Saturday, 20 November 2010

pukul 9.12 pagi

hari ni bangun pukul 5.40 pagi! bangun sembahyang subuh, lepas husband keluar pergi imigresen tido balik bangun kul 8. breakfast dengan biskut and air suam and air soya. mals nak masak. jap lagi nak goreng mee.

baby dah bangun. sedang menendang-nendang. tanda protes mungkin.

'biskut 2 keping ngan soya tak cukup la mommy..saya lapar lagi~'

sabor baby. mommy malas nak angkat bontot lagi. jap lagi mommy gorem mee kita makan mee.

semalam kiteorang keluar. i rase keperluan baby dah setel kut, kalau nak tambah pon maybe tambah sikit-sikit. beli online jer ke. tengok lah nanti. tapi benda-benda penting sudah setel.

keperluan sendiri pon dah setel. tinggal jamu ngan stock herbalife jer tak beli lagi. next week nak suruh husband beli herbalife and jamu nanti suruh mak beli sebab dia ahli. dapat harga murah sikit.

kesihatan saya sekarang kurang memberansangkan. seleseme and batuk-batuk. asthma jugak kadang-kadang. not good. not good. ni sebab gangguan emosi ni. constipation juga semakin menampakkan diri. sudah tidak seenak selalu. tidur masih lena berjam-jam tanpa gangguan. baby saya behave bila time tido. cuma nak tido tuh amik masa yang lama sebab kene cari position yang selesa.

pasal entry sebelum ni, impian mak buyong berkemungkinan tak akan tercapai kecualilah next week mak buyong ni meletop. dimana mustahil lah nak meletup next week kan. so i akan bersalin tanpa husband. dia outstation start 1/ 12 ni naik flight 30/11 selama mungkin 3 bulan.

possibility dia nak balik bila tahu i dah bersalin pon rendah sebab kawan dia yang dah kat sana cakap susah nak cuti. so, kalau lah i bersalin ikut due date, baby dah sebulan baru kenal daddy dia. =(

i tak de lah cengeng sangat sebenarnya nak menangis sepanjang masa dua tiga hari ni. kiteorang masih happy bercanda, buat aktiviti harian without drama air mata selagi jangan bukak cerita pasal bersalin. jangan tengok cerita orang bersalin. jangan tengok barang baby. jangan ade kene mengene dengan baby.

3 bulan jer. kejap jer 3 bulan. pejam celik dah 3 bulan. i rasa kalau i tak pregnant tak sedih sangat kut. i bukan lah pikir sangat pasal diri sendiri. yelah kalau dah sakit meneran tuh kisah lagi ke sape kat sebelah? tapi kesian kat baby and husband. hurm. entah lah. tak tahu nak cakap perasaan.

semalam masa kat midvalley masa husband tengah bayar barang i pergi cari penyakit pergi tengok barang baby. bila belek-belek barang baby tiba-tiba mood sedih datang. cepat-cepat pergi bahagian pampers tempat tak de orang sebab malu menangis dikhalayak ramai. so i mengadap pampers sambil lap-lap air mata. kalau orang tengok sure dia cakap

' harga pampers mahal sangat sampai tak mampu nak beli ke? dia ni tengok pampers pon boleh menangis?'

huarghhh..tensyen! bukan nak cengeng sangat. tapi air mata tak boleh nak tahan.

dalam hati i happy husband dapat peluang pergi. ni yang dia nak selama ni pon. and i pon selalu doa biar dia dapat peluang. cuma tak sangka lah pulak masa ni kan. tapi i still bersyukur. maybe rezeki baby. and dia pergi pon nak cari rezeki untuk kiteorang jugak. i seboleh mungkin tak nak tunjuk yang i sedih sebenarnya. dan i biasanya berjaya jer meng-ignore perasaan sedih tuh. biasanya husband lah yang start keluarkan topik-topik sedih ni. grrrr...

9 hari lagi. i nak bergembira jer ngan husband sepanjang tempoh ni. nak luangkan masa semaksimum yang mungkin. (tapi weekend pon dia pergi imigresen kenapa tak pergi masa weekdays jer? rugi masa jer! dah la tak bagi i ikut. hurmmmphhh!)

dan insyaAllah i ngan baby ok-ok sajor.

4 comments:

  1. en.B nk mari sini doh ko? hmmm sero mcm 1/12 ni start team building.. i pn ptt pegi tp mcm nk decline, xse aktif sgt d awal2 pregnancy ini.. huhu

    sabar awok deh.. nnt lps abis pantang, mari la dok sini jugop.. boleh bercanda ria bersame2

    ReplyDelete
  2. farah n baby akan balik kg la yer? Kesian korang. Tabah ye.

    ReplyDelete
  3. sabar ye.. sabar.. abis tu balik kg ke nanti?

    ReplyDelete
  4. sabar yer farah..akak faham perasaan awak. tak per nanti balik kampung maybe ada mak n family di sisi akan mengubat segalanya. kejap jer tu 3 bulan.

    ReplyDelete