Sunday, 14 November 2010

ikut mood

bila i rajin. rasa macam nak masak macam-macam. idea pon mencurah-curah datang. letak dalam pinggan ambik gambar gambar cantik.

bila malas?

kes 1:

kes di mana dari awal sampai akhir malas giler.

"i takde idea la nak masak. u cakap la nak makan ape. i masak"

"bihun tomyam pon dah ok"

masuk dapur. hiris-hiris, kacau-kacau. siap~

" bie, kita buat sweet jom. makan share dalam satu mangkuk"

"ok jer"

Photobucket

malas 1: nak berfikir menu nak masak ape pon malas.
malas 2: nak bagi dua tomyam yang dah masak pon malas. letak jer dalam mangkuk besar. share makan.
malas 3: malas nak amik gambar santek-santek.

kebaikan disebalik kemalasan

kebaikan 1: boleh mengeratkan hubungan suami isteri. makan share mangkuk.
kebaikan 2: belajar bertolak ansur. gilir-gilir suap supaya tak terhantuk kepala masa makan or terlaga hidung pipi dan sebagainya. kalau terlaga pon tak pe. kata suami isteri. halal!
kebaikan 3: lepas makan ade 1 jer mangkuk nak kene basuh. hehe. yeay!

kes 2: malas di separuh jalan.

jumaat lepas terasa rajin nak masak nasi kerabu. dari pagi merancang. pagi keluar beli bahan mentah untuk buat nasi kerabu. berjaya masak adik-beradik nasi kerabu.

Photobucket

adik beradik nasi kerabu paling asas:

1. kuah tumis
2. sambal kelapa
3. ulam apo yang ado kat kedai.
4. sambal jantan
5. tumis budu
6. keropok
7. nasi (mestilah!)
8. lauk: telur masin?

hehehe..nasi kerabu lauk telur masin jer. sebab lepas siap semua tiba-tiba rasa malas nak goreng lauk. rancangan asal nak goreng ikan celup tepung. so nasi kerabu ni kalau jual kat kedai paling murah lah. =p



5 comments:

  1. haha...paling murah pun paling murahlah..janji sodaapp..hehe..malas separuh jalan pun ado eh..ngee..

    ReplyDelete
  2. tom yam tu sedapnya...bagus berdua mcm tu mmg boleh eratkan hubungan husband and wife..Cayalah...

    wow..nasi kerabu..rajin masak

    ReplyDelete
  3. eeeee...ini cukup lengkap...semua cukup bahan ekekkeke..

    ReplyDelete
  4. malas-malas pun buat tomyam juga eh..itu dah namanya rajin..pastu nasi kerabu pula..adeh..mek da pun buat nasi kerabu kan?pandai la korang ni semua..ish..

    ReplyDelete