Wednesday, 18 January 2012

rayyan lagi

 semalam mommy rayyan datang bawak rayyan main-main ngan kak maryam... jom layan gambar baby-baby yang tak de masalah dalam hidup..masalah dieorang adalah lapar, ngantuk ngan pampers basah jer. hehe

rayyan happy

maryam dah gegirl

amboih rayyan


 kak maryam

adeh..dah anak dara sangat dah anak ummi

 nak adik tak? ehehe

 rayyan dah nak merangkak


 gambar ni betul-betul sebelum kejadian maryam hempuk rayyan ngan remote astro tu

*terus tak jadi nak kasi maryam adik*

spaghetti with bolognese sauce

hehe..resepi ulang tayang ni..takpelah..kita tayang lagi.

bahan-bahan:

bawang besar holland dan bawang putih (cincang)
daging (cincang sangat halus)
2 oz puree tomato
1 oz puree carrot
1 kaki cendawan butang
sedikit italian mixherb

cara..tumis bawang dengan olive oil sehingga naik bau, jangan sampai perang. masukkan daging.dan cendawan, kacau sehingga masak, masukkan puree tomato dan carrot, kacau-kacau. akhir sekali masukkan italian mixherb.


 siap spaghetti for maryam
 ni untuk ummi dan mommy long. melatu tetap melayu. spaghetti pon harus lah ade cili padi u ols~

rayyan makan puree apple ngan oat dah la..nanti rayyan 8 bulan ummi masak setap-setap ok? hehe

 comot sekali makan


lepas makan. tersadai kekenyangan. hahaha

mana tak kenyang..makan saing ramai-ramai banyak jugak dia makan. tinggal ni jer tak habis

nanti jumpa lagi ok rayyan...

Tuesday, 17 January 2012

lawan sumo jom!

 dok membersihkan camera ni..banyak sangat gambar tak transfer..hehe..jumpa gambar ni..masa maryam 11 bulan kut ni..rayyan 4-5 bulan..semangat rayyan ni..berkat susu ibu mommy dia..hehe

 eh..kenapa awak tengok saya kak maryam?

 nak lawan sumo?

 eleh lari..takut la tewww

kalau lawan mesti kita yang menang lah..haha

sekarang makin bersemangat rayyan ni..berketul2 macam michelin..hehe..rindu pulak kat rayyan..

ni jumpa menu lama maryam..masa ni dia sibuk nak makan sendiri..so kene ade benda ketul untuk dia makan sendiri, sambil ummi suap dia.

 oat porridge with salmon, corn, musroom and brokoli


 3 sudu besar rolled oat
bawang putih
bawang merah
2 kaki white button mushroom
1 oz puree jagung
brokoli ambik floret, lebih steam jer
isi salmon

tumis bawang dengan olive oil, masukkan cendawan dan salmon, masukkan oat dan 2 cawan air. masak sehingga lembut.masukkan puree jagung. bila dah hampir masak masukkan floret brokoli. kacau2..tutup api sedia untuk dihidangkan

2-3 ketul saya campo dalam bubur ambik floret jer..yang ni saya steam bagi maryam makan mcm tu jer..kadang-kadang saya bagi dia buat snek. dia suka

terasa comel la pulak. haha

Monday, 16 January 2012

love in the box





ingat husband tak dak banyak sikit masa ronggeng...eh.memang banyak tapi penat jugak. maryam tdo pukul 12 semalam. penat dodoi..tunggu walid balik gamaknye..2

Saturday, 14 January 2012

yogurtlicious banana pancake

 pancake ni ummi selalu buat untuk diri sendiri..tapi sebab tepung atta maryam dah habis ummi buatkan maryam pancake ni. senang jer..untuk maryam, ummi lebih kan telur

 sori gambar gelap. dapur rumah saya romantik=P

1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan yogurt
1 biji telur gred C
1sudu besar olive oil
pisang hiris

campur semua bahan kecuali pisang kacau sebati. masak atas non stick pan tanpa minyak dengan api slow. tuang adunan susun pisang hiris..tunggu pancake berbuih dan masak, balikkan. 

 makan dengan yogurt dan pisang.

memasak/memanaskan lebih 120 degree F ogurt bileh mematikan bacteria baik dalam yogurt. tapi protein and kalsium dia masih ada. untuk baby yang dah intri susu boleh ganti ngan susu segar. maryam tak minum fresh milk lagi. huhu

i suka this version lagi..sebab dia lagi fluffy..suka pancake tebal-tebal..mungkin bila dah beli tepung atta ubah2 sikit tambah tepung atta.









Friday, 13 January 2012

cous cous

terpengaruh nak beli couscous ni sebab kak sally yang asyik promote..haha..lagipon nak test maryam makan untuk travel. bosan lah asyik makan oat kan..

i guna jenama ni

mula-mula try memang menu untuk travel pon..buah-buah tak payah steam. ikan bilis sangai.


contohnya: cous cous digaul dengan ikan bilis sangai, makan dengan betik dan yogurt
kalau kita orang dewasa mesti tak makan combination ni kan?haha..tapi maryam makan jer

 ni pulak cous cous dengan pisang dan yogurt


masa kat bukit merah..alhamdulillah elok jer dia makan. tak update lagi cerita bukit merah..gagaga..nanti tu lain entry kita cerita yer.

lepas balik bukit merah dah try sekali. tapi dia tak nak. i syak sebab texture. sebab sebelum ni makan ngan buah. mungkin texture couscous ersembunyi dalam pisang/betik jadi dia makan jer..bila buat ngan sos spagheti dia tak nak makan...so i masak couscous lagi lembut.

 biasa nya masak 1 bahagian couscous 2 bahagian air panas, cous cous akan menyerap sepenuhnya air tu..dah lembut dah..dah boleh dimakan dah (dalam gambar nampak couscous sama banyak ngan air sebab dah kemang bila nak ambik gambar..hehe)

 sebab nak kasi lagi lembut..tambah lagi sekali air panas biar dia lagi kembang..masa ni kalau terlebih air dia tak serap..so tos la air ambik couscous jer

jadi la lembik macam ni

couscous with bolognese sauce

untuk bolognese sause cuma tumis bawang merah ngan bawang putih dengan oilve oil sampai lembut masukkan ayam, puree tomato, puree labu (boleh ganti ngan sayur lain) dan akhir sekali masukkan italian mix herb

lembik-lembik macam ni baru maryam suka..huhu



Wednesday, 11 January 2012

bubur ayam mc maryam

masa maryam tak lalu makan adalah masa paling malas nak masak..huhu..sebab nanti bukan dia makan sangat pon..hehe..kejis tak ummi?

tapi terpikir-pikir..apakah yang sedap dimakan dikala demam tiada selera makan? bubur yang sangat lembut panas-panas sekali hirup terus masuk tekak tanpa perlu usaha lebih-lebih setap kan?

BUBUR AYAM MC D!!

tapi sori sayang. mcD tak bagus untuk awak. so ummi buat bubur simple mcM. ok?

bubur ayam mc maryam

bahan-bahan:

 3 sudu beras (campur beras prang dan beras wangi)
air sangat banyak(saya banyak kali tambah air sebab nak bagi semua nasi betul-betul hancur dan lembut)
3 oz homemade stock ayam (resepi sini)
1/2 ketul peha ayam
1 hiris labu dipotong dadu
bawang merah (goreng dengan minyak canola oil) 
hirisan daun sup

campak beras, stock ayam, peha ayam dan air dalam periuk, masak sampai betul-betul lembut. bila dah hampir masak campak labu. bila labu lembut tutp api. siap! 

senangkan?? hehe..stock ayam tu dah sedap..so tak tumis letak bawang pon tak ape..kalau nak tambah pon boleh.


hidang dengan daun bawang dan hirisan daun sup

ni bekal maryam kiteorang nak pergi scott garden. mahu ke tesco.

letak panas2..campur semua bahan..tutup..bila nak makan aroma daun sup ngan bawang goreng tu dah sebati ngan bubur..bau dia setap sangat..ummi yang teringin nak makan

masa ni dia tak demam pon..tapi cranky jer manjang. moody.huhu

makan tepi garden


 sambil tengok fish

 amuk nak turun jalan. dah la tak bawak shoes. haishhh


alhamdulillah..bubur panas-panas and lembutt begini sesuai ngan seler demam dia kut..nak nak pulak makan tepi kolam sambil tengok fish kan..lebih 12 suap dia makan tenghari tu..

 petangnya cekci girl pergi swim. sebab letih swim, banyak jugak dia makan petang tu. haha

esoknya ummi nak kene masak dengan cepat dan pantas sebab nak bawak maryam pegi jumpa paed dia.masak resepi sama cuma campak jer semua dalam rice cooker..cepat sikit lembut..kene selalu kacau and tambah air bila dah pekat...2 hari berturut-turut dia makan resepi sama..gagaga..mestang-mentang maryam suka kan.


 maryam kene cucuk sebab nak test darah

mengadu sakit ke sayang?

memang betl lah budak sakit bila nak belajar something kan? maryam nak belajar belebey kut demam..kuat sangat dia bercakap lepas demam. keluar pon suka tegur orang..

good job maryam!

*ehem* saya bukan malaikat. tapi kalau awak nice, maka saya pon akan jadi nice. kalau awak macam haremmm..xnak lah jadi macam harem jugak..terserlah kepandaian.*ehem*