Showing posts with label sup ikan simple. Show all posts
Showing posts with label sup ikan simple. Show all posts

Thursday, 24 May 2012

siapakah mastermind?

i tengah menjemur baju di yard. nampak kelibat budak kecik masuk dapur, ambik something atas bangku. masa tu tengah kemas dapur, so raga yang isi roti, and buah letak atas bangku. lepas ambik benda dia nak. dia terkedek-kedek lari dengan laju. i biarkan jer sambung jemur baju. bila keluar ape jadi?

dah dapat roti satu sorang dah

roti tu dah habis dah pon. tinggal yang atas bawah tak de orang nak makan. i nak bakar nak buat breadcrumb sebenarnya. tapi dieorang dah selamat bagi-bagi ambik satu sorang dah. sape mastermind nye? siapa budak kecik yang kalau ambik something kat dapor cepat-cepat lari terkedek-kedek takut ummi tengok? (padahal orang dah tengok)

gadis yang dok enak baring sambil makan roti tuuuu....

maryam asyik lapar jer sekarang. masa ni masa snek dia. ummi lambat bagi makan ler tewww. terus cari makanan sendiri okeh! afeef sebab dia tido pagi sampai tengahari, masa snek petang maryam dia baru lepas lunch jer tuh. tu yang dia main-main jer ngan roti tu.

dahhhhh kene vacuum carpet sekali lagi T_T

dinner mereka buatkan sup ikan simple ler.

bahan-bahan

bawang merah
bawang purih halia
renpah 4 beradik
serai
rempah sup serbuk adabi
celery
carrot
cendawan tiram
ikan dori

tumis bawang, halia, rempah 4 beradik dengan pure olive oil sehingga naik bau. masukkan rempah sup, serai, masukkan air, sayur-mayur dan isi ikan. masak sehingga sayur lembut.

sup ikan cendawan

menu dikala malas. sup la terbaik kan? campak2 jer=P

sekarang makan sendiri ok. masuk la mulut sikit. tapi tak terer lagi.

dan kene monitor la. kalau dibiarkan, jap lagi meja yang makan, telinga makan, rambut makan. grrrr. 

kalau xbiar makan sendiri tak nak makan langsung masalahnya. takpelah. kata nak jadi kakak kan. kene la prektis berdikari. practice makes perfect.setakat kene mop lantai ngan sapu tu ape lah sangat. kalau ummi pening *ehem* malas*ehem* walid buat. kalau sama-sama malas sama-sama biar tapi penghujung cerita ummi jugak yang kene kemas T_T

lepas tu sambil2 ummi masak kat walid. makan tembikai pulokkk

masa tengah lalu makan ni layan kan ajorr








 semalam makan benda sedapppp

ikan pekasam. lalalala~

singgang sotong. ikan pekasam. sayur kailan goreng belacan. bendi celur. budu. jus tembikai kaw kaw

sayur kailan tu walid maryam punya. mak makan bendi jer cicah budu. ikan pekasam. perghhhh. ade lagi sikit. buat lunch hari ni. hihi

Monday, 23 April 2012

quinoa



lepas rebus

sebab maryam dah besau dia dah boleh terima texture ni..kalau dulu-dulu i campur beras. ni adalah entry peraman. so i pon dah lupa maryam umo berapa masa ni.hahaha. tapi still makan nasi lembik masa ni. makan nasi+ quinoa ngan sup ikan simple

bahan-bahan sup ikan

bawang putih, bawang merah, halia (hiris)
celery stick
sayur mayur(tomato, carrot, cendawan butang fres)
ikan dori

tumis bawang dan halia, masukkan cendawan. masukkan air diikuti dengan carrot dan ikan. akhir sekali masuk tomato

siap









dinner makan sup ngan macaroni sajor

Monday, 20 February 2012

paprik udang

paprik udang ngan nasi putih. dinner walid semalam.

i rasa paprik lah menu paling senang dikala malas masak tapi still ade perut yang harus di isi kan... kalau keluar food ni maknanya mood ummi maryam malas masak lah ni..haha or mau cepat.


bahan-bahan: (untuk sorang makan)

udang saiz sederhana 8 ekor
bawang putih 2 ulas
halia sikit
1 sudu kecik cili giling (optional)
hirisan bawang holland
daun limau purut
sebatang serai saiz kecik
sayur mayur (guna jagung muda, carrot, kunis bunga, tomato)
cili api (ketuk)

3-4 sos cili
2 sudu sos tiram
1 sos tomato (optional, kalau xnak letak pon ok)
sos nampla sedikit

tumis bawang ngan halia sehingga wangi, masukkan cili giling. tumis lagi sampai wangi. masukkan udang, kacau separuh masak, masukkan sos, serai, daun limau. sos tu lebih kurang la..xcukup tambah lagi. soso cili banyak, sos tiram kurang sikit, sos tomato sangat sikit, sos nampla sikit. masukkan air masukkan sayur ikut yang paling keras. siap~




 hidang panas-panas ngan nasi putih panas-panas.

hias suka hati. masakan tersangat simple pon jadi nampak sedap. haha
maryam pon nak cantik-cantik jugak

nasi putih dan sup ikan simple. resepi SINI

menu lunch 2 beranak

semalam buatkan maryam sup ikan simple jer. makan dengan pasta.

 masa ambik gambar ni dah tumis bawang halia and dah masukkan cendawan dah pon..hehe. mak lupo. jarang lupo nak snap pic ni

bahan-bahan
ikan dory
1 ulas garlic hiris
bawang hollang dadukan
halia hiris
1 kaki candawan tiram carik-carik
1oz parsnip*
2 oz butternut squash* (ganti labu pon sama je)
zucchini didadukan*
celery stick
tomato
kidney bean (direbus)

*semua sayur bertanda (*) i dah steam dan frozenkan. so masak kejap jer campur akhir sekali

tumis bawang, halia sampai wangi. masukkan cendawa. masak sehingga masak, masukkan air , tomato, celery, ikan. masak sehingga gelegak, masukkan sayur dah disteam dan kidney bean tadi. tunggu gelegak. sedia untuk dihidangkan

sup ikan simple with mushroom, butternut squash, parsnip , kidney bean and zucchini


makan dengan pasta

ready to ngap~

lunch ummi. nasi goreng cendawan

nasi nampak kering semacam sebab bawang ditumis dengan minyak yang sangat minimum..hehe..kopok masak guna microwave