hello~
hoyyeah~
mood berblog secara normal kembali lagi. kalau jiwa kacau mood berblog pon kacau kan. kesian sesiapa yang singgah blog mak neh. kosong tanpa update. update pon hampes-hampes sajor.
aku dah happy lepas jumpa syahir. dan berbekalkan nasihat-nasihat dari ibunda.
' bukan semua bende kita mampu jadi yang terbaik. tapi kita kene tunaikan tanggungjawab dan ikhlas. insyaallah akan ok.'
baik mak.
tadi aku jumpa seorang makcik yang merangkap saudara dekat aku masa g melawat tok sedara aku kat hospital. sepupu mak aku. dekat la kan. ayat terbaek dia bagi aku. naseb baek kau tua.
' dah lama sangat ni. takkan takdok lagi kut. orang lain yang kawen lagi lambat pon dah nak ade anak. dah lama sangat ni'
dia sebut dah lama sangat tuh macam 10 kali dalam satu ayat. mane ade lama sangat mak cik. tak sampai setahun pon lagi. naseb baek saya ade masalah yang lagi berat. setakat masalah orang tegur tak dak anak ni aku dah macam malas nak layan.
kadang-kadang orang ni kejam. tak boleh ke kalau bercakap tu pikir perasaan orang. heh.
lantok lah dia. lepas pergi melawat tok sedara pegi jumpa awoh. update gossip-gossip basi. ni memang pengembali mood terbaik. hahaha
husband kesayangan pon sangat romantik hari ni. or lebih sesuai dengan perkataan 'romantik pelik'. dah lama tak dilayan macam hari ni. betul ke dah lama. tipu ah. mungkin seminggu tu lama kut. hehe
bila bangun-bangun tido jer dah dikejutkan dengan cara yang aku suke. jadi mood aku akan baik sehingga mata tertutup balik malam ni. hehe. gatal
sayang nya nak biarkan hari ni berakhir. huhu. boleh?
esok banyak benda nak kene buat. pegi umah nenek-nenek, atok-atok. g kedai. petang tak pon malam akan kembali ke rumah PIL. lusa kami akan bertolak ke kerteh.
lepas pegi kerteh baru lah balik ke jalan cinta kasih. lepas tu bermulah sesi hormon fasa ke tiga aku. hehe. tak dak benda best pon dalam hidup i kan. putar-putar benda sama jer.
dah la merapu. selamat malam. semoga esok seindah hari ini.
love.
hi, menantu! selamat kenal :)))))
ReplyDeleteumah nenek-nenek, atuk-atuk. ramaikah? hehe
tok sah layan makcik mcm tu walaupun mmg sakit ati gaklah dgr ayat2 dia tu. Mmg rasa mcm nak laser blk, sib baik dia tua hehe. Dah rezeki x sampai lg kan. Huh! I kawen almost 3 yrs baru berjaya preggy (now coming to 6 months). Even penah gugur before dan ada record la yg kita ni blh preggy but makcik2 ni will keep on saying things like this selagi x nmpak budak kecik dpn mata. I have a fren dh kawen 11 yrs msh xde rezeki lg. Siankannnn...
ReplyDelete