Thursday, 30 July 2009

papan wawasan

*sudah pukul 3.34 pagi. tapi mata keras kerana tadi gatal tangan g buat nescafe. dan gatal mulut g minum nescafe*

di tepi blog ini ada papan wawasan saya setakat ni. akan bertambah dari hari ke sehari. sebab manusia tak pernah puas.

pukul 1 tengahari.(kalau tak tidur) saya akan tercongok di depan tv menonton oprah. saya suka talk show ini. sungguh berinspirasi. sungguh bermanfaat. kadang-kadang ulangan pukul 9 pagi pon saya tengok. juga kalau saya tidak tidur.

last week perbincangan mereka pasal 'papan wawasan'

ada seorang perempuan ni, dia listkan ciri-ciri lelaki yang dia nak sebagai kertas. dia simpan. selepas ada teman lelaki, dia jumpa balik kertas tu. dan ciri-ciri yang ada atas kertas tu sama dengan teman lelaki dia sekarang.

kes laen. seorang perempuan ni. selalu tulis apa yang dia nak kat board di rumah dia. selalunya menjadi kenyataan.

bukan keajaiban yang berlaku sebenarnya. tapi sebab kalau kita tahu apa yang kita nak, kita akan fokus.

tapi bukan semua yang kita nak jadi kenyataan kan. walaupon kita berusaha. fokus dan sebagainya. sebab mungkin benda yang kita nak tu tidak elok untuk kita. Allah nak bagi kita benda yang lagi baek.

berbalik kepada papan wawasan, ini yang saya mahu.

1. kerja
-sebagai isteri, saya mahu meringankan bebanan suami. mahu menolong sedikit sebanyak. ataupon sekadar untuk keperluan sendiri. walaupon begitu, hasrat dihati, biarlah kerja yang tidak perlu saya mengabaikan rumah tangga pulak.

2. turun berat ke 56kg
-menjadi gemuk kembali memang tensyen (macam la dulu kurus sangat). saya dalam program diet sekarang ni. nanti-nati lah saya update pasal ni.

3.latop kecik
-setelah di timbang-timbang, di antara keperluan dan keinginan, saya memilih latop berbanding kemre. tapi sebenarnya tiga pilihan. latop, kereta dan kemre. memandang kan kereta di luar kemampuan, latop adalah keperluan utama.

4.anak sebelum 2010 berakhir
-doakan kami~

5.buat bisnes
-doakan saya jugek~

6.membalas jasa ibubapa
-saya perlukan kerja. walaupon en. suami masih mampu menjaga makan minum saya. saya tetap perlukan kerja untuk balas jasa ibubapa. ketika en. suami menghulurkan duit kepada ibubapa saya. hati sangat pedih. rasa bersalah. saya yang sepatutnya buat benda tuh. sabar ya..saya akan~ tapi bile??


haih..tidur lewat perut lapar~

No comments:

Post a Comment