Showing posts with label idea for snack. Show all posts
Showing posts with label idea for snack. Show all posts

Wednesday, 1 August 2012

minum petang

 baked potato chip dengan mango lassi.

mango lassi memang dah sedia maklum,

mangga sebiji
2-3 sudu besar yogurt
sedikit air/ fresh milk kalau dah 1y++

blend semua. done!

baked potato chip tu sebenarnya tak jadi pon sebab dia adalah tak sekata. ade part lembut, ade part lemau. tapi homemade tak perlu perfect kan? asal anak makan tu ok ler teww. heheheh

2nd time sebenarnya buat. first time buat buat ngan keledek. result dia agak mengecewakan sebab maryam tak makan. instead of rangup dia jadi keras. mungkin masa tu kurang minyak. yang i buat untuk walid dia, goreng jer deep fried dia makan la jugak sikit-sikit. so kali ni i gaul dengan banyak minyak. tapi i adalah pemalas kali ni potong tak sekata la pulak tu yang kerangupan tak sekata tu kut. step2nya

1) potong kentang
2)basuh dan tos-kan
3) lap dengan tisu dapor
4) gaul dengan minyak. masa ni nak tambah herb pon boleh. tapi i tak tambah ape-ape pon. memang dah sedap.
5) susun atas baking sheet selapis jer
6) bakar suhu 180 degree C 9next time nak try dengan suhu yang lagi tinggi)
7) balik sekali sekata
8) bila dah keperangan angkat lah


 sedap tak maryam?

sekali sekala kalau mood ummi merajin boleh lahhhh =P

 epal + manggo smoothies

blend  sebiji epal (buang kulit) dengan setengah biji mangga dengan yogurt dengan sedikit air / susu. 

setakat ni kalau buat smoothies/ lassi kat maryam i tambah air masak jer. mayam mak tak intro lagi fresh milk untuk minum. yer lah. kata minum susu ummi jer. tapi untuk masak tu dah letak dah sikit-sikit.




 sedap menjilat bibir =P

gulp gulp gulp


muka happy!

Wednesday, 4 July 2012

maryam snek

entry banyak gambar sahaja. terasa sedikit tak sihat harini. kapla ada sikit-sikit pening.


breakfast: oat+ yogurt +buah-buahan

tak tahu kenapa selalu lupa nak beli betik. lama jugak xmakan betik sebenarnya. hari tu jumpa betik saiz comel kat mydin. boleh la untuk sekali makan terus habis, biasa jumpa saiz gabak-gabak, nak habiskan kan pon susah.

try bagi maryam. entah berapa bulan dah dia tak makan betik. rasanya kali terakhir dia makan masa tu dia still makan food lenyek-lenyek

jilat-jilat jer. 

ingatkan xpandai gigit ke ape. padahal buah lain ok jer dia makan kalau potong panjang-panjang camni

so potong kecik-kecik

 try sesuap

luahkan balik. pastu buat main jer.

maybe sebab lapar, try lagi makan lagi sekali. buat muka sambil marah-marah

sapu-sapu lidah. kah kah kah

 ummi, tak nak la betik

kene selalu beli betik ni biar dia suka. salah ummi. sebab lipa nak beli. kikiki




akhirnya mengadap buah kegemaran dia dengan senang hati =)

Monday, 2 July 2012

fish finger

 snack maryam semalam. fish finger

sama jer ngan buat fish fillet hari tu, cuma ni potong panjang-panjang.

potong isi ikan dori panjang-panjang, keringkan guna tisu, golek dalam tepung, celup telor, golek dalam breadcrumb. i buat banyak. boleh lah untuk 2-3 kali goreng, simpan dalam peti. nak makan tinggal goreng jer.

breakfast pagi ni

oat+perahan oren+ anggur+ yogurt

makan sambil tengok kartun

dah kul 930. ummi minum fresh orange juice tadi. breakfast still tak dapat ilham. nak makan ape niiii. semua bosan. hurmmm

nak nasi kerabu daging bakar boleh?

Monday, 25 June 2012

keropok ikan dori

i adalah sangat sihat hari ni. weeheeeheee

well, kalau cukup tido dan cukup kasih sayang insyaAllah sihat =P

pagi tadi i breakfast keropok lekor yang adik beli kat kuala kemamang hari tu, maryam i buatkan oat+ buah

dia kutip makan buah jer, pastu dia buat buat muka " blerghhh.. ape ni ummi. breakfast benda yang sama dua hari berturut-turut. tak nakkkk" *sambil tengok tv. dipendek kan cerita, lepas habis buah dia tak nak dah. hurmm

tapi dok sibuk nak keropok lekor mak. manaboleyhhhh!!!

so i pon defrost lah itu kepingan ikan dori. nak buat keropok express. masuk kepingan ikan dori, seketul ais, tepung ubi dalam food processor sampai dia membentuh doh. pastu gentel2. masa gentel tu xnak melekat guna tepung jugak. rebus sampai masak adunan terapung. pastu goreng. memang express. terima kasih kepada food processor.


sebab nak express, bentuk pon macam-macam.

 my first keropok



guna ikan isi hitam lagi cantik la kut result dia. huhu. tapi malas la pulok nak perisi ikan. ikan dori senang sebab dah xde tulang. lalala~

emang dasar pemalas.

Tuesday, 5 June 2012

step by step: homemade cheesy chicken nugget

assalamualaikum dan hai! (eh..macam tiru zaa jer gaya nya)=P

terasa sedikit lapang hari ni. padahal kain setimbun dalam raga, dalam mesin ade kain tak jemuq. packing tak lagi esok nak pegi celebrate birthday si jantung manis. tak pe amik masa kejap.

cheesy chicken nugget

resepi Cheesy chicken nugget

1 cawan isi ayam*
Carrot diparut*
1-2 sudu cheddar cheese*
Sedikit serbuk lada sulah*
2 sudu besar tepung jagung*
Tepung atta
Sebiji telur (dipukul)
Homemade bread crumb (roti whole meal, dibakar pada suhu 200 degree C selama 30 minit, dikisar halus)

Cara-cara: 

 Campur semua bahan bertanda (*). Gaul sebati.


Kepal adunan bentukkan mengikut bentuk yang diingini, salut adunan dengan tepung atta.
Kemudia celupkan kedalam telur.

Akhir sekali, salut dengan breadcrumb.

Goreng dengan menggunakan minyak yang sedikit (shallow fried)
Adunan yang belum masak boleh di simpan didalam peti sejuk beku untuk kegunaan 3-4 hari. Lapis dengan plastic wrapper supaya tidak melekat.
*kalau baby kurang dari setahun seeloknya bakar jer dalam oven..180 degreeC  15-20 minit ataupon sehingga keperangan

boleh makan dengan nasi

 makan as a snek pon sodap

selamat mencuba!




Tuesday, 1 May 2012

cheesy salmon nugget

 ini adalahresepi agak-agak. tak pandai agak? kene agak juga. haha

bahan-bahan

*kentang
*labu
*peas
*salmon steam
*bawang besar
*daun sup
tepung jagung
cheese

semua bahan bertanda (*) masuk dalam food processor. xde food processor? g beli!

hew hew hew. 

ok berlagak lah pulok kan. tipu jer. dulu saya blend jer semua. blend kering jadi jer. kalau nak lagi bagus lenyek jer semua. tu terbaik. lepas semua dah hancur campur tepung sikit, cheese sikit. agak-agak jer. sampai bleh bentuk, tapi still lembik la..kalau keras banyak tepung makan xsedap. nanti lembik-lembik tu, golek atas breadcrumb keras la sikit. 

pastu goreng. nak bakar pon boleh

resepi ni xcelup telur la. sebab dia dah lembik, breadcrumb tu melekat

 makan ngan avocado dip. (avocado+yogurt)


selamat mencuba!

Sunday, 29 April 2012

jom buat baked sweet potato fries

 boleh dijadikan snek. boleh juga dijadikan breakfast. tapi kalau buat breakfast makan ngan benda lain jugak la. dok rok cettong makan fries saje. buakan baby ni. hehe

anda hanya perlukan seketul keledek, pure olive oil, secubit serbuk kari. kalau nak plain boleh sajor. tak dak hal jangan letak srbuk kari.

potong jejari. jaul dengan olive oil dan serbuk kari. bakar 30-40 minit pada suhu 180 degree C. atas oven la..ni menghasilkan fries sedikit rangup. kalau baby comel-comel lagi makan food lembut lagi, mungkin boleh kurangkan masa


dah siap~

anak suka, ibu setuju~ hehe

Monday, 20 February 2012

you are my sunshine

adoi..bestnya tido petang. rasa macam malas nak bangun jerrr

ngantuk lagi la...tapi kartun cerita best..sayang nya nak sambung tido balik

eh? ummi ade la..hai ummi
 
aghhh..exercise bangun tido
 
 maryam penat la ummi...

 sambung tido bawah la (mata masih tengok tv)

 tengok tv lagi sambil golek-golek

"maryam, tengok sini"

 ape ummi??

 eh?? maryam nampak something la

ouh..masa snek rupanya. padan lah..hehe. kiwi untuk snek. selamat menjamu selera~

buat masa sekarang, maryam sorang jer yang buat ummi rasa diperlukan. maryam sorang jer yang mampu buat ummi rasa penting. maryam sorang jer yang mampu buat ummi terusss senyum...

i love u maryam!