Tuesday, 14 July 2009

forlax

pernah tak dengar kuku cepat panjang kalau banyak berakbuang air besar? kamu-kamu percaya tak?dulu dengar je. malas nak pikir betul ataupon tidak. sekarang macam sudah terbukti yang ianya benar.

inai di jari saya sangat lah lambat hilang. encik suami dah potong kuku last sisa inai sebulan yang lepas. tapi inai di kuku saya masih bertempek nak tunjuk sangat pengantin baru kononnya. dan apa yang penting dalam cerita ini, en. suami adalah seorang pembuang air besar yang aktif. sama macam rumet saya suatu ketika dahulu. masuk makanan je terus buang.

cemburu tambah jeles betul. saya kalau dapat membuang sekali sehari adalah sangat bersyukur. biasanya 2 hari sekali dan paling kronik 3 hari. sesetengah orang berasa tidak selesa kalau tidak membuang. tapi saya tidak begitu, tiada perasaan dan saya tak sembelit.

kalau saya mengadu kepada ibunda, tiada nasihat laen yang diberikan, banyakkan minum air, makan buah.haih~

orang yang duduk hari-hari dengan saya akan tahu saya peminum air mineral yang tegar. kemana-mana harus ditemani air. keputusannya saya akan mencari toilet di mana sahaja saya pergi.untuk membuang.air kecik.buah.saya juga penggemar buah. wajib makan. dan dari zaman muda-mudi lagi kalau ke pasar malam memang buah yang akan dicari. sampai lah sekarang.zaman sudah sedikit tua.

urhh..hari ini saya marah. sebab saya sembelit. lagi. kali kedua!

berbalik kepada tajuk entri. forlax adalah ubat sembelit saya. 4 hari selepas buat d&c saya sembelit kronik.cukup disitu sahaja penerangan.kronik. pergi jumpa doctor. ubat d&c menyebabkan salur pencernaan lambat bergerak. di campur dengan saya tidak makan sayur dan buah. dicampur dengan kurang minum air sebab kalau banyak minum saket perut.

forlax ni sedap. ala-ala lime juice gitu. minum dua kali sehari tidak menjadi masalah langsung. daripada menelan pati haruan sehari sekali macam kene telan racun.seksa.azab.tak sedap. tapi malang nya, cirit la pulek.

sebagai seorang yang jarang merasa nikmat buang air besar. saya suka cirit. along saya selalu cirit kalau musim raya. saya akan makan tapai dengan timun cina dan air gas dengan harapan saya juga akan cirit. malang nya perut saya memang tak makan saman. cirit tak pernah belaku. tapi dalam keadaan sekarang, dengan saket dan perut berbarut segale, nak bergerak pon susah. apa lagi nak pergi toilet setiap 10 minit. saya tak suka cirit. saya kurangkan macam nasihat puan dokter.juga masih cirit. saya berhenti terus. hilang cirit.saya seronot.

tapi semalam saya tak membuang air besar.saya mula risau.dan saya memang patut risau kerana hari ni saya sembelit lagi. boleh la minum forlax yang sedap itu. dan nak cirit pon dah boleh la puan perut. sebab puan farah dah sihat dan kuat.siap kamu puan perut kalau kamu tak cirit. akan saya sumbat kamu dengan macam-macam.

en. suami memang suka berjauhan dengan isteri. sampai dia lupa usia perkahwinan kami dah pon 4 bulan dua tiga hari lepas.

9 comments:

  1. en suami berjauhan sbb berkhidmat utk negara tu..kesian kat dia..huhuhu

    ReplyDelete
  2. tema pos ini ialah tahi.

    MAGH, sabo jelah. dok caye ser i bace sapa habissss semate2 nk dgr cite cirit sembelit berok u. ade ke patut!!!!

    haha puan farah..puan farah..

    ReplyDelete
  3. zac: keh keh..
    u septatunye google dulu lor

    ReplyDelete
  4. anon yang diketahui: sejak bila saya kawen dengan askar?

    ReplyDelete
  5. anon yang diketahui: sejak bila saya kawen dengan askar?

    ReplyDelete
  6. igt askar je ke berkorban utk negara?

    ReplyDelete
  7. lin: i pon sukke bace komen u =D

    ReplyDelete
  8. anon diketahui: kamu berkhidmat untuk perut.i know!

    ReplyDelete