Saturday 15 May 2010

roti canai?

saya bukan penggemar tegar roti canai. roti telur lagi lah. dulu masa zaman anak dara melepak sangat suka melepak dengan mamak pon sangat jarang order roti canai. aku suka tosai, capati dan paling selalu order nan. kalo rasa nak benda lemak manis bercream pon mungkin roti bakar telur manis. RBTM. rindu nya roti bakar telur manis kongsi ramai-ramai! eh. tiba-tiba mengimbau nostalgia di situ.

semalam bangun pagi. rasa malas nak makan menu-menu biasa breakfast. weekend memang aku jarang shake pagi. semalam pagi-pagi rasa macam kalau makan roti telur best jugak ni. hehe. suami memang anti mamak. jarang dia nak layan aku request makan mamak-mamak ni. kalau sangatsusahjumpakedaimakantakdetempatsangatnakmakan baru dia pergi mamak. semalam senang sajor dia tunaikan permintaan. hak hak. suka!

roti telur

bukan dia beli kat mamak pon. ni roti canai kedai melayu. belasah sajor.

lepas makan sambung tido sebab pening. haha. bagus.bagus. mari semua tiru petua sihat bersama maghfarah.

bangun dah lambat nak masak lunch. suami dah kelaparan. haha. kesian. dia kesian nak kejut i katanya.

hajah sapinah bangga anak perempuan dia tumbuk sambal belacan.eh.blend jer.haha

kailan dan tauhu telur masak sos tiram

sotong paprik

jemput makan.=)

ini antara sebab mengapa i sayang suami i lebih. haha


semalam seharian dok rumah saja. malam baru keluar. nak pergi beli barang dapo. tapi malas nak g bersesak-sesak kat alamanda. sure ramai orang. mesti jalam jem dengan ade sure heboh and hari belia negara dan segala macam. jadi mari lah berehat-rehat sahaja di rumah.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

8 comments:

  1. walaupun simpel tapi nampak sedap ..i like...

    ReplyDelete
  2. pernah try roti canai cheese? lps tu makan cicah susu pekat manis? pergh,..kalori babe.

    ReplyDelete
  3. mangkuk kecik kuah kari tu adalah sama ok! hahaha...
    (nak jugak sama...padahal hadiah kawen je tu)

    yang, tauhu telur sedap tuuuu~

    ReplyDelete
  4. ye lah, time2cenggini elok berehat kat rumah je

    ReplyDelete
  5. patut lah u rajin masak. habis licin segala..heheh

    ReplyDelete
  6. roti canai melayu sedap. aku suka...tapi kuah kureng..erm mebi mamak sedap sebab peram lama :D.

    pergh lauk ko..sedap dowh...lawa je ko hidang...

    ReplyDelete