Showing posts with label spaghetti marinara. Show all posts
Showing posts with label spaghetti marinara. Show all posts

Sunday, 7 March 2010

spaghetti marinara

spaghetti marinara

bahan-bahan yang kita perlukan:(untuk 2 orang makan)
2 ulas bawang putih.
1/2 labu bawang besar bersaiz sederhana
1 biji tomato
2 sudu besar tpmato paste
1/2 batang carrot (optional)
1 keping cheese (aku guna kraft)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh italian herb (oregano, basil, thyme, parsley)
1/2 sudu teh lada hitam
garam dan gula secukup rasa
6 ekor udang saiz kecik
1 ekor sotong saiz sederhana
(boleh guna apa-apa saja seafood)

contoh seafood pada hari ini

cara-caranya adalah:

1. tumis bawang putih dan bawang besar (dengan olive oil kalau boleh. kalau takde belasah saja)
2. bila wangi masukkan carrot dan diikuti semua bahan kecuali seafood. bila sudah try semua ok dan carrot sudah masak barulah masukkan seafood.
3. kacau sehingga masak. seimbangkan dengan garam dan gula.

jemput makan kawan-kawan~