Wednesday, 26 October 2011

aktiviti hari deepavali

semalam menerima berita sedih from seorang jiran, Im. mak dia meninggal semalam. jom lah kita sedekahkan arwah alfatihah semoga arwah ditempatkan ditempat orang yang beriman. walaupon baru beberapa kali jumpa rasa jugak kehilangan sebab teringat-ringat arwah yang lembut jer bila bercakap and suka bercerita. semoga im dan family tabah dengan ujian ini.

semalam bagun pagi lambat sikit. maklumlah mood cuti kannn. bangun dari bermalas-malasan di atas katil pukul 9. malas-malas jugak. perut sendiri takpe boleh sumbat dengan ape saja, lagi dua perut tu kene isi. so masak lah mee goreng untuk santapan suami isteri.

mee goreng dengan api kopi. husband cakap mee goreng hari ni sedap dari yang terlebih kicap hari tuh. haha

padahal sama jer legamnye. beza nya kali ni i tambah telur jer.


budak kicik ni makan puree labu.

alhamdulillah. semua perut happy dengan breakfast masing-masing. memandangkan tiada aktiviti pada hari tu, maka 3 perut duduklah melepak depan tv. 2 perut besar melayan satu perut kecik. tiba-tiba si perut sederhana besar bersuara,

"i nak pergi ofis lah. i tertinggal something. u nak ikut?"

omg. mestilah nak! rezeki jangan ditolak. maka teruslah excited si perut paling besar.

"NAKKKK!"

tapi masalahnya masa tuh sudah menghampiri masa lunch si perut kecik. nak keluar mestilah kene masak untuk perut kecik ni dulu. so kene masak something yang cepat dimasak. lepas mandi, siapkan si perut kecik, start prepare luch perut kecik.

sup pasta dengan sayur campur dan tofu. cepat dimasak dan sedap di makan

bahan-bahan: bawang putih, spaghetti, tomato cincang, carrot cincang, brokoli, tofu

cara:
1. tumis bawang dengan minyak zaiton sampai lembut, masukkan air, carrot dan spaghetti.
2. bila carrot and spaghetti dah lembut masukkan tomato, tofu dan brokoli. kacau sekejap. tutup api.
3. tak payah tambah garam gula. tambah kasih sayang jer banyak-banyak. insyaAllah food akan menjadi sedap. haha

sambil siap-siap pakai baju, tempek beberapa biji bedak kat muka, pakai tudung semua, sambil masak kan si perut kecik lunch. setengah jam sudah ready untuk keluar.

pergi ofis si perut sederhana besar je ker?

of cos la TAK. si perut sederhana besar ajak pergi the garden. bukan si perut paling besar yang ajak ok.

(si perut kecik moody baru bangu tido. haha)

si perut sederhana besar nak pergi beli pakaian pergi kerja. lagipon sekarang tengah sale. masa yang sesuai lah nak mengirai duit.

si perut kecik masih lagi moody. dibiarkan di tepi cermin supaya boleh melayan diri sendiri sementara nak tolong si perut sederhana besar pilih seluar.

tiba-tiba...eh senyum? vain ko ni nak-____-"

pergi garden mane boleh tak pergi tempat kesayangan beta kan. midvalley harus ku jejaki

si perut sedehana besar, kalau i kata u ambik gambar tak pernah nak cantik u kata faktor model. tapi boleh tak lain kali at least ambik gambar biar i nampak ready sikit. boleh tak??? grrr.. (ni jer satu-satu nye gambar senonoh i pada hari itu)


perlu ke buat kepala macam tu maryam?huhu

saya lunch dengan makanan penuh kasih sayang ummi, ummi makan asam laksa, walid makan nasi lemak. tempat feveret ummi kalau masuk jj. bau asam laksa buat ummi tak boleh tahan ummi cakap. terpaksa makan jugak. (terpaksa?)

thanks walid belikan saya walker! saya bejanji akan prektis berjalan bersungguh-sungguh...


6 comments:

  1. hwaaa da bajet, mesti si perut kecik dapat hadiah kalau p midvalley tu kan...err mak si perut kecik beli apa untuk diri sendiri? hihi nak juga tahu!

    ReplyDelete
  2. hikhik..comel maryam wat kepala gitu.. ^_^

    ReplyDelete
  3. hikhik..comel maryam wat kepala gitu.. ^_^

    ReplyDelete
  4. sup pasta tu nampak sedap sgt, mak budak pun tetiba rasa teringin nak mkn

    ReplyDelete
  5. tgh tofu dlm pasta maryam tu teringat masa 1st time bagi nia makan tofu, kena cirit birit sampai berdarah vagina dia. huhu.. smpi skang tak bagi kat budak2 ni. takut. wow maryam dpt gadget baru, ummi dpt jugak tak? ;)

    ReplyDelete
  6. Maryam bertuoh sebab dapat makan masakan penuh kasih sayang sokmo!!

    lamonya xg MV nga garden..huhuhuhu

    ReplyDelete