Showing posts with label resepi pancake. Show all posts
Showing posts with label resepi pancake. Show all posts

Tuesday, 29 May 2012

cak!

 sori sebab lama tak update blog. ceyyy. feeling retis.

saya adalah tersangat tired dan penat(eh ade beza ke?). diserang all day sickness. bukan setakat morning jer. sesungguhnya setiap pregnancy lain-lain cabarannya kan. masa maryam dulu tak dak pon muntah-muntah. tapi sampai bedridden. pregnancy kali ni harapnya lancar lah. muntah-muntah loya-loya ni i boleh tahan. sikit kecil punya hal.

orang kata nursing during pregnancy adalah penat. rupanya bukannya penat, tapi PENAT GILERRRRRRRR

tapi demi mu maryam. ummi tak merungut. ummi cakap jer. ummi tak kisah pon. asalkan maryam dapat yang terbaik, selagi ummi mampu.


breakfast pagi ni. pancake ngan madu


i tak stick dengan mana2 resepi pancake lagi. still lagi berada dalam tahap improvement. tapi kali ni tepung atta habis pulok. i pulak malas nak buat list nak suruh walid dia beli barang dapo. huhu. habiskan dulu mana yang ada la

 kali ni guna.
1 biji telur gred C
1/2 cawan tapung naik sendiri
60 ml air/ susu
1 sudu minyak zaitun

blen telur ngan minyak, masukkan air, masukkan tepung naik sendiri. siap. semua guna blender jer. rehatkan barang 30-1 jam sebelum masak.

dapat lah bayak ni mini pancake



maryam makan sampai ke tengahari cicah kari.

Friday, 18 May 2012

tepung atta tu ape?


sebab dalam resepi i banyak guna tepung atta, so ramai tanya tepung atta di ape. boleh baca kat bawah ni. mak copy paste jer. dia tepung orang buat capati. banyak jer kat supermarket. cari kat bahagian tepung-tepung. of cos la maghfarah! -____-"  tak kan nak cari bahagian pampers

kat rumah ni, i dah gantikan tepung putih biasa dengan tepung atta dah.pancake ni i buat guna tepung atta. lembut jer  u ollls~

harga mahal sikit lah. tapi tak delah beza sangat. lagi pon bukan hari-hari makan tepung dok?

i ade jugak beli unbleached flour yang organic. tapi tak bukak-bukak lagi. beli yang high protein konon-konon nak buat roti tapi sampai sekarang dok peram dalam gobok ajaib. hari ni hari tepung atta, kita cerita pasal tepung atta dulu.


"Atta" actually means "flour" in most East Indian dialects. Atta flour is not actually a 'type of flour'. Most East Indians, when they refer to atta in a recipe, will use a mixture of whole-wheat and all-purpose flour (most often a two to one ratio). Exclusively whole-wheat flour could be used if it is very finely ground, and in this case, the earlier answer may apply. (The definition given below of 'atta' being the flour made from the grain and the endosperm (without the bran) would be a very fine flour, and could indeed be used to make many East Indian recipes, such as chapattis or rotis. )



But the correct answer here is that 'atta' really means flour, so there is no real 'correct' answer to this question!

A grain of wheat is made up of three main parts. The germ is the bit in the middle, which holds the most nutrients and the endosperm makes up the bulk of the grain with starches and sugars. The husk or bran is the tough skin, like you find on the outside of brown rice. This is very high in dietary fibre.

Brown or wholewheat flour contains all three parts of the grain.

White flour contains only the endosperm which means it retains the carbohydrates loses most of the minerals and vitamins.

Atta flour on the other hand uses the germ and the endosperm. But not the bran. Bran fibre is insoluble, so atta flour is a much lighter more easily digested flour. And good digestion is the key to good health.

Read more: http://wiki.answers.com/Q/What_is_the_difference_between_wheat_and_atta_flour#ixzz1vB268eTC



 pancake pisang

bahan-bahan:

sebiji telur
150 ml fresh milk 
1 cawan tepung atta
1 1/4 sudu teh baking powder
1 sudu besarolive oil
1 sudu besar madu
2 biji pisang dilenyek

blend telur sampai kembang, masukkan minyak, blend lagi, masukkan susu, tepung. blend lagi.
tuang adunan dalam bekas lain, masukkan madu dan pisang, kacau sebati. rehatkan adunan selama 30-sejam untuk memastikan kegebuan.

sapu minyak atas non stick pan guna tisu jer. pastu tuang adunan sesenduk..tunggu berbuih2 sehingga buih masak baru balikkan. api perlahan jer guna.

 tetap gebu macam guna tepung putih biasa.

Sunday, 4 March 2012

aku bukan tepal~

ade orang tanya  ape i guna nak buat bentuk bulat-bulat bila buat pancake/ omelet untuk mayam. dulu bentuk love i guna acuan goreng telur tu..tapi i rasa macam agak leceh. kadang-kadang nak cepat agak menyusahkan, i pulak jenis tak happy kalau tengok food tak cantik. kene cantik baru best. rasa no 2. haha

i guna ni. nama dia AKU BUKAN TEPAL

jenama first choice kut beli kat giant. mula-mula nak beli yang jenama maxim. rm 22++ kalau tak silap..pastu jalan-jalan lagi jumpa yang ni letak la maxim..yang ni RM 10 jer. nak try, kalau tak ok pon tak de lah rugi sangat.. saiz kecik jer..nak letak atas dapo pon muat2 ngan tempat keluar api tu  je..hoho

ade orang cakap tak ok guna non stick pan ni buat masak. i pon pening kalau bab masak ni tau. orang ni kata macam ni, baca kat sini kata macam ni. bagi i, kalau menyenangkan kerja guna je lah..tapi berhati-hati jugak sebab ade baca dia cakap non stick pan ni kan jadi bahaya kalau guna bila overheat/calar. calar tu memang terjaga la sebab i xguna berus/ ape benda beli kat non stick pan ni..senduk pon pakai yang kayu. kalau bab overheat tu tak sure la macam mana. malaih aihh nak pikir..teringat kata-kata dalam movie food inc 

The industry doesn't want you to know the truth about what you're eating. 
because if you knew,you might not want to eat it.

memaaaaaaaang..bila tahu banyak benda ni, makin pening dah i. APAAA PON TAK BOLEH!

tapi kalau u nak selamat dan natural. buat pancake/lempeng lapik la dau pisang macam zaman dulu-dulu. wangiii.

pancake labu.


cuma tambah labu jer

 ni pulak omelet bihun breakfast hari sabtu

telur
homemade tomato sauce. resepi sini
salmon grilled
brokoli floret
bihun dicelur sampai lembut

campor sekali masak atas non stick pan letak minyak sikit. denagn api perlahan.

 breakfast walid ngan ummi. nasi goreng kampung dengan ikan dori celup tepung






ok lah..tak boleh nak mengarut sekarang. puasa kene kurangkan mengarut.

susah sangat nak taip siapkan satu post ni sebab maryam tak bagi ummi main latop...ni dia tido so taip cepat-cepat. nak kene kemas rumah, lipat kain. buat kerja yang suri rumah patut buat. mengadap latop ni bukan kerja suri rumah. dari mengadap lappy baik lipat kain ye dok? #maksentapnok

Saturday, 14 January 2012

yogurtlicious banana pancake

 pancake ni ummi selalu buat untuk diri sendiri..tapi sebab tepung atta maryam dah habis ummi buatkan maryam pancake ni. senang jer..untuk maryam, ummi lebih kan telur

 sori gambar gelap. dapur rumah saya romantik=P

1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan yogurt
1 biji telur gred C
1sudu besar olive oil
pisang hiris

campur semua bahan kecuali pisang kacau sebati. masak atas non stick pan tanpa minyak dengan api slow. tuang adunan susun pisang hiris..tunggu pancake berbuih dan masak, balikkan. 

 makan dengan yogurt dan pisang.

memasak/memanaskan lebih 120 degree F ogurt bileh mematikan bacteria baik dalam yogurt. tapi protein and kalsium dia masih ada. untuk baby yang dah intri susu boleh ganti ngan susu segar. maryam tak minum fresh milk lagi. huhu

i suka this version lagi..sebab dia lagi fluffy..suka pancake tebal-tebal..mungkin bila dah beli tepung atta ubah2 sikit tambah tepung atta.









Tuesday, 10 January 2012

beri- beri biru

 dulu breakfast lah masa masak yang paling tak payah pikir. letak jer oat atas dapur sampai masak. bila maryam bangun nanti letak yogurt campur dengan apa saja buah or puree yang ade dalam fridge. sekarang dia mungkin dah bosan kut dengan oat. buat oat porridge pon dia kureng.

 so..buat sementara waktu. babai oat~ kita jumpa lagi next week yer.

so sekarang pagi-pagi meroti, melempeng or menpancake.

simple yogurt pancake with blueberry yogurt sauce 

resepi pancake ni saya ambik kat sini. tapi saya ganti butter milk dengan yogurt. dan buang segala ingredients yang maryam tak makan lagi. dan ganti melted butter dengan olive oil. malas aihhh..nak cairkan unsalted butter. hehe

so resepinya begini

  • 1/2  cawan tepung atta
  • 1/2  teaspoon baking powder
  • 1/8  teaspoon baking soda
  • 1/2 cawan cecair (dalam setengah cawan ni saya campur 3/4 yogurt, 1/4 air biasa)-bole guna buttermilk/susu
  • 1 egg
  • 1 sudu besar olive oil
campur jer semua dan kacau sebati. tapi jangan kacau kuat sangat nanti keras.


hari ni resepi sama..cuma saya campur 1 sudu teh puree beetroot..

jadilah pink begini



maaf..pencahayaan tak cukup. dapur saya romantik pencahayaan nya.-_-"

 eh..tapi sama jer kaler bila masak..hahaha

tapi nampak la pinky-pinky sikit


letak yogurt dalam pancake ni sedap. ade rasa lemak-lemak masam. tapi harus diingat memanaskan yogurt akan merosakkan dia punya beneficial cultures. yang kita perlukan untuk probiotic tu kan...kalau panaskan lebih dari 120 degree F macam bakar ni, akan merosakkan live active cultures, tapi nutrient lain macam calsium dan protein masih ade..so maryam makan ngan yogurt fresh campurt buah jugak.

maryam makan dengan blueberry yogurt sauce
lenyek 5-6 biji blue berry, campur dengan 2 sudu besar yogurt. tabur fresh blueberry atas untuk maryam kunyah-kunyah

beetroot pancake with blueberry yogurt sauce