Tuesday, 17 March 2009

Monday, 9 March 2009

menghitung hari

mulai esok saya akan banyak kan berehat..untuk mengelakkan lesu dihari kawen..=) persiapan saya alhamdulillah semua dah hampir siap..dan semenjak dua menjak ni dah ramai saudara terdekat datang membantu..

kalau kamu-kamu mahu seorang bibik yang juge boleh membuat kerja-kerja buruh, sila hubungi saya..ngehehe

di sebabkan kerja-kerja mengecat dan mengangkat barang, bibik tersebut terpaksa berjumpa tukang urut traditional..untuk melegakan sakit-sakit badan..hehe..dan juga sambil meng'tuttt'kan mana-mana yang 'tuttt'(untuk mengelakkan entry ini menjadi 18sx)..sangat best,sangat geli dan sangat sakit..

bile dah nak dekat kawen ni jadi makin sayu bile tengok syahir. die dah jadi sangat-sangat-sangat-sangat rapat dengan saya. sekarang ni syahir tak nak makan nasi kalau bukan saya yang suap (mengada).gosok gigi,mandi, u ut tok sah cakap lah..ni memang kerja harian saya. masa tido saja die mencari bonda. sebab budak kecik ni kene tido dalam ekon n bilik saye takde ekon..naseb baek la kan..kalau tak, 1st nite kami bertige..hehe

kemanjaan syahir semenjak dua menjak ni semakin terserlah..bonda cakap die tau, ade orang dah nak ambik kakak die...huuu~ T_T (ok.sebenarnye sebab hari-hari die dok ngan saye, so die manja ngan saya la..huhu)




akibat teruje dengan dinding yang baru di cat


hei u! kalau la kamu tau betapa sayang nye kak cik kepada kamu..mesti kamu tau kan=) dan kamu kesayangan jantung manis kak cik no 1 walaupon kak cik dah kawen empat(wow!) dan beranak 10 (super wow!)




saya jumpa encik bakal suami hari ni..die dah sampai kelantan=) jumpe lagi hari kawen yer

Friday, 6 March 2009

sudah tiada jumaat lagi untuk saya

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Dari setinggi dan seluas kasih kasih sayangMu,
Kau limpahkanlah rahmat jua keampunan Mu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan permulaan hingga pengakhirannya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinmu. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMU. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke ahir usia. Dengan taufik dan hidayah Mu beruntunglah keduanya dalam kehidupan didunia lebih-lebih lagi di akhirat.
Amin, Ya Rabal-Alamin

saya sangat penat penat penat penat

Friday, 20 February 2009

fisioterapi hospital tanah merah

hari kamis lepas saya mengikut rombongan kelas syahir ke unit fisioterapi hospital tanah merah..

budak ini cuba untuk menjadi cute




khusyuk mendengar ceramah la konon nye..

budak ni tumpuan die sekejap sajor..selepas tu die kembali mengganas(tgk syahir yang gangster, mane nak pakai baju yang tulis pendidikan khas..)


dan ini aksi-aksi kami di taman mainan..

cuba untuk mengajar


ini adik saya, anak cikgu mansor yang ke 4..ponteng sekolah kerana jumpe doktor..

sekian.

lagi 18 hari mau ke hari itu..hari-hari saya tengok kelendar.baru saya faham perasaan aisha tgk kelendar

Tuesday, 17 February 2009

masak-masak

tiada apa yang berlaku semenjak dua menjak ini..hanyalah perkara rutin seorang bibik dan juge driver.izinkan saya menempek ape yang saya makan dan saya maen masak-masak di dapor.









kite mulakan dengan PULUT DURIAN

pulut ini ditanak biasa dimakan dengan santan yang dimasak dengan garam.untuk rasa manis boleh tambah gula melaka atau pon gula.durian di sponser oleh bakal datuk mertua..heheh




seterusnya AYAM BAKAR DENGAN REMPAH SATEY


bahan-bahan yang diperlukan

1/2 ekor ayam

1 sudu kecik ketumbar

1 sudu kecik jintan manis

1 sudu kecik jintan puteh

4 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah

seinci halia
seinci lengkuas

3 batang serai
3 susu kecil serbuk kunyit

blend semua bahan diatas.tambah madu,gula dan garam secukup rasa.perap ayam seketika


seterusnya AYAM GORENG BEREMPAH 1st time buat

bahan-bahan yang diperlukan

1/2 ekor ayam
1 sudu kecik ketumbar
1 sudu kecik jintan manis
1 sudu kecik jintan puteh
seinci halia
seinci lengkuas
4 ulas bawang puteh
2 ulas bawang merah
4 sudu kecil serbuk kari
1sudu besar tepung gandum

bahan diatas kecuali gandum diblend, lumur pada ayam, tabah garam gula dan tepung gandum, diperap dan digoreng dengan minyak yang banyak



seterusnya lagi IKAN PERCIK juge 1st time buat
6 ekor ikan kembung
2 cawan santan
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang puteh
sedikit halia
4 batang serai
blend santan dengan rempah ratus, masak diatasa sampai pekat.tambah garam dan gula..saya suka percik ni rasa manis, jadi saya lebihkan gula. semasa membakar ikan, letak sedikit santan yang dimasak ini pada ikan. lebih tu di curah ke atas ikan selepas masak.





ini adalah CENCARU SUMBAT yang entah berapa kali buat
bahan yang diperlukan
3 ekor ikan cencaru
4 biji cili kering
1 biji cili padi
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
2 batang serai
sedikit asam jawa
garam dan gula secukup rasa

tumbuk semua rempah, sumbat ikan cencaru uang di belah dua, lalu digoreng




dan akhir sekali KARI TERUNG yang juga di buat untuk entah kali ke berapa


bahan-bahan nya

4 ulas bawang merah (dihiris)

5 ulas bawang puteh (dihiris)
2 bili cili kering (di tumbuk)


tumis bahan diatas dengan rempah menumis, dan daun kari.setelah wangi masukkan sepeket kecik rempah kari yang dibancuh dengan air..tumis sehingga pecah minyak

selepas itu masukkan se kg terung(potong ikut selere anda), biarkan empuk sedikit, masukkkan asam jawa, 3 cawan santan santan,garam dan gula.

/me mengumumkan lagi 23 hari ke hari itu!

Saturday, 14 February 2009

drama tangisan bakal pengatin. episod:madoh

saya tak tau ape 'madoh' dalam bahasa malaysia baku..tapi perkataan ini merujuk kepada perbuatan atau aktiviti yang dilakukan oleh tuan rumah untuk menjemput tetamu datang kenduri..biasanya(setakat yang saya nampak) aktiviti ini dilakukan oleh ibu bapa pengantin. pengantin juga biasanya melakukan aktiviti ini, tapi hanya kepada sahabat handai atau pon ibu atau bapa saudara terdekat.

tetapi tidak bagi saya..semenjak dua menjak ini, inilah aktiviti saya dan bonda saya di kala free.menurut bonda, dia malu untuk pergi dari rumah ke rumah sebab ini lah pengalaman pertama bonda. yelah saya anak pertama yang kawen kan. tetapi terpaksa membuang perasaan malu itu.lagi pon kami hanya menjemput saudara mara sahaja.

saya mengeluh(di dalam hati)
owh bonda, kalau bonda malu, lagi-lagi la anak bonda ini.madoh untuk kawen sendiri???!!! perasaan menjawap soalan-soalan orang kampung?ada soalan biasa, ada juge soalan sensitif bagi saya, ada jua soalan yang menyebabkan saya rasa saya seorang yag tak sabar or gatal nak kawen.tapi hanya mampu sengeh..dalam hati siapa yang tau..

tapi saya dah cakap dengan ayahanda dan bonda, saya hanya sanggup madoh untuk saudara-mara yang dekat-dekat sahaja..walaupon stakat yang saya pergi ni xde pon yang saya kenal..tapi mereka masih kenal saya..kalau semua orang saya yang pergi, ini sudah melampau! saya buat mogok lapar atau mogok tido.

kadang-kadang saya marah,(ataupon jeles) bila semua persiapan kahwen en. bakal suami dibuat oleh parents nya sahaja..dia hanya pergi kursus kahwen dan setelkan permohonan kawin sahaja. owh dan juga membeli barang-barang hantaran. di sebabkan saya jeleskan die, saya memaksa die menolong saya buat persiapan saya di kl hari tu..persiapan dia semua dibuat oleh bakal ibu mertuaku..senang nya kamuuuu!

hurmm..mungkin sebab die kerja dan saya menganggur..tapi kamu tau tak kerja bibik dan driver ni sangat penat bagi orang yang tak suka mengemas seperti saya??

sekian

ini adalah entry meluahkan perasaan..ye, saya mengeluh..tapi saya ikhlas meringankan beban ibubapa saya..lagipon untuk diri sendiri juge

Friday, 13 February 2009

valentine's day

(kamu boleh abaikan post mengarut ini..serius)

hari ni hari kekasih...walaupon saye dan en bakal suami berkasih sayang, tarikh ini tidak la bermakna bagi kami..kami tidak pernah meraikan hari kekasih..tak baek kata die

tak pelah masih banyak hari-hari laen yang kami boleh sambut bersama-sama. hari kami mula berkapel? percaya atau tidak kami tiada tarikh itu..bagi saya 13/6 tapi saya pon tidak yakin..lupe tarikh itu, kerana sebenarnya tarikh itu kami bergaduh..buat ape celebrate tarikh yang tidak pasti.teruk kah? adakah kami tidak sweet sebagai pasangan berkasih sayang?

tarikh tunang? kami tidak bertunang! tarikh merisik? hurmm..berape ari bulan ek..saye sudah lupe..hahaha

birthday masing-masing ada kan..apa susah..malang nya sebab percintaan jarak jauh(walaupon hanya 3 jam perjalanan) ataupon kami panggil PJJ kami xpernah meraikan bersama-sama..mungkin dah lama kami berkasih sayang(tapi tak la dapat menandingi along saya dan azlin) tapi peristiwa kami berkasih sayang sangat sedikit..saya salah kan PJJ.

saya tak suka mase deting tgk muvie..membazir masa bagi saya..saya suka makan-makan dan lepak..saya tak pernah busan..jalan-jalan kat mall ok la jugek, tapi saya kurang gemar kerana faktor kasut yang tinggi, boleh membawa kepada kemelecetan jika berjalan berlebih lebihan dan kalau saya merungut penat or saket kaki boleh membawa kepada bebelan, baeklah kami duduk-duduk je usha aweks..itu lagi menarik..ye, kami ada hobi yang sama..saya suke mengusha aweks, en bakal suami? itu lumrah lelaki

naseb baek saya berinternship dengan dia...kami deting sampai busan..deting sampai dah tak ade lagi tempat makan yang kami tak pergi(tolak kedai yang jual sup kaki b*bi la kan)..tapi paling saya suka bercanda ditepi pantai..kami tak bercakap pon..dua-dua memandang laut, melayan perasaan, kalau ada majalah saya baca majalah, potong kuku di tepi pantai, mengusha awek lagi, sesungguhnya kami pasangan yang membuang masa, agak-agak dah lewat kami pon pulang..

lagi 26 hari nak ke tarikh 13/3..banyak lagi aktiviti pasangan kekasih yang kami belum buat..lepas kawen pon kekasih lagi kan..=)

saya sangat ingin ke zoo dengan en bakal suami..hahaha