Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Monday, 23 August 2010

cerita di terengganu

petang masa kat paka residence ajak husband pergi bazar beli kuih muih jalan kaki. dekat jer sebenarnya, biasa kalau kiteorang pergi pasar malam, tempat yang sama jalan kaki jer. bila jalan kaki beriringan sambil berpegangan tangan boleh lah ambik mood honeymoon balik. tapi suami penat.

"holoh, i puasa gak. tak penat pon"

"i drive dari kl pagi tadi, pastu sampai-sampai tengahari kene masuk site. u tak pe masuk kereta tido, sampai hotel tido. bangun memang la ade energy lagi"

hehe. baik lah. baik lah.

orang minyak?

petang nya lepas balik beli kuih-muih berjalan-jalan tepi pantai (juga naik kereta). saja nak membunuh masa. balik bilik bosan jugak. bulan-bulan puasa tak boleh duduk sangat dalam bilik berdua-duaan. kurus puasa. =p

kat tepi pantai kiteorang tengok ade orang tak puasa sedang bercanda-candaan di tepi pantai. agak ramai lah lah jugak orang lepak-lepak tepi pantai, tapi dia boleh selamba kodok minum air. masa tu dah pukul 6 30 petang. ape salah nya tahan jer nafsu tu sejam jer lagi. kalau yer pon tak puasa respect lah lah orang puasa ni!

menu bukak puasa

keropok lekor, tepung gomak sedap, roti paun goreng liat, air nira kelapa, air kelapa

makan kuih pon dah kenyang

2 minit sebelum berbuka. masih mengadap facebook=p

dan waktu yang ditunggu-tunggu tiba. malam nya lepas solat pergi makan roti tempayan kambing. nyum!

dia dah tak de perut!

haha. tu sebelum makan tu.=p

ini yang kita cari~

haih. tolong lah jangan senyum macam tu. dan tolong lah jangan ambik gambar dari tepi. menyerlahkan tumbesaran badan~

makanan sahur (sangat gelap maaf)

dan sahur pulak kiteorang sahur kat hotel jer. malas nak keluar. malas jugak nak shake. walaupon dah boleh agak dah makanan kat sini macammana tapi bayar lah jugak sebab malas nak keluar. dan seperti yang disangka food memang mematikan selera. ade jer yang terkurang terlebih. kalau complimentary idok lah rasa nak merungut. tapi ni kene bayar.

last year sahur kat rumbia memang puas hati. walaupon complimentary jer. makanan lebih kurang jer, masa sahur tak de lah banyak pilihan sangat, tapi rasa cukup rasa. puas hati makan.

Tuesday, 17 August 2010

babai kl~

halluuu~

saya sedang dalam perjalanan ke terengganu. ikut husband outstation.

akan stay kat paka residence kut. sape kat kerteh-paka? meh-meh jumpa saya

babai

Monday, 31 May 2010

hari jumaat ke seremban


pasangan orang kurang upaya

jumaat lepas kami ke seremban. ke rumah kawan husband buat akikah anak dia. macam small gathering jugak untuk gang2 dia sebab yang available dan ade kat kl semua pergi. yang kat kk or bekerja tu tak dapat lah join. hehe

bila gathering gang-gang husband maknanya akan dipenuhi baby-baby yang cute. siap standby camera bateri pon siap bawak spare konon-konon nak amik gambar baby. KONON!

sekali bila sampai tengahari panas nya malaysia! bercampur pulak aku tengah pening sebenarnya tapi kene control ayu sebab tak kan nak tido telentang tengah-tengah majlis kan. (walaupon pening makan tetap bertambah. sedap. sedap.ngehehe) so tak amik pon gambar baby. nak main ngan baby pon macam tak semangat sangat. tengok jer dieorang maen.

and baby-baby ni walaupon panas boleh jer dieorang seronok main-main. tak de yang cranky pon. hebat.hebat. kalah aunty.

jalan pagi tu jem giler. budak-budak dalam kereta termuntah-muntah. jangan cakap budak. aku pon pening tengok kereta banyak sangat. sapa suruh bertolak lambat. haha

petang tu kami balik terus pengsan kat umah. sepanjang hari weh tahan pening. giler hebat.

macam takde motif jer bila kurang gambar kan. haha. aku nak amik gambar food segan la pulak kan. tapi nasi minyak die sangat sedap. tanpa segan silu i makan bertambah=p tu kelebihan datang lambat. tinggal kiteorang jer yang makan masa tu. so kurang lah segan .hehe

Saturday, 1 May 2010

aku tak buzy langsung ini weekend

tapi sungguh tak de mood nak mengadap blog

rasa macam nak muntah tengok screen latop

huhuhu..

petang ni nak pergi kerteh..

tapi tak lama. kejap jer.

boleh lah berehat sekejap.

ceh. poyo macam tak cukup rehat.

babai.

Tuesday, 13 April 2010

breakfast @bangi kopitiam

semalam sebelum memulakan perjalanan ke kerteh kami breakfast kat bangi kopitiam. dekat jer ngan An-Nur. memandangkan nak balik shake dah lewat sangat. hentam sajalah makan kat sini. lagipon bila dah rasa sihat sikit perut berkeroncong.

incik nak makan ape?

tak tahu ape motif pakai baju lengan panjang kalau nak selak sampai ke siku.ngehehe

breakfast kami

orang yang bangun pagi-pagi jer terus kene pergi hantar isteri ke hospital

ubat-ubat- 6 tablet sekali makan? giler ini ubat. kenape die tak buat satu tablet yang 6 kali berkuasa

ubat sekali telan. saya terer telan ubat biji. ubat biji mak tak kesah. ubat cair susah sikit

'macamane nak pregnant makan ubat secekak?'

' u nak i mati ke u nak i pregnant?'

-_-"


waffle petronas bentong.

semalam suami tegur aku dah tak letak watermark kat gambar-gambar dalam blog. die cakap nanti di exploitasi. rasa macam artis la pulok. malas lah rasa nak tempek watermark.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

Monday, 12 April 2010

az-zahrah sucks

*maafkan bahasa saya*

tapi aku hampir nak mati sebab az-zahrah hari ni. kalau aku mati suami aku saman ko berjuta-juta. jadi duda kaya suami aku nanti.

tengok gambar entry di bawah bak kata kakak aku, hari ni aku sungguh sememeh(macam hari-hari lain tak sememeh jer).muka pucat lesi muka pon tak sure basuh ke tak. gagaga. mengapa mata macam juling? hurrmm..

pukul 2 pagi semalam tersedar sebab athma. dah berbulan-bulan tak athma, ingatkan dah hilang dari dunia. rupanya wujud lagi. hampes. tapi tahan jer sebab ingat boleh hilang sendiri, pagi tadi bila tak tahan sangat terpaksa jugak pergi klinik.

sampai kat az-zahrah masuk emergency room. lama giler dowh aku tunggu dalam tuh. aku ni nak bernafas pon dah tak boleh. rasa macam nak tulis surat wasiat time-time tu jugak. suami dah resah gelisah dok panggil doktor sorang pon tak datang. hampes. sorang dok sibuk nak balik. shift dah habis. sorang dok mekap dalam bilik. giler kau. ade pesakit nak mati ni dalam emergency room. ikhlas ke tak nak jadi doktor??

suami aku punyalah dia bekejar-kejar bawak kereta sampai traffic light merah pon die menyumpah, sampai hospital kene tunggu doktor mekap la pulak kan!

pastu suami aku dah hilang sabar, keluar dari az-zahrah pergi an-nur. naseb baek dekat! kalo tak mahu aku mati tengah jalan sebab aku memang bernafas hujung-hujung jer. nak tarik nafas pon dah boleh.

sampai an-nur sebab nurse tengok aku tinggal nyawa-nyawa ikan dia cek aku punya oksigen. die cakap,

'isk..oksigen tak ok ni..tak cukup oksigen'

aku dalam hati..' cik..sayo ni nok nnaffas pong xleh ni. nk ado oksigen kok celoh mano?'

hoho, emosi dalam hati jer. nak bercakap pon tak mampu.

lepas kene nebulizer sedas ok lah sikit. tapi belum hilang sepenuhnya. tunggu luar, nak jumpa doktor.

haaa..bila aku dah boleh bernafas macam ni. ko nak suruh aku tunggu sejam pon tak pelah. lepas jumpa doktor amik sedas lagi sebab athma kuat lagi. amik dua das pon tak hilang lagi athma. doctor suruh datang lagi kul 12 tengahari. semestinya tak bolehlah sebab kiteorang dah nak pergi kerteh ni. doktor bekalkan ubat jer. balik rumah amik-amik barang terus cekedout ke kerteh. habis dua ratus macam tu jer hari ni. dah la an-nur bukan panel. idok lah tahu boleh claim ke tak.

sebab tu lah muka aku sememeh macam tu. muka tak tido dari pukul 2 pagi. dan muka overdose amik ubat.

dalam kereta aku pening giler. muntah dalam kereta dua tiga kali. terus pengsan.tu aku amik gambar masa 2,3 minit sebelum muntah. masa muntah 'baby' ade atas riba. cepat-cepat aku suruh husband yang tengah drive selamat kan 'baby' aku. baby tu penting.

bila sakit macam ni aku rasa macam hopeless giler. kerja aku ni reti menyusahkan suami jer. aku sedih sebenarnya bila kene menyusahkan dia macam ni. haih. syahdu sekejap.

i'm sorry b..

haih. sudah lah. aku dah dah kat awana ni. doakan aku cepat sembuh. aku tak suka kalau aku athma. sebab aku kalau athma bukan jenis manja-manja tuh. terus yang teruk.

aku benci

sabar maghfarah. dugaan allah tu. semalam kan dia dah bagi ko baby seketul. hari ni dia nak ko susah sikit jer.

suami tinggal aku kat awana terus dia pergi ofis.tinggallah aku terkontang kanting di sini.

kata-kata jari,

fabulous.Farah

maafkan saya=)

otw ke kerteh..ber online guna baby baru..

ngehehehhe

Wednesday, 31 March 2010

packing

packing! packing! packing!

*sambil hempas-hempas baju, sumbat-sumbat dalam beg*

antara benda yang paling aku tak suka kalau travel adalah packing dan nak unpack balik..

arghhhh..rasa nak nangis T_T

tambah-tambah kalau tengah kenyang baru lepas makan.

makanan pasar malam. i love makanan pasar malam

dan baru start nak menerjah blog rakan-rakan.

lalu suami menggunakan kuasa veto nak merampas latop dari gue.

'yang g lah packing. esok nak nak check out'

terpaksa lah start packing sebab kalau nak packing esok memang terkial-kial lah saya. tak sempat. barang bersepah-sepah. hehe.

esok saya dah nak balik kelantan.

rasa excited kali ni. rindukan syahir.

tapi balik rumah PIL dulu. saya teringin nak minum air kelapa pandan yang manis. kalo ade rezeki nanti tok ayoh datang dengan moto bawak durian. hehe

balik rumah nak gomol syahir sampai lenyek.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah


Tuesday, 30 March 2010

ikan bakar

perbualan petang yang biasa,

'dinner nak makan ape?'

'uh? i teman jer lah. i nak shake'

'i nak makan ikan bakar'

'ok tak jadi lah shake. nak makan ikan bakar jugak'

gahaha.

aku baru perasan kat area-area paka-kerteh ni susah nak cari kedai ikan bakar. ke kami yang tak jumpa tempat? sapa yang tahu tempat angkat tangan! (yang dekat-dekat je lah)

kami tahu kat keteh satu kedai kat jeti tu jer. tu pon ikan bakar dia idok lah 'wow sedap nye kena datang makan lagi ni!' punya kelas. dia berada dalam kelas, 'ok lah. kalau kemaruk sangat nak makan ikan bakar boleh lah datang sini lagi' sahaja.

kat tepi paka residence ni ade satu kedai makan betul-betul tepi pagar hotel. jual ikan bakar. tapi tak pernah nak try. sebab kedai macam tak ramai orang sangat. so tak menggamit perasaan nak try ikan bakar. tapi kami pernah la makan keropok lekor dan makanan panas kedai tuh.ok lah. ikan bakar jer tak try.

jadi semalam kami terbukak hati.

ikan bakar kami

rasanya?

'wow sedap nye kena datang makan lagi ni!'

punya kelas.

kena dengan selera kami.

sup sayur

sangat kena dengan selera i, tapi fail dengan selera suami sebab dia letak ayam

merenung masa depan

boleh tak lain kali u try amik gambar biar hidung i nampak kecik?


hummmpphh

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

Saturday, 27 March 2010

penghijrahan

perpindahan dari benda baik kepada benda yang kurang baek orang panggil hijrah ke?

hahah

ade la jugak baeknye..dekat sikit husband ulang-alik pergi kerja
*awana jauh sangat katanya*

so cepat la sikit aku boleh jumpa dia petang-petang

pastu sini dekat dengan keropok dan air jagung sedap..

hari ni kami check out awana datang sini..sini mana?


sini lah!

paka residence


aku suka environment sini. lebih kampung

yang tidak di sukai adalah..

katil king hanya wujud di suite sahaja katanya

kat awana deluxe pon dah dapat katil king

seperti biasa, aku memang mementingkan katil

dengan saiz dua-dua orang yang 'sasa' ini

queen adalah muat-muat


tengok lah gambar di atas. space yang tinggal untuk aku golek-golek. nak gerak lebih-lebih takut tertendang suami. aku ni dok dalam kategori makhluk 'buas'. jadi aku memang sentiasa memerlukan space yang luas. kalau sempit begini terpaksa lah statik.

bilik ni besar jer. aku rasa lebih kurang jer ngan awana. awat la kedekut sangat nak letak katil king.

pool die lebih kecik dan orang tak ramai sangat. last time aku datang takde orang pon swim pagi-pagi. bukan ke kalau orang tak ramai sangat itu sesuatu yang bagus?

bagi aku tak..kalau dah pool kecik pastu kalau aku sorang jer dok swim situ bukan ke aku dah jadi center of attention?

pastu restaurant adalah betul-betul mengadap pool tersebut. kalau aku nak swim memang akan macam dolphin tengah buat persembahan.

bukan ke maghfarah attention whore ke? *wah..pengakuan*

yes memang kalau aku berenang memang macam dolphin. ni banyak tenggelam dari berenang. umur 24 baru terhegeh-hegeh nak belajar. kene lah sorok-sorok sikit. malulah orang tengok. kalau dah terer nanti baru show off. ahaha

jadinye aku tak mungkin akan swim di sini. T_T

faktor terakhir adalah air-cond. mak ni kampung jer noks. memang allergic lah dengan ekon ni. kat rumah pon pasang ekon bila nak tido jer. tu pon set kul dua dah off. takde nye nak hidup 24 jam dengan ekon. kat awana ade kipas. kalau dok sorang siang-siang takde maknanye aku nak pasang ekon. kipas dah cukup. tu pon sejuk siap berselimut. balik husband aku nanti kang dia merungut lah.

'bilik macam oven!'

katannya. jadi bila husband aku balik baru lah ekon terpasang. pastu bila dia dah tido malam mak off lah. bukan dia sedar. hehehe. keji.

kat sini takde kipas kalau tak on ekon memang betul-betul macam oven lah. nak tak nak terpaksa lah on.

dah habis merungut?

dah. yang lain yang kecik-kecik jer boleh tolerate. macam bantal bau kepam. haha. nanti esok mintak tukar..

jadi start semalam sampai khamis di sini lah saya terdampar. insyaAllah wiken ni balik kampung.

Friday, 26 March 2010

detox

hari ni aku men-detox husband. senang jer program nye..nanti lain kali aku cakap. sangat senang nak buat.

sesuai di jadikan aktiviti hari minggu setelah penat hari-hari bekerja. kadang-kadang badan kita terlalu penat. hari-hari guna. manjakan badan sekali sekala.



orang lain dok sibuk upload gambar anak aku sibuk upload gambar suami. haha

na buat camno. dia je lah 'baby' yang ado. layan~

Thursday, 25 March 2010

zara sajor

semalam kami dah tak nak pening-pening pasal makan. pergi jer zara depan hotel, pastu biar pening kat situ jer. pening pilih menu. kalau pening pilih kedai memang mengambil masa yang lama.

khusyuk

bukan baca menu

kami berdua makan bihun hailam

best jugak..suami cakap malam ni makan bihun hailam lagi

dia kalau dah suka habis lahhhhhh

vainggg

marah la kat perokok yang hisap rokok tak pikir orang lain. dah lah dia tuh sedang membakar paru-paru sendiri pastu nak bakar jugak paru-paru orang di sekeliling dia. dah effect orang sekeliling ni lagi teruk.

dia hembus asap rokok tu jauh-jauh dari bini dia. konon-konon tak nak bagi bini dia kene la asap rokok tu. dia tak sedar orang lain pon bukan suka pon asap rokok kau tuh..

aku suruh laki aku isap rokok hembus betul-betul depan muka bini ko baru tahu. haih!

Wednesday, 24 March 2010

buntu

semalam kiteorang dua-dua tak tahu nak makan kat mana. sebetulnya kami dah bosan dok makan kedai yang sama. tapi tak tahu kedai mana yang kat tepi-tepi jalan tuh yang mungkin best sebab semuanya tak menarik.

bab makan i suka kuantan lagi. pilihan luas terbentang.

kata suami,

'i kenyang hari ni. u decide mana nak makan'

'i ok jer mana-mana asalkan bukan roti tempayan or zara'

'ok. u kata nak makan beriani kfc tu. kita g kfc la.'

'pagi tadi i makan nasi minyak, takkan malam nak makan kfc.'

'mcd?'

'ok. bukan zara, bukan roti tempayan, bukan kfc, bukan mcd, bukan burger king' *nada hemo*

' pizza?' *kenapa asyik fastfood yang dicadangkan?*

'hurm..boleh dipertimbangkan. kita g jalan-jalan mesra mall la amik mood makan'

jumpa abrak, dia cadangkan nasi ayam. hurm..bukan mood nasi ayam walaupon nasi ayam macam menarik.

tawaf food court dua tiga round, masih jugak tak boleh decide nak makan ape. sebelum husband aku naik panas melayan aku, baik aku alihkan perhatian dia dari memilih makanan.

masuk guardian habiskan duit dengan beli benda mengarut. (tak pernah fail menghabiskan duit kat watson dan guardian) pastu masuk giant beli buah.

'u kata pizza boleh dipertimbangkan?'

'balik je lah hotel. kalau ade kedai menarik tepi jalan kita stop. kalo tak de kita makan kat zara la. tak pon tapau burger malaysia ni best jugak.'

on the way kiteorang balik ade satu restaurant yang jual burger malaysia. kedai tu sebenarnya sungguh tak menarik. kami berhenti sebab nak makan burger malaysia jer. mungkin rezeki kedai tu malam ni.

ingat nak tapau jer. tapi kami makan sebab husband mengidam air epal.

burger double special

order burger paling mahal kat kedai tu baru berbaloi-baloi usaha mencari makanan malam ni. paling mahal pon baru RM 3.60.

menang mengarut lah makanan aku semalam. burger + air halia susu bersoya. jangan la cirit hari ni.

dia tak lapar, tapi akhirnya dia makan half dari burger ni. haha

mak memang cepat kenyang. nafsu jer besar. naseb ah!

burger tu sedap lah. entah mimpi ape tiba-tiba hari ni terlintas burger malaysia. memang rezeki brother tu gamaknye.

aku tak suka lah makanan kedai sekarang ni. sekarang ni dah jadi masalah kiteorang kalau ke kedai tak tahu nak makan ape. last-last makan makanan merapu macam ni. ni yang buat aku rasa nak angkut dapo masuk hotel ni. kan best kalau husband aku nak dok Rumbia. boleh main masak-masak sebab situ ade dapor.

lama tak tempek gambar vain kan?

ni vain sambil pikir ' haih. nak makan ape ni? nak makan ape ni?'

resultnya, muka vain yang sungguh confuse.

Tuesday, 23 March 2010

haish

antara salah satu sebab mengapa awana ni aku suka sebab mak cik housekeeping dia orang tempatan dan perempuan. so aku tayah bersiap bagai bila dieorang datang kemas bilik.

tapi idok la aku berbojel dalam bilik masa dia datang kemas, kalo time pakai kurang sopan tu (ade ke orang pakai sopan kalau dok ngan husben je or dok sorang-sorang?) aku pakai lah bathrobe.

tadi aku makcik datang, aku pakai bathrobe, tapi sebab aku sopan sikit harini sebab dah brakfast bagai, aku tak ikat. tapi masih tak lulus untuk piawaian pandangan lelaki bukan muhrim.

tiba-tiba mak cik datang bawak seorang budak lelaki. terkejut beruk aku cepat-cepat tarik bathrobe. eh. selamba jer mak cik ni. kalo yer pon cakap la dulu. biasanye dia sorang jer. dia perempuan, so xpe lah.

budak tu trainee kut. mak cik tu dok ajar-ajar kemas katil vacuum lantai, cuci toilet bagai.

die lupe ke kehadiran aku?

tak boleh ke dia cari bilik kosong jer kalau pon nak training.

pastu tolong la cakap, ade lelaki nak masuk.

dia pon pakai tudung. takkan dia tak tahu..

aku tak tahu nak buat ape..nak pergi amik tudung ke dalam alamari? budak tu dah nampak dah pon. nak suruh laki tu keluar ke? last-last aku dok jer atas sofa main latop sambil sebenarnya malu giler +marah giler+ rasa nak sepak jer dieorang bising-bisng sebab makcik tu tengah mengajar budak lelaki tuh

bising sebenarnya ok jer. tapi sebab aku panas hati.

bab-bab aurat ni memang lah aku bukan tutup semua. tapi at least rambut aku tak tayang.

husband selalu bising dulu-dulu (sekarang dah fed-up kut)

'buat ape pakai tudung kalau nak pakai lengan pendek?'

'at least i pakai tudung. kalau tak pakai tudung pastu pakai lengan pendek bukan ke dah jadi dosa kuasa dua?'

pandai-pandai jer aku buat formula di situ..

tapi tak puas hati gak kat makcikkkkk!!! eeeeeeee

Sunday, 21 March 2010

hari ahad penat

untuk pertama kali OurCastle masuk blog. sebab tuan blog ragu. pikiran orang ni kita tak boleh control. lain nak disampai kan lain yang dia faham.

nanti ade suara-suara halus cakap,

'heleh, orang beli bungalow pon tak kecoh macam ko'

sape suruh tak kecoh. ngahaha. kalau tak kecoh maknanya tak berupdate la blog ni kan?

peringatan terakhir. bukan nak menunjuk dengan perasaan riak dan bangga yer. tahu korang lagi hebat.

tapi nak menunjuk dengan niat saya rasa bersyukur dengan rezeki yang allah bagi dan sangat excited nak duduk rumah sendiri (*ehem* rumah suami). dan sangat berterimakasih kepada husband yang menyediakan rumah ni.

olos.olos. blog sendiri pon nak kene explain panjang-panjang kan? lemoh.lemoh. sejak bila aku pikir pasal orang ni!

setelah bermukaddimah panjang..presenting~



OurCastle

ni breakfast. tak shake sebab nak duduk lama kat OurCastle. takdak air lagi. nanti terkepit-kepit nak kencing.

Aglio Olio with prawns.

ni second time masak. so rasa dia sudah disesuaian dengan tekak sendiri. first time guna cendawan butang. kali ni guna shiitake. guna shiitake adalah 100 kali ganda sedap. suka sangat!

nanti cekedout la kat blog main masak-masak i untuk resepi.

sini


kami keluar rumah awal giler sebab nak jumpa customer. hari ni hari last nak meround timbang tengok progress.

lepas tu pergi jumpa contractor lagi. kami dah pilih contractor. dia dah nak start pasang dah. mungkin bila kami balik dari kerteh semua dah siap. mungkin lah.

lepas tu balik rumah amik-amik barang terus bertolak ke kerteh. otw singgah kat ampang. jumpa last customer. alhamdulillah. tapi masa tuh aku dah hidup segan mati tak mahu. lalok giler. tapi nak tido kesian kan suami kene drive sorang-sorang. last-last tertido jugak. hehe

singgah kat petronas bentong nak beli wafer sedap. tapi takde T_T

malam nya sebelum check in perlu cari makanan isi perut dulu.

makanan dirindui

'mari secawan'

untuk tenaga malam ni. kahahahak

ROTI TEMPAYAN DENGAN KUAH KAMBING

*saja caps lock nak tunjuk memang excited sebab rindu*

walaupon kecewa sikit sebab kuah cair. kenapa mak cik?? kenapa cair?? frust sungguh saya

saya akan berada di Awana kijal sehingga diberitahu. no more entry masak-masak lepas ni.

tadi suami call MIL, cakap pasal renovate rumah. dia cakap.

'buat ape renovate dapo cantik-cantik . masak kadang-kadang jer'

hehe. kalau lah dia tahu menantu dia ni rajen jer kalau kat rumah sendiri. hahaha. walaupon mungkin bukan selalu dok kat rumah tapi kalau skali dok kat umah try jugak masak. kalau penat sangat masak telur goreng pon jadi lah!

so pada saya, dapor adalah benda yang paling penting selepas katil dan cermin besar. hahahah

sekian dulu. bak kata kak nita, i love u ol~

Saturday, 20 March 2010

bye-bye

bye-bye rumah

saya nak besenang lenang

jauh dari dapur

jauh dari mesin basuh

jauh dari vacuum

yeay!

Thursday, 11 February 2010

sudah bercinta kasih

penat ah..

tak pernah rasa penat macam ni.

kene tido awal simpan energy nak kemas rumah esok.

bencinye.

esok la saya update ye.

love

Wednesday, 10 February 2010

sila google defination of maghfarah

Defination of maghfarah : maghfarah adalah mahluk allah (female) yang sangat suka kan benda-benda cantik, mengargai benda-benda cantik, dan selalu ingin berusaha untuk kearah itu. tetapi malang nya, sifat nya yang malas mengatasi segalanya.

contoh situasi: dulu dia suka tengok tutorial mekap kat youtube, sekarang suka menjengah blog-blog yang suka buat tutorial mekap. selalu menjenguk ke tempat jualan mekap, usha-usha, perasaan nak beli membara membuak-buak, tapi bila mengenangkan koleksi mekap sendiri yang ado, terpaksa batalkan hasrat. kerana biasanya dia akan expired selepas beberapa kali di gunakan.

penyelesaian: menanam hasrat untuk tidak keluar rumah dengan muka bogel lagi. bogel disini adalah tidak memakai sebarang jenis chemical untuk menutup kekusaman wajah.

jadi disuatu petang yang bosan, inilah hasilnya

pakai warna lembut-lembut ajor. bukan hijau atau oren. tapi light pink.

ye lah. ye lah. lepas ni tukar nama kat profile. Farah.Vain

tak berani la nak mekap tebal-tebal. takut jadi macam opera cina.

plus, tak pandai.

fatin, ajar akak ko neh~

ok. sudah siap dengan pakaian

sumber baju adalah kedai farah



bersedia untuk jalan-jalan

kemana kita?

PASAR MALAM!!

hanya 500m dari paka residence. jadinya jalan kaki sajor sambil exercise

ngahaha. mak tahu. kejadahnya mekap ke pasar malam. mak tak kira. lepas ni kalau keluar rumah buang sampah pon mak tak nak keluar rumah muka bogel. berjanji ngan diri sendiri. sila rajin menjaga penampilan diri.

hasil tangkapan:

hati goreng seringgit 3 ketul besar-besar kenyang giler kene habiskan sebab suami tak suka hati. perasaan kenyang lepas makan hati ni rasa macam tak nak makan hati setahun. tapi sangat yakin dengan diri sendiri lepas ni kalau ke pasar malam kalau nampak hati yang best komfem beli lagi.

nasi kerabu yang boleh tahan untuk suami. tapi suami cakap masih tak boleh lawan caiyo bistro. caiyo bistro ni kat sungai merab ye kawan-kawan.


ini adalah kuih bom

kuih bom versi terengganu kut. (kalau salah sila betul kan ye orang-orang terengganu)
kalau kat kelantan kuih bom ni inti kacang hijau pastu luaran disalut dengan bijan.

tapi yang ni takde salutan bijan kat luar dan inti kat dalam adalah sambal ikan. sedap weh! menyesal beli 5 bijik jer. terengganu ni semua pon nak ikan kan. dulu aku kenal karipap isi ikan masa aku kat MRSM. feveret jugak tuh. ah. semua yang isi ikan la aku suka. pulut panggang. oh. mengidam nye.

dan jelly kelapa yang rasa macam gam. kalau rasa macam beriani gam boleh jugak tahan. padan lah murah. -_-"


breakfast pagi tadi. aku tak shake lagi. kerana sebab-sebab tertentu dengan syarat-syarat tertentu.hehe. kalau nak cakap alasan sampai bila pon tak abis. alasan paling senang tak tahan temptation walaupon idok lah tempting sangat pon makanan berkenaan.

diet hari ke-7

pagi: rujuk diatas
tengahari: shake
petang: rujuk diatas
malam: shake

petang ni balik rumah. owh. i loike~