Tuesday, 18 October 2011

yang, mee ni terlebih kicap ke?


orang prop bunga, aku prop buah-buah ambik kat kampung hari tu. haha. kau ado?

pada zaman duhulu, saya adalah seorang pelajar kelas bestari agama. dimana semua pelajar didalam kelas itu diwajibkan mengambil bahasa arab dalam peperiksaan PMR walaupon pelajar itu tidak berminat.

disebabkan tidak berminat dengan kelas bahasa arab, saya banyak kali skip kelas tambahan bahasa arab kerana saya rasa kalau saya pergi pon saya bermain sahaja didalam kelas. yang anehnya ustaz bahasa arab sangat tahu pelajarnya kalau kelas petang bukan belajar sangat, tapi dia masih maintain mengajar sorang-sorang didepan walaupon mungkin pelajar yang mendengan hanya 2,3 orang. ustaz shauri nama ustaz itu.

apakah aktiviti saya dan rakan-rakan bila skip (ponteng lah tu) kelas tambahan bahasa arab? saya pergi berjalan-jalan kat bandar tanah merah belakang sekolah saya. jalan kaki jer lintas landasan kereta api. antara aktiviti yang selalu saya buat dibandar adalah makan mee goreng atas pasar. sungguh sedap mee goreng itu kerana dia letak air rebusan tulang, dengan kaler hitam legam, mee goreng basah dan og cos setimbun ajinamoto. nikmatnye makan mee goreng itu pada zaman itu.

pada zaman sekarang selalu jugak saya pergi ke pasar bila balik ke kampung. tapi nak makan makanan kat pasar tu dah tak lalu. tambah-tambah bila melihat keadaan sekeliling yang agak kotor dan bau yang macam menghilangkan selera. macammana lah dulu saya boleh makan kat situ? haha. pengaruh rakan sebaya.

tapi rasa mee goreng basah hitam legam tu selalu saya teringat-ringat. saya memang tak jumpa lagi mee goreng yang sesedap itu kat tempat lain. saya selalu bercita-cita nak masak mee yang rasa macam tu. kalau tak dapat rasa macam tu, ade rupa pon dah cukup lah.

tapi rumah saya tak pernah ade kicap pekat. lalu bulan lepas semasa membeli barang dapur di giant saya pon ambil lah satu botol kicap pekat jenama jalen kalau tak silap. (yes..bulan lepas beli, bulan ni baru berkelapangan nak buat. biasolah tu, i suka tangguh-tangguh menu, kadang-kadang sampai expired pon bahan yang dibeli tuh)

lauk mee goreng atas pasar itu adalah lauk daging, tapi saya malas nak defrost daging. semalam saya dalam mood pemalash. jadi guna udang cepat sikit lembut. di goreng macam biasa tapi manis mahu lebih barulah rasa macam mee goreng atas pasar tuh.

saya berpuas hati dengan hasilnya. beri husband makan. riaksinya husband sebelum makan?

riaksi husband adalah title entry ini.

mmotong!

3 comments:

  1. suami kita adalah pengkritik paling jujur..hahahaha

    akak sokmo kena ngan laki akak
    hahaha

    ReplyDelete
  2. terliur la.. sedap je nampak.. hehehe..:)

    ReplyDelete
  3. kicap jalen sedap wehhhhh dan sbb ko pakai kicap tu aku tau mee ni sedapppppppppppppppppppppppppppppppppppp

    ReplyDelete