Monday, 26 April 2010

update rumah tanpa gambar

tak best lah tulis entry tak de gambar. tapi aku dah terdelete satu-satu nya gambar yang aku ade.

masa tu nak pergi makan. dok tengok-tengok gambar cakap kat suami,

"bie, i nampak kurus lah gambar ni" *ayat mintak puji*

"memang i rase u kurus lah sikit" *yeay, bejaya umpan pujian, bukan senang*

pastu terdelete! eeee. benci. aku suka gambar tu. sebab

1. satu-satu nya gambar nak update kat blog pasal rumah
2. gambar nampak kurus adalah mahal~

ok. dah meh update sekarang

1. aku berjaya pujuk suami. lampu dalam bilik lampu biasa-biasa pon dah ok. sebab kita boleh cantikkan dengan lampu tido or lampu dinding. jimat pon jimat. yeay i menang! wohoho~
*tq readers ku..kerana komen-komen anda juga membantu meyakinkan dia*

2. electrik ngan air dah ade. aku dengar ade orang pindah masuk masa electrik tak de lagi. gigih nye mereka.

3. dah pergi mintak pass masuk. ok. bertahun-tahun baru mintak pass. dah ade sticker 2 ketul. owner kat blok A dapat satu rumah dapat 2 parking. tapi lagi satu parking aku kat blog B.

4. dah test air tak de problem. tapi paip air dari rumah atas bocor. so yard aku ' berdeneyy' dengan air. nak report tak jumpa orang. kenapa tak boleh tulis repeort dalam buku jer? kenapa nak kene jumpa orang tu. ke buku tu dok ngan orang tu? kenapa tak tinggal kat ofis jer senang?banyak persoalan di situ. saja diorang ni.

5.syukur rumah kami takde masalah sangat. tak de crack-crack yang nyata. yang tak nyata telindung cat tu idok lah tahu. dengar khabar banyak rumah yang ade crack yang sangat besar. aku tengok jiran bawah aku punya terrace garden bercrack-crack tapi takde nampak macam takde orang baiki pon. contractor cerita sampai ade owner nak baiki sendiri then claim ngan management. sebab lambat sangat. rumah kami masal kecik jer. tombol ke yard macam longgar sikit dan cat macam tak rata. tapi suami saya kecoh jugak. haha

6. parking sangat kecik. dan suami meragui keupayaan aku nak masuk parking.

7. jalan keluar agak susah dan nak touch pass keluar pon mcm susah jadi suami sekali lagi meragui keupayaan aku.

8. ade cabang 3, agak bahaya sebab tak nampak kereta dari kiri datang. dalam forum derang mintak letak cermin ape ntah orang panggil yang kat jalan ber bukit banyak orang letak tu. masih jugak belum wujud

9. lift agak kecik. contractor cerita ade yang nak bawak naik barang tak muat lift ke tingkat 11 naik tangga. wow. tak sanggup.
*memandang kan dah takde progress dah rumah tu, kami pergi tengok rumah sambil bergossip ngan contractor*

10. masih belum decide warna cat dalam bilik suka warna cat bilik sekarang. nampak mahal. tapi bukan kaler romantik. tapi tak tahu sesuai ke tak dengan ruang yang tak berapa besar.

11. saya baru tahu blok A dan B adalah saling berhubung di tingkat 3. haha. dulu saya asyik merungut kenapa bagi parking kat blok B. jauh. walaupon begitu. bagi si lazy ass macam saya, saya rasa masih jauh. naseb lah. nak dekat beli lah rumah atas tanah.

12. saya suka giler rumah saya dan tak sabar giler nak masuk mamandang kan semua yang penting dah ready tinggal nak masuk jer. tapi paling awal kami pindah masuk adalah bulan 7 T_T. or akhir bulan 6.
ulang tayang gambar boley?

*memandangkan ni jer gambar yang berkaitan*

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

11 comments:

  1. bestnya nak masuk rumanh baru..

    ReplyDelete
  2. mmg parcel parking lot has mcm kecik gak. nk safe masuk parking reversed.

    ReplyDelete
  3. Ala baru semangt berkobar2 nak tengok umah farah..takdo gambo pulok! ^_^

    farah lmbt lagi, pe kate kita sibukkan diri pindah sama2, ujung bulan depan jer..hehe..tmpt akak pun lum ramai pindah..mesti sunyi je nnti! huhu..

    ReplyDelete
  4. wah mesti excited kan..nanti amik gambo yer..

    ReplyDelete
  5. farah dapat parking kat block B ke..jauh gak tuu ..nasib akak dapat dua2 kat block A..tapi parking akak ramai sangat peminat sebab dekat ngan lift huhu...

    jomlah pindah bulan depan..

    ReplyDelete
  6. has: hehe..kene prektis parking dulu ni..=p

    ReplyDelete
  7. nieda: hehe..sangat tak sabar=)

    ReplyDelete
  8. kak iem: best nye! huhu..memang jauh pon blok b tu

    ReplyDelete
  9. rynas: hehe..nanti siap semua amik gambar lagi=p

    ReplyDelete
  10. kak ieyna: memang pon..sekarang memang sunyi sangat

    ReplyDelete
  11. heh dekat la ngan umah i... hehe

    ReplyDelete