first night kene tahan i tak tido pon. tutup lappy pukul 4. berusaha nak tido. tapi tak boleh tido. asyik fikir ape jadi esok? sakit tak nak beranak ni? and i rase potensi untuk diinduce or c-zer adalah tinggi sebab water bag dah pecah dulu. and setahu i, bila air dah pecah macammana pon dia keluarkan jugak baby within 24 hours. dan malam tu i seram sejuk.
tengok-tengok dah pukul 6. nurse masuk tanya dah ade contraction ke blom. mesin yang dia pasang tu tunjuk i tak de contraction langsung. semalam dieorang dah buat vagina test main seluk-seluk, bukaan sangat sikit jer lagi. nurse cakap doc seri call suruh induce jer sebab tak sakit.
'hoh. induce jugak?'
nurse sontot i ngan ubat berak, pukul 630 nurse yang sama dengan buat test semalam masuk.
"boleh saya masuk ubat sekarang?"
aku bajet induce ni die cucuk ubat. bab cucuk-cucuk ni mak terer. memang tak de hal. sekali kene seluk jugak masuk ubat tu dalam vagina. dem! tak suka la aktiviti ni
sejam lepas tu contraction dah rasa sikit-sikit. bila dah cukup sejam i bangun ambik enset call husband. 4-5 kali jugak lah call baru dia angkat.
"yang, i bangun dah ni. i tengah siap-siap dah lambat"
i macam senyap kejap. ya allah laki aku. boleh tak i dah nak beranak dah ni. dah tahu bini sarat kalau bangun tido tengok ade 100 miscall mesti lah ade emergency. tak de maknenye i nak call u 100 kali sebab i nak kejut u bangun pagi. lagi pon sejak u pergi korea bila masa pulak i kejut u pagi-pagi? plus i dah antar msg semalam cakap dah kat hospital.
time-time tu jugak i nangis cakap dah kat hospital. nak bersalin.
lepas tu baru dengar suara dia cuak. hah. tau pon cuak. i cuak dari semalam lagi tau.=p
lepas husband tahu baru lah hati i senang. baru boleh breakfast dengan hati riang. mane aci cuak sorang-sorang kan? kene lah sama-sama cuak.
pukul 830 dr. seri datang cek. seluk lagi. tapi kali ni dah tak sakit sangat. doc cakap dah 2 cm. dah boleh masuk labor room. mase ni i dah rase contraction. nk bergerak pon tak selesa. doc suruh siap-siap nk masu labor room i masuk toilet dulu nak kencing. masa kat toilet rasa contraction makin kuat rase susah nak berdiri. rase memulas perut nk berak yang amat sangat. masa ni i pikir betul ke i nak hadapi sakit induce ni. dah la sorang-sorang. so bila i keluar toilet i cakap kat doc.
"doc saya nak epidural"
ngehehehe.itulah rahsia kejayaan! =p