Tuesday, 17 May 2011

boleh ke?

hari ni sepatutnya husband outstation. tapi tak jadi. dah 2 kali cancel. masa mula-mula kene pergi semalaman jer. ok lah semalaman jer. kejap jer. tak risau sangat. sekali tak jadi. lagi ok!=p

sepatunya pergi hari ni 2 malam. juga tak jadi. nasib baik. then husband cakap next week hari isnin. 3 malam pulak. haish. makin lama la pulak. mak dah tak sedap hati ni. boleh ke dok berdua jer ngan maryam.

kalau kali ni cancel lagi pon best jugak. keh keh keh. ingat company pok mung???

bestnye kalau projek kat semenanjung jer. boleh mak ikut. husband pergi kerja penat-penat, mak ngan maryam dok honeymoon kat hotel. tayah kemas rumah. tayah masak.heaveng!

sekarang ni lepas ade anak masalah nak rindu-rindu kat husband tu bukan masalah besar la kut. 3 malam jer pon tak sempat gersang. masalah utama adalah boleh ke nak menghandle maryam sorang-sorang ni? maryam tak buat perangai ke bila sehari suntuk tak jumpa daddy dia? berani ke i dok sorang-sorang kat rumah? haaa. ni problem utama.

susah jadi orang penakut ni. sekarang ni malam-malam kalau husband tido awal and i nak kene tido lambat sebab nak tunggu siap basuh baju (biasanya cd maryam), i ketar-ketar lutut jer pergi dok yard sorang-sorang. jemur kain sambil berusaha keras tak nak pikir bukan-bukan. tapi selalunya gagal. akan terpikir jugak tiba-tiba ade benda putih melayang-layang kat sliding yard. tiba-tiba ade benda asing tersengih kat belakang. dem. bila ianya berlaku i kejut husband soh teman i. muahaha.

tapi boleh kut. meh kita try 3 malam. (macam lah ade pilihan lain pon kan)

-___-"

1 comment:

  1. hahahah..imagination macam saya jugak...mule2 die melayang, pastu die cuit bahu..pastu die ckp..ni tadik, kain awak jatuh melayang kat umah saya:))..hehe

    ReplyDelete