Sunday, 29 May 2011

enjoying my life to the fullest

salam and hai

rumah dah sunyi kembali sebab semua adik-adik husband dah takde. tinggallah mummy and maryam sebab daddy nya pon pergi hantar adik ipar naik bas.

semalam biras saya cakap kat saya,

"best nye macam jadi kak farah. tayah fikir ape-ape pon. jaga jer maryam ngan abeja. orang pon nak jugok..."

begitulah biasanya yang kita dengar kan. betapa orang berkerja nak stay kat rumah. betapa housewife terasa nak kerja.

walaubagaimanapon, bagi saya ape pon yang kita sedang buat, kita buat dengan penuh rasa seronok. buat masa ni saya bukan sure pon akan jadi stay at home mummy sampai bila-bila. mana tahu esok-esok tiba-tiba bekerja kan. tapi dah peluang ade ni, kita berseronok and manfaatkan masa sepenuhnya. nanti bila dah takde peluang ni kita tak menyesal.

orang cakap susahnya jadi mommy yang bekerja. kerja ofis nak kene uruskan, balik rumah kene uruskan rumah tangga pula. yes, saya sangat setuju. boleh nampak mak saya bergelut. sebab my mom pon bekerja. dulu rumah saya ade pembantu, so nampak senang. sekarang bila dah takde pembantu, walaupon anak kat rumah tak ramai nampak agak kalut jugak. so i sangat-sangat-sangat lah kagu dengan working mommy yang bekerja. dah la tolong husband mencari nafkah, kat rumah kene buat kerja rumah pulak. jaga anak, masak. bukan kerja mudah. lagi-lagilah kalau tiada pembantu rumah. kagum.

saya rasa saya tak mampu jadi macam tu. dulu-duu saya selalu cakap kat husband, if i bekerja, i nak sorang pembantu rumah. tapi dia bantu kemas rumah jelah. masak-masak i nak buat. (sebab memang i benci pon buat kerja rumah. haha)

tapi ye lah kan, sebab saya benci sangat ngan kerja rumah tu, Allah bagi saya buat seua benda kerja rumah yang ade dari bukak mata pagi-pagi sampailah tutup mata malam-malam. kau ingat kau diva nak benci-benci kerja rumah ni. heheh

masa balik kampung hari tu, i jumpa sorang mak cik ni. dia mak kepada kawan husband. dalam ramai-ramai orang saya pernah jumpa dia jer yang cakap kat saya benda ni. dia cakap.

"kadang-kadang semua benda ni dah ditakdirkan. kita jer tak tahu"

yer. memang tak pernah tahu. walaupon dulu masa bergelar student saya pernah dengar kawan i berangan. nak kahwin ngan orang yang kaya. kalau tak kaya pon atleast boleh support family dengan gaji dia jer, pastu nak jadi housewife, masak, jaga anak, menjahit. nampaknye i yang curi angan-angan dia sekarang. dah la nama anak pon saya curi nama anak masa depan dia jugak. masa tu i dengar jelah. tak cakap pape. sebab masa tu tak pernah berfikir pon nak jadi housewife. sebab bukan nye bakal kahwin ngan orang yang kaya raya. cukup-cukup makan sajor.

mesti orang ingat kalau bini housewife laki gaji banyak giler. kiteorang tak pon. berapa lah sangat gaji seorang kulikutif nak hidup di kl yang kos hidup tinggi ni. ade seorang ofismate husband, dah pangkat senior-senior dah. gaji mesti banyak, bini dia dah pangkat manager dah, setiap kali jumpa kiteorang mesti kagum sebab kiteorang boleh survive kat kl ni ngan single income jer. dia yang laki bini bekerja, plus dah kerja lama pon still bergelut jugak kadang-kadang.

bagi i senang jer. kiteorang tak pakai mazda, tak buat starbuck macam 'kedai kopi pak cik ali', dan tak menghabiskan duit 3 ratus semata-mata nak makan ice-cream sambil berenang tepi hotel. huhu

hidup kiteorang sederhana jer. tak bermewah-mewahan. ade duit ke, takde duit ke, durian runtuh ke, musim kemarau ke, bah ke, sama jer hidup kiteorang. tapi i masih lagi berseronok ngan hidup i. rasa tak kurang ape-ape pon walaupon tak mewah.

ok sambung cerita asal. walaupon bagi saya nak jadi makyang bekerja tu susah, tapi i tak boleh cakap yang jadi stay-at-home-mom ni benda paling senang dan benda paling menyeronokkan di dunia. jadi stay at-home-mom pon ade cabaran-cabaran dia jugak. ade jugak beenda-benda yang ta seronok dia jugak.

mungkin kalau orang bekerja banyak stress dengan orang-orang sekeliling ditempat kerja. saya rasa housewife pulak banyak barmain dengan hati dan emosi sendiri. banyak sangat bermain dengan emosi sendiri. perlu ketahanan mental yang kuat. rasa rendah diri nak kene atasi, husband yang kadang-kadang menyenangkan hati kadang-kadang menyerabutkan hati (heheh!), dengan tak de kawan nak mengadu domba, duduk terperap jer dalam rumah. banyaklah kalau nak cerita. maybe i kene buat entry lain supaya boleh menyedapkan hati para mommy yang bekerja ni, yang jadi housewife ni bukan lah seindah yang disangka.

jadi kawan-kawan, walauape pon yang kita sedang buat, marilah kita menikmati hidup kat dunia yang sementara ni. syukur jelah dengan ape yang ade pada kita sekarang.

Photobucket
orang yang paling happy dan paling takde masalah adalah baby saja. haha

4 comments:

  1. mungkin kalau orang bekerja banyak stress dengan orang-orang sekeliling ditempat kerja. saya rasa housewife pulak banyak barmain dengan hati dan emosi sendiri. banyak sangat bermain dengan emosi sendiri. perlu ketahanan mental yang kuat. rasa rendah diri nak kene atasi, husband yang kadang-kadang menyenangkan hati kadang-kadang menyerabutkan hati (heheh!), dengan tak de kawan nak mengadu domba, duduk terperap jer dalam rumah. --> sgt sokong part ni.. sebulan i mc dok umah, byk bermain dgn perasaan bilemana kalau i quit keje, mcm mana laa itu & ini.. sebab dok sorang2 suke layan perasaan kan..

    farah.. ape2 pun, keje atau housewife kite tak ganggu idup orang itu adalah yg terbaik kan:) and i nak ckp lagik

    i SUKEEEEEEEEE maryam.. comell!!! arghh bile nak dtg jb? nak gomol maryam:)

    ReplyDelete
  2. kerja rumah akan jadi lebih senang kalau sama2 saling membantu... so that tak ada lah isteri balik kerja tergopoh2 nak buat kerja rumah sorang2....

    tak salah kalau suami tolong isteri masak.. jangan lah mengharap isteri je yang akan masak dan sebagainya...

    kalau orang tu byk duit, lagi byk hutangnya...

    orang kata berbelanja ikut kemampuan..

    kalau orang tu gaji 40 ribu pun still tak cukup sebabnya, duit kereta tak kan 1000 sebulan kan? mestilah mahal, tak kan nak pakai wira? mestilah pakai BMW atau merc... makan pun tak kan nak makan kat kedai pak ali?

    dulu i gaji 800 pun boleh hidup, cuba sekarang kalau gaji 800? konfirm tiap2 bulan minum air sejuk...

    ReplyDelete
  3. Farah, nice entry.. Rasa cam ade org phm yg jadik hswife ni ade gak cabarannye..

    Lg satu, boleh je bwk maryam kluar hari2, exercise jln2.. So takdela bab terperap dlm umh tu hihi gi park or pool ke.. Akak try kluar, gi library, park, playground.. So takdelah layan perasaan sgt.. And kitaorg declare jumaat is no cooking day.. Hehe

    ReplyDelete
  4. coemlnye maryam niii.....haish bila leh cium2 ni..geram sungguh la...

    yup betul tu farah, apapun yg tgh kita lakukan, kena redha' ada sebab kenapa semuanya berlaku mcm tu..akak sendiri walaupun rasa nak sgt berenti dan dok umah jer, tp itulah..semuanya ada sebab kenapa perlu mcm tu... ^_^

    Allah dh tentukan semuanya...syukur dgn rezki dan ketentuanNya..

    ReplyDelete