Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Sunday, 18 March 2012

thanks walid!

walid maryam dalam usaha nak berhenti merokok sekarang ni. i harap kali ni cubaan berjaya lah. dah banyak kali cubaan dah. since tak kawen. dah kawen, xpregnant lagi. dah pregnant tak beranak lagi, dah beranak..masih jugak begitu.

dulu-dulu i ade jugak bagi semangat. lama-lama rasa macam, "hisak la bie nok hisak gak. jange nipu i kato tok isak tapi belake i isap kepong2 sudoooh"

so kes mati disitu.

sakit kene tipu lagi sakit dari cancer paru-paru ye dok?=P

tapi tu lah. sejak ade maryam ni, i jentik-jentik la sikit,

"kesian kita maryam kan. cepat la kita mati. walid sedap-sedap isap rokok. kita yang kene tanggung"

jentik-jentik manja jer. dia buat donno jer. paling tak pon sengih. naseb tak jawab,

"takpelah ummi mati walid kawen lain maryam boleh dapat ummi baru"

seminggu ni jer tiba-tiba dapat hidayah. nak berhenti merokok katanya.=)

i bangga dengan you bie. plis plis plis. kuatkan semangat. nak berubah memang susah. hati kene kuat dan kental. tahan lah godaan ajakan-ajakan orang pegi hisap rokok tu. kalau stress tak perlu la hisap rokok, pegi ambik air sembahyang, semayang. =P

hehe..bahagian suruh orang kuat kan semangat kan. yang dia tu dah berapa minggu tak pergi gym sebab tak kuat semangat ok pulak.=P

i tak ape. i gemok tak membahayakan kesihatan sesiapa. you kene kuat untuk kesejahteraaan kesihatan kami-kami. okeh?

social smoker pon jangan ok~ =P

i beli buku popular tadi. sempat la belek-belek tadi sebelum tertido sambil baca buku kat atas sofa. ni sedikit info dari buku tadi

tips untuk second hand smoker

makan lah banyak strawberry. sebab strawberi membantu metabolism (macam berita baik untuk diet ummi je kan?) bllod circulation dan membuang toksin nicotine untuk mengurangkan bahaya dadah. strawberry mempunyai ellagic acid yang membantu badan kita melawan carcinogen damage.



makan maryam makan

naseb baek la maryam suka makan. tapi strawberi setahun ke atas jer. bawah setahun makan banyak-banyak food anti oxidant pon juga bagus kut.

tapi kalau xjadi 2nd hand smoker sambil makan stroberi lagi bagus kannnnn~

beruntung kamu maryam. ummi kenal walid 8 tahun, takde nye walid betul-betul serius nak berhenti rokok. janji manis mu jer sokmo. kenal maryambaru setahun 3 bulan, terus nekad nak berhenti. eh? nekad ke? jeng jenge jeng

walaubagaimanapon maryam, sila ucapkan terima kasih kepada walid sebab nak hidup dengan lebih sihat.

dan ummi, tak reti-reti nak jalani hidup dengan lebih sihat? pergi la gym wehh..-____-"

buat kerja rumah exercise jugak kan? *lari-lari setempat*

Monday, 26 April 2010

petua gemuk?

mood hari ni adalah tidak berapa happy. bangun hari ni lepas suami keluar kerja online sekejap tapi tak de nafsu nak mengadap screen latop so i baring sebab mengantuk. mengatuk selepas tidur seawal pukul 11? bangun kul 610 pagi tidur tanpa gangguan. giler kan?

bangun kul 1030 buat entry seketul. mengharap something yang happy akan berlaku. but i'm still not happy.

sebab ape tak happy?

sebab takde sebab. maghfarah memang begitu. kadang-kadang suami bagi pandangan sinis sebab dia lupa letak pengorek telinga lepas guna ke tempat asal dia boleh menangis macam dah buat salah besar giler. sebenarnya dia bukan menangis sebab pandangan sinis tu. tapi sebab lain dalam otak die yang sedang menari-nari hebat.

tapi suami tak tahu. so dia ingat aku wanita cengeng yang marah macam tu pon nak nangis. aku pon tak cakap sebab ape. sebab something yang menari-nari tu pon adalah something yang bukan patut menangis pon. so saja-saja rasa nak menangis.

yes. itu cabaran seorang lelaki selepas kawin yer. kepada lelaki luar sana sila pikir dua kali nak kawin. eh. macam lah semua perempuan macam aku.

so hari ni saya rasa tensyen tanpa sebab dan saya memerlukan sebab untuk menangis. kalau tak mood saya takkan baik. cepat buat saya menangis sekarang.

meh buat something yang mungkin akan mendatangkan mood. buat benda yang kita suka. bercakap pasal food.

kembali kepada tajuk, petua nak gemukkan badan. eh. tak cukup gemuk ke nak gemukkan lagi badan. huhu. ni gemuk lain ok. gemuk yang orang suka.

aku amik petua ni dari sini. thanks babe~

aku tak tahu lah betul cara aku buat ni. tapi sebenarnya minuman ni tak jadi macam petua sangat. sebab nya air ni sedap. so aku buat banyak-banyak simpan dalam peti. minum ketika perlu. sepatutnya minum pagi-pagi sebelum breakfast. aku bantai g minum pagi petang siang malam. minum depan tv pon layan. sebab dia ade timun kasar-kasar tu untuk di kunyah. so, perasaan nya ala-ala makan dessert jer. ngehehe. makin lama air ni simpan dalam peti makin sedap.hohoho

cara-caranya:
kikis timun dengan sudu sampai ke kulit keras

campur dengan gula batu

*aku tumbuk gula batu sebab terpikir camane gula yang gabak tu nak larut dalam air sejuk kan?*

ni masa first time buat

try lah. kesedapan nya adalah di jamin. lagi lama lagi sedap. hehe.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

Tuesday, 20 April 2010

suami, izin kan saya...

mengahabiskan makanan mu~

*dah selamat masuk perut baru mintak kebenaran*


ni yogurt dia. yogurt aku dah selamat di dalam perut. yogurt ini pon juga selamat di perutku.

hehe. selalu macam tu. makanan aku,aku lah yang makan. makanan dia pon aku jugak yang makan. kat rumah ni kalau beli kene berpasangan. kalau beli 3 untuk aku. makanya 3 lagi untuk dia. tapi biasanya ape yang berlaku dia akan sempat makan satu jer. 5 lagi masuk perut i. tu pon kalau 1 tu dia makan sebaik sahaja beli. kalau simpan lama-lama dalam peti alamat nya 6 tu semua masuk perut ku.

tahu mengapa? sebab nye yang duduk rumah 24 jam adalah aku. aku lah dok menengok food tu. dia balik malam jer. petang kalau balik awal sebelum makan sempat lah makan benda lain sikit. tapi kalau dah lambat terus aku hidang nasi sepinggan kenyang sampai malam.

sebab tu lah aku selalu marah dia beli kerepek. jajan. coklat. dan sewaktu dengan nya. sebab nya nanti benda-benda tu berakhir dalam perut ku jugak. mana ku tahan hari-hari dok tengok berbulan-bulan kan. bila dah tak tahan, zass akan ku makan lah kerepek ubi yang pedas berminyak-minyak tu sampai habis.

"i beli bukan suruh u makan. kalau tak nak simpan lah. kalau rasa nak makan i makan."

hallo. bila u nak makan tu? tunggu expired?

haa. tak sempat expired. wife u dah selamat telan.

aku tengok orang yang kurus-kurus ni kebanyakan memang kurang lah makan. tapi sekali makan hamik kau. penuh sepinggan. sebab tu dia nampak makan banyak tapi kurus. sebenarnya tu jer meal yang dia amik. lepas tu dia tunggu masa makan lain pulak. dah tak de makanan sampingan dah.

aku pernah jugak try buat macam tu. tapi aku ni jenis yang cepat lapar. makan lah kenyang sepinggan nasi penuh pon, lepas makan sure nak makan lagi. jadi baik aku amik kuantiti yang kecik. tapi acap kali.

aku bukan gifted macam hanis zalikha. jadi aku kene berusaha keras sikit. kadang-kadang rasa menyampah wujud juga di dalam diri. baik tak payah bagi tips kurus macam tu. hehe. tapi ade jugak yang berguna. macam makan buah sebelum makan. tu memang sunnah nabi kan. tapi nya jangan lah makan PISANG!!!

KALORI dah berapa kan. kalau aku makan pisang jawab nya tak bernasi lah aku. cari lah buah-buah bercalori rendah sikit. tapi macam dia aku ajar badan aku makan macam-macam. aku diet pon tetap makan coklat. ais cream aku tak suka jadi jarang makan. kek-kek juga kurang suka. tapi masih makan. tapi aku suka benda lembik-lembik manis-manis macam puding. tapi kuantiti yang sedikit. sebab dalam islam pon kita dituntut untuk bersederhana kan. so aku makan jer semua. tapi sikit je lah. untuk kepuasan diri.

pastu sebab aku masak sendiri aku aku boleh pilih minyak yang aku guna. kalau western aku suka guna olive oil. kalau masakan melayu guna olive oil rasa pelik. adakah ini mind set sahaja? so aku tumis pakai canola oil. kalau menumis pulak cukup-cukup jer bagi bawang tu naik bau. tak delah melebih-lebih. tapi aku tak delah guna tips the biggest loser. spray saja minyak. yang penting bagi aku sederhana.

butter pulak memang aku haramkan wujud dalam peti aku. bialah orang cakap butter tuh bagi lemak-lemak sedap makanan pon. margarine pon lemak jugak. hehe. so, semua benda berkaitan butter aku ganti margerine. sebab bagi aku dia lagi ok. lemak sayur. butter lemak haiwan. hehe. dan aku kurangkan penggunaan santan dalam makanan. bukan tak makan terus. kalau teringin tu masak la jugak tapi jarang lah.

semua sederhana. sebab tu lah badan i pon sederhana jer. idok ler gemuk bebeno. idok lah kurus bebeno. gihihihi.

lepas tu breakfast wajib lah aku amik. sebab nya deria pertama yang berfungsi bila aku bangun tido adalah lapar. jadi lepas semayang subuh or lepas hai-hai bye-bye suami. terus shake. kalau tak perut berdondang sayang. untuk suami pon aku akan pasti kan dia shake. tapi kalau lambat bangun minum milo pon jadi lah. buat dia alas perut. shake tak memerlukan masa yang lama sebenarnya. nak minum shake tu yang lama sikit. milo senang la sikit.

ya allah..panjang pulak aku merapu. nak mintak kebenaran makan yogurt je pon~

tapi i tahu jawapan standard u,

' i dengan bini dok kiro mano"

kan??

guna yogurt buat breafast sebab macam nak makan benda pekat masam manis berbuah.=p

sonang jer, shake macam biasa. pastu tuang yogurt. tak blend yogurt ni, sebab tak nak bagi beri-beri ni hancur. sedap di kunyah. guna perasa vanilla.

*adeh. tak sedar serbuk lada ade di situ*

walaupon suka rasa-rasa spicy, dalam minuman manis masam bercream dan beryogurt idok lah rase nak tambah serbuk lada. sila jangan salah faham dengan gambar. itu hanya kesalahan seorang suri rumah yang lepas masak tak reti nak simpan balik di tempat asal.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah


Saturday, 17 April 2010

mari membiasakan diri menjadi suri rumah

memandangkan along dah nak kahwin tak lama lagi, jadi haruslah meluangkan masa semaksimum mungkin dengan dia selagi dia masih berdara. ngahaha. dah jadi bini orang nanti susah la sikit kut. nanti asyik nak ke johor jer.=p

ni dinner semalam.

konon-konon merancang nak masak ikan kukus semalam. tapi cancel sebabnya sampai rumah pukul 6 lebih. dah la sembahyang asar pon belum. jadi masak yang simple-simple sajor.

lagipon i tahu hari jumaat masa lunch sure u membaham nasi beriani kan. jadi malam makan bihun je lah=p

*sesi membuang rasa bersalah*

kiteorang keluar rumah dar pukul 12.30 tengahari. tak sedar pulak masa berlalu dengan begitu pantas. ceh.skema ayat.

okeh. kembali kepada cerita. mari mengajar seorang anak dara menjadi tidak dara. eh.

mula-mula amik troli

*amaran: sila jangan buat muka bosan macam ni, beli groceries adalah benda paling best sebab kaum suami terpaksa redha walupon habis beratus-ratus*

lepas tu ikut saja tips dibawah:

1. beli benda yang dalam list sahaja untuk elak over budget

2. cari benda yang murah. murah. murah. promosi. promosi. promosi.
-sebabnya beza sen-sen yang tak seberapa tu akan memberi beza yang banyak bila kira-kira semua dalam bil nanti.

tapi,

bukan semua benda murah kene beli. yang penting beli yang kita suka dan biasa guna. tapi beli masa ade promotion. dah banyak kali beli sebab murah punya pasal akhirnya tak guna. membazir jugak

3. nak yang fresh. fresh. fresh.

4. barang berpacket. baca lah lebel ikut yang kamu mahu. nak low fat ke, low salt ke. low sugar ke. yang pasti halal.

5.untuk benda tahan lama.beli banyak takpe. sebab kalau beli banyak biasa murah.

6. beli refill kalau ade benda boleh refill. sun light pon ade refill sekarang.

itu sahaja yang perlu di ingat semasa beli groceries. wahahaha. kedekut.

sangat surirumah

*mengeluh*

ayamak. blurr sudah.

ini bukan muka suri rumah. ni muka kanak-kanak ikut ibunya shopping. isk.sesi pelajaran kurang berjaya nampak nya.

ape yang berlaku semalam:

1.along saya sangat tak suka dok tempat barang basah. gahaha. busuk katanya. ape mahu buat. terpaksalah. mana ade orang jual ikan kat rak-rak jual coklat.

2. disebabkan suami saya tak ikut. buat kali pertama aku terpaksa pegang ikan dengan tangan sendiri. T_T biasa tunjuk-tunjuk jer suami amik. sebab aku tak suka mengotorkan tangan pegang ikan walaupon lepas tu boleh basuh.

3. along jadi pengganti suami tolak troli. dah la tu kurus. makin kurus la nanti. mak cik yang berbadan 'sasa' ni tetap pemalas.

lagi senang hati shopping barang dapor dengan along dari dengan suami. sebab boleh pilih main-main sampai terbabas masa. ngehehe

long, lain kali buat lagi. tapi bukan barang dapor lah. kita buat benda yang remaja sikit macam biasa.=p

owh. kami keluar bukan beli groceries jer. masih juga ade aktiviti normal ronggeng kami. saya masih maghfarah adik madihah yang normal =p

kata-kata jari,

Friday, 26 March 2010

a day of detoxing



aku beli buku ni masa pregnant tahun lepas. 2 minggu lepas beli aku miscarriaged. haha..baru sempat baca dua tiga helai masa tu.

so lepas miscarriaged aku decide untuk simpan buku ni dalam kotak sampai lah aku pregnant balik. aku sampai dah lupa aku pernah beli buku ni sampai lah masa kiteorang pindah hari tu aku jumpa balik.

dan memandangkan masa tu aku dah kehabisan bahan bacaan aku pon start lah baca. apa salahnya tambah pengetahuan kan. lagi pon buku ni bukan pasal pregnancy jer, banyak jugak pasal natural fertility dan aku dah try sikit-sikit. pasal pemakanan, dan preparation nak pregnant. banyak lah!

program a day of detox ni pon aku amik dari buku ni.

program ni sangat flexible. kita boleh ubah ikut kesesuain dan keselesaan kita. yang penting:
-minum at least 2 liter
-amik makanan kuantiti kecik setiap 2-3 jam. amik makanan high fibre, buah, sayur mentah/stim, whole grain cereal.
-ingat ni masa untuk relax, bukan tengok tv, blogging ataupon main facebook. so kurangkan terlibat ngan benda ni.


1. sebaik sahaja kita bangun, kita minum segelas air suam yang diperah sehiris lemon. (lemon memang membantu proses detox)
-makan 1 hiris buat atau wholemeal bread jangan letak butter atau spread. (untuk membantu sistem penghadaman start bekerja)
*husband minum tea-mix dan shake



2. buat stretching, brisk exercise selama 30 minit. (exercise macam jogging or brisk-walk yang buat kita rasa sedikit breathless tapi masih lagi boleh bercakap)
*kiteorang swim
-brisk exercise bagus untuk circulation system membawa oxygen dan nutrien ke semua bahagian badan kita
-lepas tu minum banyak air kosong dan segelas juice ataupon buah atau sayur.

3. lepas tu, dry-brush seluruh badan untuk buang sel-sel mati at least 5 minit. mandi ngan air suam dan scrub seluruh badan.
*urut-urut sikit sambil scrub


4. lepas mandi deep-cleanse muka. letak air panas dalam bowl. buat ala-ala stim muka dengan tutup kepala kita dengan towel untuk beberapa minit. keringkan. then basuh muka dengan air sejuk untuk tutup balik liang roma yang terbuka.
-boleh tambah minyak chamomile, lavender, lemongrass dalam air panas
*skip. scrub muka jer

5. buat full body massage. untuk boost circulation dan mempercepatkan lagi proses pembuangan toxin. tumpukan pada bahagian kaki di mana tempat toxin banyak berkumpul.

6. berehat at least 30 minit ke satu jam lepas di urut. lepas tu buat stretching untuk membantu blood circulation.

7. amik small lunch makan buah dan cereal. duduk dengan tegak selama 15 minit selepas makan untuk membantu penghadaman. lepas tu keluar berjalan-jalan sekejap.


8. lepas tu biarkan badan berehat selama dua jam. breath deeply untuk membantu banyak oxygen ke otot dan organ. lepas tu bersedia untuk satu lagi sesi exercise.
*keluar semayang jumaat kira exercise la tuh. haha

9. buat salt rub. untuk bersihkan pores. boleh guna ape saja jenis garam tambah dengan sikit olive oil. gosok secara membulat (ala..macam kita masuh muka), menjauhi jantung. ini juga membantu circulation dan proses detox.

10. mandi dengan lama. guna aromatherapy oil jika ade. lepas tu sapu lotion ke seluruh badan sambil urut.

11. malam berehat dan tidur awal.

*petang kami makan nasi.haha

my husband sangat happy hari ni dan dia nampak sangat relax. no more stressed-face yang dia selalu tayang. senyum jer for the whole day.

proses nak buat senang jer. boleh buat aktiviti suami isteri di kala wiken.

boleh dijadikan sebagai hadiah anniversary ni. monthly annniversary. ataupun sebagai hukuman. sapa buat salah kena jadi orang yang men-detox.sebab nya husband memang relax habis hari ni. and i macam penat habis. ye lah. i kene exercise sama dengan dia plus kene buat 3 session mengurut.

but it's worth it. hahaha. i dapat banyak duit upah!

hahaha..tayah pergi spa nak buat buat sauna, scrub badan urut-urut segala. tapi kalau kat spa beberapa jam jer kan. tak puas. i ni sepanjang hari ok. dan layanan of course terbaik dari ladang. bila pikir-pikir balik murah la pulak upah i charge. hahaha.

eh ko ni maghfarah. tak. tak. i buat dengan ikhlas. tetapi sebagai cutomer yang puas hati dia bagi tip. hahaha

happy customer =)

muka sepet aku dikala bangun dari terbongkang kepenatan

Wednesday, 24 March 2010

kiwi

sape suka kiwi?

jom jadi gang saya.

sapa suka makan buah kiwi tapi kedekut nak beli sebab mahal?

jom jadi gang saya jugak.

hehe.

aku suka kiwi. antara buah-buah yang kalau dimakan tidak cukup sebiji sekali makan. lepas makan sebiji makan sebiji lagi. pastu sebiji lagi. pastu sebiji lagi. tak sedar dah habis 4 biji rupanya. biasanya kalau saya beli, paling murah saya jumpa 4 biji harga 4 ringgit lebih. maknanya seringgit lebih lah sebiji. tu pon kadang-kadang jer jumpa. biasa 6 biji 8 ringgit lebih.
( aku memang suka kira harga ikut biji, selalu bawak calculator masa beli barang dapo, kalau harga lebih dari biasa sila jangan beli. beli lain kali. mesti ade time die murah. kedekut tak saya?)

*calculator tu aku tipu*

ke aku yang asyik jumpa yang mahal, korang selalu jumpa yang murah?

semalam kat giant mesra mall saya nak beli buah plum. buah kegemaran juga. tapi dia murah dari kiwi. boleh la dibeli selalu. hehe

tapi belek-belek jugak buah kiwi. sungguh mengujakan.

' bie, murah giler RM 7.56 sekilo'

'tipu lah. harga buah lain tuh.'

'betul.' *sambil tunjuk tanda harga*

kiwi murah

aku rasa mesti kiwi ni masam. sebab murah kan. aku belasah jer manis ke masam. tapi kalau manis mesti la lagi suka. suami kalau masam dia reject terus. nak yang manis-manis sahaja.

buah first

*sori nyah, mak tak dak pisau, kene la kopek macam makan pisang, pastu cedok guna sudu*

manis okeh. jangan pandang rendah kepada buah yang murah. yang ni bagi husband makan.

buah second

masam. hahaha. tapi takde lah masam sangat. beli buah mahal pon selalu kadang-kadang masam. yang ni mak kene makan. T_T

yang ke, 3,4,5 tayah la ambik gambar. takde kiwi kaler pink. semua sama. kesimpulannya 5 biji aku makan. 3 manis 2 masam.

mari berblog pasal benda yang ilmiah sikit. pasal khasiat buah kiwi ni. berita baik untuk penggemar kiwi yang di anggap 'super fruit'

  • Setiap hari dua hidangan buah kiwi, jadikan ia aturan baru dalam diet harian anda untuk kesihatan menyeluruh.
  • Menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren (108.9 miligram vitamin C dalam setiap 100 gram buah kiwi), dua kali ganda vitamin E berbanding avokado dan hanya separuh kalori berbanding yang lain.
  • Ia sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit diabetis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah dan mengandungi kandungan fiber yang sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.

Saturday, 6 March 2010

puas hati sudah!

sebab hari tu aku buat puding caramel tak jadi. aku telah mengkaji bersungguh-sungguh macammana nak buat gula hangus tuh. rupe-rupenye aku salah buat gula hangus.

boleh improve lagi

alamak kain lap meja nak glamor jugak!

jemput makan kawan-kawan

resepi di dapor ai~


mari aku share cara nak buat gula hangus. bagi yang sudah pandai sila tutup mata sekejap. mak nak berlagak sekejap sebab mak baru pandai. gahaha

tip nak mendapat kan gula hangus/ caramel untuk puding.

*nak masak be
nde lain tak tahu yer, ni untuk resepi ni jer*

1. paling penting: guna senduk kayu. jangan guna besi. dan masak dalam loyang anda nak kukus puding. wajib!
2. api kene perlahan-lahan jer biar semua gula cair pastu perlahan-lahan bertukar kaler.
3. bila kuning sikit-sikit tuh tutup api dan ratakan ke seluruh permukaan loyang.
4. caramel anda akan keras macam batu. tapi bagus lah. baru lah tak bercampur ngan puding nanti. bila kukus cair lah.

kan hari tu aku cakap aku takde loyang kan, cube teka aku guna ape untuk masak pudding ni?


periuk!!

*tengok betul-betul dalam steamer itu ade periuk*

periuk tu kan dalam, pudding pulak dalam 2 inci je kut.2 inci pon tak sampai. so bila nak terbalikkan dia nak letak dalam pinggan aku takut pecah pulak pudding tuh. aku mintak bantuan suami aku.

bila dia terbalikkkan bunyi

'belepappp'

ingat dah hancur dah. nasib baik ok.

esok nak g beli loyang. kalau nak kukus pepe senang. =)

stock keropok lekor dah habes =(

dinner kami: soya+ f1 strawberi+ f1 choc+ milo sikit = yummehhh~!

meja tuh menjadi saksi aktiviti makan dan bermalas-malasan kami. maen tenet pon kat situ makan pon kat situ. tido tak. naseb baek tak romen je atas meja tuh.

sekian,

perempuan happy giler biler pudding menjadi.

Wednesday, 3 March 2010

Wanita muda mangsa jangkitan terbaru H1N1

sorry lah. bukan nak cerita pasal tuh. mesti korang semua baca paper kan. so tak perlu lah bercerita panjang. bagi yang terlepas pandang sila click sini

so nak cerita pasal ape? blog aku mesti lah cerita pasal aku. ngahak hak

sape kat sini suka makan ubat batuk? sapa yang suka tuh bagus lah. aku kagum.

sebab aku tak suka. bukan ubat batuk jer. sebarang jenis ubat dalam bentuk cecair adalah tidak di sukai. kalau sakit yang kronik macam kalau tak makan ubat cecair itu akan mati baru lah aku dengan terpaksanya telan. kalau setakat batuk-batuk manja kadang-kadang jer keluar ni abaikan je lah. kita guna cara alternative orang lama-lama guna untuk hilangkan batuk. antara yang dah aku cuba

1) minum tea-mix suam-suam- kalau batuk datang menyerang minum ni, akan hilang lah batuk beberapa jam.

2) limau suam kosong- aku memang suka minum ni kalau tak batuk pon. so mungkin dah immune. macam takde kesan jer. tapi sedap. so aku minum jelah kalau rasa nak minum.

3) air asam jawa. macam untuk orang sakit tekak kan? aku tak sakit tekak. tapi aku buat jer. mana tahu hilang. lagipon sedap =p

4)perah asam limau nipis dalam sudu pastu tambah sedikit kicap. ni petua orang tua-tua. sedap woo~ rasa macam makan 'colek' buah. aku makan 4-5 kali sehari. sebab sedap.boleh la menahan batuk.

5) madu. kalau kat rumah sure mak aku suruh aku telan madu jer sampai lebam. biasanya berkesan. tapi kat umah aku ni madu macam tak berkesan jer. tak pure kut. ade kene mengene ke?

semalam aku dipaksa untuk ke klinik. (suami aku sangat kecoh pasal batuk ni sebab batuk ni mengada-ngada, akan keluar dengan sangat dasyat bila suami ade jer. siang-siang takde lah teruk sangat batuk)heh. paksa aku pergi tapi suruh aku pergi sendiri memang tak jalan lah paksaan itu. kalau ke klinik sebab batuk aku rasa membazir jer. sebab dah tahu dah doctor bagi ubat batuk. dan dah tahu dah aku tak makan nye ubat batuk tu. sebab aku tak pergi klinik pada siang nya, maka berlaku lah perbualan pada malam nya;

lelaki: baca tak paper harini?

perempuan: belum

lelaki: ade h1n1 kat kelate. HUSM. (sambil tunjuk kat laptop sebagai bukti)

perempuan: (baca)

perempuan: (berfikir)

perempuan: (dah mula rasa takut)

perempuan: errr..klinik tutup kul bapa malam?

lelaki: hahaha..u pergi la esok. bukan kene bayar pon. sambil-sambil beli lauk.

perempuan: hurm..tengok ah kalau rajen

lelaki: move your lazy ass! ( rekaan perempuan)

haish.. malas nye aku nak g klinik. aku takde pon symptom. tapi takut la juak.

Tuesday, 9 February 2010

rahsia awet muda Dato Sarimah


dia memang layak bercakap pasal petua awet muda kan?

*dia bebas botox*

aku tengok wanita hari ini kat tv3 dua,tiga hari lepas. sarimah dijemput sebagai tetamu hari tu. aku jarang tengok WHI ni, tapi sebab hari tu ade sarimah, nak kene tunggu jugak sebab sari mah nak bagi petua awet muda.

petua dia standart je. macam yang kita-kita selalu dengar.

macam tido, bangun awal. makanan seimbang kene jaga dari muda, makan sayur dan ulam-ulam, ade jugak cakap minum air masak sebaik sahaja bangun tido kan, masa makan kunyah lambat-lambat, dan selawat-selawat tu macam biasa la kan.

yang mak vangga nye, petua kecantikan i pon dia amal kan jugak. (sejak bila jadi petua kecantikan aku pon aku tak tau). tapi ingat tagline kita tahun ini?

'wajah yang berseri datang dari hati yang suci~'

hoho. dia pon cakap macam tu jugak. mestilah kan. kalau hati busuk nanti muka takde seri macam mak tiri cinderella.

dan yang paling aku boleh buat adalah....

mandi air sejuk

dia mandi air sejuk. tak guna pon water heater bagai.

aku pon memang sangat tak suka mandi air panas. rasa tak fresh noks.

husband mak pulak, allergic air sejuk. asal boleh nak mandi air panas. u nak awek awet muda tak? sila mandi air sejuk. jimat electric dah la. gahaha.

pasal nak kena tido awal dan kene bangun awal tuh mak fail la sikit nyah. ko tahu la kan, mak ni burung hantu. ke musang?

Sunday, 7 February 2010

kepala beralkali

dulu masa sebelum kawen aku tak rasa nak jaga rambut sangat. asalkan selesa dan bersih sudah.

lepas kawen ni barulah bagi perhatian sikit kat rambut. nak kene wangi. nak kene lembut. iyolah kan. kalau rambut bau kepam hilang nafsu suami mak.

tapi rambut ni mengada-ngada sungguh. makin dijaga makin banyak onarnya.

ingat tak masa aku merungut rambut aku gugur kat sini?

ade orang suggest guna shampoo ni

siap jadi member lagi

aku pon try la guna. memang berkesan shampoo ni. lagi pon masa ni aku dah potong rambut.tapi aku rasa berkesan sebab ada banyak anak rambut baru naik. tapi masalahnya, shampoo ni tak wangi. rambut bertukar jadi dawai. keras kejong. dan yang paling kronik kepala gatal giler. kelumumur bermaharajalela atas kepala. pagi shampoo petang dah gatal. takkan nak shampoo 2 kali sehari kut. melampau.

tapi guna jugak lah sementara dok keluar masuk watson dan guardian mengusha shampoo mana yang agak-agak berkesan. 2,3 kali aku survey lah konon nya. tapi tak dak hasil. last-last aku kirem jer kat husband suruh dia beli on the way balik rumah sebab dah tak tahan sangat kepala gatal.

jadi main sebut je jenama dan kaler sahaja. naseb baek betul. aku guna shampoo ni belajar dulu. masa ni takde masalah kepala. suka shampoo ni sebab bila guna rambut jadi lembik lembut.

tapi, sama jer kepala masih jugak gatal tapi rambut dah lembut. dan wangi. hehe. suami suke!

tapi waddehek kalau rambut lembut tapi asyik kusut masai jer sebab menggaru kepala. pakai tudung pon tak selesa.

so, aku mengambil keputusan untuk try amalan orang zaman dulu-dulu. mak aku memang suka limau nipis ni. walaupon dia guna shampoo, selang seli jugak ngan limau nipis ni gosok kat kulit kepala. sambil-sambil tu gosok la kat armpit (tiba-tiba rasa malu nak type ketiak.eh. dah type). untuk menghilangkan bau-bau yang ado.

lepas aku gosok limau ni, aku tak shampoo balik pon. bilas ngan air jer. wangi u rambut i. i suka. dan kepala tak gatal bertahan selama dua hari. lepas tu aku guna shampoo macam biasa. dah ok dah kepala aku sekarang. dah tak gatal. eh. gatal la kalau lama tak shampoo. maksud aku kepala boleh bertahan shampoo dua hari sekali.

lepas tu aku terpikir. beralkali sangat ke pala aku sampai kene neutralkan dengan asid?

ramuan semula jadi jugak yang terbaik!

watak utama

lepas aku gosok kat kulit kepal, aku gosok la jugak lebihan limau ni kat armpit. lepas mandi aku cabut bulu di area tersebut. (adeh. apesal aku blushing type enty ni ni?). terasa sungguh personal. pemalu rupanya aku. takpe lah nak share kan.

proses membersihan bulu itu ternyata lebih senang dari biasa. wah. secara tak sengaja terjumpa satu petua.


dah la. sebab saya sedang malu.

Monday, 9 November 2009

mitos dan fakta air

mitos yang glamor: minum air 8 gelas sehari untuk mencegah dehidrasi

fakta: salah!

menurut w larry kenny, proffesor fisiologi dari pennsylvania (susahnya mau type) state university, masih belum terdapat kajian ilmiah yang menentukan berapa banyak air yang diperlukan oleh tubuh manusia.

tubuh memerlukan banyak air bergantung kepada berat badan, pola pemakanan, aktiviti dan perpeluhan.

kesan daripada kekurangan air dalam badan adalah sakit kepala, badan lemah dan mual.

sumber:mingguan wanita

so, sapa yang rasa kesan-kesan diatas sila minum air banyak-banyak yer.

apa yang saya tahu, semakin banyak kita minum air semakin tinggi metabolisma badan kita(tips The biggest loser). jadi kepada sesiapa yang dalam usaha menurunkan berat badan jangan lupa minum air banyak-banyak sampai buntal.

jangan risau pasal air berlebihan dalam badan. kerana kalau badan kita masih lagi boleh berfungsi dengan normal, badan kita boleh mengawal jumlah air dalam badan. sebab tu lah kita kencing banyak bila minum air banyak.

jangan kita malas minum air banyak sebab malas kencing.tak bagus. mahu ke kita terus menyimpan toksin di dalam badan? minum la air banyak-banyak biar air tu flush semua bende yang tak diingini dalam badan.

melainkan kalau kalau anda dinasihati doktor untuk kurangkan air sebab ada penyakit kronik. jangan korang minum air banyak plak. ikut la nasihat doktor anda.

jangan tanya saya berapa liter saya minum air dalam sehari

saya ketagih air masak. kalau letak 1.5 liter depan mata i. sekelip mata pon habis. sambil tulis entri ni i dah habiskan 1.5 liter