Tuesday, 11 May 2010

selamat pagi~


dinner: mihun hailam

berasap lagi

petang semalam buntu tak tahu nak masak ape. sebab keluarkan ikan ingat nak goreng ikan jer, pastu goreng sayur. senang kerja. musim-musim malas masak ni kan, goreng ikan dan goreng sayur adalah pilihan terbaik. tapi bila nak start masak terpikir kalau dua-dua goreng maknanya tak de kuah. tapi macam, tak de mood nak makan sup sayur. nak masak tomyam tak masuk pulak dengan ikan goreng kan?

duh.terhad nya scope masakan saya. haha

masak bihun tomyam lah. tak pon bihun hailam. last-last tanya suami biar dia yang buat keputusan nak makan ape, sambil berdoa mintak-mintak lah dia cakap bihun tomyam. sebab lagi senang. guna paste sajor. =p

doa isteri pemalas tidak di makbulkan.haha. suami nak makan bihun hailam. xpelah. memandangkan semalam kerja rumah si isteri tak buat sangat pon. mari kita happykan perut suami.

sambil-sambil prepare bahan-bahan masakan, nak panaskan air nak celur bihun.

ALAMAK..GAS DAH HABIS!!!

gas memang ade dua kat rumah ni. satu spare. tapi...tapi..tapi..dok luar rumah. saya nak angkat? kerem salam. kalau biasa boleh lah i nak berlasak-lasak, sekarang tak boleh. terpaksa lah tunggu suami balik kerja. haish.

biasanya boleh menikmati makanan malam sambil tengok adamaya. semalam adamaya habis pon tak boleh makan lagi sebab suami balik lambat. ketaq lutut cek sebab lapaq. sambil tengok adamaya terpaksa makan biskut dulu. naseb baek nak masak bihun hailam jer. campak-campak siap.

tak guna flash

masih berusaha menyesuaikan diri amik gambar food guna digicam. best jugak. lepas ni boleh berangan nak DSLR pulak kan. berangan yer suami. jangan salah faham. berangan.

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

8 comments:

  1. nampak best! Terus terasa lapar..

    ReplyDelete
  2. waa lapalak tengok masakan u...

    salam kenal :D

    ReplyDelete
  3. ishkk..pg2 baca entry u, tgk bihun hailan...dah le belum breakfast.

    :(

    lapar lapar lapar. T_T

    ReplyDelete
  4. hehehe. semalam kite lunch mihun tomyam.

    tapi skang ni dah tersandar sebab pekena nasi lemak sambal udang dan ayam goreng rempah. ha koooo...tak ke sorga tuh. hehehe~

    ReplyDelete
  5. bestnyer..farah mmg terror aa..terliur dibuatnyer! ^_^

    ReplyDelete
  6. mak aiii...menyelerakan! sentap terkeluar air luir...

    ReplyDelete