Monday, 12 December 2011

all in one chicken nugget

ni entry ni. i mengarang di tengah-tengah malam di atas katil di tengah-tengah antara husband ngan maryam semata-mata untuk kak sally yang nak resepi untuk radhi. hehe. kalau ikut i, nak buat sekali lagi resepi ni baru nak masuk blog sebab rupa tak semengah. hehe. tapi rasa dia, dengan yakin, telus dan ikhlas i cakap tersangat sedap. hehe. maryam pon suka. ni resepi veggies nugget ambik dari HMSSFYB macam biaso, i makhluk tak reti nak ikut resepi. so i ubah-ubah sikit mau kasi semua benda ada kat dalam. tak payah nak bersusah payah dah. hehe. all in one!

all in one chicken nugget

 bahan-bahan

2 biji potato direbus (jangan guna russet, sebab peroi, guna yang isi kuning sikit tu.granola holland potato)
3 sudu besar labu yang dah di steam (tak perlu blend, korek isi dari kulit jer)
2 sudu peas dilenyak kasar 
sedikit bawang besar holland (cincang)
2 sudu besar isi ayam didadu halus (blend lagi bagus)
sedikit serbuka lada sulah
1/2 sudu teh unsalted butter
1 sudu teh cheese didadu halus
oat (diblend halus)

tumis bawang dengan olive oil, masukkan peas. lepas tu baru ayam. biar ayam masak sikit-sikit jer,jangan terlalu kering. biar basah jugak sikit-sikit.air manis tu penting. hehe

lenyek kentang, labu, dan campurkan semua bahan ditumis tadi, masukkan lada sulah, cheese, unsalted butter. gaul sebati.

 mula-mula i buat pesen ni.

oat blend tu, i tabur atas chopping board, letak adunan, lenyek, pastu atas adunan tabur lagi oat. pastu tekap. buttttt, kerja itu adalah sangat leceh. i xgemor leceh-leceh ni. hahaha

so i gaul jer sekali oat tu dengan adunan. letak lah dalam 2-3 sudu besar. sampai adunan senang nak ditekap. jangan banyak sangat, nanti adunan keras kejung susah baby nak makan. kita makan tak pe. so adunan tu memang lembik sikit, tapi masih boleh di bentuk. nanti bakar dia keras lah.

tekap guna acuan suka hati pilihan anda, bakar pada suhu 180 degree C, selam 20-30 minit. ikut tahap kekerasan yang anda mahulah. 
boleh buat banyak2 untuk 2-3 kali makan, boleh simpah lah 4-5 hari. simpan dalam freezer yang belum bakar, bila nak makan kelarkan dan bakar. and simpan dalam bekas tu lapik lah ngan wrapping plastic tu. kalau tak nanti dia melekat antara satu sama lain.

yang paling kanan tu nampak cantik kan? tu yang mula-mula i buat yang guna cara lapik oat atas dan bawah tu. buat 2-3 ketul jer macam tu. leceh tapi hasil cantik lah. nampak lah macam betul-betul nugget. tapi kalau pemalas lipas macam i, jangan risau. sebab texture dan rasa sama jer campur terus pon. hehe

sup ayam labu

semenjak dua menjak ni banyak yang i belajar pasal labu. heheh.. labu ni antara makanan terawal i bagi maryam sebabnya peti i memang sentiasa ade stock labu. masa tu tak tahu pon pumpkin ni super fruits. hehe. kredit to my nenek sebab tanam labu, so dari kecik lagi i makan labu, bila besar pon susah nak tinggal labu ni. untuk nak perkenalkan baby dengan labu ni, bole baca kat SINI

kehebatan super labu.

labu kaya dengan beta carotene dan vitamin A. beta cerotene ni salah satu daripada carotenoids yang apabila dimakan dan dihadam akan bertukar menjadi vitamin A. boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan cancer. mengurangkan effect ageing jugak (mommies suka la tewww)

dia juga kaya ngan anti-oxidant (pon mommies suka la tewww) SO untuk babies, Pumpkin ni adalah salah satu buah yang mengandungi high antioxidant. Babies sebenarnya kuat makan (kalau tengok saiz diaorang lah) dan cepat membesar. And because of this they used lots of oxygen to help the body turn food into energy for development. Secara ringkasnya penggunaan oxigen yang banyak untuk pembesaran babies akan menyebabkan kerosakan kepada sel-sel dalam badan mereka (yang disebabkan oleh production of free radicals) ketika process tadi. Tambahan pula dengan peningkatan polutions di sekitar kita, sel-sel dalam badan boleh bertambah rosak sedikit demi sedikit. Antioxidant membantu untuk memperbaiki kerosakan sel-sel dalam badan, dan ianya juga adalah source untuk redegeneration tisu-tisu dalam badan.

Vitamin A membantu mengawal sistem imun, yang membantu mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel-sel darah putih yang memusnahkan bakteria berbahaya dan virus. Vitamin A juga boleh membantu limfosit (sejenis sel darah putih) melawan jangkitan dengan lebih berkesan. 

Vitamin A, sangat baik untuk gigi, tulang dan tisu lembut dalam badan dan kulit. Tambahan lagi ianya juga membantu penglihatan yang baik. Vitamin A is also known as Retinol because it produces the pigment in the retina of the eye.

labu ni low in fat, low in calories but high in fiber. (sape nak diet, sila pergi dapatkan labu di pasaraya berhampiran. hehe)

seperti yang kita tahu, food high fiber adalah penting untuk kesihatan sistem penghadaman yang baik. Kesihatan penghadaman yang baik adalah baik untuk keseluruhan sistem imun kerana 75% daripada kesihatan kita terletak di dalam usus kita! Tanpa sistem penghadaman yang betul2 berfungsi, sistem imun kita tidak mempunyai peluang. Labu mengandungi bekalan yang sihat serat berfaedah, yang boleh membantu meningkatkan sistem imun anda dengan menggalakkan usus yang sihat.

Vitamin C adalah vitamin larut air yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu di dalam badan. Oleh kerana Vitamin C tidak disimpan dalam badan, kita harus terus membekalkan badan kita dengan vitamin ini melalui diet kita. Labu tinggi Vitamin C

vitamin B,kekurangan dalam vitamin B kompleks boleh menyebabkan pembesaran dan kerosakan hampir setiap organ dan kelenjar di dalam badan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa thiamin boleh menguatkan sistem imun dan menggalakkan keupayaan badan untuk bertolak ansur dengan tekanan. Labu tinggi dengan vitamin B; Oleh itu, sumber yang besar bagi nutrien ini yang sangat penting.   

Sementara Niacin pula, atau nama lain nya vitamin B3, helps the body convert carbohydrates to sugar or glucose, which the body uses for energy. Niacin juga membantu nervous system, sistem penghadaman dan membantu menyihatkan kulit, rambut dan mata.

 potassium is important untuk tumbesaran badan sebab ianya dapat mengekalkan keseimbangan air di antara sel-sel dalam badan dan cecair dalam badan. bagus untuk regulate blood pressure jugak. Selalunya buah-buahan yang high in potassium juga high in calories, tapi Labu ni tidak !!!  

lain-lain, Vitamin K, Folate (sangat penting semasa pregnancy), Selain minerals likes potassium dan iron, Labu juga mengandungi Phosporus, Magnesium, Calcium, Sodium, dan sedikit zinc, manganese and copper.


HEBAT nya labu! hehe


sumber kuliah di HMSFFB by kak farah, disini , sini jugek 

arghhhh..tido lambat sambil buat entry pasal makanan mengundang kelaparan. sudah la tukan. entry berilmiah sangat bosan. haha. untuk maklumat lanjut sila lah google. ngehehe (menaip sambil makan roti + nutella di tengah malam. errr..kul 230 pagi. bukan tengah malam. heaven kan?) -____-"
 
 sup ayam labu.

 bahan

3 keping hirisan dada ayam
1 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
halis sehiris*
sedikit hirisan leek*
serba sikit rempah tumis 4 beradik*
1/2 sudu teh serbuk rempah sup*
celery stick
sedikit tomato
labu

tumis bahan bertanda * dengan minyak sayur. biasa i guna pure olive oil. kalini guna canola sbb i nk tumis lama skit..bil dah naik bau masukkan air ngan ayam. tunggu masak, masukkan sayur mayur. bila labu dah lembut maknenya done!

 sup ayam labu penuh kasih sayang

boleh dimakan dengan apa saja

for lunch, i bagi ngan oat. termasak lebih pulak oat. dinner bagi dengan brown rice+ beras wangi masak lembik-lembik, nak rebus pasta ke, cicah roti pon setap!

 ni baru bangun tido petang. ummi bagi makan buah

i ska tengok dia comot bila makan. nampak bersungguh jer makan. hehe

Sunday, 11 December 2011

best nye kalau boleh sambung tido...

 maryam dilanda growth spurts!

dia tak reject apa saja food yang i masak 2,3 hari ni. semua makan. heheh..bezanya kuantiti makan la. kalau baru jer menyusu tak lapar sangat makan sikit. kalau lapa makan banyak. and snek pon wajib makan.menyusu pon kuat. bangun menyusu pon kuat.

sebab dia asyik bangun menyusu jer semalam, pukul 5 lepas dia bangun menyusu entah kali keberapa i bangun makan roti. laparrrr. haha! makan roti sekeping ngan nutella.bukak lappy kejap. tertido kat luar, then tersedar maryam nangis mau susu lagi! ayoyoyo..lepas menysu, dia kacau walid dia tido. hehe..awal la walid ngan ummi bangun hari ni. and now, saya adalah sangat lah mengantukkkk....

 sekarang dah memang berjalan sepenuhnya. dah boleh cari kasut berjalan dah ni. sekarang dok pakai kasut pre-walk lagi. hehe

breakfast maryam: yogurtlicious sweet sour oat

oat dah masak 2 sudu besar + 1 sudu kecik yogurt full cream + 1/2 biji pisang montel + 1 biji pittef prune ( cincang)

saya guna organic pitted prune jenama radiant ni

beli kat jusco bahagian organic. rm 13.90 kalau tak silap

 
ready to ngap!

Thursday, 8 December 2011

baby's nasi goreng cina

 hari ni masa tengah masak food maryam gas habis. i call kedai bawah pulak tak angkat. dan i adalah terlalu paranoid untuk nak call mane-mane kedai apek yang tak biasa suruh hantar gas. dah la sorang-sorang. naseb baek masa tu dah siap tanak nasi maryam. so i masak simple-simple guna rice cooker sajor. heheh. ade lagi skill masak guna rice cooker ni. zaman-zaman belajar dulu selalu lah buat. heheh

baby's nasi goreng cina


bahan-bahan
1.5 cawan nasi lembik (campor beras perang dan beras wangi)
1 ulas bawang putih
sedikit bawang besar
sedikit isi dada ayam
1/2 biji telur
puree jagung
puree keledek
kacang peas

tumis bawang dengan olive oil sehingga wangi dan lembut, masukkan dada ayam. setelah dada ayam masak, masukkan telur, peas dan puree. kacau sehingga telur betul-betul masak, masukkan nasi. kacau sebati. siap~


huhu..sebenarnya macam masak scrambled egg jer. cuma letak isi ayam dan nasi. tapi kaannnn, maryam suka sangat. sampai marah-marah sebab i lambat suap.  seronok mak menyuap. =)

sebab gas takde, i tak boleh lah masak. food maryam tu memang wajib masak. camane pon kene masak, kalau tak dia nak makan ape kan. for us, husband belikan satey kajang kat hentian awan besar. dah lama sangat dah kiteorang tak makan satey kajang sejak kenal satey station. satey station jauh sikit pon rela pergi sebab puas hati. 

 hurm..memang masih kekal mengecewakan.

kenapa yer? kualiti satey haji samuri semakin menjunam-junam? sebab ambik ramai pekerja indon ke? tak nikmat pon makan. daging keras, satey hangit. nasi terlebih lembik macam dah nak bagi maryam makan. kuah for me ok. tapi husband kata tak sedap.

tak akan beli lagi satey kajang hj samuri ni walaupon teringin sangat. akan tunggu jer weekend. g makan kat satey station jer puas hati. heh!

dua-dua tengok tv lepas kekenyangan. layan dhia youuuu~

Wednesday, 7 December 2011

bubur sup daging

my husband balik kerja awal hari ni. peristiwa yang jarang berlaku. kalau balik awal, boleh lah dia suapkan maryam makan. harini i masakkan maryam oat porridge, husband cakap maryam macam lama jer tak makan nasi. mana ada~ i gilir-gilir la. (tapi seronok masak oat sebab dia makan banyak kalau oat) bukan semua menu masuk blog. huhu. ni menu hari isnin kut. dah upload gambar, tapi peram jer kat draft.

bubur sup daging

bahan-bahan:

serba sikit rempah tumis 4 beradik (ni i google nama dia ni. haha..orang kelantan panggil "kakah nnumih")
sehilis halia (mayang)
seulas bawang putih
seulas bawang merah
1/2 sudu rempah serbuk adabi
3-4 sudu beras (saya buat half beras wangi, half beras perang)
2.5  mug air (kalau pekat tambah lagi air lagi)
1/2 cawan stock daging (rebus daging simpan air)
daging (direbus, cincang halus/blend kalau baby kecik lagi)
celery
sayur mayur (saya letak brokoli, tomato, carrot)

ni rempah paling penting. rempah serbuk sup adabi.

daging rebus dicincang

1. tumis bawang, halia, dan rempah sup serbuk adabi, rempah tumis adik beradik dengan pure olive oil sehingga naik bau.
2. masukkan air, stok daging, daging, dan beras. kacau hingga hampir masak, masukkan celery dan carrot.masukkan sedikit lagi air jika perlu.
3. bila dah masak masukkan tomato. kacau, sebelum tutup api, masukkan brokoli.

siap bubur sup daging. makan dengan hirisan daun sup

masak masa dia tengah tido.

bangun tido, lapar-lapar ummi suapkan bubur sup daging yang yummy. dah lah selera makan dia tengah mencanak-canak naik sekarang. nak masak pon happy jer=)

dinner pon menu sama. hehe. masa selera tengah naik ni. mengulang menu pon tak pe=)

bila saya kenyang, sayalah orang paling happy~

Tuesday, 6 December 2011

love in the box part 2

 nasi gorem tomyam


zaman dulu, sebelum ade sistem matawang kita tukar barang suka sama suka kan? so aci tak tukar suka sama suka macam ni? nasi goreng i, i goreng penuhhhh kasih sayang. mahal tuh.=P

Monday, 5 December 2011

cepat dimasak sedap dimakan!

 baby's salmon olio

 bahan-bahan:
isi salmon
1 ulas bawang putih
bawang besar holland
segenggam pasta (saya guna spiral vegeroni)
1/2 biji tomato (cincang)
carrot (parut)
celery stick (parut)
brokoli
daun sup (ambik daun jer, cincang)

1. tumis bawang dengan olive oil yang banyak dari menumis biasa. bila dah wangi dan lembut masukkan salmon, kacau sehingga masak.
2. masukkan tomato, carrot dan celery stick. masukkan air sikit, biar sayur masak. bila dah hampir masak masukkan daun sup dan brokoli.
3. akhir sekali masukkan pasta pilihan, kacau, tutup api.

*boleh tambah mix herb kalau nak, tapi saya tak tambah hari ni sebab daun sup and celery dah bagi rasa yang sedap
*tambah cheese pon setap!
*suka rasa capsicumdalam olio, tapi takde.

baby's salmon olio

kalau mummy nak makan tinggal tambah garam gula perah lemon jer. tapi i tumpang makan kosong gini jer.