Showing posts with label 10 bulan ke atas. Show all posts
Showing posts with label 10 bulan ke atas. Show all posts

Monday, 1 October 2012

cheesy pumpkin soup


cheesy pumpkin soup with garlic bread

soup:

Bawang putih
bawang holland
daging cincang
labu
cheddar cheese

rebus bawang, dan daging dengan sedikit air. tunggu sehingga daging masak, masukkan labu. apabila labu sudah lembut masukkan cheese. lenyek2 semua bahan sebelum dihidangkan. blend jika perlu kalau nak texture lagi lembut.

*boleh tumis dulu bawang sebelum masukkan daging dan air. boleh tambah herb-herb lain untuk tambah rasa. boleh abaikan cheese kalau taknak. im so malas nak tumis-tumis so i just campak jer semua =P

garlic bread.

tunbuk seulas bawang. campur dengan satu sudu teh unsalted butter. sapu pada roti, bakar atas pan.




nyamuk berleluasa balik. cara natural tak berkesan and mak malas nak sedut chemical nak pasang ubat nyamuk. tskkkk

sebab nyamuk banyak kut semalam maryam sedar banyak kali. bangun menyusu 2 kali jer. selebihnya bangun suh garu. "gaaa" katanya. tapi dia sedar senang ah nak tido balik. gosok-gosok kaki sikit dia tido balik. mak niiiii. dah la susah nak tido balik. puas bergolek-golek. baru lah tido.

dia sangat well behaved 2,3 hari ni. sangatttt. suka dan bangga mak. ade la nangis sikit-sikit tu. tak nangis tak budak lah kan namanya. still boleh handle. tapiiii...

dia tak nak sorang-sorang. main sorang-sorang jer nanti datang cakap takuttt. sakettt, soh gosok.

 yelah, sini kalau siang bunyi orang drill, ketuk2 tu dia takut. semalam petang guruh. memang di takut. tapi tengahari semalam  senyap jer tak de bunyi ape, mak dengah masak lunch dia, dia datang cakap takut. soh teman dia tengok tv, main dalam bilik.


ok maryam. teman pon teman. asalkan maryam happy. jangan nanges~

Thursday, 26 April 2012

flat bread pizza





saya adalah mengantuk sebab semalam anak dara amukan, nak tido tapi tahan mata. kul 2 baru tido dengan aman. ngan mak-mak nye sekali rasa nak amukan bila mata ngantuk tapi anak amukan. haishh.

menu breakfast semalam

flat bread pizza 

guna lebihan sos nasi lemak tapi asingkan awal-awal sebelum letak ikan bilis



Flat bread pizza

Bahan-bahan:
Sekeping roti wheat meal
2 sudu besar  homemade tomato sauce (resepi sambal nasi lemak tapi tak letak ikan bilis)
Seulas bawang merah (cincang)
Seulas bawang putih (cincang)
1 sudu besar isi ayam  (dikisar halus)
Capsicum (hiris halus)
Brokoli floret
Cheese yang disagat halus

Cara-caranya:
1)      Tumis bawang dengan sedikit minyak olive oil sehingga wangi. 

2)      Masukkan capsicum dan isi ayam. Masak sehingga masak

3)      Sapu homemade tomato sauce pada roti.

4)      Tabur isi ayam, bawang, capsicum yang sudah dimasak tadi dan brokoli floret.

6)      Akhir sekali tabur cheese. 

7)      Bakar didalam oven beberapa minit sehingga cheese cair. Sedia untuk dihidangkan






ni pizza ummi guna sambal sotong pedas berdesing dan cheese minumum.

pizza maryam lagi menarik uh? maryam xpelah makan cheese banyok..sobs sobs

Monday, 9 April 2012

nasi sup daging

 *ehem* tayang sikit =P

 nasi sup daging

bahan-bahan

3 oz daging cincang
1/2 ulas bawang merah (hiris)
1 ulas bawang putih(hiris)
sehiris halia
serba sedikit rempah 4 beradik
1 sudu teh serbuk rempah sup
2 kali whitebutton mushroom
labu
celery stick
tomato
daun sup
homemade bawang goreng

tumis bawang, halia dan rempah 4 beradik dengan sedikit pure olive oil. masukkan daging dan rempah sup. kacau sehingga masak. masukkan cendawan, celery stick, tomato, labu. masak sehingga masak.


didangkan dengan nasi lembik.

ni beras merah+beras biasa

tabur bawang goreng ngan daun sup

bawang goreng tu i goreng ngan sunflower seed guna minyak sikiiit sajor atas pan

jangan guna yang ready made pulak. ebtah ape2 dia taruk nak kasi tahan lama tu kan? lagipon rasa dia sedap semacam kan? ade apae2 tambahan xrasa?

saja nak tempaek gambar lama untuk tontonan maryam dimasa hadapan

peristiwa cubaan sumbat sampah dalam telinga tapi salah sasaran
huhu

Wednesday, 28 March 2012

breakfast: flat bread pizza


bahan-bahan:

seekor ikan bawal putih (perap denga halia yang ditumbuk)
 halia (hiris halus)
1 ulas bawang putih
sedikit bawang holland hiris
daun sup
tomato
bunga kubis
lobak merah
capsicum

letak semua bahan didalam pinggan, kukus dalam pengukus selama 10-15 minit. siap untuk dihidangkan. 
* kalau untk baby 1 tahun ke atas boleh tambah perahan limau sikit.
 dah sedia untuk dingap!

 makan ngan nasi beras putih+ beras merah

 ni masa tengah masak food walid semalam. ngamuk-ngamuk kat dapo tak tahu nak apa. bagi tomato sebijik dia makan pastu nangis luah-luah balik sambil sapu2 lidah. haha. tak sedap ke?=P

dinner walid. daging masak black pepper, telur dadar, sayur campur, sambal pedas berdesing T_T


Tuesday, 27 March 2012

hari mata biru

 lama maryam tak makan oat

cubaan bagi oat, campur buah dia suka. mangga. (7 bulan ke atas)

mana best tak de yogurt kan. hehe.oat_mangga+yogurt (8 bulan ke atas)

semalam maryam makan stew daging. dah banyak hari dah makan nasi. esok kene masak pasta ni. dia mentahimcm xberapa elok.

bahan-bahan

2 oz daging cincang
1/4 bawang holland cincang
1 ulas bawang putih hiris
sedikit girisan leek 
sehelai daun salam
pure olive oil
1 sudu teh tepung atta
carrot
tomato
peas
sedikit serbuk lada hitam (kalau baby xmakan lagi skip jer)

masak daging dengan olive oil, ketepikan. tumis bawang dan leek dengan minyak yang sama sehingga wangi, masukkan tepung, kacau seminit dua..lepas tu masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau. masukkan serbuk lada hitam, daum salam, sayur-sayuran..masak sehingga sayur-sayuran masak.

stew daging makan ngan nasi beras putih+beras merah+ beras perang. haha. pentamak ummi ni semua nak campo


hidung dah ok. kulit baby, kejap jer dah baik kan=)

menu mata biru walid. lamb chop dengan baked fries dengan steamed cauliflower, carrot dengan tomato ngan tinum jepong ngan black pepper sauce

Thursday, 1 March 2012

mighty lasagna

sebab sehari sebelum ni ummi tak sihat, dan maryam terpaksa makan ape yang ummi mampu buat jer (dengan kata lain oter-oter frozen stock jer) so ummi nak masak something special for maryam semalam. heheh. dah lama ummi beli instant lasagna ni..tapi asyik tangguh jer nak buat. so semalam rajinkan diri jugak buat.

mighty lasagna

bahan-bahan untuk mighty lasagna: homemade tomato sauce, white sauce, grilled salmon, brokoli floret, sekeping instant lasagna sheet, mozzarella cheese

homemade tomato sauce recipe:

1 cawan puree tomato (tomato buang biji, blend, masak atas api sampai masak)
2 oz carrot puree
1/2 batang celery (blend)
1/4 labu bawang holland (cincang halus)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
mixherb

tumis bawang dengan pure olive oil sehingga naik bau. masukkan celery, tomato, dan carrot. masak sehingga menggelegak. akhir sekali masukkan mixherb

white sauce: (sebenarnya sos super mac and cheese.)

sedikit bawang putih dan bawang holland cincang
1 sudu teh tepung atta
1 sudu teh unsalted butter
2 oz puree labu
cheddar chesse 2-3 sudu
air secukupnya

tumis bawang dengan unsalted butter sehingga wangi, masukkan tepung atta, kacau sehingga menjadi paste..lepas tu masukkan air perlahan-lahan sambil kacau supaya tidak beketul-ketul..air ikut kepekatan yang anda mahu. lepas tu, masukkan puree labu dan cheese..kacau sehingga cheese cair, tambah lagi air jika perlu.

grilled salmon:

salmon dibasuh dengan perahan limau nipis. bilas. perap salmon dengan halia dan serbuk lada hitam (boleh abaikan lada hitam kalau anak tak makan lagi) sikit..grilled atas pan dengan sedikit unsalted butter

instant lasagna sheet tu saya rendam air sejuk..dalam setengah jam..sampai agak lembut.

ok jom kita mulakan

ambik ramekin sapu dalam ramekin dengan unsalted butter, kemudian letak selapis lasagna lapisan bawah sekali. letak homemade tomato sauce, dan carikkan isi salmon atas tomato sauce tu.

lapisan kedua. atas tomato sauce letak lagi selapis lasagna sheet, pastu sos putih super mac and cheese, tabus brokoli floret.

lapisan 3, ulang lapisan pertama tadi, dan tabur mozzarella cheese parut diatas. siap. bakar pada suhu 180 degree C selama 20- 30 minit. ikut saiz acuan dan oven masing-masing. cek-cek la sokmo. hehe

dah siap. mighty lasagna with love from ummi special for maryam dengan ucapan,

 "thanks maryam, ummi sakit kepala awak sibuk tarik rambut ummi yer!"

mighty lasagna is ready to ngap~

kenapa dia mighty? sebab dia guna sos super mac and cheese ditambah pulak dengan sayur-sayur lain. mommy yang anak nya picky eater kene try recipe ni sebab tanpa anak sedari, dia dah makan tomato, carrot, labu, dan brokoli! 4 sayur yang super...sape yang tolak cheese kan? hehe

yummm~

 asyik bogel jer maryam ni kan..haha..mak janji 1 tahun 6 bulan dia akan dipakaikan baju sokmo..haha

dia sangat susah pakai baju u ols..kadang-kadang malas i nak berperang. haish

untuk dinner: pasta with bolognese sauce

tumis bawang hollad dengan garlic sikit..tambah daging cincang. tambah homemade tomato sauce. senangkan=)

hah! elok sangat la makan cangkung. duduk~

 dinner walid: spaghetti hailam

walid cakap,

"ape ni? sayur hailam ke?"

hahaha..makan kedai ade letak sayur mayur and lauk setimbun sampai xnampak spaghetti begini?=P kadang-kadang mak over masa siang sayur..semua nak letak..bila masak, hoih..penuh kuali!

belek-belek nampak lah spaghetti!

Saturday, 18 February 2012

bangun tido tengok ummi takde...ape saya buat?

 maryam sensitive sangat sekarang. adoi..tak tahu la kenapa..ni mema g penyakit setahun kut. manja nya berlebih-lebihan.


dia akan ok moodnya kalau saya golek-golek tak buat kerja lain selain mengadap dia. main lappy pon tak boleh yer. mengadap dia jer!

suka buat muka kesian. ummi memang kalah

baru lepas nangis bila bangun ummi takde

ummi kat dapo buat breakfast maryam la~

 huarghhh..sleepy lagi. haha

 cheesy bananacado bread.

cream cheese+banana+ avocado sapu pada roti ngap!

maryam sangat tak nak makan nasi sekarang. dah lama jugak i tak kasi dia nasi. so nak menarik selera dia i buatkan nasi yang ade rasa. nasi jagung. boleh tengok resepi kat sini.

pastu buat ngan lauk kegemaran dia. telur!

buatkan cheesy steamed omelete

bahan-bahan:

1 biji telur
cheese sesedap rasa
onion
garlic
daun sup
sayuran (i guna zucchini kuning dan hijau, peas, butternut squash sagat, tomato)

campur jer semua. pastu steam. hehe

 i steam dalam bekas tart saiz kecik (salah satu gajah putih dalam kabinet dapo.gigigi)

 untuk lunch. makan lah 7-8 suap(kalau zaman dahulu 7-8 suap adalah banyak, sikalang 7-8 suap tu dah kira sedikit). tak menarik perhatian dia sangat

dah la banyak jugak i tanak nasi..portion dia 3-4 kali makan..tapi xdak hal. ummi kan dbkl. haha

sebab dia tak nak makan nasi, dan ummi dah habiskan dah pon nasi tu. eh.

so petangnya ummi rebus pasta jer. dan gaul dengan telur dadar setam tadi. dah jadi dinner. laju ok dia makan.

kenapa kah anak tak nak nasi ni? (dalam hati ada taman padahalnya..hahaha). sebab nasi leceh nak masak kalau setakat secoet untuk maryam. kita berehat nasi lah seminggu dua. ummi like~ hehehe

dinner walid pulak, asalnya i nak masak bihun. dah rendam dah pon bihun tu. dia balik cakap nak burger jer. lagi pon roti burger dah nak expired. dia sorang je pon makan burger. i malaih nak makan dikala diet ni. burger kalau i xcukup sebiji. eh eh

husband tanya sebelum makan,

"dah ambik gambar yang?"

 hoh..burger buruk upa macam ni pon nak ambik gambar ke?

hahaha


burger double special

kiteorang panggil burger macam ni burger longkang. sebab burger macam ni biasa jual tepi longkang. hehe. kami penggemar burger longkang. tapi xbuat as main meal sebab bagi i burger TAK KENYANG LAH!  husband i lah yang ajar i makan burger longkang ni...kadang-kadang lapar tengah malam dia ajak i join dia makan burger longkang. tak pon balik dari tengok bola ke, main futsal ke, mesti dia call tanya,

"u nak burger longkang?"

pukul 2 pagi, kul 3 pagi pon tak habis-habis ngan burger longkang dia. dah dia tu makan lah camane pon kuruih...dah bini dia ni join sekali tu kenapa kan?

hehe..sebab dia ajak..mana moleh tolak kan. durhaka=P