Thursday, 16 June 2011

bola-bola api

fish ball ade jer yang dah siap, tapi i rase nak buat sendiri since dalam peti tu banyak sangat pulak lah ikan. so hari ni i terpikir nak makan sayur air letak fishball pastu goreng ikan. sonang.

Photobucket

Photobucket

orang berpantang boleh lah makan ni kan? sebab i guna ikan selar. tapi i campur kangkung ngan sawi. kalau berpantang masak lah sawi jer.

last-last tak goreng pon ikan. makan ni jer ngan nasi. kalau lama-lama husband os boleh kurus makan macam ni. haha

owh. bercakap pasal husband. sekali lagi dia tipu i. dia cakap nak balik sabtu, then siap cakap maybe kene extend, rupe-rupenye esok dah nak balik. tapi i tak marah lah. sebab nye memang dah rindu plus rumah dah kemas siap-siap. incase dia buat perangai lagi. haishh

Photobucket

Photobucket

maryam sekarang suka sangat tido mengiring. suka i tengok dia tido. cute jer. huhu

Wednesday, 15 June 2011

makanan paling best didunia

husband dah selamat turun offshore kut. handphone dia dah off. semalam dia cakap orang cakap laut bergelora lagi. dia nak cepat turun offshore nak siap-siapkan kerja then balik jumpa anak bini. lagi lambat turun offshore lagi lambat balik. sebab dah delay sehari ni mungkin jugak dia balik lambat sikit. mungkin lah. ape-apepon i doakan dia selamat pergi dan selamat balik. setiap kali dia turun ke laut hati i yang tak senang. sama jugak kalau dia naik flight, selagi dia tak cakap dah sampai or selagi phone dia off selagi tu lah hati tak senang.

semalam masak ketupat sotong. bagi i ketupat sotong ni adalah makanan paling best di dunia tambah-tambah kalau mak yang buat. huhu. bagi i sape yang tak suka ketupat sotong or tak pernah makan dah terlepas satu nikmat dunia. hahaha

my husband tak suka. rugi kan???

dia tak pernah makan pon, bila kahwin ngan i baru first time jumpa. i tak kisah dia tak suka. lagi bagus ade. boleh i makan banyak-banyak. hehe

semalam buat 4 ekor. saiz sederhana. guna beras pulut satu pot. gula melaka satu keping. santan setengah kotak, garam sikit, 2 helai daun pandan.

senang saja nak membuatnye. rendam beras pulut dalam sejam. pastu isi dalam sotong tu , jangan isi penuh sebab nak sumbat dia punya kepala, then pinkan dengan lidi/ pencungkil gigi. lepas tu campak jer dalam periuk, boh air sikit, santan sikit, gula melaka, garam sikit, dan yang paling penting daun pandan. if takde daun pandan jangan buang masa dan tenaga nak buat. sebabnya akan rasa lain macam. i pernah buat. haha. sebab teringin sangat nak makan. last-last kecewa. lepas campak semua benda, masak lah sehingga kuah memekat. kadang-kadang i jumpa orang masak letak bunga cengkih jugak sikit. ok jer kut kalau nak letak, tambah aroma. tapi i tak letak. kosong macam ni pon dah sedap. yang penting daun pandan dan gula melaka/ nisse kelantan marey~



Photobucket
yang menambah kesedapan ketupat sotong ni adalah kerana sotong ni bertelur. nyum-nyum.

rugi tau u tak makan bie

haha.

Day 11 – A picture of your favorite memory

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

first time tengok maryam bila doctor letak atas perut. kecik nya~
first time susukan maryam. doc cakap awak pandai.
first time awak tengok mommy

the best memory ever!

*tengok gambar pon dah rase nak nangis.
**thank you Allah

Day 10 – A photo of your favorite place to eat.

Photobucket

hehe. kenapa gambar tempat makan kesukaan adalah maryam? bukan maryam fokus disini. meja makan belakang tuh.

i suka kalau makan di rumah bersama family. tak kira family kecik or family besar.

makan luar pulak, i suka vichuda kalau nak makan nasi tomyam. fast food yang boleh mendatangkan mengidam kalau lama tak makan adalah kfc. dan saya tak pernah rasa bosan makan nasi kukus dnaim pantai dalam.

ok bab makan saya tak memilih. sebab saya makan semua. kalau nak listkan semua tempat makan yang i suka mati lah.

Tuesday, 14 June 2011

burrpp..alhamdulillah~

agak lewat bangun harini, tadi lepas subuh elephant susukan maryam pastu tertido sekali ngan maryam. bangun pukul 9 lebih husband call cakap tak boleh pergi lagi jadi nelayan. laut bergelora. lepas cakap ngan dia, keluarkan lauk ikan, udang ngan sotong, tanak nasi. masuk bilik mandikan maryam.

lepas mandikan maryam udang jer yang paling cepat cair, masukkan ikan and sotong balik dalam peti masak udang secara pantas. sebab maryam dah ngantuk nak tido and nak susu.

lepas maryam tido baru boleh makan. dah jadi brunch dah.


Photobucket
1/2 cup beras perang ngan stir fried turmeric prawns with veggies. haha. nama nok hebak tapi udang goreng kunyit jer.=p

i bertekad nak masak nasi hari ni sebab semalam tak makan nasi pon. bukan diet okeh. kemalasan melampau. nak order dari anne kat bawah pon rase bersalah sebab banyak sangat lauk ngan sayur dalam peti. akibat tak makan nasi belasah semua makanan tak sehat husband yang ade di dapor. coklat dia. oreo dia. goreng keropok ikan dan cucur jugak. aishh

husband i suka buat stok makanan tak sihat kat rumah. coklat ngan oreo memang tak pernah putus. tapi dia bukan makan pon! i lah dok tengok tenung hari-hari. buka peti nampak coklat, masuk dapo nampak orea. bukak kabinet nampak kerepek. lepas jeling-jeling tergoda jugak aku kan. iman hanya senipis bawang. aku lah tukang habiskan coklat ngan oreo dia ni. dia yang buat stok dia tak makan. pastu i lag yang dok gemuk sorang-sorang.

kalau i marah dia beli nanti dia cakap,

"i beli bukan suruh u makan"

yelah. tapi tergode tau.

missing her daddy

Photobucket

kepada yang bertanya kenapa budak kecik ni suka bojel tak pakai baju, jawapan nya adalah sebab mak die malas. hehe. ok tipu

walaupon kalau nak pakaikan baju macam nak berperang, nak pakai pamper pon macam tu jugak, tapi bukan itu sebab nya. sebabnya adalah budak ni selalu kepanasan lalu kepeluhan. kesian dia kalau pakai baju sampai berpeluh ketiak. jadinya dia hanya pakai baju pukul 12 tengahari kebawah dan 6 petang keatas untuk mengelak kejadian kegatalan dan kemerahan.

budak ni semalam tido pukul 2 pagi. -______-"

dia tak nak tido macam tunggu daddy dia. last time masa daddy OS pon macam tu jugak. tapi malam first jer. malam second dia dah tak kuasa nak tunggu. harapnya malam ni dia tido awal lah. mommy mengantuk nak~

Day 9 – A photo of the item you last purchased.

Photobucket

Photobucket

orang gemuk pakai baju besar memang nampak giant

sebab tu lah kena kurus
-___-"

my husband cakap dulu, lepas ade anak nanti tukar lah imej. skinny jeans dah tak sesuai for mak-mak.

i jawab,

" tengok lah kalau terbukak hati nak pakai sopan"

sampai sekarang skinny jeans i kalau i pakai jadi macam nangka jeans. ketat gelemat. -___-"

jangan mengingkari husband orang kata.

i cakap kat husband, nak tukar imej memerlukan kos yang besar. sebab baju sopan harganya mahal. macam baju yang i beli ni, harga dia 2 kali ganda dari baju yang i biasa beli. i cakap kat husband, i nak start kumpul baju sopan. kata nak ubah imej nak jadi lebih sopan dan menutup aurat. tapi beli online lah. sampai-sampai terlebih sopan pulak. besar gedobos. hampeh.

i tak tunjuk pon kat husband baju ni walaupon dah sampai 2 minggu lepas. sebab tak tahu bila nak pakai. besau melampau. -___-"

sape tahu tempat jual baju-baju muslimah murah-murah? butik online yang i jumpa semua mahal-mahal.