Tuesday, 10 January 2012

maryam makan lagi!

maryam kerja asyik makannnn jer kan..hehe..mestilah nak ganti balik berat yang turun. masa timbang inject mmr haritu berat dia 9.1 kg. seminggu lepas tu, timbang masa dia demam dan kurang makan terus turun 8.8 kg..

 snack petang baru bangun tido

 aummmm....

 nyum nyum nyum

 dah tak sabar nak dinner..hehe

 mushroom soup with pasta..kata nak tambah santan kan, malas nak defrost santan. so makan je lah macam ni..dah setap dah=P

guna whole wheat fusilli pasta. keras sikit..kena rebus 2-3 kali ganda lama.huhu..resepi mushroom soup disini

ape ni ummi?? 

first time makan bentuk ni pelik kutt..haha

kejap eh..maryam nak dengar lagu dulu.

untuk walid dan ummi. resepi sama jer. cuma tambah garam gula dan cream. butter pulak guna butter biasa lah. unsalted mahal=P

masih lagi dalam latihan minum air pakai cawan. ummi pegang kejap seteguk dua, then bagi dia minum sendiri



 hurmmm..minum la sangat kan??

Monday, 9 January 2012

mushrooom soup

 dulu..saya tak suka air masak..sikalang bila walid belikan saya gelas colorful saya suka minum air masak (saya nak main gelas jer sebenarnya..air masak saya tabur atas lantai)tak pe.ummi saya rajin mop lantai..gagagaga 

botol ade staw ummi kata simpan lah. maryam dah big girl

maryam's mushroom soup


 bahan-bahan:

1/1 labu bawang besar hoolland
2 ulas bawang putih
2 kaki cendawan portobello(cincang)
3 kaki swiss brown buttons(cincang)
isi ayam dicincang halus
2 oz homemade stock ayam (cara sini)
2 sudu teh unsalted butter
2 sudu teh tepung atta
1 helai daun salam(bay leaf)
sedikit serbuk lada hitam
air/ susu secukupnya

1. tumis bawang, dengan oilve oil sehingga wangi, jangan sampai perang. masukkan cendawan dan isi ayam. masak sehingga air kering sedikit, ketepikan. 
2. dalam periuk yang sama, masukkan unsalted butter tunggu cair masukkan tepung. kacau sehingga menjadi paste ala peanut butter. (ni cara buat roux)
3. caul sekali dengan bahan yang kita dah tumis tadi..masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau supaya tak berketul-ketul. air ikur kepakatan ayang anda mahu. masukkan bay leaf dan sedikit serbuk lada hitam.

serbuk lada hitam tu i letak sikit sangat sebenarnya.kalau baby xmakan tak payah letak..=)

 dah siap..

resepi ni 8 bulan ke atas dah boleh cuba. tapi 1year + boleh tambah fresh milk untuk kesedapan berganda.tak pon formula milk pon boley.. maryam tak minum fresh milk lagi..saja i delaykan..hehe for mummy ngan walid mesti lah guna cream..yummy yummy..hehe

dalam gambar ade santan kan? untuk lunch tadi i tak tambah santan pon..dah sedap dah rasa dia..tapi untuk dinner nanti nak try tambah santan sikit..makan ngan pasta kasi creamy2 sikit..hehe

 mushroom soup with garlic bread

resepi garlic bread sama ngan makan pumpkin soup with garlic bread itu hari masa maryam masih baby. hehe

 mushroom soup with garlic bread is ready to ngap

 ummi dah bosan dengan pinggan beli kat ikea yang 3 ketul biru, oren, hijau tu..pastu lagi-lagi remekin..mangkuk cute takdak..haha..so ummi gesel-gesel walid g beli set pinggan, mangkuk, sudu, gelas kat ikea..kalerful cukup 6 set untuk 6 orang anak. ehhhhh hehe

6 set baru rm 20++ kalau kat daiso baru dapat 4 ketul (ummi kan cheapskate )=P

 masa ni behave lagi

makan sambil joget-joget ok..bukan ummi ajar coppp!!

 lepas makan habis dia buang-___-"

soup habis, roti tinggal kat kulit keras jer..tu ummi makan..hehe..seketul roti lagi dia buang..alhamdulillah..walid, belikan lagi cendawan yer..maryam suka sangat. next time boleh buat lagi.

lepas makan kita minum air~~

sup tulur

maryam suka sangat benda berasaskan telur..huhu..ni resepi last week. macam biasa. resepi edisi peram.=P
 mee soya sup telur

 bahan-bahan:
serbab sedikit rempah 4 beradik
1/2 sudu teh serbuk rempah sup adabi
halia, bawang merang, bawang putih (mayang)
celery stick
sayur mayur (carrot, tomato, brokoli)
telur
daun sup

tumis bawang dengan rempah 4 beradik dan srbuk rempah sup sehingga naik bau, masukkan air, celery stick,sayuran (ikut turutan yang paling keras dulu ,carrot, tomato, brokoli). dan telur


 makan ngan mee soya, tabur daun sup


 next time buat xboleh hancurkan telur sebab maryam suka makan telur ketul-ketul

rempa 4 beradik: kulit katu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih

Friday, 6 January 2012

bubur lemak bayam

bubur lemak bayam maryam

bahan-bahan:

daun bayam merah (ambik daun jer..hiris halus)
1 sudu teh ikan bilis sangai blend (ikan bilis halus, xbuang pape, rendam 2-3 jam..keringkan, sangai tanpa minyak sampai garing. pastu blend)
1 ulas bawang merah(hiris)
1 ulas bawang putih(hiris)
2 biji lada hitam ketuk (kalau baby tak makan lagi jangan letak)
2-3 sudu besar santan
4 sudu besar beras (beras wangi+beras perang)

cara dia sangat senang. hehe..campak jer semua bahan dengan 2-3 cawan air (ikut nak lembik mana bubur tu) kecuali daub bayam. bila nasi dah bertukar jadi bubur, masukkan bayam, kacau-kacau sikit. tutup api.

 bubur lemak bayam is ready to ngap~

 boleh makan ummi? ke nak ambik gambar dulu? (ayat walid setiap kali nak makan. gagaga)

 uiii..susahnye nak makan guna sudu ni

 sedap la ummi..nyummmm~

 alamak..saya melayu lah...makan guna tangan jugak yang syiok

 kene makan ngan sudu jugak ke ummi???
 haha! ingat cute ah buat muka camni???

yes..saya rasa saya cute~

sebenarnya ni menu sama ngan menu ummi ngan walid. jimat masa dan tenaga kan..bahan sama jer ngan masak lemak bayam ummi ngan walid makan. tapi ummi ngan walid ade.....

 ikan rebus ngan ikan kering goreng

eh..tapi macam kurang sesuatu je kan???












semestinya sambal belacan! nyum nyum

Thursday, 5 January 2012

homemade stock ayam

 homemade chicken stock sudah ready untuk disimpan di dalam freezer

stock ayam ni macam puree jugak. boleh simpan 3-6 bulan kalau peti 2 pintu. tapi sebab kita nak bagi baby makan sebaik-baiknya paling lama sebulan. tapi bagusnya buat dengan kuantiti yang sedikit cuba habiskan dalam masa 1-2 minggu sahaja

sekarang takde chicken stock macam tak best jer kalau nak masakkan untuk maryam. ade chicken stock ni bertambah kesedapan food maryam walaupon tidak ditambah garam dan gula. senang saja nak buat nye pon.

 ayam (tulang temulang)

bawang besar holland
bawang putih
leek
carrot
celery stick
halia
rempah 4 beradik

 hiris-hiris, campak jer semua dapat periuk

masak dengan api perlahan sampai isi-isi luruh dari tulang. biasanya orang buat stock 7-8 jam, i buat 3 jam jer. sampai air tinggal 1/3. lagi pekat lagi senang nak simpan. rasa pon nanti lebih ummphhh.

masa buat stock boleh tambah sedikit cuka untuk extract calcium dari tulang. bertambah nutrisi chicken stock kita!

lepas 3 jam, boleh tapis pepejal2 dan lapisan lemak. ambik air jer. simpan dalam ice tray tertutup. simpan dalam peti ais.=)

 bila dah ade stock ayam tu boleh la buat macam-macam. antaranya baby's nasi ayam
baby's nasi ayam.


bahan-bahan:(nasi ayam)

serba sedikit rempah 4 beradik
seulas bawang merah
seulas bawang putih
sehiris halia
4 sudu beras (perang +wangi)
kunyit
2 cawan air + stock ayam

cara: 
tumis bawang, rempah dan halia dengan sedikit pure olive oil sehingga naik bau.
masukkan beras, kunyit, stok ayam dan air. masak sehingga masak.


 baby's nasi ayam is ready to ngap!

hidangkan dengan ayam rebus (dicarik-carik)

sup sayur (stok ayam campur dengan sayur-sayur pilihan)

menu ni bagus untuk baby demam selesema. sebabnya kunyit ade circumin yang berkesan untuk lawan selesema. orang zaman dulu kan letak kunyit kat hidung baby. letak dalam food pon boleh. rebusan ayam pulak ade banyak mineral dan vitamin dalam bentuk yang senang diserap olah badan baby. tambahan pula, air rebusan ayam ni ade gelatin, campuran protein yang senang dihadam oleh baby. gelatin berasal dari collagen yang boleh didapat kulit, tulang, otot sendi.

boleh baca kat SINI


 bangun tido. moody

dapat makan terus hyper

semalam maryam macam xlalu makan sangat..lagi tu dia demam sikit. asyik nak bertempek jer..stock ayam dah habis. tapi ayam ade jer dalam peti. buat lah semalam. so maryam makan mee soya sup semalam.

 mee soya

nama jer mee soya. tapi ingredient dia takde mee soya pon. guna tepung gandum jer.

mee soya sup ayam

ni dinner walid. kue tiaw goreng.=)