Thursday, 22 April 2010

sudah jumaat~

*dah edit tempek link resepi sikit*

selamat pagi semua~

hari ni bangun pagi dengan dengan perasaan malas kerana semalam tak boleh tidur. lepas tu tersedar pulak pukul 4 pagi dengan mata rasa segar macam dah pukul 6 pagi. tapi paksa jugak tido sebab sangat awal nak bangun. bangun-bangun rasa ngantuk tak puas tidur.

lepas mandi, prepare breakfast shake dulu sementara tunggu suami bersiap nak sembahyang subuh sama-sama. sebab 'terbolas' dan terkhayal di pagi hari, telah berjaya siram kitchen cabinet berserta lantai dapur dengan 300 ml air soya.

grrrr. kene mop lantai pagi-pagi.

dan akhirnya kene sembahyang subuh sorang-sorang jugak sebabnya kalau dia tunggu aku mop lantai berjanggut lah suami ku. tak pasal-pasal kene shave balik janggut. eh. merapu.

harapnya hari semakin baik hari ni.

mari melayan gambar-gambar dinner kiteorang semalam. semalam suami balik kerja awal. dia siap singgah kedai runcit dekat ngan rumah kiteorang pastu dia beli udang sebab nampak fresh. memang fresh udang itu.

sebab dia balik awal, aku tak sempat masak lauk pon lagi. tapi nasi dah tanak. takpe simpan dalam peti hari ni masak nasi goreng. yeay. senang. haha. nampak udang fresh itu terus cancel menu nak masak semalam. masak mee hailam guna udang fresh pon sodap. sonang pon sonang.

bihun hailam sebenarnya. bukan mee =p

bersama telur rebush~

RESEPI DISINI

mengiurkan bukan. hehe?

rindu pulak mee udang kat penang hari tu.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

19 comments:

  1. kejap aja dah jumaat kan... hmmmm sedapnya lapar pagi2 ni

    ReplyDelete
  2. magh, i wantttt thiss. haha
    selamat pagi! :-)

    ReplyDelete
  3. raja: ok. nati potluck bila-bila aku masak ni jer..wahaha..sesenang bihun goreng yeay~

    ReplyDelete
  4. aarrgghh mmg mengiurkan hokey! :P

    ReplyDelete
  5. sedapnyee..farah tolong masakkan utk kami satu hahaha

    ReplyDelete
  6. farah sebut mee udang penang.. trs igt mee grg udang kt sungai dua...sedapppnye.. isk bila nk ke penang lg nih ;)

    ReplyDelete
  7. hari ni ramai btol yg citer2 tak bole tdo mlm tadi, then tetiba terjaga kol 3 la, kol 4 la.. termasuk i..

    ReplyDelete
  8. iem: ok..mee hailam makan siap~
    =p

    ReplyDelete
  9. has: memang mee udang kat sg dua pon..uhhh..heaven~

    ReplyDelete
  10. liza; sebenarnya DIA kejut kita semayang malam2..tapi malas la pulak nak bangun kan=p

    ReplyDelete
  11. alahai..lapaqnyaaaaaaa

    ReplyDelete
  12. farah: alamak. ni buat lebih kurang jer..nanti saya update resepi..

    ReplyDelete
  13. tau takpe.. selimut tebal sgt :D

    ReplyDelete