Thursday, 2 September 2010

kosong

sape-sape pon kalau kene tinggal ngan husband mesti rasa kehilangan kan. biarlah dekat ke jauh. lama ke sekejap. tetap rasa macam ade something hilang. tak boleh bayang macam mana perasaan orang yang dok jauh-jauh ngan husband. i tak boleh. sehari dua ok. lepas tu i meroyan.

macam biasa, awal-awal boleh lagi bertahan. boleh hidup macam biasa.tapi semalam baru rasa macam kosong sangat-sangat. buat semua benda semua rasa tak seronok.

sebelum-sebelum ni kalau kene tinggal saya ok macam biasa sahaja di siang-siang hari. tak rasa pape. sebabnya kalau die ade pon die akan pergi ofis jugak. so kalau siang rasa macam dia tinggal pergi ofis jer. saya paksa otak pikir macam tu. huhu

bila dah petang dah rasa lain sikit. tapi masih dalam kawalan. masih boleh berseronok-seronok ngan along. setakat ni kalau husband outstation tak pernah lagi dok sorang. balik kampung or along teman.

bila dah tengah malam masa nak tido mula lah rasa tak sedap badan. bukan sebab kegersangan sahaja. (sahaja disini bermaksud gersang juga berkait rapat) tapi memang tak boleh tido. rasa macam tido sorang-sorang walaupon along ade kat sebelah. along kalau saya tido dekat-dekat dengan dia nanti dia lari jauh-jauh. rimas katanya. huk huk. tak best!

tapi kali berjaya tido dengan jayanya. letak jer kepala kat bantal memang terus tido sampai lah alarm bunyi. nak tahu rahsia kejayaan?

1. dua tiga hari ni memang berjalan jer kerja jadi malam sangat penat. dah tak ingat husband, dah tak ingat rindu, dah tak ingat ape dah.

2. kalau along datang dia memang tak suka tido dalam bilik, so angkut bantal selimut tido kat ruang tamu. bujang habis hidup tak de husband.

ape yang saya angkut?

bantal husband!

kalau dulu tak suka tido atas bantal dia sebab tak best. tapi sekarang kami guna bantal sama jenis jer. boleh lah tido atas bantal dia. so boleh lah feeling-feeling masih lagi tido bersama. gahaha

sebab boleh tido atas bantal yang ade air liur husband ke tido jadi lena? bukan. bukan. saya keji sikit dari tu.

kiteorang betting. sebab kami beli bantal tu sama-sama, dan sama jenis, kiteorang nak tengok dalam masa setahun bantal sapa yang paling banyak kesan peta. huhu. betting tak de motif tapi melambangkan maruah seorang wanita yang harus tido ayu mengawal pengeluaran air liur basi so i tak boleh kalah dalam ini betting!

so i guna bantal dia dan tido dengan lena sekali biar lah banyak mana pon peta terbentuk. biar sampai hilang bau lavender yang ade kat bantal tu lagi bagus. gahaha

huhu. ok.serius. serius. i rindu u lah bie. tapi semua perkara di atas adalah benar. tambah-tambah yang no 2 tu. memang tu pon tujuan i guna bantal u.=p

bukan i jer rindu. i rasa baby f pon rindu sebab dia hanya menendang dengan kuat masa u call jer. mesti dia pelik.

'mana daddy yang suka mengacau mommy dia ni?'

'kenapa aman sangat rumah ni tak de orang jerit-jerit kene kacau?'

'kenapa 2,3 hari ni mommy boleh masuk toilet dengan tenang tak payah nak berperang dulu?'

sabor yer baby. sikit jer lagi. sikit jer. sikit jer

6 comments:

  1. alala..sian kat dia. takpe, kdg2 bila berpisah sementara ni, buat kita lagi sayang kat suami kita..hehe

    ReplyDelete
  2. haahahha for sure la u menang sebab bantal en.husband penuh air liur basi u!!! hahahahaha :p


    bijak!

    ReplyDelete
  3. aku rasa husband ko kalah nanti. sebab peta itu, ko yang buat masa ketiadaan dia. hahaha! :P

    ReplyDelete
  4. boleh u bayangkan kalau suami langsung tak ada dalam hidup...mcm i yang kena cerai ni?

    ReplyDelete
  5. bila jauh terasa rindu lak ekkk..hikhik

    ReplyDelete
  6. maghfarah, i am ur big fan ! Adlina yg kenalkan blog awk. Im her offcmate. whenever i need some cheers, i will read ur blog. hehe. and trust me, im ur follower. and skrg sy tgh merasakan ketidak-present-an suami kerana dia merantau ke laut mcm suami kamu. dan yes, bantal dia sy yg punyaa, bau kepala pun jadi lah!

    keep on writing, i love ur space. :)

    ReplyDelete