Monday, 7 May 2012

step by step: lasagna alfredo

 ni food kegermaran maryam buat masa ni ni. kalau buat ni mesti laju jer tadah mulut, cepat jer habis. hari tu buat 2 hari berturut-turutpon laju makan..heeee. suka mak sebab senang.
 
Lasagna alfredo



Bahan-bahan white sauce:
1 ulas bawang putih
¼ labu bawang besar
1 sudu unsalted butter
1 sudu tepung atta
Cheese cheddar parut
Cheese parmesan parut
Serbuk buah pala
Air/susu

Cara membuat  sos putih:

1)      Cairkan unsalted butter.

2)      tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.


3)      Masukkan tepung atta, kacau sehingga membentuk paste


4)      Apabila sudah membentuk paste, masukkan air /susu sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan dikehendaki.

5)      Masukkan cheese  dan serbuk buah pala(tinggal kan sedikit untuk topping sebelum dibakar)

6)      Kacau sehingga semua cheese cair.





 

Bahan-bahan lain:
Lasagna sheet segera (direndam 1 jam sehingga lembut)
Bayam cincang
Isi ayam diperap dengan lada hitam

Cara membuat lasagna:

1) preheat oven pada suhu 180 degree C

2) masukkan sedikit white sauce kedalam ramekin. Lapis dengan kepingan lasagna. 

3) tabur bayam dan isi ayam. Kemudia curahkan sedikit lagi sos putih.

4) kemudian lapis lagi dengan lasagna sheet. Ulang langkah sehingga 2 lapis lasagna sheet.
5)atas sekali, curahkan sedikit sos putih dan tabur lebihan cheese parut tadi.
 
6) bakar selama 30- 40 minit.



done! 

selamat mencuba

*pssstttt: badan busuk bau bawang lepas penat-penat masak meh ler beli perfium dengan mak. click sini untuk dapatkan perfium original dengan harga yang murah

4 comments:

  1. sokmo terliur dengan menu Maryam..huhuhu

    ReplyDelete
  2. lasagna sheet kena rendam dulu ye? bentuk bulat ni kt mana nk dapat?

    n ayam perap ngan lada hitam x pedas ek?

    TQ in advance from mak yg baru nk rajin masak utk anak :)

    ReplyDelete
  3. i suke lasagna... leh try buat..tapi kene beli mangkok yg boleh masuk oven la...takpun order kat u la Farah! hehehe...

    ReplyDelete
  4. kak farah.. tahniah.. ye.. sy bca kat fb akak tgh preggy kan..hihihi..tahniah maryam bakal dpt adik.. jga kesihatan :)

    ReplyDelete