Showing posts with label resepi couscous. Show all posts
Showing posts with label resepi couscous. Show all posts

Monday, 30 April 2012

ber-couscos pula kita

couscous rendam dengan air panas sampai kembang
labu bakar- gaul dengan olive oil, garlic dan italian mixherb.
salmon bakar-tabur halia, bungkus ngan aluminium foil, lalu bakar dalam oven

lenyek-lenyek jer semua. tapi kulit labu buang lah. eheheh

siap lah couscous with baked salmon and pumpkin

Sunday, 19 February 2012

couscous with fruit salad and kidney bean

budak cantik (cantik kee?) masih menolak oat!

tak kan nak bagi makan buah SAHAJA sokmo pagi-pagi kan. nak buat pancake, cucur, lempeng, french toast malas *ehem*  so i rendam cous-cous makan ngan buah.

couscous with fruit salad and kidney bean

betik
grape
kiwi
avocado
kidney bean
couscous

digaul bersama.

kalau ikut buah-buah tu, 10 bulan dah boleh makan dah..kalau baby xmakan chunky-chunky boleh lah lenyek. tapi maryam ummi  tambah perahan oren sikit. baru lah yummehhh..perahan oren untuk yang dah bukan baby macam maryam. satu tahun ke atas. hehe

 budak ni dah jadi anti carbo ke ape? dah macam kene sembunyikan carbo pulak sekarang

yummmehhh

Monday, 6 February 2012

i'm sexy and i know it..i work out~! episode 1

gahaha..saya tahu lagu ini dan video klip nya adlah sangat meng- annoying- kan..tapi sedap didengar semasa berlari..so dia jadi lagu tema untuk misi kurus  kita..

cubaan pertama adalah mengawal makan. dengan status fully bf ni i rasa i susah nak laksanakan  misi ini dengn hanya mengawal makan. sebab makan adalah tidak terkawal. lapar adalah setiap kali maryam menyusu, dan i takut susu kurang or susu tak bernutrisi kalau i kurang makan. hik hik

*manyak la kau punya alasan*

so haruslah saya bersenam untuk mencapai misi pada kali ini.

sebelum: 9.1 kg

eh tu berat budak kat belakang

sebelum: 66.8 kg (xnak bundar, nanti makin naik..haha)

dengan langkah lemah gemalai mengatur langkah ke gym. malas nye la weh! dok kat rumah mengadap lappy sedap ni~ hahaha..tapi terpaksa jugak. malam tu berjaya buat larian 2 km..lari-lari kura-kura jer...

esoknya ajak walid pergi taman bukit jalil. jogging jom!

rupanya ramai orang jogging pagi-pagi kat taman bukit jalil ni..haha..tapi 20 orang cina, ade lah sorang orang melayu kut..dan orang melayu mesti jenis yang dalam gems-gems dok jogging..(termasuk yang menaip ni la) semangat jogging nak kurus la tewww...orang cina nampak sangat jogging untuk sihat. sebab pelbagai golongan yang muda, tua, budak, gemuk kurus. orang melayu kurus buat ape?

mentang-mentang kurus kan? tak dak niat langsung nak joggung. pakai jeans okkkk...

budak ni la yang seronok lebih kan


dok dalam terowong ni tak nak keluar. semua orang xboleh main sebab dia dok kat tengah-tengah

bekal picnic. sandwich untuk ummi ngan walid ngan maryam.

ni bahan untuk ummi ngan waalid. campak jer semua secukup rasa

kiteroang jarang makan sardin dalam tin ni. entah bila beli. naseb baek tak expired lagi. haha


untuk marya, cheesy salmon with pumkin, tomato, and brokoli

bahan: bawang holland, bawang putih, tomato, labu, brokoli, salmon, cheddar cheese

tumis bawang ngan olive oil, campak tomato ngan labu. letak sedikit air. tunggu sehingga empuk, masukkan cheese. bila nak tutup masukkan floret brokoli. siap~

campo ngan yogurt

roti saya belah dua dan buat kecik-kecik skeali ngap


tengaharinya makan ngan cous-cous.cous-cous jelah yang senang pon. ummi penat, so makan simple-simple jer yer..hehe

hari ni pon pergi lagi gym. semoga tidak hot hot chicken shit kali ni

Friday, 13 January 2012

cous cous

terpengaruh nak beli couscous ni sebab kak sally yang asyik promote..haha..lagipon nak test maryam makan untuk travel. bosan lah asyik makan oat kan..

i guna jenama ni

mula-mula try memang menu untuk travel pon..buah-buah tak payah steam. ikan bilis sangai.


contohnya: cous cous digaul dengan ikan bilis sangai, makan dengan betik dan yogurt
kalau kita orang dewasa mesti tak makan combination ni kan?haha..tapi maryam makan jer

 ni pulak cous cous dengan pisang dan yogurt


masa kat bukit merah..alhamdulillah elok jer dia makan. tak update lagi cerita bukit merah..gagaga..nanti tu lain entry kita cerita yer.

lepas balik bukit merah dah try sekali. tapi dia tak nak. i syak sebab texture. sebab sebelum ni makan ngan buah. mungkin texture couscous ersembunyi dalam pisang/betik jadi dia makan jer..bila buat ngan sos spagheti dia tak nak makan...so i masak couscous lagi lembut.

 biasa nya masak 1 bahagian couscous 2 bahagian air panas, cous cous akan menyerap sepenuhnya air tu..dah lembut dah..dah boleh dimakan dah (dalam gambar nampak couscous sama banyak ngan air sebab dah kemang bila nak ambik gambar..hehe)

 sebab nak kasi lagi lembut..tambah lagi sekali air panas biar dia lagi kembang..masa ni kalau terlebih air dia tak serap..so tos la air ambik couscous jer

jadi la lembik macam ni

couscous with bolognese sauce

untuk bolognese sause cuma tumis bawang merah ngan bawang putih dengan oilve oil sampai lembut masukkan ayam, puree tomato, puree labu (boleh ganti ngan sayur lain) dan akhir sekali masukkan italian mix herb

lembik-lembik macam ni baru maryam suka..huhu