Tuesday 25 October 2011

pumpkin soup for baby

saya tahu labu adala sejenis buah bila saya ade seorang anak. huhuhu. mase buat research nak suap maryam solid food awal-awal dulu. mase tu jugak la i tau yang labu ni buah yang super bagus. kandungan beta corotena nye, mineral nye, mengurangkan risiko cancer and sakit jantungnye. hebat buah ni. kalau kat kampung orang tak pandang pon.

eh. tipu la tak pandangkan. i adalah penggemar tegar labu sejak dari kecik. rasenye semua family i suka labu and labu tak pernah putus bekalan sebab nenek i tanam labu. kalau putus pon nak beli bukan susah, mana-mana ade, dah la murah. dah la tahan lama. kalau labu macam-macam boleh masak kat rumah i dulu. sayur lemak labu, pengat labu, sira labu, cucur labu (pernah try?). soup labu tak pernah la pulak try. tengok along makan labu terasa nak buat soup labu, so i google. tapi resepi yang i google tu kene tumis bawang segala malas la pulok. lagi pon nak buat untuk maryam jugak. i tak bagi die makan bawang besar. bawang putih jer i bagi. so kita buat version serba serbi senang. sebab bahan nye bukan bahan yang pelik,baby umur 7-8 bulan dah bole bagi dah.

pumpkin soup with garlic bread

sup labu sesenang abc untu baby

2 hiris labu.
1 cawan homemade stok ayam (kalau takde ganti ngan air biasa pon boleh)
sedikit batang saleri

cara: rebus labu dan saleri dengan stok ayam seingga lembut. lecek seingaa lembut, kacau seingga pekat. boleh juga nak masukkan EBM selepas masak sebelum dimakan.

garlic bread

cincang bawang, campurkan dengan minyak zaiton, sapu pada roti, bakar didalam pan seingga keperangan.

maryam suka, ummi lagi suka. sebab senang. ahaha. ummi pon tumpang makan sekali!

2 comments:

  1. sira labu memang sedap
    labu steam yang ala2 kat restoran thailand pun sedap..
    bancuh kastard dgn telur dan gula melaka (nisse kerek), pastu tuangkan dalam labu yang dikorek bijinya..steam 30 minit, boleh dimakan... untuk resepi yang detail, sila google lah yer... hiks...

    ReplyDelete
  2. salam..nk tnya how to make homemade stok ayam ea? EBM tu ape....

    ReplyDelete