Tuesday, 14 July 2009

forlax

pernah tak dengar kuku cepat panjang kalau banyak berakbuang air besar? kamu-kamu percaya tak?dulu dengar je. malas nak pikir betul ataupon tidak. sekarang macam sudah terbukti yang ianya benar.

inai di jari saya sangat lah lambat hilang. encik suami dah potong kuku last sisa inai sebulan yang lepas. tapi inai di kuku saya masih bertempek nak tunjuk sangat pengantin baru kononnya. dan apa yang penting dalam cerita ini, en. suami adalah seorang pembuang air besar yang aktif. sama macam rumet saya suatu ketika dahulu. masuk makanan je terus buang.

cemburu tambah jeles betul. saya kalau dapat membuang sekali sehari adalah sangat bersyukur. biasanya 2 hari sekali dan paling kronik 3 hari. sesetengah orang berasa tidak selesa kalau tidak membuang. tapi saya tidak begitu, tiada perasaan dan saya tak sembelit.

kalau saya mengadu kepada ibunda, tiada nasihat laen yang diberikan, banyakkan minum air, makan buah.haih~

orang yang duduk hari-hari dengan saya akan tahu saya peminum air mineral yang tegar. kemana-mana harus ditemani air. keputusannya saya akan mencari toilet di mana sahaja saya pergi.untuk membuang.air kecik.buah.saya juga penggemar buah. wajib makan. dan dari zaman muda-mudi lagi kalau ke pasar malam memang buah yang akan dicari. sampai lah sekarang.zaman sudah sedikit tua.

urhh..hari ini saya marah. sebab saya sembelit. lagi. kali kedua!

berbalik kepada tajuk entri. forlax adalah ubat sembelit saya. 4 hari selepas buat d&c saya sembelit kronik.cukup disitu sahaja penerangan.kronik. pergi jumpa doctor. ubat d&c menyebabkan salur pencernaan lambat bergerak. di campur dengan saya tidak makan sayur dan buah. dicampur dengan kurang minum air sebab kalau banyak minum saket perut.

forlax ni sedap. ala-ala lime juice gitu. minum dua kali sehari tidak menjadi masalah langsung. daripada menelan pati haruan sehari sekali macam kene telan racun.seksa.azab.tak sedap. tapi malang nya, cirit la pulek.

sebagai seorang yang jarang merasa nikmat buang air besar. saya suka cirit. along saya selalu cirit kalau musim raya. saya akan makan tapai dengan timun cina dan air gas dengan harapan saya juga akan cirit. malang nya perut saya memang tak makan saman. cirit tak pernah belaku. tapi dalam keadaan sekarang, dengan saket dan perut berbarut segale, nak bergerak pon susah. apa lagi nak pergi toilet setiap 10 minit. saya tak suka cirit. saya kurangkan macam nasihat puan dokter.juga masih cirit. saya berhenti terus. hilang cirit.saya seronot.

tapi semalam saya tak membuang air besar.saya mula risau.dan saya memang patut risau kerana hari ni saya sembelit lagi. boleh la minum forlax yang sedap itu. dan nak cirit pon dah boleh la puan perut. sebab puan farah dah sihat dan kuat.siap kamu puan perut kalau kamu tak cirit. akan saya sumbat kamu dengan macam-macam.

en. suami memang suka berjauhan dengan isteri. sampai dia lupa usia perkahwinan kami dah pon 4 bulan dua tiga hari lepas.

Sunday, 12 July 2009

belajar bersyukur

semalam bergayut dengan en. suami, pesanan akhir sebelum kami tidur. dia suruh saya belajar bersyukur.

di saat orang laen berhempas pulas mencari kerja, terpaksa mengikat perut, bekerja sambilan sementara mencari kerja..saya rilex sahaja cari kerja sambil berblog.

di saat saya saket fizikal dan mental kerana keguguran, ada pasangan bersedih tak pernah rasa mengandung.

di saat rakan yang rata-rata sudah bercareer, saya bersyukur diberi 'rehat' panjang untuk menjaga suami,mengenali suami, melengkapkan diri dengan ilmu akhirat yang selama ini diabaikan kerana sibuk mengejar ilmu dunia, dan merasa macam- macam pengalaman dalam masa 8 bulan.

di saat orang laen bermegah- megah dengan boyfriend hebat mereka, saya ada suami yang sederhana tapi cukup hebat untuk melengkapkan hidup saya.

di saat saya bosan dengan kehidupan berpantang, tapi ada ibu mertua yang jaga saya macam baby dan buat diri rasa disayangi, bapa mertua berusaha mencari makanan fresh dari ladang, adik ipar menjaga dikala ibu mertua bekerja, ibunda dan ayahanda datang melawat dan syahir datang melawak.owh..hidup sungguh baek~

di saat saya merunngut internet slow macam gampang. tapi masih boleh la stakat nak cek email dan mengintai hidup orang laen.

kalau terlebeh bersyukur, nanti saya kurang berusaha untuk mengimprove diri. cam ney?

Monday, 6 July 2009

makanan ibu berpantang

kalau di ikutkan Dr. Idris, saya tak payah berpantang pon. tapi orang-orang tua suruh jugak berpantang untuk kesejahteraan masa tua. tapi masa nak balik, Dr Idris sempat pesan,

"jangan berpantang SANGAT."

makna nya harus juga jaga makan, tapi jangan lah sampai makan nasi ngan ikan kering je macam orang zaman dulu-dulu kut. nanti tak cukup zat.

apa yang boleh saya makan sekarang ,ikan selar ,ikan haruan(tapi kat sini kami tak tahu mana nak beli, ganti dengan pati boleh?). dan nasi bubur. nasi keras tak boleh masuk lagi. sebab kalau makan perut jadi saket.

kerana bosan semua benda nak makan kene tanya ibunda dulu, saya telah menggoogle. dan web site ni menarik perhatian saya

antara isi kandungan nya.

ibu berpantang tidak digalakkan makan ikan masin dan ikan kering. boleh menyebabkan darah nifas jadi busuk dan cepat kering. juga boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal. kalau saya kena makan ikan kering hari-hari memang kesihatan mental akan terjejas.pressure tgk orang makan sedap-sedap kita makan ikan kering.huhuhu

selain daripada itu ibu berpantang juga tidak harus memakan ikan berbisa kerana boleh menyebabkan bentan (sila google bentan itu ape) dan bisa pada pintu rahim. ikan dalam kategori berbisa ni macam ikan pari, ikan parang, bawal hitam, terubuk, sembilang, ikan duri.

ikan yang boleh menyababkan kegatalan juga tidak digalakkan seperti ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol. Dan semua jenis seafood.

ikan yang baek untuk orang bersalin, seperti diatas, ikan haruan dan ikan yu. wuh! sape nak makan ikan yu?

untuk sayur dan buah-buahan, ibunda melarang saya makan sebarang jenis buah. kerana semua buah adalah 'sejuk'. sayor yang saya makan sekarang adalah lobak merah.sahaja.tak tahu la kalau ada sayo laen.

tapi kita di galakkan makan ulam macam daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut(haha..buruk nama!), daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

orang tua bijak kan. biasanya orang berpantang di galakkan makan halia, kunit, lengkuas dan pelbagai jenis bahan masakan tu, sebenarnya benda-benda ni mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

kalau ikut ibunda. ayam boleh je makan. tapi kene bahagian dada. daging pon jangan makan yang lemak-lemak. burung puyuh (uh..uh..feveret!) dan burung merpati sangat baek untuk aliran darah.

mahu lebih lanjut?sila ke website berkenaan. banyak jugak ilmu rumah tangga untuk bekalan masa hadapan.

esok kene pulang ke kelantan. mungkin akan online jika ada orang sudi mendermakan latop kerana latop saya sudah jahanam. adik ipar saya yang lagi tua dari saya pernah try guna broadband kat pc rumah tu. tapi tak berjaya. harapan saya sekarang adalah latop ayahanda saya.mintak-mintak dia bagi.jika tidak saya akan bertemankan novel, dan nenek dan atuk mertua yang akan menjenguk sewaktu PIL pegi kerja. dan yang pasti hari-hari makan ikan haruan fresh dari ladang.

babai bangi.babai suami.huhu.

Sunday, 5 July 2009

perjalanan turun naek hospital dan klinik

rabu, di hantar en. suami ke ukm. en. suami mahu ke kota kinabalu. petang nya, masa tengok Manjalara dah rasa sengal dan sakit dibahagian *tuutt*. sebelum tido mahu ke toilet. ade discharge kaler koko dan hitam macam awal-awal period. call en. suami, dia suruh ke klinik.naseb baek kawan along, nad tido di rumah along malam tu. dia menghantar ke klinik Az-Zaharah, bangi. kak tuyun yang terbangun dari tido juga mengikut.

doc. Khairul cakap baby dah takde. datang lagi esok buat pemeriksaan. meroyan cll en. suami, ibunda dan msg rakan-rakan.

esoknya, en.suami naek flight pukul 630 pagi. dia sampai kk xsampai 12 jam. dah kene balik. terpaksa tinggalkan kerja. datang jemput saya untuk ke prince court medical centre.

saya nak doc perempuan. tapi tak ade. terpaksa cek ngan doc lelaki. doc. Tan sahkan baby tu memang dah tak ada. mungkin dalam 2 minggu lepas. meroyan jugak. tapi sedikit sahaja. macam dah boleh terima kenyataan. kami nak book untuk buat d&c, penuh!semua di booking! dalam hati 'ramai nye orang keguguran' haha..padahal kat OT tu macam-macam saket ade. paling awal boleh buat hari isnin. call ibunda. dia suruh buat cepat. nanti bahaya jangkitan, kuman, racun, bla.bla.bla. xfaham.

masa buat check-up tu timbang berat. berat 62 kg! turun 3 kg. masa tu tak tahu orang keguguran memang turun berat badan.

kami terpaksa cari hospital laen. susah betul. ramai betul orang saket kat kl ni. lepas tu tuan rumah mintak tolong doc dia kat pantai medical centre. boleh la celah-celah sebab kenal. kami akan jumpa dia esok. pukul 10 pagi. maknanya saya ada sehari saja lagi untuk makan sebelum berpantang.

ade 3 makanan dalam kepala:

1)sup urat keting kat restaurant sup UK, seksyen 7,bangi. (terbaek setakat ni)

yeay, dapat!
2)satay kajang tapi di bangi.

jugak dapat~

3)roti bakar telur manis, mane-mane mamak. tiada gamba disini.makan mase breakfast kat bangsar. roti canai telor en. suami RM 2.50. mahel restoran mahbub ni .

huhu..daripada list saya memang pemakan jalanan..xsusahkan bele i? ;p~

hari jumaat, pagi-pagi dah ke bangsar. jalan pagi-pagi masa wiken sangat menarik. tak ada kereta sangat.udara sangat segar. (segar la sangat)

masa kapel banyak pose sebegini. ni first time amik gamba sebegini selepas kawen.

kami breakfast kat bangsar.lepas makan jumpa doc. Idris. scan lagih. bosan. sebenarnye tanak tengok baby. nanti sedih tengok baby yang tak gerak.dasyat baby faris, sampai pagi tu dia tetap utuh dalam kantung yang melekat di dinding rahim. macam normal. tak jatuh pon. cuma tak gerak dan tiada degupan jantung.kali ni tak meroyan. ade satu kapel, wife nya menangis lepas jumpa doc. kami assume dia pon keguguran.hihi..suke hati sajor mengassume ;p

pukul 11 masuk wad.doctor suruh berehat.tapi saya tak penat. jadi saya menggedik.lagi.

terbajet ayu la pulak kan

kami lagi~

loh..ade lagi??!!
en. suami cakap' jangan hepi sangat, nanti hidung kembang'

pukul 3, dah kene siap-siap
3.30 petang,saya ready!

untuk tidak menyedarkan saya, doc inject saya 3 kali. tak saket pon. saya penderma darah tegar. tapi kali ke 3 tu, sengal sampai ke lengan. lalu tak ingat apa-apa.

sedar bila nurse sentuh bahu, perut rasa saket. kat 'tuuuttt' rasa sengal. dalam hati. mungkin ubat untuk besarkan lubang cervik. ingat kan tak buat D&C lagi.pandang atas. eh? lampu dah bukan lampu OT.dah siap. senangnya. tak rasa apa-apa.

lepas masuk wad balik, perut makin saket. lepas 2,3 jam dah tak saket sangat. macam period pain jer.malam tu MIL tunggu kat hospital.

hari sabtu, doc. idris datang. walaupon dr. idris ni lelaki, tapi tak rasa malu pon dia cek.huhu

alhamdulillah..saya sihat.takde pape.jom balik~ suasana hospital dan makanan hospital menyebabkan saya bertambah saket.

lepas doc. keluar, cuba untuk berjalan dan mandi dengan bantuan suami. baru la tak rasa macam orang saket. rasa macam dah boleh nak melompat-lompat. sungguh fresh~
hei, orang saket pon nak cantek ok?
walaupon berkaen batik!
babai hospital, saya mau pulang ke syurga sayadan kamu, saya syukur dapat suami hebat macam kamu

biasanya kalau suami kemana-mana, harus la ade coklat sebagai buah tangan. tapi kali ni tak sempat nak beli pon. so, dia simpan ferrero rocher dari flight untuk saya. dah makan dua bijik. simpan untuk suami sebijik.tapi dia tak makan. masih ada dalam kereta. mana boleh tahan dengan coklat ini. merayu-rayu untuk makan.suami benarkan.jadi, dengan rasminya saya telah melanggar pantang masa 1st day berpantang. hohoho

tamat satu cerita. saya akan pulang ke kota baru selasa ini. berpantang.dengan tegas.untuk kebahagiaan masa hadapan~

miscarriage and D&C

hello..hari ni saya nak mengajar tentang miscarriage dan DnC. kamu boleh google je sebanarnya. tapi sebelom ni tak pernah amik tahu.bila dah kene baru la terhegeh-hegeh. ni saya nak share dengan kawan-kawan, boleh di jadikan panduan dimasa hadapan.baca tau!

sumber: sini <<<---baru pandai buat bende ni!ok.noobs

miscarriage

Spontaneous abortion (SAB), or miscarriage, is the term used for a pregnancy that ends on it's own, within the first 20 weeks of gestation. Miscarriage is the most common type of pregnancy loss, according to the American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG). Studies reveal that anywhere from 10-25% of all clinically recognized pregnancies will end in miscarriage.(ini doc ade cakap, kalau pegi mane-mane pon,percentage ni tetap sama. ia tak dapat di jelaskan. dan saya ditakdir kan berada dalam kelompok kecil ini)

Most miscarriages occur during the first 13 weeks of pregnancy. Pregnancy can be such an exciting time, but with the great number of recognized miscarriages that occur, it is beneficial to be informed about miscarriage, in the unfortunate event that you find yourself or someone you know faced with one.

Why do miscarriages occur?

The reason for miscarriage is varied, and most often the cause cannot be identified. During the first trimester, the most common cause of miscarriage is chromosomal abnormality - meaning that something is not correct with the baby's chromosomes. Most chromosomal abnormalities are the cause of a faulty egg or sperm cell, or are due to a problem at the time that the zygote went through the division process. Other causes for miscarriage include (but are not limited to):

* Hormonal problems, infections or maternal health problems
* Lifestyle (i.e. smoking, drug use, malnutrition, excessive caffeine and exposure to radiation or toxic substances)
* Implantation of the egg into the uterine lining does not occur properly
* Maternal age
* Maternal trauma

erm dengan kata laen, itu semua kerja allah. allah tahu ape yang terbaek untuk kite

What are the Warning signs of Miscarriage:

If you experience any or all of these symptoms, it is important to contact your doctor or a medical facility to evaluate if you could be having a miscarriage:

* Mild to severe back pain (often worse than normal menstrual cramps)
* Weight loss
* White-pink mucus
* True contractions (very painful happening every 5-20 minutes)
* Brown or bright red bleeding with or without cramps (20-30% of all pregnancies can experience some bleeding in early pregnancy, with about 50% of those resulting in normal pregnancies)
* Tissue with clot like material passing from the vagina
* Sudden decrease in signs of pregnancy

semua tu saya alami. jahil gile tak tahu mase tuh! tapi sekarang dah tahu. kamu pon tahu kan?

procedure lepas saya miscarraged ni doktor cakap d&c. masa dengar tuh terpikir. natam ape la d&c ni? doctor cakap die akan bagi saya ubat untuk besarkan cervik saya, dan masukkan tiub. disebabkan saya masih belum pernah beranak. haruslah menunggu lama cerviks itu untuk membesar.

What is a D&C procedure?

D&C, also known as dilation and curettage, is a surgical procedure often performed after a first trimester miscarriage. Dilation means to open up the cervix; curettage means to remove the contents of the uterus. Curettage may be performed by scraping the uterine wall with a curette instrument or by a suction curettage (also called vacuum aspiration), using a vacuum-type instrument.

Is a D&C necessary after a miscarriage?

About 50% of women who miscarry do not undergo a D&C procedure. Women can safely miscarry on their own, with few problems in pregnancies that end before 10 weeks. After 10 weeks, the miscarriage is more likely to be incomplete, requiring a D&C procedure to be performed. Choosing whether to miscarry naturally (called expectant management) or to have a D&C procedure is often a personal choice, best decided after talking with your health care provider.

Some women feel comfort in going through a miscarriage in their own home, trusting their own body to do what it needs to. Some see this as a vital part of the healing process, eliminating the question of “what if?” about the health of the pregnancy. There are also many women who miscarry who have a history of gynecological problems and don’t want to risk the possibility of any more complications occurring from having a D&C procedure done. For most first trimester miscarriages, expectant management should be a viable option.

For some women, the emotional toll of waiting to miscarry naturally is just too unpredictable and too much to handle in an already challenging time. Healing for them may only start once the D&C procedure is done. A D&C may be recommended for women who miscarry later than 10-12 weeks, have had any type of complications, or have any medical conditions in which emergency care could be needed.

How is a D&C procedure done?

A D&C procedure may be done as an outpatient or inpatient procedure in a hospital or other type of surgical center. A sedative is usually given first to help you relax. Most often, general anesthesia is used, but IV anesthesia or paracervical anesthesia may also be used. You should be prepared to have someone drive you home after the procedure if general or IV anesthesia is used.

1) You may receive antibiotics intravenously or orally to help prevent infection.

2) The cervix is examined to evaluate if it is open or not. If the cervix is closed, dilators
(narrow instruments in varying sizes) will be inserted to open the cervix to allow the surgical instruments to pass through. A speculum will be placed to keep the cervix open.

3) The vacuum aspiration (also called suction curettage) procedure uses a plastic cannula (a flexible tube) attached to a suction device to remove the contents of the uterus. The cannula is approximately the diameter in millimeters as the number of weeks gestation the pregnancy is. For example, a 7mm cannula would be used for a pregnancy that is 7 weeks gestation. The use of a curette (sharp edged loop) to scrape the lining of the uterus may also be used, but is often not necessary.saya rasa saya yang ni la kan.rasa ngilu je bila baca balik.

4) The tissue removed during the procedure may be sent off to the pathology lab for testing.

5) Once the health care provider has seen that the uterus has firmed up and that the bleeding has stopped or is minimal, the speculum will be removed and you will be sent to recovery.

What are the possible risks and complications of a D&C procedure?

* Risks associated with anesthesia such as adverse reaction to medication and breathing problems
* Hemorrhage or heavy bleeding
* Infection in the uterus or other pelvic organs
* Perforation or puncture to the uterus
* Laceration or weakening of the cervix
* Scarring of the uterus or cervix, which may require further treatment
* Incomplete procedure which requires another procedure to be performed

What to expect after the D&C Procedure:

Most women are discharged from the surgical center or hospital within a few hours of the procedure. If there are complications or you have other medical conditions, you may be kept longer. You will more than likely be given an antibiotic to help prevent infection and possibly some pain medication to help with the initial cramping after the procedure. Things to know about taking care of yourself at home:

* Most women can return to normal activities within a few days, and some feel good enough to return to normal non strenuous activity within 24 hours.
* You may experience some painful cramping initially, but this should not last longer than 24 hours.
* Light cramping and bleeding can be expected from a few days to up to 2 weeks. Ibuprofen is usually suggested for treating cramps.
* You should not insert anything into the vaginal area, including douche and sexual intercourse, for at least 2 weeks or until the bleeding stops. (Your health care provider should give you specific instruction for when intercourse can resume.) hahaha..en. suami kene puasa.dan saya rasa lebih dr 2 minggu. macam dah sedikit takut. trauma kah?
* Tampons should not be used until you start your next regular period, which could be anywhere from 2-6 weeks after the D&C procedure.
* It will be unknown when ovulation will return, so once sexual intercourse is allowed, you should use a method of contraception until your health care provider says it is okay to try to get pregnant again.
* Make sure to attend your follow up appointment.

Most women experience few complications after a D&C procedure, but you should be aware of things that could signal a possible problem. Your health care provider should give you specific instructions on what you should expect, but you should contact them as soon as possible if you experience:

* Dizziness or fainting
* Prolonged bleeding (over 2 weeks)
* Prolonged cramping (over 2 weeks)
* Bleeding more than a menstrual period, or filling more than a pad an hour
* Severe or increased pain
* Fever over 100.4 °F or chills
* Foul smelling discharge

saya sehat seperti sedia kala. saya kuat kan! takde pon tanda2 di atas. syukur alhamdulillah!

biasanya orang miscarriaged akan mengelak buat D&C ni. ada mitos yang saya dengar lepas buat boleh mengurangkan chance nak pregnant. saya takut nak buat. ibunda cakap tak. itu kepercayaan orang kampung.huhu.ok.saya lagi kampung dari ibunda nampaknya.

Saturday, 4 July 2009

terima kasih suami

tamparan ini mula-mula macam sangat berat. saya tak sure boleh bangun semula. hilang keyakinan diri. hilang kegembiraan.

tak sangka, dalam masa 5 hari saya dah pulih fizikal (luaran la) dan mental. semuanya atas bantuan family dan kawan-kawan.

dan juga suami tersayang. mesti la kan. walaupon saya tahu. tamparan itu kamu rasa same hebat, ataupon mungkin lebih. kehilangan zuriat, isteri saket, dan penat kene kerje lebih ;p

lepas buat DnC, perut sangat cramp, macam kene hiris dengan pisau. saya menangis masa tu. tak tahan saket. tapi masa tu macam kurang waras sedar sepenuhnya. kiss suami dan usapan di kepala (walaupon saket di perut) dapat mengurangkan saket.


chef yang gagah lagi seksi.hehe

ni menu saya malam ni. my lovely en. suami yang masakkan

habes!!sedap tau~

kepada en. suami. terima kasih di atas sokongan dan bertahan dengan emo-an. nanti kamu saket saye jage kamu ye. lagi dua bulan kita buat anak laen ek.nanti ade la rezeki laen ek

Thursday, 2 July 2009

kosong

baby,mama dah bukan wanita pregnant. mama wanita yang bawak baby yang dah tak bernyawa sejak 2 minggu lepas dalam rahim. kalau kamu masih tak nak keluar by esok, esok mama kene g cek lagi dan buat tindakan seterusnya. tolong la keluar dengan normal baby. supaya mama tak sakit sangat

mama keliru.kalau kamu dah takde dengupan jantung sepatutnya dua minggu lepas kenape last week kamu gerak2 lagi?kenape doctor tu cakap kamu ok jer?

faris/farisya.name simple yang kami pilih untuk kamu. tak ade rezeki nak tengok kamu besar. mungkin ada sebab.

doctor cakap bukan sebab bende mama buat ataupon bukan sebab benda yang mama tak buat.bukan sebab bende mama makan ataupon sebab benda yang mama tak makan.doctor cakap mungkin kamu ade kecacatan yang menyebabkan kamu tak mampu bertahan untuk membesar. mungkin ada hikmah disebalik kejadian. mungkin mungkin mungkin
ayat tu memang mama dah biasa dengar. dan memang bende yang selalu mama takut.

semalam mama tak leh tido.tak saba nak tunggu pagi. tunggu papa kamu bawa mama gi check up tempat laen.dan mengharap doctor tu salah. mama nak kamu hidup. semalam mama teringat balik ayat-ayat perbualan mama dan papa masa kami happy bila tahu kamu ada dalam perut mama.ayat ni macam di record. di rewind dan di play. berulang-ulang

'u rase baby ni laki ke perempuan'
'taktau lah, tapi i rase baby ni pompuan.sebab i nak baby laki. biasanya i tak dapat ape yang i nak.'

mama nak kamu membesar dan jadi bayi yang sihat.takpelah.mama happy sekurang-kurang nya mama ade peluang untuk rasa pengalaman mengandungkan kamu. kamu baby yang baek. tak pernah bagi mama masalah. mama tiada alahan pon. mungkin kamu tahu kamu tak lama. kamu nak pengalaman baek je letak kat mama.pengalaman mengandungkan kamu sangat bermakna.

semalam mama sedih. papa sangat sedih. mama sedih sebab papa sedih. tapi hari ni mama macam dah boleh terima untuk lepaskan kamu. dah takdir kita kan baby.

darah macam keluar banyak sikit petang ni.mungkin kamu dah bersedia nak berpisah ngan mama.mama dan papa sayang kamu. sangat-sangat