Friday, 23 September 2011

mata ngantuk tapi tengah gian

Photobucket
meggi goreng dinner husband malam ni

p1 down dari petang tadi. ni baru okeh. so i menggelupur takde internet. mana boleh nyah mak ni takde internet. so sekarang ni sebab baru ok, ngantuk-ngatuk pon dok mengehadap. esok dah lah hari yang buzy. tambah lagi satu aktiviti, esok pagi saya ade date dengan girlfriends. ad dah nak fly sambung master. sila jangan jeles kawan yang jauh dimata dekat dihati. =)

tadi berlari treadmill macam nak tercabut jantung. tahajjud cinta punya pasal i lajukan speed cepat sikit terbakar calori. balik rumah rase macam melayang-layang jer. huhuh. sempat jugak tengok, ngamngam sampai depan tv kul 9. misi berjaya!

oklah kawan-kwan, selamat membuncitkan perut masing-masing pergi openhouse. makan banyak-banyak sikit kalau food cepat habis tuan rumah lagi suka. eh

Thursday, 22 September 2011

hoi hoi dah jumaat lah!

hari bangun awal(ceyyy..tu jer nak cakap) sikit so boleh lah prepare breakfast untuk husband. masa tengah masak menyedari masa sudah suntuk dan lewat masuk bilik kejut husband yang sedang enak tido di sebelah maryam. selepas itu kembali menyambung tugas memasak. sedang elok masak, husband keluar dengan handsome bergaya memakai kemeja linen. lalu dengan kongfidengnye berfikir,

'ahah..salah hari la laki ku ini'

"bie..jumaat ke hari ni yang u pakai kemeja linen ni?" *sambil sengeh memerli*

"yelah sayang...hari ni hari jumaat lah"

ohhh ye keeee..cepat nye! mana hari isnin,selasa, rabu, khamis pergi? rasa macam baru jer weekend, esok weekend lagi.

Photobucket
olio udang pelbagai jenis cili i love you plis say u love me too

di goreng dengan minyak dagu supaya husband bertambah sayang.

esok i ada jemputan open house di seremban dan juga di setia alam. dan di shah alam tengah-tengah.

so boleh lah nyanyi macam ni,

'dari seremban, ke setia alam, singgah di shah alam makan laksam kak ila'

ikut rentak joget pahang yer

dan lepas tu ade satu tempat lagi rumah ofismate husband. lupa kat mana. heheh. seremban ngan setia alam tu memang tempat wajib pergi.

oklah..hari ni mood mithali datang. mau membuat kerja rumah.

nak kuruih bukan nye senang

haih..penatnye lah diknon...nak menguruskan diri. sampai sakit badan ni hah. tapi saborlah, orang kata alah bisa tegal biasa (akak malas nak google..betul ke tidok peribahasa ni? dok non paham-paham sendiri lah!). lama-lama karang tak sakit la badan kalau dah bersenam hari-hari. hari ni pon ahkak dah rasa idok lah hazab mana nak membakar 200 kalori tuh.

hurm..tapi tu lah..nak menggemuk nye karang bukan nye susah. ahkak ni tak target banyak, ahkak nak berat 60 kilo jer. bukan nak kurus sangat. hajat dihatinye, biarlah berat berjaya turun 60kilo sebelum buat anak baru. eh

hari ni maryam bergaya ala-ala model katanya. model ambik gambar tak boleh senyum. baru komersial katanya.

Photobucket
baru baru cik hani beli kat kk. dah gayamaxi dah tshirt. haha. boleh simpan dulu. pakai bila muat nanti

Photobucket
ahkak ni kata jer guna dslr, tapi setting auto. bila gambar mengadap matahari ni terus gegirl buntu dan keliru tak tahu nak setting ape

Photobucket
last-last tukar angle. model ubat batuk cap ibu dan anak sangat

Photobucket
marinara for husband. ade kawan ahkak mintak resepi marinara. akak ni resepi bukan tetap sangat, main campak-campak katenye, ni yang akak buat malam ni lah ye, masak untuk sorang makan jer. untuk husband. cek cek cekedout~

angelhair marinara hot and spicy

angel hair 1 orang makan direbus
1/2 labu bawang besar saiz kecik cincang
2 ulas bawang putih cincang
6 ekor udang (boleh nak campur pelbagai jenis seafood pon)
1 biji tomato cincang
2 sudu besar puri tomato
1 sudu sos tiram*optional
1 sudusos cili*optional
2 biji cili padi (ikut tahap kepedasan)*optional
1 sudu teh italian mixherb
gula garam sesuka hati

tumis bawang dan cili padi dengan minyak zaiton sampai lembut, masukkan udang kacau sampai masak. masukkan tomato, tomato puri dan semua jenis sos. masukkan italian mixherb, perisakan dengan gula dan garam. sesusah masak dan menggelegak dan secukup rasa, tutp api. masukkan angel hair yang direbus aladante tadi. kacau sekata, masuk pinggan makan.

Photobucket
angel hair dengan marinara sos katanya.

selamat menjamu selera~

Wednesday, 21 September 2011

postmortem openhouse

alhamdulillah berjaya jugak buat openhouse buat kali pertama. raya haji tahun lepas ade jugak buat makan-makan tapi tu secara tak sengaja sebab kebetulan ade orang nak datang beraya so alang-alang masak lebih panggil rakan-rakan datang makan.

maaflah kalu ade yang tak terjemput insyaAllah next time buat besar sikit kali ni first time ajak orang tak ramai pon dah kalut and rumah dah penuh. rumah kecik ni tak boleh lah nak ajak orang ramai-ramai. next time kalau nak ajak orang ramai sikit kene buat jadual. tetamu berperingkat mengikut kategori masing-masing. huhu

setelah dikira-kira tetamu haritu seratus lebih jugak lah termasuk baby. tu pon ramai jugak lah jemput tapi tak hadir. makanan alhamdulillah cukup-cukup. tak banyak sangat pon lebih lauk pauk. tak lah membazir. mula-mula tengok food risau jer tak habis sebab ramai jugak tak bagi respond nak datang ke tak.

Photobucket

tak sempat nak ambik gambar awal-awal. so bila tetamu dah sampai and makan baru ambik gambar. hehe

menu hari tu main dish nye adalah nasi kukus ayam berempah. yang di tempah jer. husband mintak 7 ekor jer mula-mula. pastu takut tak cukup tambah lagi sekor. nasib baik tambah, sebab ayam ngam-ngam habis.

menu yang i masak rendang ayam, rendang daging, kuah lodeh, kuah kacang, angel hair ngan sos bolognese sos and carbonara, sambal bilis, bubur pulut hitam and agar-agar lumut. dan goreng nugget jugak untuk kanak-kanak.

jiran ade datang bawak agar-agar bandung dengan masak lemak sardin dengan batang keladi. setap!

Photobucket

nampak tak agar-gar hijau kat meja bawah tu?

pandan tu malam-malam baru pergi mintak daun pandan ngan jiran. haha. dan pukul 3 baru dok mengacau agar-agar. sebenanrnya dah malas nak masak, tapi husband yang nak sangat makan so buatlah jugak. sekali dia tak sempat rasa pon agar-agar tuh.

Photobucket
tetamu paling jauh datang paling awal.hihi. comel aqeel gambar ni



Photobucket
"walid saya la, "kata maryam

Photobucket
tengok cik hani mung maryam!

Photobucket
maryam mengamuk

Photobucket
maryam ngan tok mama

Photobucket
kawan sekolah rendah. (baju basah basuh periuk-___-")

ade yang dah 13 tahun tak jumpa okeh! ade yang dulu masa sekolah rendah die lagi tinggi dari i, sekarang i dah lintas semua orang. dari segi tinggi dah gemuk of cos. muehehehe. i lambat matured, so tinggi pon lambat.

tu jelah gambar yang ade, tak sempat nak ambik gambar pon. sedih

maryam mood tak ok hari tu. nak berdukung jer. so i tak boleh nak tinggal dia. jadi husband lah dok kalut sorang-sorang cek ape food yang kene topup, nak layan tetamu lagi. sampai bila orang ramai sangat tuh terputus bekalan air manis. heheh. tak sangka la pulak air satu tong tu boleh habis. dan spaghetti pon terputus bekalan. i dah rebus 3 bungkus, separuh hidang, separuh topup. husband topup dia tak cakap, i ingat ade lagi kat dapur. nasi baik spaghetti cepat jer masak.

agak kelakar jugak lah buat makan-makan sambil kalut ribut ni. tambah kelakar lagi maryam mood tak ok. hurrmmphhh!

tapi seronok sangat bila tetamu datang ramai-ramai makan food kita masak. penat lelah letak ketepi. food licin memberi kepuasan berganda.

husband lah kut orang yang paling happy haritu. sebab kawan-kawan die jelah pon yang datang ramai. kawan ofis dia. sampai boss pon datang.

thanks kepada yang datang, harap berpuas hati dengan food yang dihidangkan dan mintak maaf lah kalau ade yang terkurang.

insyaAllah kalau ade rezeki bulan 12 ni buat makan-makan lagi.

takde gambar makanan?

lupa nak snap gambar dinner! pelik kan?

i busy sangat hari ni sampai tak sempat nak update blog. percaya tak i buzy? hahah. sila percaya. walaupon jadual tido maryam dah kembali teratur, tapi mood dia tak teratur sangat lagi. masih nak manja kededek dek lagi. nasib lah ummi anak baru sorang maryam. layan kan lah aje.

ke ni perangai 9 bulan dia. setiap bulan mesti ade skill baru dia. bulan 9 skill clingy ke.

Photobucket
saya dah 9 bulan dah harini

walaupon manja adalah berlebihan dose tapi sekarang sangat best melayan budak kecik ni. dia dah pandai dah nak tiru perbuatan kita sikit-sikit. kalau i kebas-kebas katil or sofa, die pon pandai tepuk2 tangan dia kat tilam jugak.

kalau dengar lagu, dah pandai ikut-ikut lagu tu jugak. menyanyi lah konon nye tuhh.

matilah ummi kene marah ngan walid macam ni. kenapa menyanyi dan berjoget yang awak pandai dulu maryam? ummi tak ajar pon.

misi ke gym masih lagi berjaya!

Tuesday, 20 September 2011

nak bini kuruihh tak??

Photobucket
keadaan dua beranak masa i balik gym tadi. hehe

hai..best kan mengadap lappy sambil minum milo panas malam-malam yang tenang. kali ni saya ditemani husband yang tak tido lagi sebab tengah siapkan kerja. muka stress jer kalau buat kerja. cer senyum sikit bie. baru lah hilang sikit stress tuh. heheh

cakap banyak kan, sekali kalau die cakap,

"u la pulak kerja yang, i jadi surirumah. kalau i yang jadi suri rumah sure rumah kita lagi bersinar-sinar i kemas"

heheh

tadi berjaya bergi gym jugak. badan dah rase sakit sikit bahana lama tak exercise. jom ah jiran-jiran sape nak join pergi gym. aku turun pukul 830-9.00 malam bergantung kepada keadaan maryam. harini dia dah kenyang-kenyang minum susu masih jugak tidak mahu tido tinggal macam tu jer kat walid dia. walid dia yang tido kan. tu yang balik-balik macam tu.

bila dah start pergi gym ni makan tu haruslah kawal sikit kan. tapi mak aihh susahnye. agak-agak boleh tak nak kembali diet macam zaman muda-muda? zaman-zaman sebelum kahwin...payah.payah. berpuasa jelah. aci dok? heheh

Photobucket

Photobucket

kawan-kawan i pergi bercuti ke kk semalam baru balik. hazirah cuti so die datang lepak rumah i bawak udang dari kk jugak. guna udang tu buat mee hailam.

Monday, 19 September 2011

you are my sunshine

you are my sunshine
my only sunshine
you make me happy
when skies are grey
you never know dear
how much i love you
please don't take my sunshine away

ni antara lagu yang i nyanyi masa mandikan maryam and pakaikan baju sejak maryam baby lagi.

sekarang maryam dah boleh tahu, kalau i nyanyi lagu

"if you happy and you know it clap your hand"

dia akan tepuk. so comel.

dan kalau dengar music dia akan goyang-gotang badan. juga sungguh sangat comel.

dalam pada excited tengok anak berjoget tuh, i dah kene sound kat bapak dia, pasang zikir and mengaji jugak bagi maryam dengar. baiklah!

(walid ni suka anti climax kan)
Photobucket
Photobucket

Photobucket

PhotobucketAlign Center

Photobucket
you never know dear, how much i love you