Friday, 3 February 2012

ummi, maryam hungry~

 kesahnya ummi terleka sangat sebab sibuk dok main fb *matik la kalau walid tahu ni* sampai sup maryam hangit kat dapor. maryam kalau bab makan dia sangat lah mengikut masa. pukul 12 biasanya dia akan menunjukkan tanda-tanda lapar. so ummi kene make sure kul 12 tu food dah memng ready untuk disuap..suhu sesuai. bukan masih menggelegak berasap-asap.

bila sup hangit, and kene masak buat kali ke 2, kul 12 tu sup masih lagi panas. xboleh nak suap lagi...kesian maryam. haha..lambat makan 2-3 minit xkurusnya maryam..hehe

sedang asyik tengok tv

maryam sebenarnya baru jer dapat mulut. dulu dia baby senyap bunyi kadang-kadang jer. sekarang bunyi bising tapi sepatah pon tak faham. yang i faham "mek" kalau dia nak milk, mama/ammeh kalau panggil ummi, abah kalau walid. tu jer..sekarang dok sibuk sebut "pak pak pak" ape entah...

lambat la sikit maryam kalau bab bercakap. it's ok my dear darling. take your time. sedap jugak dengar awak membebel dalam bahasa tak difahami. kadang2 buat ummi ngan walid ketawa. sungguh lawak bunyinya. so kalau nak ape-ape dia banyak guna bahasa syarat lah..macam baby-baby lagi..hehe mak dia kene lah pandai2 faham body language anak yer.

 bila lapar start lah menggigit macam-macam. meja pon dia g gigit.

 or, membebel-bebel kat kita sambil sumbat jari dalam mulut

 atoiii..lambat pulak sup tofu  ni sejuk, kata maryam

 bahan-bahan:

bawang putih, bawang merah (hiris)
sayur mayur (labu, tomato, brokoli)
daun sup
tofu
stock ayam

tumis bawang dengan sedikit olive oil, masukkan stock ayam, labu dan tomato. masak sehingga lembut. bila dah lembut masukkan brokoli, tofu dan daun sup. kacau kejap. sedia untuk dihidangkan.


 makan dengan barli

barli i rebus sampai kembang pastu blend kasar..kalau sebiji2 maryam kurang makan

petangnya, masa panaskan tambah seekor udang. hehe..budak tu kan dah makan udang

petang makan dengan bihun pulak. barli  ngan bihun lagi laju dia makan bihun kut.

walid dan ummi makan bihun tomyam.hehehe

Thursday, 2 February 2012

adoi maryam


biskut ini tengah bertaburan diatas sofa....grrrrr

nanti lah update resepi..ni bukan entry resepi..ni entry bangga diri. ehhh

hari ni berjaya naik 4 tingkat turun naik guna tanngga uolsss..dukung anak lagi. bawak maryam g playground kat bawah. gigih tak? dah tu nak g gym malam-malam haram pemalas kan..tu initiative sebelum semangat gym datang kembali. esok nak gesel2 husband pergi picnic kat taman bukit jalil lah..dia jaga maryam daku jogging

berat naik 4 kilos ok balik kampung. deng deng deng betul..pergi bukit merah hari tu naik 2 kilo..baru berjaya turun sekilo pergi ternak lemak kat kampung pulak seminggu. naik 3 kilo lagi. makanya total 4 kilo..bangga jadi penternak berjaya T____T

hari tu balik dari kampung terus naik penimbang.

"aaaaaghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!"

 "ape masalah u yang?"  *muka malas nak layan sambil main fon*

"cer u teka berapa berat i?"

"hurmmm..59 kilo" *masih lagi mengadap fon muka malas nak layan*


hahaha..naseb baek dia dia cakap bert 59 kilo...kalau cakap 69 sambil buat muka malas nak layan sambil mengadap fon mulak tu ade lah nanti orang meletup..walaupon tahuuuuuuuuuuuuu u main angin. tapi thanks!

i tahu i selalu kelihatan kurus dimata u. *deng*

salam jumaat~ selamat berweekend *sambil lari setempat*

sayur lemak labu dengan grilled salmon

 sayur lemak labu, grilled salmon, beras siam+ beras perang

dah macam menu orang besau kan..hehe..memang menu ummi ngan walid sekali pon.

untuk masak lemak labu, tumbuk bawang merah, bawang putih sangat sikit, ikan bilis ngan ladahitam. campur sekali ngan santan, pastu campak labu. masak sehingga lembut. pastu asingkan untuk maryam. letak dalam bekas lain. sebab nak tambah garam untuk ummi ngan walid. dan tambah sedikit serbuk lada hitam. maryam punya xpedas sangat. hehehe

siap sayur lemak labu maryam

sonang kan. masak sekali harung. ummi suka kerja senang.

grilled salmon maryam lagi la sonang. sebab grilled kosong. wahahaha. kalau nak bagi perisa lagi moleh perap ngan halia and bawang putih. tapi kosong pon setap jugak makan ngan kuah lemak dah ade rasa.


 menu lunch satu family. for ummi ngan walid tambah lagi ikan kerisi sumbat dan belut goreng lebihan dinner semalam...warna hitam sebab dalam sambal letak gula. (beria-ria explain takut orang kata dia goreng ikan hangit)gagaga. ikan kerisi sumbat ni letah bawang merah banyak, bawang putih sikit, halia, kunit, serai, dan asam jawa. seimbangkan rasa masin dan manis. kalau masak ikan kerisi, pesen ni jelah walid maryam suka. hehe. makan dengan sambal memang selalu ade. wajib. sebab tu buat secara pukal jer senang.

haha. menu simple jer dihari rabu lepas. walid cuti tak pergi mana pon. berpeleseran dirumah.=)


dah pecah dah pelampung cik ain kasi ni. *sobs*

Wednesday, 1 February 2012

yeay!! dah lepas makan udang

akhirnya!!!

maryam dah lulus ujian udang. sebenarnya agak takut-takut nak bagi maryam makan udang. lepas ni boleh la join walid jadi hantu udang.

alhamdulillah setakat ni buat 4 days wait rule maryam tak de allergic dengan ape-ape food. excellento~

bihun kungfu for maryam untuk dinner semalam. resepi dah ade kat SINI. 

 cuma kali ni guna udang and masak dengan bahan ape yang ade dalam peti la kan. hehe

bawang putih, halia sikit (hiris)
sayur mayur (guna tomato, brokoli, carrot)
daun sup 
udang 2 ekor
bihun dicelur lembut
telur sebiji

bihun celur campur ngan telur, masak atas non stick pan letak minyak sikit. tutup masa masak supaya masak sekata.

kuah: tumis bawang ngan halis sikit dengan olive oil, masukkan udang. kacau segingga masak. keluarkan udang (cincang, buang cengkerang). masukkan air. masak sayur sehingga lembut, baru masukkan balik udang dan daun sup..boleh hidang. kalau nak kasi pekat tambah bancuhan tepung jagung sikit..

bihun kungfu is ready to ngap

petang semalam walid yang suap

suka betul dia main lompat-lompat atas pelampung cik ain kasik ni. kalau dalam pool nangis tak nak.



semalam ade orang tu semangat pergi stadium...penyokong tegar kan..tengok jersi pon dah tahu

tapinya kalah 5-0 hikks

you look so hawt la dalam ini gambar. yummmsss. ehhh

sebab walid tak makan kat rumah dinner, ummii masakkan bihun kungfu jugak unttuk dinner ummi...

walid cakap, mana boleh maryam allergic udang. walid hantu udang kut...sampai ummi pon dah jangkit..kolesterol, jauhi daku~T_T

prawn olio untuk hari ke 3

 prawn olio for baby

 bahan-bahan

sedikit bawang holland (cincang)
bawang putih (cincang)
capsicum (saya bakar dulu atas api, buang kulit, cincang)
carrot (parut)
tomato
brokoli ambik floret sahaja
2 ekor udang
italian mix herb

 cendawan jangan lupa..menyedapkan lagi...hehe (cincang haluih2 senang baby nak amakn)

tumis bawang dengan olive oi. masukkan udang. kacau sehingga udang masak, keluarkan. cincang. masukkan capcicum, tomato, carrot dan cendawan. masukkan sedikit air. masak sehingga sayur lembut. maukkan italian her, udang cincang tadi dan brokoli floret..siap untuk dihidang

prawn olio is ready to ngap


posing dalam thermos sebab ingatkan nak keluar awal. sekali along datang lambat. lunch kat rumah jugak..hehe

lunch ngan rayyan..rayyan makan avocado

 terlebih cahaya la sampai hilang hidung..hahaha

rayyan: ala..kenapa yang kak maryam punya nampak lagi setap???

ummi ngan mummy lunch dengan pecal kuah mak tok buat..setappppp! 

lepas lunch kenyeng perut baru boleh keluar jalan-jalan. kiteorang ioi mall. mahu ke daiso cari ubat kutu beras.


 rayyan nak jalan jugak la mummyyyy

 ni jer gambar tuan blog yang ade. *sobs* see the perut*sobs* macam wanita mengandung*sobs* T_T

beria tau budak ni bergembira sebab orang lepas dia bejalan. habis dia kacau semua orang berjalan. haha

kalau dah pergi daiso tu, bukan ubat kutu beras jelah yang berjaya dibeli..benda tak berapa nak penting pon 'terbeli' sekali. dah la xboleh claim T_T

 masa dinner, i dah x larat nak layan dia makan dalam baby chair. buas semacam. kalau halang-halang or pakai belt kan dia amukan terus tak nak makan.

so letak atas kerusi kat bar


 ehhhh..behave pulak kannnn

 seronok ummi layan makan kalau macam baik-baik macam ni


hehe..cubaan makan pakai sudu yang masih tak berjaya.

kalau dia scoop sendiri pastu suap memang satu suap pon tak masuk..sebab kesian tengok dia beria masukkan ke mulut sudu kosong, i letak atas sudu food tu then dia suap sendiri baru lah masuk mulut. gembira kebanggaan sambil melompat-lompat..haha


menu kedua udang: spaghetti marinara for baby

 ni antara menu kegemaran walid ni. eh. tapi walid asal letak udang semua dia kegemaran. cer letak ayam. masak la sedap amcam chef pong, ade jer yang tak kene..hehe
spaghetti marinara for baby
sejak balik kampung ni tak start memuree lagi. so semua bahan adalah fresh

bahan-bahan
1/2 biji tomato blend
carrot (parut)
zucchini (parut) 
bawang holland (cincang)
garlic (cincang)
italian mixherb
udang 2 ekor
sedikit cheese

tumis bawang dengan olive oil sampai lembut. jangan sampai garing. masukkan udang. kacau sampai masak, keluarkan udang. (cincang udang). masukkkan tomato, biarkan menggelegak, masukkan caroot dan zucchini. akhir sekali masukkan cheese, italian mixherb dan udang dicincang tadi.sedia untuk dihidangkan

sebenarnya tak nak letak cheese pon dalam sos. tapi letak zucchini yang parut ni ade sedikit rasa pahit so tambah cheese nak kasi setap. tapi biasanya maryam makn jer zucchini walaupon ummi try ade rase pahit. good job maryam!

tak sabar nak makan.
tunggu ummi ambik gambar dulu boleh? haha


 siap lunch maryam.

banyak dia makan kalau buat sos rasa masam-masam manis macam ni. tinggal 4 sudu jer. hehe

nasi goreng udang maryam

 nasi goreng udang baby

 first menu maryam berudang. hehe..bernasi goreng dulu
 bahan-bahan:
beras perang+breas wangi+millet + quinoa
seekor udang
1/2 biji bawang merah (cincang)
seulas bawang putih (cincang)
2-3 helai daun kangkung (hiris halus)
carrot (dan siap steam. jimat masa memasak=P)

tumis bawang dengan oilve oil masukkan udang dicincang. masukkan carrot dan nasi. akhir sekali masukkan kangkung. siap~


kegusaran hati melampau nak kasi anak makan udang. haha. tapi 1st day makan dia tak de ape-ape pon. selamat sihat sejahtera. jom tengok aksi budak 'ayu' makan. hari tu ummi upload gambar dok baik-baik kan. ni lah rupa sebenar budak ni makan
 saya boleh jadi askar masa makan

 memanjat pon molehhh

 ni sambil makan yer

 sambil melompat pon moleh!

alamak syeksyi la jejaka didepan. fokus kat gadis dibelakang yer walaupon blur..haha

nasi goreng belacan for walid

senang jugak menu walid. haha. nak habiskan stock sambal belacan dalam peti.