Monday, 17 October 2011

cakk!

Photobucket
cak aaaa!!

ade orang rindu saya tak? seminggu lebih dok kampung adalah sangat best. ummi cakap boleh dia menenagkan fikiran melarikan diri jauh dari kesibukan kota. eceyyceyyhh. iyolah tukan. padahal memenuhkan perut selagi mata terbukak makan nasi 3 kali sehari makanan breakfast wajib nasi kerabu. nyumnyummmm. eh? ummi je nyumm..saya sama jer makan makanan ummi masak, cuma nasi saya ummi dah tak blend. saya dah makan macam orang besar. ummi masakkan saya sup hari-hari.

saya ade skill baru. saya dah boleh berdiri tak pegang kerusi dah.tapi 10 saat jer. ummi cakap ok le teww. nanti belajar step kaki sikit-sikit. sekarang saya tengah bangga ngan skill berdiri saya. asyik nak berdiri jer. prektis.

oklah. maryam ngan ummi banyak kerja ni. maryam nak mandi, makan, pastu nak tolong ummi kemas rumah. daa~

Thursday, 6 October 2011

alhamdulillah, im feeling much better!

tido awal semalam, lepas maghrib, dinner makan ubat seseme, panadol and ubat batuk double dose (haha! lebih dose sikit tak ape kan?=P) then i tido dengan senang hati menyerahkan maryam kepada husband selepas bagi minum susu. tapi i rase i bangun banyak kali lah bagi maryam susu (dia tengah growth spurts ke ape sekarang, bangun menyusu setiap sejam, lotih mak!) tapi bangun bagi susu pon macam mimpi jer sampai lah pukul 3 pagi baru bangun betul-betul. bangun gosok gigi, basuh muka, semayang, bagi susu maryam (lagi!). then sambung tido balik husband kejut sembahyang subuh pagi tadi rase sangat sangat sangat sihat! heheh...tu jer yang kite perlukan sebenarnya, rehat secukupnye.

breakfast sekeping roti dengan segelas nescafe sambil tengok keadaan rumah tunggang langgang 3 hari tak berkemas oi oi! kain baju setimbun tak basuh dah la mesin basuh rosak. nak kene pilih baju-baju penting kene basuh tangan yang lain hantar dobi.

pagi tadi i berharap sangat bila keluar bilik keadaan rumah adalah sangat kemas. kut-kut lah semalam husband terajin sikit nak kemas rumah kan. pinggan mangkuk dah terbasuh, lantai dah siap mop and vacuum, periuk belanga dah tersimpan kemas, meja dah berkilat bersinau-sinau. hihi. tapi harapan jelah. keluar bilik keadaan rumah masih sama dengan keadaan sebelum tido semalam. huk aloh. frust!

tapi dia pergi kerja harini iron baju sendiri siap jahit butang sendiri lagi sebab butang baju tu dah longgar. bini nak jahit asyik bertangguh-tangguh. toce-toce. oklah tuh. tapi kalau rumah pon u kemas sekali lagi i sayang. heeee~

Photobucket
bila ummi happy saya pon happy!

banyak kerja nak buat harini nih. bye!

terima kasih sangat-sangat kepada yang komen entry 'saya mintak maaf ' tuh. sangat-sangat menbantu. toce-toce! *hug*

Wednesday, 5 October 2011

tak laratnyeeee

benda paling malu selepas buat entry merempan adalah nak buat entry baru dengan mood yang biasa-biasa. haha..macam mengamuk dikhalayak ramai pastu masuk bilik, bila mood dah ok malu nak keluar bilik. heh. (macam ade pengalaman jer)

thanks kerana sudi melayan saya merempan. tanpa anda siapalah saya (macam retiss je kan?)=p

hover kannnn...drama queen betul bak kata husband.

harini macam dah sihat sikit, tapi still rasabadan lemah gemalai.nak angkat maryam pon tak larat rasenye. semalam tak masak, pergi makan kat giant jer.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
bila seseme saiz hidung semakin menyerlah

Photobucket
terima kasih kerana bersabar. haha!

Tuesday, 4 October 2011

saya mintak maaf

saya rasa sepanjang saya hidup saya tak pernah memuaskan hati orang. saya selalu mengecewakan harapan orang.

untuk mak and abah,

ayah tahu besarnye harapan mak and abah pada ayah
ayah tahu betapa kecewanye mak and abah bila ayah buat keputusan nak jadi housewife
banyak hint-hint mak and abah ayah ignore dan ayah buat tak tahu
ayah minta maaf kalau ayah tak dapat nak balas jasa dan pengorbanan mak and abah

untuk adik beradik

sampai bila-bila pon korang memang ade dalam ingatan kak cik
masalah korang memang masalah kak cik
tapi hanya boleh bagi bantuan kata-kata semangat jelah
tak mampu nak bagi bantuan kewangan
abe cik pernah cakap bila kak cik hulur duit upah tolong jaga maryam
"alah tu duit abeja, bukan duit kak cik"
runtuh nye hati mase tu, terasa, tapi bukan marah
rasa hina sangat diri, hidup asyik tumpang orang
tapi takdelah rasa nak marah kat abecik, dendam jauh sekali
memang betul pon yang dikata

untuk u bie,

u tahu tak kalau i berganding dengan u i rase sangat loser
kalau nak harapkan hubungan macam symbiosis memang takde ape pon yang boleh u nak harapkan dari i
i ni macam parasit jer
macam u selalu cakap,"ape pon tak boleh"
tak cantik
gemok
tak reti nak jaga penampilan
tak kerja
pemalas
tak de duit
pengotor
ape lagi?
takde ape pon u nak harap dari i bie
tak ade

kawan-kawan,
lagilah
kalaulah memang wujud 'friends with benefits'
takde kawan lah aku

penat sebenarnya hidup macam ni. penat!

seseme, demam, sakit badan. memang sesuai mood pon tak elok. memang situasi yang sesuai untuk merempan. tolong lah seseorang, buat aku gembira, dan ajar aku cara bersyukur!

ape nak buat?

boring ngan kehidupan belum ready nak hadapi kematian

haih

Monday, 3 October 2011

sabar

i ade anak yang nak kene jaga

saya tak nak makan!

hollahoihoi!

alhamdulillah pokwe dah selamat jadi laki orang. dah selamat balik perak bertugas untuk negara dah. semoga kekal bahagia sehingga keanak cucu.

Photobucket
masa belum nikah ni

i ade masalah problem sekarang ni. eh. bukan i. si maryam. dia tak nak makan. kalau nampak bekas makanan dia terus geleng-geleng kepala. suap sesudu dua terus dia lari tutp mulut rapat-rapat. yogurt pon dia dah tak laya. puree buah tak layan. bubur nasi dengan carrot kegemaran pon dia tak nak. tapi kalau bagi buah bagi dia gigit sendiri dia makan la jugak sikit.

omak dia dah pening ni. tapi menyusu kuatlah. semenjak dua menjak ni i makan banyak and minum banyak (semenjak dua menjak? bukan memang selalu ke?) ehem. jadi susu adalah lumayan. ke sebab minum susu banyak jadi die kenyang tak nak makan? hurmmmm...

Photobucket
maryam: yeay..mummy takde..boleh kacau rayyan


Photobucket
ummi: maryam..buat ape? jangan kacau rayyan!

Photobucket
maryam: eh, takdelah. maryam nak main-main ngan rayyan jer