Sunday, 19 September 2010

kembali bekerja

heheh..bukan i. sesiapa yang bekerja lah. i yang kat kampung ni walaupon tak kerja tapi mood raya dah tak de dah. semua orang dah balik ke negeri tempat mencari rezeki masing-masing. kereta-kereta pon dah kurang. kalau sebelum ni satu rumah ade 5-6 bijik kereta sekarang tinggal satu jer. huhu

jalan pon dah lengang. yeay! raya sangat menyampahkan. asal keluar rumah jer kene istighfar banyak-banyak. menguji kesabaran betul keluar raya. ikut hati rasa nak stay jer kat umah tengok tv. keluar raya nanti tensyen dengan jem. tapi kalau stay kat rumah macam lah ade cerita senonoh nak tengok. semua cerita tak pregnant friendly. satu rumah larang i tengok cerita hantu or cerita bodoh2 yang lain. nanti kenan anak. hahah. pisau cukur jer i tengok raya ni. habis la gedik anak aku.=p

hari ni mak dah start cuti. nak buat last preparation untuk along kahwin. pagi ni makan pulut ikan kering. heheh. best! tengahari pulak beli jer lauk. masak sayur jer. ngehehe. senang kerja i.

tak banyak sangat pon kerja yang boleh i tolong walaupon stay kat kampung ni. terbatas sungguh senarai kerja yang boleh i tolong walaupon banyak lagi benda tak setel.

kalut jugak nak buat majlis kawen ni ek. i dah tak ingat dah perasaan masa seminggu nak kawen dulu. ni dah bukan seminggu dah ni. lagi empat hari. tapi banyak sangat lagi benda nak buat. hopefully semua berjalan lancar.

semoga along buat pilihan yang tepat dan keputusan yang tepat dalam hidup dia.

semoga dia bahagia dengan lelaki yang dia pilih.

semoga lelaki yang pilih along untuk jadi teman hidup dia sedar akan tanggungjawab dia dan bersedia untuk menjadi suami terbaik untuk along.

semoga lelaki yang dipilih along tahu yang kahwin adalah bukan benda main-main.

alah. kita semua belajar tinggi. kita tahu lah mainkan peranan masing-masing. orang belajar tinggi pon kadang-kadang buat benda bodoh dari orang yang tak belajar tinggi.

bukan belajar tinggi menentukan kematangan tindak tanduk seseorang. kesedaran dalam diri. lagipon kalau setakat degree tu tidak lah tinggi pon kalau zaman sekarang. kalau 30 tahun lepas boleh la cakap tinggi.

adeh. semakin menaip semakin terserlah ke-bitter-an. sindrom sukar melepaskan seseorang?
sindrom ni biasa parents jer yang rasa kan? kenapa aku sebagai adik pon terasa.

aku rasa kalau aku betul-betul yakin 'he's the one' then mungkin aku akan tenang. tapi masalah sekarang tak. tak langsung. langsung tak. isk.

entry ni mengandungi emosi sebenar. bermula dengan happy berakhir dengan gusar. sesungguhnya kehappyan menutup hati yang gusar.

ya allah ya tuhan ku. berilah kami petunjuk.

4 comments:

  1. sedih pulak aku baca ayat ko utk alom tu... erm perasaan tu mungkin ada, sebab ko takot dia jadi apa-apa.. tawakal dan berdoa je eah. aku doakan semua bejalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  2. berdoa & berserah pada Yang Satu.. bia semuanya seperti yang dirancang & kekal hingga akhir hayat..


    pehh..skema gila ayat aku!!

    ReplyDelete
  3. suka entry ni. and selamat menempuh alam rumah tangga utk along farah...

    ReplyDelete
  4. perkahwinan tu adalah satu perjudian...

    ReplyDelete