Wednesday, 21 April 2010

puding caramel (2)

setekah di modifikasikan mengikut selera tekak=)

puding caramel


bahan-bahan puding:

(2 orang makan)

200 ml susu cair (separuh tin)
100 ml air kosong
3 biji telur grade C
3 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard (supaya pudding cantik tak berlubang-lubang)
1 sudu teh assen vanilla
secubit garam

bahan-bahan caramel:

2 sudu besar gula

cara:

1. sediakan caramel.

tip nak mendapat kan gula hangus/ caramel untuk puding gula hangus

1. paling penting: guna senduk kayu. jangan guna besi. dan masak dalam loyang anda nak kukus puding. wajib!


2. api kene perlahan-lahan jer biar semua gula cair pastu perlahan-lahan bertukar kaler.



3. bila kuning sikit-sikit tuh tutup api dan ratakan ke seluruh permukaan loyang.



4. caramel anda akan keras macam batu. tapi bagus lah. baru lah tak bercampur ngan puding nanti. bila kukus cair lah.


tunggu caramel tuh sejuk,

2. blend semua bahan-bahan puding. tapis, masukkan ke dalam bekas caramel tadi. kukus 30-45 minit dengan api yang perlahan.

sila makan~

1 comment:

  1. wahaha, bestnya. Bule poso ni nk g jale rumah farah eh

    ReplyDelete