Wednesday 24 November 2010

5 hari lagi: owh dengdeng!

cepat nye. semalam pergi beli food untuk dia bawak ke sana kat giant. dan beli barang kiriman kawan die jugak. rempah kari ngan rempah kurma.

"u tak nak bawak rempah kari ngan kurma sekali?"

"heh. dok malaysia pon tak makan. tiba-tiba kat sana nak masak pulak?"

a ah eh. hahaha. suami saya boleh hidup kalau ade kicap ngan cili sos. ingat kat bintulu dulu. asal die masak tu jelah bahan penting yang perlu ade. hahaha.

baju-baju dia hari ni nak start packing. sambil-sambil nak siang ikan bilis siap-siap. hari isnin ni nak buatkan dia sambal ikan bilis. (tak tahu berjaya ke tak) if berjaya maknanya kat sana boleh lah dia makan hasil air tangan isteri jugak. if tak berjaya makan je lah serunding daging. hahaha

petang nanti nak bertolak balik kelantan. esok buat sembahyang hajat kat rumah PIL. dulu, keputusan awal i nak kene balik bersalin kat kelantan, so sepatutnya hari ni i dah packing dah semua barang-barang i ngan baby angkut semua balik kelantan. dan duduk lah kat kelantan tu sampai bersalin. husband ahad datang sini. selasa baru naik flight so i kerugian dua hari nak duduk ngan dia. mana boleh! i nak ngan dia sampai dia pergi. boleh tolong-tolong dia buat persiapan terakhir tolong-tolong packing mana yang patut.

tapi sekarang tak lagi. =) i pon balik ke kl balik ngan dia hari ahad. tapi still tak boleh hantar dia kat airport sebab dia tak bagi. (hurmppph! takut menagis la tuh=p) tapi hantar dia kat pintu rumah macam selalu-selalu i buat kalau dia nak pergi kerja pon dah ok kut. huhuhu

semalam masa tengah nak pilih bahan-bahan makanan yang dia nak bawak berlaku perbualan:

"ala...bawak je lah yang u rasa perlu, nanti sebulan bila i bersalin u balik kan. so boleh top-up mana yang tak cukup"

"isk. u ni. bukan nye i komfem balik la sebulan nanti"

ala. bialah. i nak sedapkan hati sendiri. biarpon possibility u nak balik masa i bersalin adalah 10% jer. tapi i masih lagi berharap dengan 10% tuh.

tapi tak pe. kalaulah u tak boleh balik i ade gf-gf yang boleh bagi i semangat.

11 comments:

  1. beb dugaan... tabahkan hatimu... rakan belog kamu juga ada :). hope everything ok k!

    ReplyDelete
  2. aduuuhai...dugaann..time nak bersalin dah en hubby berada di kejauhan..huhu..

    oooh akak nmpk kamu berdua semalam menuju ke pintu giant!hehe.. abg akak perasan dulu..time tu, akak dh nak balik dah..balik kerja, singgh masjid blkg giant tu, pastu terus ke giant!pekena KFC, baru balik umah =P

    ReplyDelete
  3. mek da pernah rasa time nk bersalin en abg dok jauh...uwaa..tuhan punya tau..sabar jek lee ekk

    ReplyDelete
  4. isk...sedih la baca entri ni. tabah ye sayang!

    ReplyDelete
  5. besar dugaan nak kena tempuh tu, dear...hope u'll strong....

    ReplyDelete
  6. tabahkan hati dear..tabahkan hati..

    ReplyDelete
  7. sabar yea...dugaan masa bersalin. apa2 pun i harap u dan baby semuanya selamat nanti

    ReplyDelete
  8. i bole anto u g airport. no problem.

    anyway, kabo ke bee u, i akn tolong ye tgk barcelona lwn real madrid. dengan ucapan semoga dia tido lena dalam flight masa CR7 trash messi hak kah kah.

    ReplyDelete
  9. dulu masa saya bersalinkan Diha, en.suami takde. takpe, kita boleh je babe..jgn sedih. kalau dia ada syukur, kalau dia takde, Allah ade dgn kita.

    ReplyDelete
  10. sabar dan jangan risau... kalu kat KL ni, selain sedara mara... kitaorang berjiran ni ada... roger je kalau perlukan bantuan...

    ReplyDelete