tingkatan 1,2,3. kiteorang sangat baik sampai kat sekolah minat orang sama. hehe. taste kiteorang sama. tak suka abang-abang sukan yang macho muka macam samseng. bisanya kami minat abang pandai-pandai muka baik-baik, pengawas or ketua kelas. (kecik-kecik dah pandai pikir masa depan yang cerah)

kalau kat sekolah kiteorang minat abang A, tua setahun dari kiteorang, g kelas taekwondo suka abang M, tua banyak tahun sebab dia jurulatih. dan ramai lagi kalau nak list kan. adeh. gatal dari zaman kecik.

layan jugak dengar lagu new boyz ni balik.hahaha. tapi kena guna earphones. sebab husband saya allergic lagu tomok.

eh. apesal tibe-tibe buat pengakuan minat tomok ni? sebab die dah jutawan. so tak malu dah. hahaha

ape lagu yang mengimbau memori bagi korang?

along, tengok ni~

semalam along gelakkan aku sebab aku mengaku umo 23 tahun. perasan muda kata nya.

along..see. i masih muda. gahahaha

bila isteri gersang

cheating wife shock on Fathers day

IT was a Fathers Day that a father of two will never forget – his wife of five years was caught for khalwat with a 21-year-old youth.

The man caught his wife clad only in a towel with her lover in a hotel room in Port Dickson (PD).

The husband had suspected his wife was having an affair with the younger man six months ago even though she claimed he was her “adik angkat (godbrother)”, and that she and the civil servant were involved in direct selling.

In an interview with Kosmo! the husband, who works as a mechanic in Kuala Lumpur, decided to trail his wife who told him that she would be attending a two-day course in Port Dickson.

“My heart told me that she was not telling the truth so I decided to follow her to PD and saw the man picking up my wife in a car. I trailed them to a hotel where they checked into a room.

“I have not decided whether to continue with my marriage. I want to seek advice from our family first,” he said.

The newspaper also reported that an 11-year-old boy was instantly killed when an iron rod fell from a lorry and hit him on the head while he was travelling in a car with his uncle.

Muhammad Taufiq Asyraf sustained serious head injuries in the incident which occured along Jalan Kangar-Alor Star at 2.30pm on Sunday.

The victim’s father Zamunir Safari Putih said the rod penetrated the car’s windscreen and hit Taufiq, who was sitting in the backseat of the car.

Harian Metro reported that a single mother was repeatedly bashed with a helmet by a teenager who was angry over the woman’s liaison with his father.

The 19-year-old boy went to the woman’s house in Kampung Ayer Lanas in Jeli, Kelantan, at 8.30pm on Saturday and attacked her in front of her three children.

The man fled when the woman’s screams got louder.

According to sources, the boy’s mother had told him of her husband’s love affair with the 34-year-old divorcee and he decided to “teach the woman a lesson” for hurting his mother’s feelings.

sumber SINI

pesanan: jangan biarkan pasangan anda gersang.

pesanan tambahan: pesanan tiada kena mengena dengan yang hidup ataupon yang mati.

pesanan tambahan sikit lagi: bawalah isteri anda dimana saja anda pergi. gahahaa

pesanan tambahan akhir sekali: ini bukan ugutan. hehe

Monday 21 June 2010

saya suka!



setiap kali tengok rasa nak nangis. huhu. mesti suami saya cakap, 'isk. semua benda pon nak nangis'

saya suka video ni. jadi tempek kat blog. senang nak cari lain kali.

saya rindu lah.

puasa tak penat

wah~ udara hari ni sangat segar. sejuk jer masa bukak pintu pagi tadi. macam nak hujan. best lah tido hari ni.

semalam pon cuaca redup sepanjang hari kat rumah saya. jadi tak dahaga air sangat pon. angin sepoi-sepoi bahasa macam nak hujan memang sedap lah baring-baring tengok tv bermalas-malasan di atas sofa. rumah tak perlu kemas, perut tak perlu diisi dengan food. hanya bergerak untuk solat sahaja. sungguh seronok lah puasa semalam.hahaha

petangnya masak. kira hari yang berjayalah lah sebab berjaya merajinkan diri memasak walaupon suami tiada. walaupon spaghetti jer tapi kira ok lah tu. biasa suri rumah terlampau ni sangat lah malas terlampau memasak kalau suami tiada.

ingat hari ni nak puasa lagi. tapi lupa nak set alarm untuk sahur. cheese sungguh. tak sahur nanti lapar amat. jadi tak nak lah puasa. esok lah puasa lagi. 7 hari lagi nak ganti puasa! *pengsan*

boleh tak suruh suami tolong gantikan puasa??

menu bukak puasa semalam.

my husband bawak kemre pergi kerja, so kene guna kemre phone along. tak clear sebab xreti nak setting.hoho.

i nak camera lah seketul bie. dslr pon xpo doh. hehe


asthma semasa pregnant


ini senjata saya. bukan dildo

masa zaman dulu-dulu bila bercakap pasal asthma orang cakap kalau asthma jenis yang kronik masa kecik bila besar mesti hilang. tak cukup besar lagi kah saya? tak hilang pon.

zaman dulu-dulu jugak orang berkata-kata kalau masa tak pregnant asthma kronik bila pregnant nanti mesti hilang.

tapi sebenanrnya doctor cakap unpredictable. 1/3 dari orang yang asthma bernaseb baek akan kurang, 1/3 akan sama jer baik sebelum pregnant mahupon pregnant, dan 1/3 kurang bernasib baik sikit makin teruk. macam biasa, i kan lucky..jadi i jatuh dalam category lepas pregnant asthma makin teruk. -_-"

tapi yang bagusnya, sebelum pregnant asthma menyerang malam-malam memang terus teruk yang sampai tahap kena kejut suami pergi hospital terus sebab dah tak boleh bernafas.

tapi sekarang walaupon hari-hari menyerang tapi tahap boleh bertahan, selalu menyerang masa tidur, kalau saya tinggi kan bantal saya boleh bernafas balik or kalau paling teruk pon saya bangun dari tidur, duduk jer diam-diam boleh lah bernafas dengan lega.

ubat biru tu selamat untuk perempaun pregnant. penyelamat dikala semput. tapi malangnya ubat tu tak pernah nak memberi kesan yang memberansangkan. maksudnya terus hilang. legakan sedikit saja ataupon tak membantu langsung.

saya ingat saya nak bertahan jer tak ambik ubat. sebab saya rasa saya boleh jer bernafas walaupon tak cukup oksigen berbanding biasa.

tapi bila dah jumpa doktor, doktor cakap oksigen sangat penting untuk perkembangan baby. boleh membahayakan baby kalau tak cukup oksigen. boleh menyebabkan baby lahir premature xcukup berat badan nanti banyak masalah pulak bila lahir. bila asthma juga saya batuk-batuk sampai bergegar satu badan. itu juga tidak bagus.

si turbo haler yang berwarna coklat tu bukan pregnant friendly. kalau saya tak pregnant saya amik yang lagi high dose kaler merah. (tiada dalam gambar, yang kaler merah kat atas tu hanya untuk prektis, dia ade bunyi bila kita guna. suka!) tapi yang kaler coklat ni selamat lah kalau amik dengan kuantiti yang sedikit. risiko i bila tak amik ubat adalah lebih tinggi jika nak di compare dengan amik ubat ni, tapi dose terkawal.

setakat ni, i amik sekali pagi dan sekali malam. alhamdulillah. sejak first day amik dah tak asthma malam-malam batuk juga sudah hilang. yeay. nikmat tidur dah kembali, bangun kadang-kadang jer sebab nak kencing.

tujuan entry ini di tulis adalah sebab hari ni ade appointment dengan doctor daniel! gahaha. husband saya tak dok kite jumpa next appointment lah. haha. agak menyusahkan lah kena jumpa tiap-tiap minggu ni. i tak susah, suami yang susah.

Sunday 20 June 2010

itik serati

walaupon puasa entri pasal food jugak yang terhasil. hehe. (nitik air liur tak tak maso buat entry ni)

sebelum pindah kinrara, misi i nak try semua nasi belauk yang ade kat Berlauk. misi entah ape-ape. tapi idok lah boleh makan hari-hari memandangkan kandungan kalori beserta harganya agak di luar bajet breakfast. tapi sebab sedap layan kan ajor.

suami saya memang tak suka variasikan pilihan makanan: ayam kampung RM 6.50

entry lepas saya tulis kerutup kan, sebab die cakap masak kerutup, tapi saya ragu, kerutup rasa lain sebenarnya, ni gulai darat.

makanan i: gulai darat serati RM 6.

(sambal dia sungguh nyum.nyum)

mahal rupanya serati ni. secoet jer isi sebenarnya, tak macam ayam kampung

seperti selalu, dia ni kalau boleh makan maka dia happy

curi lauk u, lauk i kecik lah

pekerja dia setakat ni i suka. tak de masalah lagi dengan service. kali ni masa kiteorang order husband lupa nak cakap dia nak paha, so bila sampai dia bagi bahagian dada, tapi adik pekerja tu siap cakap boleh tukar lagi walupon kiteorang tak mintak nak tukar pon. kiteorang serba salah nak mintak sebab macam dah letak lauk tu atas nasi. muka semua pekerja manis-manis jer. bagus. bagus. idok lah orang datang breakfast hilang mood pagi-pagi.

ok. sekarang sudah terasa kelaparan bila tengok food.

puasa



assalamualaikum..

mari menghabiskan sisa-sia puasa ganti di bulan rejab ini.

semoga dengan berpuasa dapat menghilangkan nafsu makan pelik yang tidak boleh dikawal.

sejak minggu lepas saya teringin nak makan benda masin-masin. 2 kali kirim fries McD bila suami balik kerja. dah la large. dah la makan sorang-sorang. not good. not good.

makan nugget dan sosej ber keju juga memberi kepuasan macam klimaks dua tiga kali. eh. sopan.sopan. hari ni puasa. hurm. juga tidak bagus untuk baby dan diri sendiri.

moga-moga dengan puasa hilang semua keinginan itu.

tolonglah lepas ni teringin nak makan brokoli ke, tomato ke, susu anmum ke, kismis ke. kurma ke. badam ke. benda mengarut jugak yang jadi pilihan.

Saturday 19 June 2010

pesta makan-makan sambil berhibur

last year semasa pergi pesta makan-makan ni, i pregnant 2 bulan. this year pregnant 3 bulan. ape kesimpulan yang boleh dibuat disini? adakah..

1) dah setahun masa berlalu tapi baby baru membesar sebulan? oh. tak kelakar dan tak logik.

2) dia ni tiap-tiap tahun pregnant, anok mano? anak tunggu i kat syorga.

3) masa mengawan lebih kurang. ngehehe. itu paling tepat. gahaha

masa husband nak ajak datang event ni dia email,

" u nak pergi tak? ade nabil"

nabil yang disebut nya, pastu dia hantar poster tengok ade ella. kenapa nabil? kenapa tak umpan i ngan ella. nabil boleh tengok 10 kali sehari kat astro. dialog dia pon i dah hafal.hehe


tapi akhirnya perut yang kenyang penuh dengan food hampir terburai gelak dengan lawak die. macam selalu. die memang best.

gambar di atas husband yang ambik, sebab dia datang nak tengok nabil, so dia amik gambar masa nabil jer. ella tak.

ella macam biasalah. aku memang suka ella. dia melentok gedik-gedik macam ulat bulu pon layan kan ajor.

dan dia suka saya jugak jadi dia amik gambar saya jugak

dan suka jugak bergedik di khalayak ramai

ni jer gambar yang clear. maklumlah, kemere canggih. amik masa tengah beratur amik food.

banyak food. tapi malas nak snap. kalo snap semua nanti semua orang tahu aku makan banyak.hehe


sori bie, nie jer gambar u senonoh sikit. yang lain semua tengah mengunyah or nganga mulut nak makan (erm. ni pon tengah kunyah kan?) hahaha. biasalah. namapon pesta makan. harus lah semua gambar tengah makan.

semalam jumpa blogger jugak sorang. jumpa mimy. dia cakap perut dah nampak. haha. perut memang lama dah nampak mimy. tapi semalam sebab kenyang, semakin menyerlah lah beliau.

jumpa kawan-kawan satu course dan satu batch jugak tapi sempat hai-hai bye-bye jer.

food ok lah. ramai tapau buat balik. haha

tapi aku rasa pelik, rasa sorang-sorang gaji dah mahal, educated la kut kalau tak camne nak kerjo kan, tapi makan berebut-rebut macam tak cukup food. padehal nya berlambak.

mentang-mentang free sorang-sorang amik banyak sampai tak habis makan pastu buang dalam tong sampah sebab tak habis. ape salah nya amik cukup-cukup kalo nak lagi tambah. bukan nya habis pon food tu. pembaziran.

benda lain saya enjoy sajo.

belom habis event pon kiteorang dah balik. sebab kenyang dan sangat penat. padahal aku banyak duduk jer pon. tak jalan sangat.

3 bulan

alhamdulillah..akhirnya masa yang kiteorang tunggu tiba jugak. 3 bulan sudah baby saya. sangat bersyukur. berkat doa, doa family, doa kawan-kawan baby ni dapat survive dengan jayanya. dah pandai lompat-lompat, gulung-guling dan tendang-tendang. tapi nya saiz kecik lagi, so lemak saya terlalu tebal untuk merasa activiti tendang menendang tuh. gihihi. tak sabar nak tunggu 4-5 minggu lagi. nak rasa vibration kene tendang pulak.hehe

(mukaddimah kena lah behave sikit)

yeahhh..jom buat waka-waka dance~

dah boleh lah nak panjangkan langkah sikit. tapi still tak boleh nak mengekor suami sampai ke kerteh. degil betul lah suami saya. penat memujuk merayu menggoda segala. tak jalan. saya tetap kena tinggal. rindu nak lepak kedai kopi sambil makan nasi dagang murah RM 2.50 tapi sedap secukup rasa. rindu nak makan nasi lemak ikan tongkol sambal dia manis sedap.

perkembangan diri setelah 3 bulan??

memang berkembang dengan jaya nya. bila tengok cermin kadang-kadang tak nak percaya itu aku. so jangan tengok cermin selalu sangat kalau tak nak mengalami ketegangan jiwa. gahaha. ok tipu. walaupon orang kata muka donat. walaupon suami kata perut bulat. walaupon vontot yang memang sedia ade bersaiz besau semakin mengembang, mak tetap happy nyah. semakinbesau, semakin berselera aku makan. sampai mak kat kampung dah sound. jangan makan banyak sangat, nanti baby besau. don't worry mom, kalau tengok saiz badan anakanda mu ini, bukan baby yang serap zat-zat makanan ni, mok baby yang terlebih zat. gihihihi.

dan vitamin-vitamin pon doc dah tambah. i rasa seminggu lepas amik vitamain-vitamin ni semua semakin berkembang pesat pulak pengembangan. (tak nak mengaku makan banyak).

pening-pening dah kurang. erm. rasanya dah hilang sepenuhnya kut. kecuali lah aku lapar. bangun pagi lepas subuh, benda first kene cari adalah food. biskut kering ngan susu pon jadi lah. asalkan terus makan. kalo saja nak delay-delay masa makan nanti sila terima akibat.

perkembangan bapak baby nak tahu tak?

hahaha. makin berkembang pesat jugak. isk.isk. bahagia yer bie?? dengar khabar banyak seluar dah sendat?? betul ke? baguslah. kalo agak-agak belt rosak tengah jangan idok lah terlondeh kan? gihihihi

akhir sekali nak tunjuk bayang-bayang baby f the second. bila print out tak clear langsungkan. masa scan nampak cantik jer.

ni masa check hb. bila dengar hb dia rasa macam hb i yang terhenti.

see. tak clear langsung. teka lah mana kaki, mana tangan, mana kepala. haha

ni masa 11 minggu ++, yang 9 minggu ++ memang tak clear langsung. masa scan pon aku tak paham ape-ape, ape lagi yang print out.

itu saja. semoga jumpa lagi di next entry.