Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Wednesday, 3 March 2010

Kisah Paling Seram - Gengblogger.com

ade contest baru kat sini.

tengok tajuk ah. nama pon kisah seram kan. so aku kene lah bercerita pasal kisah seram.

biasanya orang penakut ni setan jarang nak kacau. sebab dia tahu iman lemoh. hahaha

tapi paling seram yang aku ingat adalah masa aku miscarriaged hari tu di mana aku aku berpantang dirumah rumah mertua aku. rumah mertua aku tuh di tepi sawah padi. rumah paling hujung dan jauh dengan jiran-jiran. bilik aku mengadap sawah padi dan paling dekat dengan dapur.

di luar umah, dekat dengan pintu dapur ade tergantung benda yang bunyi-bunyi bila kene angin tuh. orang panggil ape ye? loceng angin eh?

malam tuh aku sedang baca novel. dah tengah malam. lampu bilik aku dah tutup. aku bukak lampu tido jer. aku memang tak akan tido sorang-sorang dalam gelap. kan dah cakap penakut.

kat luar angin bertiup agak kencang. mungkin nak hujan. loceng angin kat luar rumah tuh dah berbunyi dah,

''kling kling kling kling'

dia berlaga sesama sendiri. tak tahu lah mengapa. aku memang tak suka bunyi loceng tuh. kalau tu rumah aku sendiri komfem dah lama aku buang. aku rasa tak sedap hati.

dalam tak sedap hati tu angin kat luar rumah tengah kencang siap ade bunyi lagi.

lama-lama bunyi angin tuh macam bunyi orang panggil nama aku

'' faraaaaahhhhhh''

aku buka lampu bilik. pakai spek supaya boleh nampak benda dengan lebih jelas. tarik selimut. tido.

tu jer. tak seram kan? biasalah. orang penakut ni jarang kene kacau. cerita di atas tu pon mungkin perasaan jer lebih.

ngahaha. tapi aku nak menang jugak! sila bagi markah tinggi-tinggi. nak buat macammana. ni lah kisah paling seram yang pernah berlaku. nak reka cerita kang disqualified pulak.=p

Monday, 15 February 2010

aku nak BlackBerry® Storm™ 9520


si vain kat belakang tuh tidak dilupakan

ini phone yang aku guna sekarang. tengok lah model dia. tak up to date langsung. dulu zaman jaafar tonggek glamer la phone ni kan. vangga! sekarang orang dah tak guna dah phone macam ni. nak yang touch- screen. nak smart phone. ye dok?

dah la phone old-school. calar balar pulak tuh. bukan kah itu alasan utama MENGAPA AKU PERLUKAN BlackBerry® Storm™ 9520 NI?

bukan. bukan. bukan.

itu bukan alasan utama. alasan utama adalah ini:


ye betul. ianya ultimate all-in-one messaging and multimedia. bukan ultimate orgasm ye. walaupon kedua-dua nya penting.

masa tengah baca-baca website naffnang dan aku click kat link ini . kat situ ade diterangkan kelebihan BlackBerry® Storm™ 9520 ni. dan mengapa BlackBerry® Storm™ 9520 adalah sepatutnya menjadi pilihan utama kita.

ok. ape lagi. click lah sekarang~!

dan sekarang aku dah start verangan. owh. nak masuk dalam wish list lah. mana tahu. ade orang nak bagi seketul kat aku kan.

bagi aku yang paling aku teruja adalah semestinya kat perkataan ' The all-in-one multimedia device'

ape yang perlu ade kat telepon idaman aku?

1. long lasting battery

battery ni sangat penting sebab aku selalu travel. penting jugak kalau tak travel dok kat umah. sambil-sambil aku masak dan kemas rumah nanti, boleh dengar lagu tanpa perlu risaukan battery. sebab nye dia ade powerful battery. so, lepas ni babai mp4. nak trevel tak yah ade mp4 dah. penat jer bawak barang banyak-banyak. bawak seketul BlackBerry® Storm™ 9520 ni sudah. gahaha.ok. verangan lagi.

2. camera

untuk blogger yang vain macam aku ni. camera penting babe. aku malas nak usung camera ke sana-kemari. camera phone adalah penting. sangat penting. dengan BlackBerry® Storm™ 9520 boleh la belagak pro, sebab BlackBerry® Storm™ 9520 ade built-in 3.2 MP camera featuring auto-focus and auto-flash. ade video camera jugak. so kalau aku ade seketul boleh la amik gambar dan terus upload kat blog kan. wah, senang woohhh~

3. internet connection.

tiada guna ber camera canggih tanpa internet. sebab utama aku hanya active di blog, tidak di facebook dan laman social lain adalah sebab masa yang terhad. aku ade internet connection malam jer. sebabnya malam jer laptop ade. malam masa sangat terhad. nak berjaga tiap-tiap malam adalah tidak larat. kalau lah aku ade BlackBerry® Storm™ 9520 seketul, korang akan tengok aku akan active kat semua laman social! wah. hebat gitu. dan mungkin jugak akan update blog 20 kali sehari. plus, seperti yang dinyatakan diatas, camera canggih ok. so apelagi, amik gambar dan terus update kat blog and facebook lah. tak perlu transfer masuk laptop dah. buang masa~

4. wide screen.

3.25” high resolution wide-screen dan 65,000 colour display ok. ape lagi yang anda mahu?

ah. memang mak suka. memang mak nak BlackBerry® Storm™ 9520 ni seketul.


mengapa pulak kita nak kene ambik BlackBerry® Storm™ 9520 ni ngan celcom?

1. sebab saya adala customer celcom yang loyal. saya pengguna 1+4 celcom. so, dengan family, sms and call adalah percuma. tiada lagi istilah anak derhaka u all! cuma anda yang memilih.

2. saya percaya dengan service nya yang excellent. coverage merata-rata di seluruh negara. saya selalu travel. dan saya nak internet connection available di mana sahaja saya berada. sebab nak update blog. haha. mak resah-gelisah kalau sehari tak update blog. dengan celcom broadband, tiada masalah. ke bandar raya tanah merah. HSDPA ok. ke kampung suami. padang lati kota bharu bachok, coverage tetap tip top.

HSDPA ok! location: kajang.

jadinya. anda boleh online dimana-mana sahaja. dapatkan berita-berita terkini di hujung jari sahaja. hebat bukan?

ni tidak. kalau ade maklumat di hujung jari, mungkin aku dah berjaya pergi event celcom hari tuh. erghh.rugi!

boleh jadi antara orang yang pertama join contest naffnang.

3. mungkin factor ketiga ni orang pandang rendah. tapi bagi aku sangat penting. celcom jaga customer dia dan bagi perkhidmatan terbaik. situation nya: aku pernah ade problem dengan broadband di tengah malam. call jer customer service, dia akan guide sampai lah problem korang selesai. ape orang kata? mesra pengguna gitu.

so, sebagai pengguna ape lagi yang kita mahu. service tip top, harga murah, stabil dan boleh dipercayai.


i percayakan celcom.
ini aku sekarang

mana tahu ini aku nanti. cantik bergaya dengan BlackBerry® Storm™ 9520


puhlissss..i nak
BlackBerry® Storm™ 9520 please. pretty please~~~~

Saturday, 13 February 2010

Kelahiran terbaru dan Cabutan Bertuah cikmin.com

Cikmin.com merupakan sebuah laman blog peribadi yang mengisahkan tentang cikmin dan keluarga,disamping itu cikmin.com juga tempat cikmin berkongsi petua,resepi masakan,luahan perasaan,tips2 berguna untuk dimanfaatkan bersama.Semoga kelahiran cikmin.com yang amat istimewa ini akan terus mendapat sokongan padu dari anda semua.Salam untuk semua dan Terima Kasih.

Tuesday, 2 February 2010

Mari Kelih Store Contest 2010



kak ila buat contest untuk promosikan kedai dia dan jugak promosikan bazar 1st time dia join. aku mula-mula ingat nak join dia jugak. tapi tak jadi. tak pe kak ila, nanti farah g serbu kedai akak nanti. bagi sokongan padu.

Syarat2 penyertaan mudah sahaja;-
1. Anda perlulah copy & paste gambar di atas & diletakkan di entri anda / side banner anda.
2. Anda perlulah meletakkan tajuk sebagai "Mari Kelih Store Contest 2010" sebagai tajuk entri anda
3. Anda perlulah menjadi seorang follower kepada blog ini & Mari Kelih Store (kalau nak jadi fan of Mari Kelih Store di facebook lagi bagus)
4. Anda perlulah link kan entri anda ke entri ini (dengan meninggalkan komen & link entri)
5. Anda seterusnya harus menceritakan serba sedikit tentang Mari Kelih Store yang menyertai I Love Bazaar pada 27 & 28hb Februari 2010 di Subang Parade. Anda wajib menggunakan gambar2 di bawah sebagai bahan di entri anda. Panjang karangan terpulang, janji ada 2 gambar di bawah sudah memadai;)

Mudah bukan?? Kalau dah namanya contest, haruslah ada hadiah juga kan??

Hadiah-hadiah terdiri:
- 1 x RM70 baucer membeli belah di Mari Kelih Store
- 2 x RM50 baucer membeli belah di Mari Kelih Store
- 1 x RM30 baucer membeli belah di Mari Kelih Store

Menarik bukan??

Oleh itu, apa tunggu lagi..mulakan karangan anda & hantar kepada Zaila dengan segera;)

Tarikh Tutup penyertaan:
- 1 Mac 2010 (apa tunggu lagiiiiiii, kalau malas sangat nak karang ayat, copy paste gambar je letak dalam entri tu)

Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah (oleh tangan yang bertuah) so tiada unsur bias di sini;p

Terma & Syarat:
- Hadiah tidak boleh ditukar ke Ringgit Malaysia (RM)
- Hadiah akan dipilih sendiri oleh pemenang (barangan yang terdapat di Mari Kelih Store sahaja)
- Kos penghantaran & pembungkusan termasuk dalam hadiah
- Zaila tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan barangan yang berlaku semasa proses penghantaran (melalui pos berdaftar sahaja)
- Sebarang rayuan tidak akan dilayan kerana hadiah berdasarkan cabutan bertuah;)





hehehe..senang bangat nak join contest ni. kalau pemalas macam akak ni copy paste jer. jom join beramai-ramai. mana tau ade luck di sini.

untuk maklumat lanjut sila pergi ke blog kak ila
kalau nak mengusha-usha barang yang bakal dimenangi sila singgah di sini

selamat mencuba~!