Saturday, 21 November 2009

tag

tq kak zaila sebab tag saya. sebab saya memang malas nak transfer gambar nak bercerita pasal semalam.

okeh.kita terus ke tujuan asal kita

a. Write five (5) interesting facts about the person who gaves you this award.

1) kak zaila berasal dari kelantan macam i jugek
2) ada sepasang anak yang comel. nur ameera husna tu sangat tak boleh blah kecomelan dalam nakal die bile die potong rambut ari tuh! tak nak tambah lagi sorang ke?hehe
3)semenjak dua menjak ni suka tempek resepi kat blog die. saya suke resepi ikan bakar yang nampak menarik tu. harus la dicuba
4)saya rasa dia seorang yang suka berniaga macam saya. sebab darah dari negeri yang sama ke? haha.
5)blog dia menarik sebab dia ni humble orang nya walaupon die orang yang hebat. bekerja+anak 2 orang+suami. tapi takde bibik pn! hebat kan? saya yang tak kerja pon tak larat nak layan kecerewetan suami saya =p

b. Jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies...

1)saya menarik kerana nama saya menarik maghfarah binti che manshor. dan lagi membuatkan saya lagi menarik adalah kerana saya telah berkahwin dengan suami yang menarik bernama mohd faizal b rusli.

2)saya juga menarik kerana dulu saya belajar disebuah ipts yang tersohor (pada nama) selama 5 tahun untuk pergi konvo sebab nak salam ngan tun mahathir. tapi masa saya konvo hassan merican yang tak senyum langsung tu je ade =(. dan tambah menarik lagi lepas ade degree saya malas mintak keje.hehe

3)saya juga menarik kerana dulu saya adalah minah rempit underground. bukan rempit naik rxz okeh. motor-motor besar. tapi saya naek skuter. (hanya awek dibenarkan naek skuter)hehe.saya pernah naek cameron highland naek motor. sudah insaf bila kenal en.suami.hehe

4)saya juga menarik kerana sekarang bila jumpa orang, orang akan cakap saya lembut. dan keibuan. sungguh comel(wtf!). adakah sekarang saya pandai berlakon ataupon saya dah berubah?????-_-"

5)yang menariknya saya tak banyak cakap dengan orang yang tak kenal sangat. oleh kerana sekarang saya dikelilingi oleh orang yang saya tak rapat. so, saya dilebel sebagai pendiam. tapi en.suami yang menarik tuh boleh cakap dengan siapa-siapa saja sampai satu taman perumahan ni kenal die. polis yang saya buat polis report haritu pon sampai ajak g rumah raya ni. tapi kalau berdua dengan saya, saya yang banyak membebel.dia hanya pendengar(kadang-kadang buat-buat dengar). menarik kan?

6)saya adalah orang menarik kerana saya adalah ratu air mata. masa training hari tu trainer suruh bercerita dan tajuknya bebas. saya dengan menariknya menangis masa bercerita kerana saya bercerita pasal shahir. adik saya yang menarik tuh~

7) saya adalah orang yang menarik kerana saya belajar 3 jam je untuk dapatkan lesen kereta. dan saya memang tak pandai bawak kerete langsung.hebat kan? terer ke saya bawak kerete? lu pikir la sendiri~

8) saya seorang yang menarik kerana saya suka buat semua kerja rumah kecuali lipat kain. bila dah en.suami bagi hint baru lah terhegeh-hegeh nak lipat.saya seorang yang menarik kerana walaupon belajar cara basuh kaen dengan cara yang betul sejak form 3 lagi(kelas kh) dan saya best student untuk subjek kh tapi saya baru praktikkan sejak kawen. dan untuk buat cerita lagi menarik saya dah rosakkan sehelai 2 helai baju en.suami. dan dua-dua sebaik saja dibeli belum dirasmikan tuan baju.hoho (perlu ke bangga?)

9) saya menarik kerana saya tak ada makanan feveret kerana semua makanan dan minuman saya suka. sebutkan saja dan hidanglah depan mata saya. pasti akan habes. sebab tu bibik MIL saya sayang saya. dan yang paling menarik saya ni sentiasa diet. camno tu?

10) saya seorang yang menarik kerana saya suka membaca. saya akan membaca botol shampoo kalau dah takde bende sangat nak baca kalau dalam toilet masa tengah *ehem*. sebab saya suka membaca, maka timbulla hobby baru berblogging bila asyik baca blog orang jer.

saya rasa blog tak meriah la kalu takde gamba. jadi saya upload gamba novel yang terbaru saya habes baca.

c. pick your ten (10) more deserving recipients and the describe them

1) en suami : die seorang suami kepada isteri yang sexy. yang terpaksa bekerja keras sikitsebab ada isteri yang malas bekerja. (u tak perlu nak menaip bagai. secara lisan pon sudah ok)=p

2) semua orang yang komen entri ni.ngahaha









4 comments: