Tuesday, 30 November 2010

bersiaran dari ukm

dah lama tak datang ukm. hari ni ikut along pergi lab. kat rumah pon bukan nak buat ape sangat pon. ingat nak buat mengemas secara besar-besaran harini. tapi tiba-tiba rasa malas pulak. rasa nak keluar rumah amik angin luar. esok lah stay kat rumah kemas rumah ngan mendobi barang-barang baby.

mak buyong berdua

muka along dah tembam. hik hik

tak puas hati asyik dok belakang jer. nak amik. dok lah depan.

ingatkan malam semalam malam bersedih. tapi tabah gak i sebenarnya (gebas-gebas hidung). gihihi. belagak! semalam sebab rumah meriah. ade along, nad kawan along, dan zac. di campur pulak semalam asmara kan~ terus tak ingat husband. gihihi

so tak bersedih langsung pon semalam sebab rumah meriah. lagipon husband call sampai dia nak off enset. tido malam lena macam biasa-biasa jer. tapi tunggu mengantuk betul-betul baru tido. sementara mengantuk tu online sampai dah tak boleh bukak mata dah. so tak terasa lah husband takde kan. sebelum tu pillow talk ngan zac sampai dia pengsan. hahaha. dah la dia kerja hari ni. lambat jugak dia pengsan semalam.

i boleh lah survive 3 bulan kalo macam ni. cuma nanti gersang la sikit=p

semalam dinner terakhir (sebelum dia g OS la). boleh jer dia makan kat airport sebenarnya tapi saja nak bekalkan perut dia dengan food kasih sayang supaya dia ingat i lebih. gahaha


sayur lemak + daging black pepper

kambing goreng black pepper

kambing dah panas, masak lagi ngan black pepper, pastu sayur tu pon ade black pepper. memang panas habis. kawan dia cakap salji dah start turun so boleh la panas kan badan. konon nye! akibat nye masa tengah bersiap dah berpeluh-peluh panas. hehe.

Sunday, 28 November 2010

esok! : buzy buzy

semalam baru sampai dari kelantan. sampai jer kl terus menyinggah tunai kan nasfu makan ibu mengandung nanti takut tak sempat. heheh

hari ni buzy amat. esok pon buzy amat jugak lagi. malam esok en husband nak berangkat. bila husband tak de kat rumah dah tak buzy dah. nak berblog sepanjang hari pon tak pe. so abaikan lah dulu blog ni.

jumpa lagi hari rabu or malam kamis yo!

Wednesday, 24 November 2010

5 hari lagi: owh dengdeng!

cepat nye. semalam pergi beli food untuk dia bawak ke sana kat giant. dan beli barang kiriman kawan die jugak. rempah kari ngan rempah kurma.

"u tak nak bawak rempah kari ngan kurma sekali?"

"heh. dok malaysia pon tak makan. tiba-tiba kat sana nak masak pulak?"

a ah eh. hahaha. suami saya boleh hidup kalau ade kicap ngan cili sos. ingat kat bintulu dulu. asal die masak tu jelah bahan penting yang perlu ade. hahaha.

baju-baju dia hari ni nak start packing. sambil-sambil nak siang ikan bilis siap-siap. hari isnin ni nak buatkan dia sambal ikan bilis. (tak tahu berjaya ke tak) if berjaya maknanya kat sana boleh lah dia makan hasil air tangan isteri jugak. if tak berjaya makan je lah serunding daging. hahaha

petang nanti nak bertolak balik kelantan. esok buat sembahyang hajat kat rumah PIL. dulu, keputusan awal i nak kene balik bersalin kat kelantan, so sepatutnya hari ni i dah packing dah semua barang-barang i ngan baby angkut semua balik kelantan. dan duduk lah kat kelantan tu sampai bersalin. husband ahad datang sini. selasa baru naik flight so i kerugian dua hari nak duduk ngan dia. mana boleh! i nak ngan dia sampai dia pergi. boleh tolong-tolong dia buat persiapan terakhir tolong-tolong packing mana yang patut.

tapi sekarang tak lagi. =) i pon balik ke kl balik ngan dia hari ahad. tapi still tak boleh hantar dia kat airport sebab dia tak bagi. (hurmppph! takut menagis la tuh=p) tapi hantar dia kat pintu rumah macam selalu-selalu i buat kalau dia nak pergi kerja pon dah ok kut. huhuhu

semalam masa tengah nak pilih bahan-bahan makanan yang dia nak bawak berlaku perbualan:

"ala...bawak je lah yang u rasa perlu, nanti sebulan bila i bersalin u balik kan. so boleh top-up mana yang tak cukup"

"isk. u ni. bukan nye i komfem balik la sebulan nanti"

ala. bialah. i nak sedapkan hati sendiri. biarpon possibility u nak balik masa i bersalin adalah 10% jer. tapi i masih lagi berharap dengan 10% tuh.

tapi tak pe. kalaulah u tak boleh balik i ade gf-gf yang boleh bagi i semangat.

Tuesday, 23 November 2010

6 hari lagi: barang baby dah setel dan tak nak tambah ape-ape lagi dah!

fuhh!!

barang baby sangat menggoda nafsu kan. kalau ikut hati rasa nak semua jer. dah la sekarang semua kedai maya pon buat sale. sangat menggoda okeh!

semalam kat mv beli dress untuk baby untuk hari cukur jambul ngan belah mulut. sale 50% tapi bagi i masih mahal lah untuk baju kanak-kanak guna kain sebesar tapak tangan jer.hurmpphh! mahal nye baju baby ni. tapi dah bapak die cakap beli jer so i beli je lah. sekali hari ni bila belek2 baju yang jual online lagi murah dan lagi cantik. frust disitu. rasa macam nak pergi jual balik dress. haha. naseb baek bila check balik dah tak de saiz kecik untuk new born. so terubat lah sikit. heheh

so hari ni pembelian terakhir adalah cloth diapers. dan beberapa ketul rompers. dah cukup! semalam sambil jalan-jalan dalam jusco pon sempat sambar 2 ketul barut perut baby ngan mitten lagi satu. rase macam tak cukup jer beli hari tu. so total barut perut 10. cukup ke? cukup ke? hahaha. gaya macam tak nak basuh je kan..

aktiviti membasuh untuk pembelian batch kedua ni next week lah buat bila semua barang sampai. pastu nak packing sia-siap masuk dalam beg get ready balik pantang kat kelantan. hoyeaahh~

barang i jer kene tengok list balik. kenapa aku rasa macam persiapan baby jer yang setel. aku punya barang tak setel-setel? tak de mood lah nak beli barang sendiri. stokin pon rase nak pakai ape yang ade jer. ke stokin berpantang kene yang tebal-tebal eh? stokin yang sedia ade tak de lah tebal sangat. tapi cotton dan dijamin tidak licin lah.

nursing bra baru beli 2 ketul. sangat selesa macam pakai kapas jer. heheh. tapi rasa tak cukup sokongan lah kalau nak keluar pakai nursing bra. macam kurang memberi sokongan jer. ade harapan aku pakai nursing bra tu kat rumah jer nanti. nak try design lain pulak nanti tapi nak beli bra online macam tak confident lah. walaupon tahu saiz tapi kadang2 saiz ikut design jugak. ade cadangan dari mommy-mommy kat luar sana?

bekung dah ade 2. satu yang mil jahit, satu yang beli. cukup ke bekung 2? ke nak lawan barut perut baby. beli sampai 10. gagagaga

husband suruh beli nursing pillow. i rasa tak perlu sangat. perlu ke?

breast pump, stroller, car seat, semua nak beli lepas bersalin. nak tengok keadaan dulu.

dah boleh bernafas dengan lega sekarang bila semua barang sudah setel kan. huhu. pengajaran disini, beli lah barang baby sikit-sikit.kalau tak nak terasa sangat. huhu. penat tokei nak cari duit beli barang baby and mak baby. haha. ni pon dah beli barang baby masa sale. walaupon murah masih lagi terasa.

Monday, 22 November 2010

7 hari lagi:hati manyak senang woo~

eh. lapan hari lagi semalam tu bukan nak beranak lah sayang-sayang. 8 hari semalam tu, 8 hari nak kembali bujang(jom ronggeng~!). sekarang tinggal 7 hari. ramai pulak salah sangka. lambat lagi due i. 1.1.11 (suka nak cakap due date. mentang-mentang no cantik. hehe)

baru sampai rumah ni. tadi jumpa doctor seri pastu suruh husband drop kat midvalley(mv pah ceroh) nak beli barang sikit. masa lunch tadi baru husband amik hantar rumah.

kalau korang tengok muka i sekarang memang bersinar-sinar. macam ade nur gitu. sebab nya ade berita baik. huhuhu

mendapat jalan disebalik kebuntuan. alhamdulillah.

1. pok we induction 2 minggu jer. lepas 2 minggu dia akan kembali ke kl teman i. so boleh la stay kat kl.

2. next week mintak tolong gf datang teman. along tak berapa sihat sekarang. sedang mabuk-mabuk. tak boleh nak mintak tolong dia.

3. kalau tak yah stay kat kelantan maknenya boleh lah hantar husband nanti.

4. antenatal class nanti dah ade kawan nak teman. thanks=)

5. husband MUNGKIN ade masa i bersalin nanti. insyaAllah.

2,3 hari ni rasa macam serba tak kena sebab semua jalan macam buntu jer. sampai tak de mood nak buat pape pon. tiba-tiba hari ni semua berita baik datang. alhamdulillah.

thank you Allah.

Sunday, 21 November 2010

8 hari lagi dan sedang menikmati hidup

Photobucket
34 minggu

*maaf lah yer gambar berflash segala. malas nak amik gambar lain.=P*

esok jumpa doc seri. esok check-up terakhir ditemani husband (untuk anak ni lah. anak lain ade lagi tapi. heheh). dan mungkin jugak check-up terakhir kat kl. *sob*sob*

so baby, dah la dok tutup-tutup muka. daddy nak tengok muka baby sebelum die pergi. nanti daddy boleh tengok baby kat fb or blog mommy je nanti. huhuhu. kesian daddy. esok tunjuk muka ok baby?

weekend baru ni i tak nak stay kat rumah. sebab nye konon-konon nak spend masa bersama. kalau stay kat umah sure lah tido jer kerja nya. dua-dua tak productive. so jumaat malam walaupon tanda-tanda nak hujan dah ade masa nak keluar kiteorang keluar jugak pergi up town damansara. pergi jalan-jalan jer. keluar pon dah pukul 12. tapi best boleh berjalan berpayung berdua-duaan. gahaha.

esok nya konon-konon pagi-pagi dah nak keluar. sebab husband nak kene pergi buat passport. kiteorang keluar rumah pukul 8 pagi. sampai pukul 830 nombor dah habis ok! ramai nye manusia nak buat passport. jadinya kiteorang break fast dulu sementara nak tunggu mid valley bukak.

Photobucket
ni muka isteri yang seronok kalau boleh keluar rumah. sebelah tu muka suami yang frust esok nya kene keluar lagi pagi-pagi pergi buat passport.


Photobucket
muka i memang bulat tahap tak boleh nak tolong dah. amik lah dari angle mana pon. atas ke bawak ke tepi semua nampak bulat. ciss

Photobucket
eh maaf. muka ade tulisan. masa edit tak perasan=p

kat mid valley tak de gambar sebab memang pergi untuk membeli barang-barang husband. i pulak masuk kedai jer cari kerusi. penat. naseb baek barang baby dah banyak beli. kalau baru nak cari sekarang jawab dia tak memilih lah beli barang baby. amik-amik bayar jer. dah tak larat!

pastu walaupon dok dalam mall ber-ekon, tapi peluh nya macam jalan-jalan kat pasar malam. panas! orang lain pakai dua tiga lapis, i siap tangan tak henti-henti berkipas. aduyai.

i dalam dilema lah sekarang. tak tahu lagi nak beranak kat mana. kalau boleh memang nak stay jer kat kl. sebab i lagi suka dok rumah sendiri. bila dok rumah ni masih rasa jugak aura-aura husband. tapi tak tahu pok we boleh stay kat kl ke tak. if tak boleh terpaksa lah balik kelantan. hurmm..

internet kat kelantan pulak adalah sangat *tuttt*. kalau guna boleh mendatangkan carutan. nanti bila nak cakap ngan husband lagi banyak mencarut dari bercakap ngan die. hurrmm.

tapi insyaAllah i akan hantar husband and pergi jugak antenatal kelas. walaupon bukan dengan husband.

ya allah. permudahkan lah semua urusan ku.

Saturday, 20 November 2010

pukul 9.12 pagi

hari ni bangun pukul 5.40 pagi! bangun sembahyang subuh, lepas husband keluar pergi imigresen tido balik bangun kul 8. breakfast dengan biskut and air suam and air soya. mals nak masak. jap lagi nak goreng mee.

baby dah bangun. sedang menendang-nendang. tanda protes mungkin.

'biskut 2 keping ngan soya tak cukup la mommy..saya lapar lagi~'

sabor baby. mommy malas nak angkat bontot lagi. jap lagi mommy gorem mee kita makan mee.

semalam kiteorang keluar. i rase keperluan baby dah setel kut, kalau nak tambah pon maybe tambah sikit-sikit. beli online jer ke. tengok lah nanti. tapi benda-benda penting sudah setel.

keperluan sendiri pon dah setel. tinggal jamu ngan stock herbalife jer tak beli lagi. next week nak suruh husband beli herbalife and jamu nanti suruh mak beli sebab dia ahli. dapat harga murah sikit.

kesihatan saya sekarang kurang memberansangkan. seleseme and batuk-batuk. asthma jugak kadang-kadang. not good. not good. ni sebab gangguan emosi ni. constipation juga semakin menampakkan diri. sudah tidak seenak selalu. tidur masih lena berjam-jam tanpa gangguan. baby saya behave bila time tido. cuma nak tido tuh amik masa yang lama sebab kene cari position yang selesa.

pasal entry sebelum ni, impian mak buyong berkemungkinan tak akan tercapai kecualilah next week mak buyong ni meletop. dimana mustahil lah nak meletup next week kan. so i akan bersalin tanpa husband. dia outstation start 1/ 12 ni naik flight 30/11 selama mungkin 3 bulan.

possibility dia nak balik bila tahu i dah bersalin pon rendah sebab kawan dia yang dah kat sana cakap susah nak cuti. so, kalau lah i bersalin ikut due date, baby dah sebulan baru kenal daddy dia. =(

i tak de lah cengeng sangat sebenarnya nak menangis sepanjang masa dua tiga hari ni. kiteorang masih happy bercanda, buat aktiviti harian without drama air mata selagi jangan bukak cerita pasal bersalin. jangan tengok cerita orang bersalin. jangan tengok barang baby. jangan ade kene mengene dengan baby.

3 bulan jer. kejap jer 3 bulan. pejam celik dah 3 bulan. i rasa kalau i tak pregnant tak sedih sangat kut. i bukan lah pikir sangat pasal diri sendiri. yelah kalau dah sakit meneran tuh kisah lagi ke sape kat sebelah? tapi kesian kat baby and husband. hurm. entah lah. tak tahu nak cakap perasaan.

semalam masa kat midvalley masa husband tengah bayar barang i pergi cari penyakit pergi tengok barang baby. bila belek-belek barang baby tiba-tiba mood sedih datang. cepat-cepat pergi bahagian pampers tempat tak de orang sebab malu menangis dikhalayak ramai. so i mengadap pampers sambil lap-lap air mata. kalau orang tengok sure dia cakap

' harga pampers mahal sangat sampai tak mampu nak beli ke? dia ni tengok pampers pon boleh menangis?'

huarghhh..tensyen! bukan nak cengeng sangat. tapi air mata tak boleh nak tahan.

dalam hati i happy husband dapat peluang pergi. ni yang dia nak selama ni pon. and i pon selalu doa biar dia dapat peluang. cuma tak sangka lah pulak masa ni kan. tapi i still bersyukur. maybe rezeki baby. and dia pergi pon nak cari rezeki untuk kiteorang jugak. i seboleh mungkin tak nak tunjuk yang i sedih sebenarnya. dan i biasanya berjaya jer meng-ignore perasaan sedih tuh. biasanya husband lah yang start keluarkan topik-topik sedih ni. grrrr...

9 hari lagi. i nak bergembira jer ngan husband sepanjang tempoh ni. nak luangkan masa semaksimum yang mungkin. (tapi weekend pon dia pergi imigresen kenapa tak pergi masa weekdays jer? rugi masa jer! dah la tak bagi i ikut. hurmmmphhh!)

dan insyaAllah i ngan baby ok-ok sajor.