Tuesday, 3 January 2012

maryam dan jagung

gambar arkib negara=P

ni himpunan gambar minggu lepas kut..daripada dok perap dalam latop baik kita perap dalam blog kan. first time maryam makan bubur jagung (feveret walid ni) dan first time maryam makan jagung ketoi. bukan makan sangat pon. saja ummi kasi nak soh maryam exercise mulut. 

 santan fresh, puree jagung cameron yang lembut lagi manis, daun pandan aunty gee yang baik hati=P

 masak sehingga menggelegak, hidangkan..eh, tunggu sejuk sikit baru maryam bleh makan

bubur jagung junior is ready to ngap~


 setap kan?=)

 ni pulak jagung steam jer..jagung dah cukup manis tayah berusaha lebih..letak planta or buter jer (kalau ummi ngan walid la, for maryam makan kosong pon dah setap)

 qc dulu sebelum makan

 i rasa maryam teliti orangnya. ikut perangai walid dia. (immi xsemengah=p) ni dia buang bulu jagung tu sebelum makan. kecik cenoet jer bulunya.

 ok, lepas tu baru boleh makan




 hasil first time makan jagung ketol..boleh la~=)



bihun sup tofu

 another simple recipe bila ummi maryam nak cepat *uhuk* malas *uhuk* buat sup tofu makan dengan ape sahaja. ni nak pergi mydin masa ni. keluar pagi-pagi lagi. tapi komfemlah xsempat balik sebelum masa lunch maryam. kali ni makan dengan bihun.


 bahan-bahan:

1 ulas bawang putih
bawang merah
homemade stock ayam
celery
sayur mayur (i guna tomato, brokoli, labu yang sudah disteam)
tofu

cara:

1. tumis bawang dengan pure olive oil sehingga wangi. masukkan stock ayam, celery dan sedikit air. masukkan tomato, bila suo sudah menggelegak, akhir sekali masukkan brokoli, labu dan tofu. tutup api.

 sup tofu is ready to ngap

soup tofu is ready to ngap~

rebus bihun sikit. jadilah bihun sup

dinner walid, maryam mengulang food sama. heheh

jumpa mee lidi kat mydin. selalu tengok gee masak mee lidi. tapi cari kat giant tak jumpa. mydin baru jumpa. setap ok mee lidi. nak ganti mee kuning boleh la. 

Monday, 2 January 2012

zucchini and millet

first time maryam makan zucchini. err..ummi jugak sebanarnya. walid pon rasanya. kan bie?=P

organic hulled millet

sebelum ni, yang yang i tahu millet ni high protein, vitamin B, folic acid, calsium, iron. pottasium dan juga no gluten so dia sesuai untuk orang yang allergic kat gluten.bijiran yang baik untuk perkenalkan kat baby kan? tapi sebenarnya i pon bagus jugak nak amalkan makan millet ni, sebab millet good source of magnesium. magnesim boleh kurangkan kesan asthma, migraine, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung. semua penyakit tersebut ada dalam darah-darah i ni..so i kene masak lebih sikit tumpang makan sekali ni. hehe


hari tu buatkan maryam bubur campur millet, zucchini , corn dan daging.

2 sudu millet + 2 sudu beras wangi
stock daging
daging
1 ulas bawang putih
sedikit bawang besar
hirisan zucchini
1 oz puree jagung

tumis bawang dengan pure olive oil, masukkan stock daging, daging, 2-3 cawan air, millet dan beras. masak sehingga betul-betul kembang. tambah lagi air jika perlu. bila hampir masak masukkan zucchini dan jagung

i sangai dulu millet. lepas tu baru masak.

memang sedap millet ni. wangi.

masak sehingga millet tu pecah dan lembut


bubur daging with millet, zucchini and corn is ready to ngap~

for ummi nga walid, ikan siakap sweet sour.=)

guna zucchini dan sayur-sayur segar dari cameron.

walid cuti..bestnya!

 ala..esok dah kerja... sangat tak best lorr..dah tak de teman bergaduh dah..haha..sejak husband cuti ni macam tenggelam timbul jer update blog dan kat fb..mak buzy nokkksss..kalau tak keluar kan masak-masak. bangun-bangun pagi celik jer mata masak, berhenti suap maryam, kemas dapur tengok-tengok dah nak dekat pukul 11. kene masak lagi untuk maryam. sambil-sambil masak lunch. suap maryam, makan lunch, kemas rumah, sembahyang, sediakan minum petang (kalau rajin), pastu kene masak dinner pulak. pastu mandi, siap2 kan maryam nak tido pulak. maryam susah sangat tido skarang. dah susah nak bersenang lenang malam. pastu meamng dah penat sebab siang xhenti-henti baut kerja rumah, malam-malam yang i tahu i nak katil jer. ngantukkk...

tu kalau xkeluar rumah, kalau keluar lagi lah... sebab tu kadang-kadang kalau tak de tujuan nak keluar i suka lepak-lepak dirumah sajor.

breakfast walid dan ummi, pulut ikan kering

kalau kat rumah i, kat kelantan, untuk breakfast memang pulut tu akan selalu la jugak ade atas meja. kalau bukan pulut ikan kering, pulut pagi, pulut panggang. nyumm..kalau i balik kampung pon selalu request pulut ikan kering/ pulut ikan rebus goreng. macam lah susah sangat nak buat sendiri kan? hahaha.. i tak pandai tanak pulut sebenarnya..ni first time buat pulut ikan kering, pagi-pagi call mak kat kelantan tanya camane nak tanak pulut. bembebel-bebel ibunda dikampung anak perempuan dia tak pandai tanak pulut. gagagaga..bukan tak pandai mak. kurang yakin. call nak komfemkan. =P

maryam makan lempeng pisang jer

 bahan-bahan:

1/2 biji telur gred A
1 sudu teh unsalted butter
1 sudu besar tepung attar
2 biji pisang saiz cute


campur semua, masak atas non stick pan. siap~

 lempeng pisang penuh kasih sayang for maryam

lepas breakfast terus masakkan maryam lunch sebab mau keluar. masakkan vegeroni kungfu dengan kuah sup ayam. sebab ade lagi separuh telur ayam lebih masak lempeng pisang tadi.

 bahan-bahan

serba sedikit rempah 4 beradik
halia
bawang merah
bawang putih
homemade stock ayam
1/2 sudu rempah sup adabi
celery
isi ayam
sayur-sayuran (carrot, tomato, brokoli)

vegeroni kungfu: masak sehingga kembang, toskan, campur dengan telur, masak diatas non stick pan, letak sedikit minyak.

untuk sup:
1. tumis rempah 4 beradik, bawang, halia dengan sedikit olive oil sehingga wangi. masukkan rempah sup adabi.
2. masukkan isi ayam, air dan stock ayam.bila dah gelegak masukkan sayur mayur ikut yang paling kera. celery, carrot, tomato. akhir sekali sebelum tutup api, masukkan brokoli



 siap sup ayam 

 letak dalam thermos untuk kekal panas

 kalau berjalan suka sangat~

 tido jap. saya ngantuk la~

 tahu ummi marah bila berdiri dalam baby chair. tapi nak buat jugak

 duduk immi cakap. duduk~

 baiklah

 maryam duduk la ni

 ummi tak fun!

yummm...sedap nye food ummi ngan walid

maryam dapat timun pon jadilah~

kita pakai baju aunty baiti ngan uncle roch kasik lah..santek tak? tq aunty ngan uncle~

Sunday, 1 January 2012

baby's tomyam

husband mak memang suka tom yam. seminggu mesti at least sekali makan tom yam. suka nokkk..senang. pakai paste jer. hahaha

ni tomyam untuk maryam pulak. suka dia makan. hehe

tomyam ikan maryam

bahan-bahan

ikan kod
1 batang serai
sehelai daun limau purut
lengkuas
halia
bawang merah
bawang putih
1oz puree tomato
sayuran (saya guna cendawan enoki, zucchini, celery, tomamto, dan brokoli)

rebus serai, lengkuas, halia, bawang sehingga menggegak, masukkan cendawan enoki, celery. zucchini, tomato dan daun lamau purut. bila dah hampir masak masukkan brokoli



siap~ boleh hidang dengan nasi. maryam makan nasi lembik beras perang campur beras wangi


Wednesday, 28 December 2011

satey goreng cik baiti

 menu maryam 2 hari lepas. buzy sangat ummi ni baru nak update kan=P

ni ummi amik idea mama cha, ederq: flat bread pizza

sangat lah senang u ols~

kalau ade lebihan kuah pasta tu, simpan dalam freezer. esoknya dapu pada roti, tabur mozarella cheese. yummy~

roti kegilaan buat masa ni. setap!

bubur oat daging 


bahan
3 sudubesar oat
2-2.5cawan air
seulas bawng putih
sedikit daging batang pinang direbus dan cincang halus
air rebusan daging

sayur-saturan (saya guna carrot, jagung, tomato, peas)

cara:

tumis bawang dengan olive oil masukkan oat, daging air,dan air rebusan daging. bila oat hampir masak masukkan sayur ikut turutan yang paling lambat masak (carrot, tomato,peas, dan akhir sekali puree jagung)

 oat porridge penuh kasih sayang is ready to ngap
bukan maryam jer makan daging. walid pon makan daging..hehe..haruslah kan. kan nak *eheeemm*eheeemm*

 satey goreng ikut resepi cik baiti. kene improve lagi rasa dia. kurang rempah.

walid maryam kan bercuti dah nak hampir seminggu. bertempek jer maryam ngan walid sampai tak nak langsung ngan ummi. lapar susu datang lah kat ummi. hover tau maryam. over!

esok hari last walid cuti. camane la jumaat nanti walid takde.T_T

aksi tengah makan. maryam ni makaaaannn jer kan. xde kerja lain. haha

 ok. behave la beberapa saat. muka walid pon senyum je kan

 ok. dah start dah. tengok muka walid dah garang

 kan dah kene marah. tengok mata walid dah tahu tengah marah

dia tak nak baby chair dah sekarang. nak makan macam orang besau. dok atas kerusi macam ummi ngan walid. ape barang bay chair. maryam dah tak baby lah~