Wednesday, 12 May 2010

memerlukan cadangan makanan simple

jiran korean saya buat buat majlis makan-makan hari ni kut. meriah rumah mereka dengan suara-suara dan orang keluar masuk. rumah mereka depan rumah. sliding door saya kalau bukak betul-betul mengadap rumah deorang. biasanya dia suka duduk atas kerusi depan rumah sambil main latop. saya pulak duduk atas sofa rumah juga sedang latop.hehe. sehati sejiwa nampak nya jiran tetangga. tak pernah lah pulak berbual mesra. hanya hai-hai sahaja.

jadi hari ni hidup saya meriah. macam tengok cerita korea tak bersubtitle. hahaha

eh. kembali kepada cerita.

semenjak dua menjak ni, saya kene masak untuk diri sendiri di siang hari. saya suka memasak. tapi untuk orang makan. untuk diri sendiri saya suka benda yang simple-simple asalkan cukup karbo-sayur-protein dah!

mula-mula saya try makan roti. letak sayur dan sebarang jenis sumber protein yang wujud kat dapur.lama-lama bosan. asyik benda sama jer. sebab dapur kekurangan bahan untuk menjadikan sandwich tu menarik. mungkin lain kali kene pergi beli groceries tambah list untuk sandwich pula.

pasta? saya bukan mood berpesta pasta sekarang. saya sangat melayu sekarang.

nasi. nasi. nasi.

sebab masa beli groceries itu hari, tersalah beli beras. bukan beras yang biasa kami makan. terbeli beras siam jugak. tapi yang ni wangi dan melekit ala-ala pulut tuh. sedap! saya suka.

kalau ke kedai siam, memang saya suka kalau diorang hidang nasi ni. nasi wong solo pon ala-ala jenis ni jugak kan? kat bintulu dulu pon kalau kat kedai memang banyak orang jual nasi jenis melekit-lekit ni. mak suka nyah. tapi husband mak tak suka sangat. bukan tak suka, tapi lagi prefer beras biasa. kalau ade depan mata die telan jer.

dan satu lagi masalah. beras ni sedap kalau buat nasi goreng. bagi i lah.

lunch hari ni

jadi kalau dinner i saja masak lebih sebab nanti esoknya boleh masak nasi goreng.

lagi satu sebab nasi goreng jer makanan yang sekarang ni i fikir paling senang yang boleh campak lauk ngan sayur sekali.

minggu ni dah dua kali makan nasi goreng masa lunch. selang sehari. sebab semalam makan bihun hailam yang tak abis dinner malam sebelum tuh.

tak nak lah hari-hari makan nasi goreng. tak bagus. tak bagus.

ape lagi ek makanan yang senang di masak sedap dimakan??

kata-kata jari,

Fabulous.Farah

15 comments:

  1. bagusnya farah masih gigih memasak dan berfikir nak makan apa. keep it up eh!

    kite dulu bau nasi pon tak boleh. bau minyak naik bau pon dah weng2. haihh~

    yang, masak bubur nasi ke, nasi paprik ke. sedapnyeee~

    ReplyDelete
  2. rajinnyaaa farah...:) kalau aakk time ni longlai aje..ehehehe

    ReplyDelete
  3. MASA ALYA PREGNANT DULU 5 BULAN PERTAMA HANYA MAKAN NASI DGN LAUK IKAN BILIS + BAWANG + CILI API. TU JE YG TEKAK LEH TERIMA.

    BERAS SIAM YG BILA MASAK JD MELEKIT2 TU SUKA GAK :)

    ReplyDelete
  4. wei bui la tuisyen mcm mn nk amik gambo dgn cantikkk..presentation ko mmg mabelossssssss

    ReplyDelete
  5. farahhh, buat bubur nasi sedap gop.

    ReplyDelete
  6. wah baby Farah nanti mesti rajin masak.

    ReplyDelete
  7. intan:idea menarik...boleh tulis dalam buku.hehe

    ReplyDelete
  8. dong: takde megi..mungkin boleh goreng bihun kadang2 huhu..tapi goreng jugak~

    ReplyDelete
  9. iu rf: time lain saya longlai. time makan segar=p

    ReplyDelete
  10. mek da: mung guna setting micro..

    ReplyDelete
  11. buat sambal bilis banyak2 simpan dalam peti best jugak kan.hehe

    ReplyDelete
  12. rynas: kalo baby boy nanti boleh la gantu chef wan=p

    ReplyDelete
  13. anis: tu lah..cari resepi bubur la..saya fail wak bubur ni..haha

    ReplyDelete
  14. wah,..keep it up. jgn jadi mcm kita ni, tak tau nak masak ape,..goreng telur aje laa..hehe

    ReplyDelete