Wednesday, 29 June 2011

Day 23 – 15 facts about you.

1. saya anak yang rebel. sebab tu parents kahwinkan cepat-cepat. dan sekarang tugas saya rebel kepada husband pulak. heheheh *evil grin*

2. saya tak suka mengemas. sungguh tak suka. tanya kawan-kawan saya dari mrsm sampai utp. bernaseb baik masuk mrsm yang tak perlu kemas katil hari-hari dan dapat rumet rajin mengemas kat utp. tapi sekarang mengemas adalah tugas saya. -_____-"

3. saya suka menganalisa orang. punyai instinct yang kuat dan sangat sensitive dengan bahasa tubuh seseorang.

4. saya dulu adalah seorang yang tak reti nak bersabar. kalau nak sesuatu saya akan tergedik-gedik sampai termimpi-mimpi. sekarang sudah banyak improve. tak banyak wish list dalam kepala. mungkin sebab tak de duit. haha!

5. saya sangat senang marah. saya juga sangat senang sejuk.

6. saya benci orang yang konon berimej warak tapi tak reti nak jaga perangai.

7. saya benci poligami. sebab orang sekarang ni kahwin ramai nak ikut sunnah nabi tapi benda-benda lain tak ikut pulak sunnah nabi. saya rasa poligami memberi kesan buruk kepada cara saya berfikir dan pandangan saya terhadap lelaki. no offense yer kepada sesiapa yang terlibat.

8. saya pernah berpacaran selama 4 hari sahaja dengan seseorang. masa saya kena ngorat tu saya pikir,

"try lah berpacaran dengan dia ni. sebab orang yang ku tunggu-tunggu pon tak pasti akan menjadi hak atau pon tidak"

selepas 4 hari baru sedar.

" i nak terus menunggu"

dan orang yang i tunggu tu adalah husband i. berbaloi ke?

berbaloi la jugak. sekarang dah keluar maryam. haha

9. saya sensitive. saya penyayang. saya setia. dan saya mengambil berat. orang cancer memang begitu.

10. i ade problem 2nd child sindrom yang agak kronik. sampai ke besar. sudah hilang sikit-sikit lepas kahwin. but kadang-kadang still terasa lagi.

11. nama saya unik. m.a.g.h.f.a.r.a.h

12. saya suka berkawan ramai-ramai. berkawan berdua berkepit adalah sungguh rimas. tapi berkepit dengan husband best pulak.

13. saya akan mencarut setiap kali kene nak pasang balik cadar. tilam berat weh!

14. saya dan husband sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan carutan dalam kehidupan. tak bagus untuk maryam.'

15. saya rasa romen itu indah. eh

7 comments:

  1. kahkahakahka...yg last point tu, i takyah highlight.. i dah tau..kekekke...

    ok2 farah.. u know what 16/7 adalah org yg sama perangai..and yesss!!! all 15 fact points sama dgn i:))

    ReplyDelete
  2. kah kahhh kahhhh, memang kelakar...
    bab tukar cadar katil, akak pun rajin membebel, tilam berat
    akak pun tak suka poligami, akak dah buat perjanjian ngan en. abah, kalo dia nak kawin sorang lagi, dia perlu bercakap benar, perlu berterus terang n dia kena tinggalkan akak

    ReplyDelete
  3. Farah pon sama ngan kak ila juga cuma beza sket sebab kak ila kijo, tp masa anak sorg dulu kak ila duduk rumah jaga Haziq jah..masa ni meme banyak bersabar sebab xleh nk shopping sesuka hati (pasal xdop duit ah), aloh masa keje pon xleh shopping kokser juga cuma pandai susuk jah..hahaha

    ReplyDelete
  4. oooh mmg namanya maghfarah eh..unik2x..^_^ ingt nama glamer jer..hee~

    betul2 part nak salin cadar tu, tilam berat ooo..huu~

    dan betul jugak fakta last skali tu..ekeke.. =P

    ReplyDelete
  5. Maghfarah tu memang nama yg best! Unik tau.

    Mencarut psg cdr tu sy sgt la faham.

    Yg last tu,..err,..mmg indah..haha

    ReplyDelete
  6. nama mmg unik...macam mana perangai kita masa zaman muda2 pasti byk berubah bila kita makin dewasa dan punyai anak

    ReplyDelete
  7. ooh i tot nama maghfarah tu nama pena jer...

    maghfarah tu stand for what eh?

    no 15 tu seks eh? ha ha ha...

    oooh indah sangat....

    ReplyDelete