Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts

Sunday, 18 September 2011

dah penat dengan rendang

sebab aktiviti memasak yang melampau di dapur, i dah tak lalu nak tengok dapo. lagipon weekend banyak jemputan openhouse kan. tapi semalam kiteorang ade satu jemputan jer tengahari. so malam kalau tak keluar nampak gaya macam kene masak. tapi husband ajak keluar tanpa arah tujuan die nak isi angin tayar kereta. mak ok jer. asal ajak berjalan, ajak ke giant pon ok jer!


budak ni ikut sangat la perangai mak nye. asal masuk kereta jer tido.

makan kat a&w stesen minyak petronas bandar kinrara. bk ape ah area tu? bk4 kut. hakss. curly fries adalah wajib lah kan kalau g a&w.

lamaaaaa giler tak makan kat a&w. sampai tak tahu nak order ape. burger husband sedap, horny corney dog i tak sedap.

kerja bapak die. die amibik gambar pastu die tunjuk kat i,

"mancung tak hidung maryam macam hidung i"

-_______-"

Tuesday, 16 August 2011

berbuka di rebung

hai! ni maryam lagi. ummi macam malas jer. biar maryam lah yang ganti. semalam maryam pergi keluar bukak puasa dengan kawan-kawan ofis walid. ikut ran



cangan awal 5-6 orang lah jugak yang join. tapi tengok-tengok sorang pergi outstation kerteh, sorang pergi miri, sorang pergi kk, dan yang paling tak tahan sorang kene jaga anak sedara? isk. isk. so tinggallah walid dengan uncle gad jer. nasib baik maryam ngan ummi ade. ramai lah sikit. wife uncle gad ade majlis bukak puasa jugak kat ofis die, so die tak boleh ikut. anak-anak uncle gad semua kat rumah tak bawak. frust ummi, sebab ummi suka kacau abang aizat.







sebab rancangan nak berbuka ni dah lama plan so mereka on jer walaupon tinggal 2 orang. lagipon walid nak test superbike baru uncle gad. mahal dia beli. 13ok. takpelah dia kaya, nak beli ape pon boleh. huhu. maryam tengok walid test superbike uncle gad. hansem jugak walid atas superbike. ehem walid, tak tergode ke? huhu



ni saya muka noti



ni saya muka lapar. semua food nampak sedap. tapi ummi tak suap pon maryam





ni muka tak sabar nak terkam sudu garpu


ni ummi saya.



muka ummi pucat habis kan. macam orang sakit jer uncle gad kata. haha. natural beauty ummi cakap. mekap satu titik pon tak pakai. ummi cakap die malas.-___-"



lagipon ni la muka ummi kalau lapar campor penat. bf sambil berpuasa sambil jaga saya ni mencabar keimanan betul ummi cakap. selalu ponat. tapi ummi cakap die hairan kenapa orang jaga anak kurus ummi tak kurus-kurus?





ni pulak walid saya





ni lah uncle gad. available lagi 3 seat. haha





atuk chef ismail dukung saya lah!





tengok la muka saya dah ngantuk. huhu





akhirnya saya tertido atas walid







ni jer food yang ummi sempat ambik. haha



orang lain sibuk serang kuih muih, ummi tumpang kuih walid jer pastu terus serang kerabu dan nasi ulam.



ummi cakap food kat sini tak banyak pon. makanan selera kampung. ummi sukalah. dessert yang dia dok ulang-ulang makan serawa durian ngan kuih sagu. setap. ummi cakap food kat sini tak banayk tapi setiap food yang ummi makan tuh puas hati rasa dia. kenalah ngan selera ummi. kerabu, asam pedas, masak tempoyak, daging salai, ikan bakar biasa-biasa jer tapi air asam dan kuah kicap dia sedap, bubur lambuk sedap. wahh banyak nye ummi makan. tak banayk pon food dia so tak rambang mata pon. ummi suka, takde lah ummimemaksa diri nak makan banyak-banyak. tapi harga dia boleh tahan jugak. rm 60. mahal untuk pilihan yang tak berapa banyak tapi sebab semua food adalah kene dengan selera ummi, so ummi cakap rasa macam berbaloi jer.



lagipon tempat dia senang nak bf maryam (penting ni), environment restoren tu macam pergi kenduri rumah chef ismail jer. santai sangat, tak serabut ngan orang ramai dan ramah sangat chef ismail tuh. ramai jugak muka-muka pelakon lama yang ade kat situ malam tu. ras adiba pon ade.



walaupon membuffet tapi ummi berjaya lagilah menahan nafsu. maybe sebab pilihan tak banyak. so balik takdelah kenyang giler, tapi makan banyak lah dari hari-hari biasa.





Tuesday, 2 August 2011

breastfeeding in public

dulu-dulu i tak rasa ape-ape bila tengok perempuan breastfeed. mestilahkan. takkan lak aku tiba-tiba nak bernafsu tengok breast. sangatlah tak normal. dah la kalau mak cik-mak cik kat kampung dia selak jer dikhalayak ramai pon.

sekarang ni bila diri sendiri breastfeed, kalau tempat semua perempuan i tak kisah. kau ade. aku pon ade. tapi kalau tempat terbuka semua kaum ade aku seboleh mungkin akan cari nursing room.

tapi bukan semua tempat ade kan. sesetengah orang bawak ebm. barulah boleh kekal vogue tanpa perlu pakai baju senang nak breastfeed selak menyelak dikhalayak ramai. tapi i tak pernah ade stock ebm. mak malas nyah. bawak fresh jer pergi mane-mane.-___-"

bila dah begitu pandai-pandai lah nak hidup. kalau tempat takde nursing room i akan cari tempat tersorok sikit dan ade tempat duduk. tapi pernah jugak duduk kat tempat tak tersorok langsung. tak de pilihan. susah la sikit sebab nak kena make sure semuanye tercover. walaupon pakai nursing cover tapi maryam ni kalau menyusu, tangan dia suka main-main. kene make sure tangan dia tak selak nursing cover tuh. so walaupon di khalayak ramai tidak lah senang-senang nak free show. still fully covered. setakat ni nampak orang-orang sekeliling muka takde perassan jer. takde lah buat muka jijik ke, geli ke. normal lah kan. mak tengah bagi anak minum susu. bangga ape boleh breastfeeding anak.

maryam ni dia jenis minum sikit-sikit tapi kerap. memang tak larat lah kan kejap-kejap nak cari nursing room, kejap-kejap nak cari tempat tersorok, kejap-kejap nak cari tempat duduk. sebab tu kadang-kadang aku malas bebenor nak duduk satu-satu tempat lama-lama. keluar lama takpe, asalkan pergi banyak tempat. boleh jugak breastfeeding dalam kereta.

lagi satu cara masa makan. biasanya kiteorang akan cari tempat hujung-hujung tersorok. bila duduk kan lindung ngan meja sikit so aku rase tak terdedah sangat.

Photobucket
sambil tunggu makanan, bagi anak minum kenyang-kenyang dulu

Photobucket
pelik ke tengok orang dalam keadaan macam ni?

biase je kan?

Photobucket
anak kenyang mak boleh makan dengan aman

Photobucket
bapak die?

aman sokmo~

hahah

Photobucket
keterliuran pulak tengok gambar food dibulan ramadhan ni

Monday, 25 April 2011

saket kepala

siang tadi tak sempat la nak update blog. sebab bila ade masa maryam baik or tido malas nak mengadap lappy. baik siapkan kerja-kerja rumah. bila dia nak beriba baru mengadap lappy. so tak boleh la nak menaip. bace-bace blog orang jer.

tadi lepas dinner berehat sambil bermain-main ngan maryam. tiba-tiba rasa loya. husband cakap nak hilangkan loya makan la benda rase masam-masam. so i bukak peti, amik buah kiwi makan sebijik. ok lah sekejap. pastu saket kepala plus loya yang amat, dah tak boleh pegang maryam dah. bagi jer maryam yang tengah buat perangai kat husband. pastu terus masuk toilet muntah. keluar habis makanan dinner. lepas tu baru ok sikit. tapi still rase saket kepala.

takut tak? takut tak?

husband pulak gurau kasar semalam cakap kat maryam.

"maryam nak boleh adik ke?"

amboih..suke ye?

kenapa lah selalu sangat saket kepala sekarang. takkan lah every time saket kepala nak beli pregnancy test kut.

kalau boleh sekarang ni malas nak ambik sebarang bentuk pil perancang. sebab bermacam-macam sebab. tapi kalau dok susah hati setiap kali pening macam ni pon susah jugak.

haish. haish. haish.

Photobucket
maryam nak adik tak?

masa nak keluar makan ikan bakar dengan jiran-jiran sabtu lepas


Photobucket
ber-cam-whore pakai kemre gabak habis gegar Parkinson

Photobucket
aqeel rambut cantik

Photobucket
boleh jadi model aqeel ni


aqeel ni anak jiran depan rumah, gee and faizal
Photobucket
afeef, juga anak jiran depan rumah. sama umur ngan maryam. sama tahun la. tapi afeef lahir dulu

Photobucket
baiti, roch and kawan baiti

Photobucket
ni jiran satu rumah. hehe

Photobucket
tengok i makan sungguh tak ayu -______-"

kedai ni kedai jiran kiteorang jugak sebenarnya. kedai ni kat belakang istana. ape tah name kedai die.sotong bakar die sedap amat. pastu kalau makan die kire lauk bakar jer. nasi and lauk or sayur yang korang ambik atas pinggan die tak kira pon. 7 orang makan RM 130. tapi dia ambik seratus jer. makan free kiteorang hari tu. dah la datang paling lambat. hehe

Photobucket
lepas tu, lang-alang dah keluar kiteorang pergi menghabiskan duit masa kat midvalley

Photobucket
budak yang dah ngantuk air liur meleh-leleh

Photobucket
boolat giler anak mommy ni!

Photobucket
zoom dekat lagi

Photobucket
lagi dekat!

Photobucket
on the way balik rumah berak ats mommy. bagus. bagus.

Thursday, 14 April 2011

berkesan!

entry menyelam sambil minum air semalam berkesan. tapi idok lah terus beli masa balik kerja. tak kuasa dia nak melayan permintaan ibu tak mengandung nak mencari durian masa balik kerja. dia dah la kejar masa hari-hari nak balik main ngan anak. semalam kat giant baru beli.

suami: u nak tak durian ni?

isteri: *blushing* (dalam hati: halah..dah tahu lagi mau tanya~)

suami: heleh~

tu baru cara-cara husband tanya nak beli durian. dah blushing. belum lagi tanya nak ke tak emas permata.

Photobucket
durianssss!

kat giant tak dapek la dalam bentuk biji
Photobucket
balik dari giant maryam tido. terus campak maryam atas katil, tanpa membuka tudung terus menerkam durian. puas hati!

husband cakap kat maryam,

"tido sengih la mommy mung malam ni"

hehe. hari ni breakfast durian you!

Sunday, 3 April 2011

jangan tiru!

jangan posing melentok-lentok dikedai makan maryam. malu mommy. mommy buat takpe. daddy yang malu.

Photobucket
Photobucket
ok.yang ni paling tak boleh tiru

Photobucket
husband cakap ape-ape jelah

hehehe.ni gambar dalam arkib genting. lunch masa hari sampai. ape ntah nama kedai ni. hahaha. sebenarnya mula-mula ingat nak makan pizza, pastu husband cakap stakat nak makan pizza giant kinrara pon ade. pastu makan la kat kedai ni. tahu ape husband i makan? nasi goreng siam kut nama dia..pastu sampai la nasi, ayam black papper, telur rebus, limau kasturi. tak tahu lah ape yang siam nye. naib baik nasi goreng kau sedap.

Photobucket
tengok itu budak kicik.tidor saja. maryam cakap,

"best la mommy genting, sejuk. macam dok dalam ekon"

Photobucket
berbaloi tak bayar rm 13 sepinggan untuk nasi ini macam> kalau rasa tak sedap memang i mintak duit balik. tapi nasi goreng dia sedap.

Photobucket
my nasi goreng nenas berbaloi-baloi sebab dia ade usaha nak hias dalam nenas bagai. sedap jugak rupenye nasi goreng letak nenas.

Monday, 28 March 2011

tak sihat sangat

dua tiga hari ni badan rasa lemah sangat. sakit badan, kaki (kaki tu termasuk dalam badan la kan?), batuk sampai sakit urat perut and belakang , selesema yang tak habis-habis lagi. kesian maryam jangkit. dia pon tak sembuh-sembuh batuk sebab mungkin baru nak sembuh mommy dah bagi virus balik. huk huk.

awalnya tak nak makan ubat. tapi sebab kesian kat maryam pergi juga jumpa doctor tanya ubat yang selamat untuk breastfeed. akibat kesan ubat tiap-tiap malam lalok(malam jer pon makan ubat). husband yang kene uruskan maryam 2-3 malam ni. heheh. semalam kul 1 lebih baru maryam tido husband la kene jaga. haha. thanks bie. tu baru suami sejati ore kato.=p

semalam gas habis. i malas nak call cina jual gas. sebab malas nak salin baju proper bila dia datang hantar gas. so cakap kat husband makan luar lah. lagipon pizza tak berapa baru masih belum dicuba. so semalam ke pizza hut dekat ngan rumah jer. lagi dekat lagi cepat perut kenyang.

Photobucket
budak ni kan dah taknak jadi baby, duduk dalam stroller ke, atas bouncer ke sibuk nak bangun jer.

Photobucket
hai saya mommy maryam

service mereka di pizza hut ini adalah sangat suck. boleh mendatangkan kemarahan orang yang datang makan dalam keadaan lapar ini. naseb baek la orang yang lapar ini sibuk menguruskan babynya yang mahu tido. so tak sempat la bom nak meletup. so mari kita melayan gambar-gambar bapa mithali. (bodek lah. malam ni dia jaga lagi.)

Photobucket
bapa mithali 1: maryam ni stroller tak boleh nak berhenti lama-lama. nanti dia bosan. so berhenti pon nak kene gerak jugak sikit. gerak belakang depan dah ok


Photobucket
bapa mithali 2: tak nak jugak duduk atas stroller, so daddy dukung


Photobucket
bapa mithali 3: eh.eh. lama la pulak nak kene dodoi. tak nak tido lagi

Photobucket
anak solehah: tido bagi can mommy and daddy makan

Photobucket
jom makan




Photobucket
terima kasih. sila datang lagi.

Tuesday, 22 March 2011

big breakfast

masa pergi baby expo kat midvalley weekend haritu dapat voucher free 2 big breakfast tapi kene beli minimum rm 5. sangat berbaloi-baloi. manyak untung wooo. promotion ni valid sampai 31/3/2011. sape takde voucher boleh print jer.

untuk tidak mengsia-siakan voucher yang diperolehi, sebelum naik genting kami singgah breakfast kat mcD.

Photobucket
food sampai anak tido. ini sudah bagus.

Photobucket
jom makan!
(perempuan ni mata juling ke?)

Photobucket
'nah. u minum milo biar susu maryam melimpah-limpah,' kata suami

Photobucket
sian budak ni. tido kepala senget pon mak dia tak betulkan. sibuk sangat makan mak die ni


Photobucket
inner senget

i love syria cotton. tapi sekarang ni dah susah nak cari sebab syria cotton dah tak 'in'. =( hari sabtu lepas pergi pasar malam bangi masa nak pergi rumah along ni jer pilihan syria cotton yang ade and pilihan kaler adalah sangat sikit. sebab tak pernah pakai yang senget benget macam ni beli seketul jer. takut kelakar muka biler pakai. pernah cakap ngan along inner macam ni nampak kelakar. tapi bila pakai rase macam ok jer and kain die best sangat. jom sabtu ni pegi beli lagi bie!