Monday, 19 September 2011

malam yang tenang

i sedang online seorang diri.husband dah tido. begitu juga maryam (kenapa rasa macam buat karangan bm?). sedang menikmati hot chocolate (cey ceh..milo panas jer padahal) dengan sesudu oat ditambah supaya kepekatan berganda nyum nyum! dan sedang mengunyah kuih cincin jugak pemberian jiran (thanks baiti and roch!). bahagia sungguh mengunyah dimalam hari. hahah

Photobucket
dinner husband malam ni. ini sahaja. hihi

petang nya masa chatting dengan dia dah cakap i adalah sangat malas nak masak.

bila dia balik tengok i masak ikan sweet sour dia cakap,

"kate malas masak, masak lah benda yang simple-simple"

"simple lah ni, ape lagi masakan yang simple?"

"ikan goreng senang jer"

"pastu kene masak sayur jugak as kuah. same jer"

sebenarnya semua bawang dan cendawan i dah siap cincang and hiris. lebihan masak untuk openhouse haritu. so tinggal nak nak cincang carrot ,kacang and lada jer. pastu main campak-campak. senang jer senenarnya. lagi kau nak malas maghfarah!

husband jer dinner makan nasi. i dah membaham carbonara petang tuh awal-awal sebab malam nak pergi gym. kalau makan lambat kang perut senak.

malam ni saya berjaya pergi gym. setelah hampir 2 bulan tak jejak gym? tak konsisten betul ko ni. camane nak kurus?

Sunday, 18 September 2011

dah penat dengan rendang

sebab aktiviti memasak yang melampau di dapur, i dah tak lalu nak tengok dapo. lagipon weekend banyak jemputan openhouse kan. tapi semalam kiteorang ade satu jemputan jer tengahari. so malam kalau tak keluar nampak gaya macam kene masak. tapi husband ajak keluar tanpa arah tujuan die nak isi angin tayar kereta. mak ok jer. asal ajak berjalan, ajak ke giant pon ok jer!


budak ni ikut sangat la perangai mak nye. asal masuk kereta jer tido.

makan kat a&w stesen minyak petronas bandar kinrara. bk ape ah area tu? bk4 kut. hakss. curly fries adalah wajib lah kan kalau g a&w.

lamaaaaa giler tak makan kat a&w. sampai tak tahu nak order ape. burger husband sedap, horny corney dog i tak sedap.

kerja bapak die. die amibik gambar pastu die tunjuk kat i,

"mancung tak hidung maryam macam hidung i"

-_______-"

tenggelam timbul terus masuk goal

hujan..best nye tido!

bangun pon dah lambat ade hati nak tido lagi. tadi maryam kejut awal sebab die poopoo...bangun dengan terkejut sebab dah cerah. dah pukul 745. dah cerah. (eh tadi kata awal=P)

halah sudah..lambat lah husband pergi kerja hari ni. sekali tengok dia dah takde dah. kat luar pon takdak. mithalinye mak hari ni. gahaha. husband pergi kerja pon tak sedar. ya aw aw~

thanks bie bagi i tido lama-lama. thanks jugak tak kejut i bie. kalut ribut i bangun sebab dah lambat nak masak nasi maryam. itu budak kicik kalau sudah sampai masa breakfast mana dia layan susu yang tersedap didunia ni. nak makan jugak. so thanks bie. thanks!

cubaan nak salahkan husband padal mungkin dia dah penat kejut dah.


gambar maryam ngan cik hani masa openhouse hari tu. gambar tak banyak pon sebab kalut ribut jugak itu hari. nanti kita cerita (kalau i rajin. heheh)

Tuesday, 13 September 2011

hai aunties~

Photobucket
ni kesinambungan kisah semalam. lepas cubaan nak ambik lappy ummi tapi gagal saya koyakkan magazine ummi. nasib baik mag lama. tapi ummi sayang magazines dia. tapi sebab bila saya dah besar ni dah banyak mag ummi kene koyak and kene gigit so die pon macam dah tak kisah sangat.

hari ni masa ummi kat dapo saya jatuhkan lappy ummi dari atas katil! tinggi la jugak. gedegang bunyi. pastu saya menangis. ummi berlari-lari masuk bilik sebab ummi ingat saya yang jatuh, rupanya saya menten jer berdiri tepi katil. lappy yang jatuh rupanya. ummi cakap saya pandai. menangis dulu sebab tahu kalau tak nangis mesti kene marah jatuhkan lappy ummi.

walid dah pesan kat ummi jangan tinggal maryam sorang-sorang. kene tengok. tapi ummi tinggal saya sebab saya tido. saya bangun senyap-senyap sebab saya nak target latop ummi.

Photobucket
ni bukan ummi marah tau.ummi tak pernah marah saya.ni menangis sebab ummi pakaikan baju.

Photobucket
ummi cakap bila dia tengok gambar ni rasa macam nak menangis. "besar dah anak aku", ummi cakap.


Photobucket
ok, ni takde kene mengene ngan maryam. ni ummi masak semalam untuk walid. ummi takde mood nak masak nasi. so ummi masak angel hair hailam. terliur maryam tengok walid makan. tapi maryam boleh makan nasi bubur jer. tunggu lah maryam besar baru maryam boleh makan

Monday, 12 September 2011

alamak kantoi!

Photobucket

stamina tu ape?

dukung anak yang berat 8kg lebih tak guna carrier dari blok a ke blog b, turun naik tangga 1 tingkat jer.

pergi blok b orang yang nak jumpa takde kat rumah. heheh. salah sendiri tak call dulu. so balik lah.

sampai rumah semput!

orang gems gems memang begitu.

kembali berasap

semalam adalah cubaan membuat kuah lodeh. bila makan nampak macam senang, macam sayur lemak biasa jer. selalu kalau kat rumah along yang ambik kontrak buat kuah lodeh ni sebab dia nak kawen dengan orang jawa so kene pandai masak kuah lodeh (ade kene mengene tak? =P). mak kawen yang orang kelantan hantu kuah kacang jer, so mak kene lah pandai masak kuah kacang.

Photobucket
tapi makan ngan nasi lah. hehe. buat sambal bilis jugak dang goreng ikan jugak.

Photobucket
dah ade rupa kuah lodeh tak?

i pon tak tahu sebenarnya jadi ke tak. kahhhhh...sebab nak judge masakan sendiri tak reti, judge rumah ni pulak tak suka sangat sayur lodeh. kene panggil along baru ok.

Photobucket
lebihan sambal bilis semalam i buatkan husband nasi lemak untuk breakfast harini. gambar asal boleh. haha. ngantuk pagi weih!

i tak tahu lah nak cakap macam mana perangai maryam lepas raya ni. tak larat nak layan aihhh. manja bukan main. asyik nak bertempek jer. menangis jer sepanjang masa semalam. matilah kalau ade jiran report polis ade penderaan budak. bukan dera, tinggal sekejap nak kencing jer. meraung macam orang sakit. -____-"

Photobucket
petang semalam, ummi tengah masak walid pergi sembahyang. muka tak nak senyum pon. muka tengah mogok. tapi ni kira ok lah semalam sebab tak nangis

Photobucket
bangun pagi ni dengan senyuman. hopefully senyuman ni kekal la sampai ke petang