Sunday, 21 November 2010

8 hari lagi dan sedang menikmati hidup

Photobucket
34 minggu

*maaf lah yer gambar berflash segala. malas nak amik gambar lain.=P*

esok jumpa doc seri. esok check-up terakhir ditemani husband (untuk anak ni lah. anak lain ade lagi tapi. heheh). dan mungkin jugak check-up terakhir kat kl. *sob*sob*

so baby, dah la dok tutup-tutup muka. daddy nak tengok muka baby sebelum die pergi. nanti daddy boleh tengok baby kat fb or blog mommy je nanti. huhuhu. kesian daddy. esok tunjuk muka ok baby?

weekend baru ni i tak nak stay kat rumah. sebab nye konon-konon nak spend masa bersama. kalau stay kat umah sure lah tido jer kerja nya. dua-dua tak productive. so jumaat malam walaupon tanda-tanda nak hujan dah ade masa nak keluar kiteorang keluar jugak pergi up town damansara. pergi jalan-jalan jer. keluar pon dah pukul 12. tapi best boleh berjalan berpayung berdua-duaan. gahaha.

esok nya konon-konon pagi-pagi dah nak keluar. sebab husband nak kene pergi buat passport. kiteorang keluar rumah pukul 8 pagi. sampai pukul 830 nombor dah habis ok! ramai nye manusia nak buat passport. jadinya kiteorang break fast dulu sementara nak tunggu mid valley bukak.

Photobucket
ni muka isteri yang seronok kalau boleh keluar rumah. sebelah tu muka suami yang frust esok nya kene keluar lagi pagi-pagi pergi buat passport.


Photobucket
muka i memang bulat tahap tak boleh nak tolong dah. amik lah dari angle mana pon. atas ke bawak ke tepi semua nampak bulat. ciss

Photobucket
eh maaf. muka ade tulisan. masa edit tak perasan=p

kat mid valley tak de gambar sebab memang pergi untuk membeli barang-barang husband. i pulak masuk kedai jer cari kerusi. penat. naseb baek barang baby dah banyak beli. kalau baru nak cari sekarang jawab dia tak memilih lah beli barang baby. amik-amik bayar jer. dah tak larat!

pastu walaupon dok dalam mall ber-ekon, tapi peluh nya macam jalan-jalan kat pasar malam. panas! orang lain pakai dua tiga lapis, i siap tangan tak henti-henti berkipas. aduyai.

i dalam dilema lah sekarang. tak tahu lagi nak beranak kat mana. kalau boleh memang nak stay jer kat kl. sebab i lagi suka dok rumah sendiri. bila dok rumah ni masih rasa jugak aura-aura husband. tapi tak tahu pok we boleh stay kat kl ke tak. if tak boleh terpaksa lah balik kelantan. hurmm..

internet kat kelantan pulak adalah sangat *tuttt*. kalau guna boleh mendatangkan carutan. nanti bila nak cakap ngan husband lagi banyak mencarut dari bercakap ngan die. hurrmm.

tapi insyaAllah i akan hantar husband and pergi jugak antenatal kelas. walaupon bukan dengan husband.

ya allah. permudahkan lah semua urusan ku.

10 comments:

  1. semoga semuanya dipermudahkan....jgn sedih2 tau

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan semua urusan farah.

    ReplyDelete
  3. semoga Allah mudahkan urusan u n hubby sepanjang kelahiran,selepas kelahiran nnti.syok bace cite org peknen,terase mode gatal nak peknen jugak tibe2 :P

    ReplyDelete
  4. Amin ya rabbal al amin.

    ReplyDelete
  5. ciannya...sabar ye yang..insyaAllah ada bahagian u nnt..

    ReplyDelete
  6. kalo nk bersalin kt kl, insyaallah kitorg bole tlg antar bila sakit, kalo time tu ada kt umh la :)

    ReplyDelete
  7. insya Allah..saya doakan sumenye slmt & dipermudahkan...

    ReplyDelete
  8. take care farah semoga semuanya selamat Amin

    ReplyDelete
  9. perut u dah jatuh la babe :D

    ReplyDelete