Tuesday, 12 July 2011

cakkk!!

wah. sehari tak update blog rase macam seminggu jer tak update. rasa macam lama sangat jer tak update. hohoh!

sehari tak update terus kawan tanya,

"kau ok ke mag? kenapa tak update blog?"

wahaha. ok jer. tak pregnant lagi. ngehehe. cumanye tak larat nak mengupdate blog.

penat nyer husband kat rumah ni. asyik masak jer. haha. sampai tak de masa nak mengadap blog. ade la masa mengadap lappy. tapi boleh bace-bace jer blog orang. tak tenang mana syok nak mengarang. ni pon menaip maryam kat kaki.

i ade sorang kawan yang housewife jugak tapi husband kerja dekat nagn rumah so breakfast, lunch, dinner memang makan kat rumah. dia cakap penat kerja memang kat dapor je dari pagi sampai petang. haha

masa tu i cakap kat dia, best lah. boleh masak-masak. boleh bagi husband makan air tangan kita jer. makin sayang husband kat kita. ecececeh. bahagian bercakap memang senang. sekarang bila kene buat tak sampai seminggu pon lagi tapi dah tak larat dah. asyik masak jer. badan asyik bau bawang jer.

tadi masa nak masak lunch baru lepas kemas rumah, kemas dapo, cuci yard. rasa malas nye nak kotorkan dapur balik. aish-aish. so cakap kat husband,

"bie, order domino lah. bosan la asyik masak jer"

"i ok jer"

so dengan senang hati masuk dapur nak kukus food maryam jer. tapi tiba-tiba perasaan isteri solehah menyelinap masuk dalam diri. rasa bersalah pulak tak masak. bukan selalu pon husband ade kat rumah mase lunch. so keluarkan ikan jugak lah. masak benda yang paling tidak mengotor dapor.

Photobucket
ikan kukus.

senang. hiris-hiris. campak-campak. biar jer masak dalam steamer. ngehehe

Photobucket

goreng sayur jugak sikit.

Photobucket
baik pulak maryam hari ni. semalam amboihhh.diva bukan main. jangan rampas takhta ummi nak.

*owh kaki tu sah-sah bukan kaki i korang pon tau kan? haha*

kaki mak takde bulu-bulu maskulin camtu noks.

Monday, 11 July 2011

sesak dada

satu kelebihan kalau tengahari masak tomyam ataupon sup malam dah tak payah masak lain dah. untuk dinner celur jer bihun. heheh

Photobucket
jadilah bihun sup

Photobucket
bihun tom yam

*tengok lah ade jer tangan dengki*

maryam sekarang asyik nak main jer. nak tido pon sampai kene paksa. mata dah ngantuk sangat, mood pon tak berapa ok sebab ngantuk, minum susu kenyang-kenyang pon tak nak tidur jugak. kalau baringkan nak dodoi pon dia marah. tak nak tidur lah konon nye kan.

owh..tak nak tidur yer sayang? tak ngantuk yer?

Photobucket
dodoi sambil duduk

tido jugak. ngantuk sangat sebenarnya

Photobucket
macam-macam awak ni tau

sesak dada bila tengok video-video bersih ni. i tak sokong sapa-sapa disini. cuma sesak dada tengok orang kene layan macam anjing. entahlah. kalaupon lah orang kene belasah tu salah. tapi tak de sifat kemanusiaan ke. tak rasa kesian ke? sama-sama malaysian. sama-sama melayu. tuntutan kerja? yelah. aku tak kerja so aku tak faham.

manusia sekarang.

Sunday, 10 July 2011

husband mc lagi yeay!

husband mc sampai hari khamis. i ade teman kat rumah. teman ape? teman main internet. dia mengadap lappy, i pon mengadap lappy. rumah senyap jugak macam dok ngan maryam jer. huhu.

pagi tadi pergi melawat kawan. baby dah nak dekat 2 bulan dah baru nak pergi melawat. nantilah update secara pukal baby-baby yang pergi melawat bulan ni. maryam baru tido so i kene pergi kemas-kemas rumah sikit and nak pergi basuh cd maryam.

Photobucket
lunch tomyam ngan telur dadar.

tomyam paste jer. =p kene masak cepat-cepat balik dari tengok baby tadi sebab maryam dah badmood. gambar pon senget benget sebab nak cepat dia dah mengamuk. tak sporting la maryam ni. takde gambar food tak meriah lah blog ummi.

sekarang mahu mengemas. semoga berjumpa lagi malam ini.
Align Center

Saturday, 9 July 2011

bersih lagi

heheh..tak. bukan bersih yang itu. hari ni bersih rumah pulak. huhu. hari ni husband tolong vacuum rumah. saya sangat lah suka bila dia vacuum rumah. maknanya segala anak keturunan habuk akan disedut. i kalau vacuurumah maknanya i akan vacuum mana habuk yang nampak. maknanya habuk yang cari i. heheh

kalau husband buat kerja memang puas hati. habis segenap tempat dia kelebet cari habuk. alih-alih perabot. memang lama kalau dia vacuum rumah. tapi puas hati. tapi telinga i kene tahan la sikit. ape-ape jelah asalkan rumah bersih. hahah. nak harapkan i takde maknanya i nak kelebet rumah macam dia.banyak kerja lain lagi menanti. (eceh!)

Photobucket
sup daging macam-macam ada. huhu.

Photobucket
mau makan ape? order jer..=p

petang nya melepak-lepak kat rumah. ngan cuaca-cuaca sejuk nak hujan ni kan. membuta syiok!

bersih? ape tuuu?

mula-mula bila dengar pasal bersih ni aku malas nak ambik port pon(eh. sampai sekarang pon malas nak ambik tahu). biasalah, aku ni rakyat malaysia berkesedaran tinggi. daftar mengundi pon tk walaupon dah 4 tahun layak. tapi boleh nampak lah betapa kerajaan kita sungguh gelabah dalam menangani masalah bersih ni. gelabah bedebah. menyusahkan orang. orang dok salahkan bersih.bagi aku kerajaan kita yang gelabah. walaupon begitu, mak tetap malas nak daftar mengundi. belum layak walaupon umur dah cukup. sebab kalau undi pon tak tahu nak undi sape. sama jer rase dua-dua pihak.yang ni begini, yang tu begitu. menjawab lah korang ka akhirat nanti. kerja nak menindas jer.

ok. sebagai orang yang tak layak nak bercakap pasal politik ni, baiklah aku mengupdate aktiviti dihari 'bersih'. bagus jugak ade bersih ni. boleh duduk berehat-rehat dirumah. nak keluar malas. dari rumah dah nampak jalan jem. heheh. kawan ajak pergi akikah nak dia kat bangi pon tak boleh pergi.

Photobucket
breakfast di pagi yang bersih

lepas breakfast pergi beli barang sikit kat giant.tengok kereta jalan nak pergi kl memang kirim salam lah nak join dieorang. baik dok kat rumah jer.

Photobucket
sebab breakfast dah makan nasi lunch makan yee mee jer.

lepas lunch kemas-kemas barang beli kat giant sambil susun stok makanan. sesungguhnya stok makanan sangat banyak sampai i tak reti nak susun (padahal memang tak reti mengemas). cita-cita tinggi nak masak macam-macam. bahan beli tapi tak buat.

cakap kat husband,

"kalaulah kita ni tiba-tiba sebab bersih ni jadi darurat, kita boleh jer nak hidup 2 bulan dengan stok makanan dalam almari ni"

petang nye goreng wedges untuk minum petang sebab malam iem jempaut makan-makan birthday faiq. (tak de gambar lupa usung camera) macam-macam ade. dan semua i makan. heheh. (diet mane weh?) dan acara makan diakhiri dengan makan durian berulas-ulas. balik dengan kekenyangan melampau. heheh. thanks iem. semua food sedap. nasi kerabu paling meletop. lain kali jemput lagi yer.=p

happy birthday faiq. semoga menjadi anak yang sole dengar cakap ummi.

Thursday, 7 July 2011

haih...

maryam jatuh katil

husband pergi sembahyang jumaat
i baru lepas mandi, dalam bilik jugak, membelakangi dia sebab tengah pakai toner.

blepap!

bunyi dia jatuh. kepala jatuh atas selimut. yang jatuh jugak skali ngan dia.

dah lingkung sekeliling katil ngan bantal. die panjat bantal.

nangis jugak kejap. then i amik dukung pujuk-pujuk. pastu gelak-gelak balik.

katil dah la tinggi.

-__-"

saya ade mop baru yaw~

Photobucket